Selepas ayah dibebaskn, Fatihah dibawa lari. Usia baru 15, Fatiha tiba2 kembali. Tersentak kami bila lihat perubahn dia.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua. Aku saje je menulis cerita ni. Moga moga dapat jadi pengajaran dengan apa yang terjadi dekat keluarga aku.

Aku gelarkan aku nenek muda dan aku perempuan dan belum berkahwin. (Doakan jodoh aku jugak nanti guys) hihihi. Cerita ni jadi dalam 2 tahun lepas dan masa tu aku baru berumur 25 tahun. Cerita ni pasal keluarga kakak aku, aku namakan dia Nora. Aku ada adik beradik 6 orang. Nora ni anak ke 3. Nak di jadikan cerita, Nora ni berkahwin masa umur 16 tahun.

Masa dia kawin aku mase tu dalam darjah 6 macam tu. So aku tak berapa ingat tapi aku di fahamkan, Nora ni tak berminat nak bersekolah dan dia nak terus kahwin dengan BF dia. Masa tu ayah aku memang tak restu dia nak kahwin sebabnya BF dia tu pnagih ddah. Tapi di sebabkan akak aku ni dah sampai lari rumah dengan BF dia, ayah aku terpaksa nikahkan dia takut terjadi nya benda yang akan memalukan keluarga.

So nikah lah diaorang tanpa restu. Sepanjang perkahwinan diaorang setakat 17 tahun, diaorang di kurniakan sorang anak perempuan (Fatihah) dan 4 orang anak lelaki. Cerita ni aku fokuskan dengan apa yang terjadi dekat Fatihah. Beberapa tahun sebelum ni, aku dapat tahu akak aku ni dah ambil ddah jugak.

Lepas tu permulaan cerita ni abang ipar aku kene masuk penj4ra sebab edar ddah dan akak aku terpaksa kerja sebab nak sara anak anak dia. Rumah mak aku dengan rumah Nora ni tak berapa jauh cumanya biasa nya Fatihah yang akan datang rumah untuk mintak beras dan lauk lauk.

Lepas abang ipar aku masuk pnjara, akak aku ni kononnya pergi mencari kerja kat satu bandar tapi die tinggalkan anak anak dia dengan sorang kawan dia iaitu Azuan. So tinggal lah Azuan, Fatihah dan adik adik dia dalam satu rumah. Epiknya cerita ni bila jiran jiran buat aduan dekat JKM sebab kira anak anak saudara aku ni tak de mak ayah dan di biarkan macam tu.

So JKM dah datang serbu rumah untuk kutip budak budak ni untuk berada di bawah JKM. Pada hari JKM datang serbu, mak aku terdetik hati nak melawat cucu cucu dia dekat rumah diaorang tapi mak aku terkejut sebab JKM dah nk bawak diaorang pergi. So mak aku ni kesian tengok tengok cucu dia, lepas tu mak aku ni bawak lah cucu cucu dia ni duduk rumah kitaorang.

Rumah kitaorang memang tinggal mak ayah aku je dan aku masa tu dah kerja dekat KL, so mak aku lah yang update cerita tu semua. Aku kesian dekat mak aku, dalam umur yang dah nak dekat 60-an tapi terpaksa jaga anak anak si Nora ni. Nora ni pulak dah MIA dan tak boleh contact langsung.

Bila mak aku korek korek cerita, baru lah dapat tahu yang Fatihah dengan adik adik dia dah tak sekolah. Masa tu Fatihah dah 15 tahun. Then, bermulalah episod mak dan ayah aku pergi PPD untuk urusan persekolahan diaorang. Then mak aku buat keputusan untuk masukkan Fatihah bawah sekolah berasrama biasa.

Adik adik Fatihah pula, kitaorang decide untuk masukkan diaorang under JKM punya program. So sekolah lah Fatihah dekat situ. Semuanya okay mula mula. So tiap tiap bulan ayah aku akan pergi ambil dia untuk balik ke rumah kitaorang lah. Sampai lah ayah Fatihah keluar dari pnjara dan ayah dia dah start kacau kacau dia kat sekolah tu.

