Brkenaln dgn duda anak 3, tertanya knp dia bcerrai dgn ex dia. lepas kawin baru aku tahu jwpn buat aku bfikir.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. assalamualaikum. hi tq min siarkan cerita saya. Jodoh saya seorang duda. Saya adalah seorang surirumah yg mempunyai seorg anak.

Suami saya dulu adalah seorang duda anak 3. Saya bukan nk cerita tentang masalah rumahtangga cuma berkongsi cerita.
Masa bertemu suami, saya memang sedia maklum yg dia seorang duda. Dia tak pernah sembunyikan status. Sebab tu, mak ayah saya langsung tak setuju. Apatah lagi saya baru 2 tahun bekerja selepas habis belajar dan tak pernah bercinta atau berkahwin.

Saya cuma nampak suami saya ni sgt matang. Dia sgt bertanggungjawab pada anak-anak dia. Waktu rehat adalah waktu dia ambik anak dari sekolah sampai saya langsung tak pernah nampak dia lunch sorang-sorang. Mesti ada anak makan sekali siap dgn baju sekolah. Saya memang sayangkan dia. Tapi dlm masa yg sama, saya tertanya kenapa dia bercerrai, sbb dia langsung tak nak cerita.

Yg saya pasti, dia mmg tak nak kembali pada ex dia. Saya amik langkah utk bertemu ex wife dia sebab nak tahu. Berbanding si dia, saya nmpk ex dia tunjuk sgt yang dia nk bersama kembali, siap cerita macam-macam agar saya tinggalkan si dia. Saya mula gundah.
Mak ayah apatah lagi. Minta saya fikir panjang. Sebab utama, si dia tu duda yg ada anak-anak yg tengah membesar.

Macamana nk hadapi anak-anak dia, ex dia, bakal mak mertua yg mungkin sukakan ex dan bakal buat bandingan, ahli keluarga dia yg mungkin tak suka saya, nafkah dan kebajikan saya macamana, terabai ke tak?. Saya terus berbincang dgn si dia. Terus si dia jumpa ayah saya. Saya tak tahu apa yg berlaku tapi selepas itu, ayah minta saya solat istiharah.

Si dia bawa saya jumpa ibu nya. Seperti yg saya jangka, ibu dia asyik tanya kenapa tak nak kembali pada ex. Kesian pada cucu. Tapi si dia tegas tak nak kembali. Atas sebab yg saya langsung tak tahu. Kami bernikah juga. Selepas tu, suami bagitahu yg dia nak bawa saya keluar negara sebab terima tawaran company utk bekerja di sana.

Atas alasan yg sangat kukuh juga, tak nak saya di ganggu ex dan ibu nya.
Saya setuju utk berhenti kerja atas nasihat suami. Dan akhirnya saya tahu punca mereka berpisah. Ex dia curang dan anak bongsu mereka bukan anak suami saya. Setelah bertahun baru suami tahu. Dan mereka bercerrai.

Tapi suami tetap nak beri nafkah anak sbb anak tu berbin nama dia. Bagi dia, anak tu tak salah. Nasihat saya bila anda berkenalan dgn seorang duda, dan memilih utk bernikah dengan nya. Tolong jumpa dengan semua org yg berkaitan dgn nya. Terutama ex wife dia. Dari situ sebenarnya awak boleh tahu dia seorg yg bagaimana.

Jika anda bijak, anda boleh tahu samada cerita ex tu betul atau tidak. Dan seorg lelaki yg baik, tak akan cerita benda buruk tentang pasangan nya pada org lain. Walaupun pada ahli keluarga dia sendiri. Betapa dia cuba nak jaga aib ex wife dia. Sebab terlalu sayangkan anak-anak. Situ saya nampak betapa matang nya suami saya.

Jadi tolong siasat betul-betul latar belakang bakal pasangan anda. Status duda tu pun awak boleh tahu dari pejabat agama. Tak perlu tertipu dengan cerita apatah lagi cerita yg burukkan isteri. Org yg tak ikhlas akan guna status duda utk pancing wanita atas dasar utk dibuat main atau bawak lari siam utk p0li gami. Jika dia benar-benar ikhlas, dia akan terus jumpa mak ayah untuk bernikah. Itu je.

reaksi warganet

Liya Azam – Btul sya dulu pn sebelum kwin dngn suami sya skrng ni sya memang siasat later balakangnya dia dulu sya jumpa ibu bapanya sya nk tau dorng boleh sya dn anak kh tak sya rapat dngn adik beradiknya sya cari tau dngn kwn2 rapatnya mcm mana perangai dia sya nampakkan semua perangai buruk sya dia boleh terima

kh x mcm2 ujian sya bagi dia tp alhamdulillah sya tk sya pilih yg kedua sbb sya nk orng yg hidup dngn sya boleh terima segala kekurangan sya seadanya tmpa ada ungkitan dn penyesalan belakang hari …tindakkan sis tu btul agar x tersalah pilih pesangan…

Zana mazlan – Dia nak simpan aib ex tapi lebih kepada aib sendiri sbb gagal didik isteri sampai curang n lebih lagi aib anak bongsu dia.. Jika org tau anak tu anak luar nikah apa penerimaan org pada anak tersebut specialy mak dia adik beradik dia..

Dan ada 1 masaalah disini bila anak tu dah besar nanti n ada keturunan dia wajib tau status luar nikah dia… Masalah aurat dgn sis dgn nenek mak2 saudara n anak2 perempuan sisi nanti. . 1 lagi masaalah yg sis n suami perlu tau haram sebenarnya bin kan anak tu kepada suami sis.. Ada hadis bukhari dlm kes ni..

Cik az puan – Kau cakap suami kau matang dgn jaga aib bks isteri dia. Tapi adakah dia jaga nasab keturunan anak tersebut. Biarkan anak tu bin/binti pada dia. Kau tau tak nasib anak tu kemudian hari. Sebab laki hg dgn bks bini dia pentingkan diri.

Anak tu mmg tak salah. Tapi dgn sembunyikan nasab yg xkena kau igt benda ni boleh dibuat main ke dalam agama. Nasihat kau xhabis lagi. Tu aku tambah bg kau bukak mata luas2, cuci otak

Jie fakri – Alhamdulillah puan dpt pasangan yg baik dan bertanggungjwb.. terima kasih sudi berkongsi pengalaman.. yg buruk jd kn tauladan yg baik jd kan sempadan…amik yg jernih buang yg keruh..xsemua bertuah punya pasangan yg baik seperti puan…jd puan kne sentiasa bersyukur dan menghargai…

Sya rinie riya – Alhamdulillah utk tt setakat ni.. Setakat ini.. Baru 2 thn kawen kan.. Perjalanan masih jauh.. tindakan nk menahu punca agar x tertipu tu dh btl.. Sbb hak tt nk tau crita sbnr.. Sbb nk bersama selamanya kan.. Tp part smpai cari ex tu.. Mcm sedikit over bg sy.. Semoga berbahagia buat tt..

Sumber KRT