Masa ni aku tahu yang ayah Fatihah suruh Azuan datang amek Fatihah kat sekolah tu dan dikira lari dari sekolah dan asrama lah. Bila larinya Fatihah, tak dapat nak di gambarkan betapa mak ayah aku kecewa dan sedih. Cuba korang bayang kan mak ayah aku tu dah masing masing umur dah nak dekat 60-an dan aku rasa umur diaorang ni dah tak sesuai untuk jaga permasalahan cucu cucu diaorang ni.

Fatihah ni tak balik rumah kitaorang dan kitaorang pun tak tahu dia kat mana tu semua. Sampai lah Raya tahun 2018, tiba tiba dia balik dan duduk rumah kitaorang. Aku dah rasa pelik masa tu sebab kenapa dia ni tiba tiba balik rumah kitaorang. Tapi ye lah kan, budak umur 15 tahun, mana lagi nak pergi so aku cuba la slow talk dengan dia.

Aku cakap pergi lah duduk bawah JKM, so dapat sekolah, dapat bina balik masa depan dan semuanya okay lah. Kteorang memang dari awal nak dia duduk bawah JKM sebab kitaorang rasa dia dah bebas tanpa kawalan dah tapi dia tak nak. So, masa raya tu, aku cuba lah pujuk pujuk dia tapi aku terkejut sebab dia tiba tiba willing nak pergi.

Okay lah kan, aku pun tak de terfikir apa apa then terus je aku contact JKM supaya uruskan Fatihah. Bila dah habis cuti raya, aku pun balik KL dan teruskan kehidupan aku macam biasa. Masa aku tengah sibuk kerja, tiba tiba adik aku call dan dia cakap ade benda nak bincang.

Aku dah terasa tak sedap hati pas tu aku cakap balik rumah nanti borak sebab aku tengah sibuk kerja. Dah balik rumah, aku call adik aku dan adik aku cakap Fatihah buat pengakuan dia dah mengandung 3 bulan. Aku terkejut sebab aku tak sangka sampai tahap tu dia punye advance.

Aku dah kusut dah masa tu dan aku tanya mak ayah tahu ke tak. Lepas tu adik aku cakap mak ayah tak tahu lagi dan die pun tak tahu nak buat apa sekarang sebab JKM dah nak bawak dia pergi hujung minggu tu. Lepas tu aku cakap kat adik aku, bagitahu mak ayah supaya diaorang tahu apa yang jadi.

So mak ayah aku dah tahu dan diaorang pun runsing tak tahu nak buat apa. Masa ni JKM memang tak tahu Fatihah mengandung tapi JKM teruskan untuk ambil Fatihah. Lepas sebulan JKM contact mak aku, dan bagitahu diaorang tak boleh terima Fatihah di sebabkan Fatihah mengandung. Fatihah dah cakap sape pelaku dia.

Korang boleh teka kot sape. Ye betul, Azuan yang buat dekat Fatihah. So masa ni Nora tiba tiba muncul dan mak aku buat keputusan untuk kawinkan Fatihah dengan Azuan. Family aku masa ni memang huru hara sebab Fatihah. Aku kalau boleh tak nak masuk campur sebab Nora dah ada mase tu. Tapi bila aku dapat tahu Azuan pun pnagih ddah aku terus serabut balik.

Sebab peristiwa lama akan jadi balik kalau Azuan dan Fatihah kahwin sebab dia ibarat macam perkahwinan Nora dengan suami dia. Dan semestinya mak aku akan jadi mngsa keadaan. Aku beberapa malam tak dapat tidur fikir pasal Fatihah. Aku rasa bersalah sangat kalau aku biarkan diaorang berkahwin.

Tiap kali aku solat, mesti aku menangis sebab aku tak tahu dan buntu macam mana nak tolong Fatihah. Esoknya aku terus buat kerja aku dan start cari cari dekat google and aku ada jumpa satu shelter home. Aku dah call shelter home ni dan syukur sangat sebab diaorang menerima kemasukkan Fatihah dan shelter home ni berbayar.

Aku masa tu terus je commit sedia untuk bayar asalkan Fatihah dan anak dia selamat. So aku ambil cuti beberapa hari untuk selesaikan urusan Fatihah dan bawak Fatihah ke shelter home tadi. Aku buat semua ni sebab aku tak nak pisang berbuah dua kali. Aku jaga Fatihah dari kecil dan aku macam tak sanggup nak tengok hidup dia jadi macam Nora.

Lagipun masa tu Fatihah baru umur 15 tahun dan mengandung. Ayah aku dah pesan supaya aku jangan masuk campur dan biar je Fatihah kawin dengan Azuan. Kira tu lah jalan penyelesaian yang diaorang ada. Tapi aku dah pakat dengan adik beradik aku yang lain termasuk Nora pasal plan aku nak masukkan Fatihah dekat Shelter Home.

So diaorang macam ikut je sebab diaorang semua pun dah ade keluarga sendiri so yang tinggal aku dengan adik aku je yang bujang. So macam boleh ambil cakna pasal Fatihah ni. Sebelum masukkan Fatihah dekat Shelter home tu. Aku kena dapatkan buku pink untuk Fatihah. Bile pergi klinik ibu dan anak (gov), mase ni kakak aku yang tolong uruskan.

So bila kakak aku pergi, yang dekat kaunter cakap tak boleh register sebab nanti Fatihah tak kan beranak area situ. So bila kakak aku call aku cakap tak boleh buat. Then aku pun macam betul ke, tak boleh buat ni. Aku pun tak de kawan yang kerja dekat hospital ke apa. Aku pun call kementerian kesihatan untuk tanya je masa tu.

Macam mana procedure nak buat buku pink untuk budak bawah umur dan tak de suami. So call aku di sambung dekat orang yang betul dan doktor dan matron tu yang tolong aku call kan klinik ibu dan anak tadi dan benarkan Fatihah buat buku pink. Masa tu baru lah terhegeh hegeh jururawat dekat situ untuk buat registration Fatihah.

Then lepas dokumen semua dah complete, masuk lah Fatihah dekat shelter home tu dengan selamat. Masa aku hantar Fatihah dekat shelter home tu, aku ingat lagi, masa tu aku ade motor je. So aku hantar je Fatihah dengan motor. Shelter home dengan tempat aku stay dalam setengah jam macam tu, tapi Allah permudahkan.

Aku sebak jugak masa hantar dia, sebab dia kalau boleh tak nak duduk bawah shelter home tapi apakan daya sebab family dan mak ayah aku dah tak boleh terima dia. Tempat bergantung harap dengan mak ayah dia dah takde. Nora pun entah ke mana masa tu.

Fatihah anak saudara yang aku jaga dari kecil dan semestinya aku kesian dengan apa yang jadi dekat dia. So sape sape yang ade pengalaman macam aku. Tolong dan tolong jangan sisihkan diaorang ni. Tahu diaorang dah berdosa buat maksiiat dan termengandung. Tapi dalam keadaan dieorang down macam ni, tolong lah jadi supporters untuk emosi diaorang.

Tolong jangan jadi penyebab untuk diaorang buang baby diaorang. Kalau family tak dapat terima dia mengandung anak luar nikah, tolong la cari tempat macam shelter home tu dan kalau budak tu bawah umur, boleh call JKM untuk tanya tentang procedure diaorang.

So, Alkisahnya Fatihah ni, aku tak salahkan dia 100% sebab punca nya jadi adalah sebab Nora dan suaminya juga. Dalam usaha aku mencari jodoh, aku percaya restu mak ayah jugak penting untuk hubungan yang bahagia. Aku memang ambil ikhtibar dengan apa yang jadi dekat Nora.

Tahun 2018 adalah tahun yang paling mencabar bagi aku sebab aku tak sangka aku dapat harungi masalah ni dan aku percaya Allah banyak tolong aku. Maafkan penulisan aku berterabur sebab aku tak biasa tulis cerita panjang panjang macam ni, hehe. Nanti kalau cerita ni di publishkan. Aku akan sambung lagi macam mana aku fight untuk anak Fatihah a.k.a cucu aku. – Nenek Saudara Muda (Bukan nama sebenar).

Reaksi warganet

N-ainul Hastika – Mentality orang tua, anak termengandung dengan jantan tak guna, kawenkan aje dengan si jantan tu. Setel masalah. Padahal jantan tak guna lagilah akan merosakn masa depan perempuan perempuan ni..

Dear tt, u did a very good job with ur anak sedara. May Allah bless u with 1001 kebaikan atas kebaikan yang awk buat untuk anak sdara awk. Moga mendapat jodoh yang baik, rezeki yang berkat. Dan urusan hidup dpermudahkn. Ameen.

Erma Sobri – Sedih kan, kawin dengan sipelaku hanya penyelesaian sementara. Lepas tu macam macam masalah lain timbul. Kalau dah tau lelaki jenis tak baik, macamana pun cuba lah elak kawin kan. Moga urusan tt dipermudahkan.

Mawar Blue – Masa saya kerja klinik desa dulu selalu saya nasihat pada gadis yang dah termengandung luar nikah jangan kawin dengan lelaki yang ngandung kan dia semata untuk tutup aib keluarga. Sebab kadang kadang aib tu dah memang dah sedia tersebar dah. Kalau lelaki tu stock lelaki baik ok. Boleh teruskan. Tapi kalau awal awal jenis bermasalah.

Kaki pukul, rentikan lah. Nanti perempuan jugak yang merana. Lepas kawin jadi punching bag. Nak cerrai bukan senang.. Mak ayah dah tak boleh nak buat apa sangat sebab anak da jadi bini org. Tapi mentally orang kita tak faham. Bila nasihat macam tu diorang cakap saya ni misi orang bandar. Tak tau pasal maruah.. Hmm

Annie Mohd – Fatihah tu mngsa dik oiii. Dia dirgol bukan dia mintak kena campak ke hulu ke hilir macam sampah. Bagi akak dia tak berdosa pun. Yang sepatutnya bela dan protect dia, lari dari tanggungjawab.

So patutnya u buat report polis dulu biar si parents mereput dalam jel sekali dengan hanat tu. Keluarga u haru biru sebab perangai kakak u bukan sebab Fatihah.

Winter Haiku – Saya tak faham kenapa ayah awak sanggup kahwinkan anak dia. Then nak kahwinkan cucu dia dengan lelaki yang dah tahu tak ada masa depan, memang dah terang nyata pnagih.

Sebab takut benda buruk jadi, tapi action dia menyebabkan lagi banyak benda buruk jadi di masa depan. Padahal Nora dan Fatihah, panjang lagi hidup mereka kalau diberi peluang bertemu dengan orang yang betul.

Dia tak fikir ke effect pada anak dia, cucu dia nanti semua ni akan effect semua benda. Bimbingan sahsiah, sara hidup, effect mental etc. But of course saya tak blame parents 100%. Itu dah macam disowning responsibility for her own action. Muda atau tua, tak bermaksud kita boleh act foolish.

Tapi kahwinkan dengan lelaki macam tu, it is like punish us to eternity..

Puaan Zuera – Perkongsian yang bagus. Fatihah untung ada mak sedara macam awak, sanggup bersusah demi masa depan dia, tak sisihkan fatihah bila dia berada dalam masalah.

Kalau bukan ahli keluarga sendiri yang sokong dan bantu, sapa lagi la yang bantu kan?. Semoga sentiasa dilindungi Allah dan dipermudah kan urusan.

Sumber IIUMC