Biniku guru dan kami PJJ. Rahsia isteri terburai. Berfikir panjg bila tahu siapa dia sbenarnya

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum. Nama aku Man, asal KL tapi bekerja di perak. Kerja syarikat swasta. Umur hujung 20 an.

Cuma nak kongsi kisah ringkas buat pengajaran untuk pembaca semua. Aku sudah berkahwin hampir 2 tahun, belum dikurniakan cahaya mata. Perkahwinan kami asasnya suka sama suka, tapi sangat jarang berhubung dalam tempoh bertunang. Jadi boleh dikatakan kami ni bercinta selepas nikah.

Dalam tempoh bertunang alhamdulillah tiada apa apa halangan berlaku. Namun ujian aku berbeza, aku diuji selepas berkahwin. Awal perkahwinan kami bahagia, kami sempat berbulan madu, berjalan jalan. Orang kata kentut masih wangi. Tapi minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, hubungan kami terasa dingin dan makin dingin.

Aku tak tahu di mana punca, aku mula bersangka buruk pada isteri tiap waktu. Untuk makluman semua dah 2 tahun aku ber “PJJ”. Isteri aku seorang guru mengajar subjek agama berlainan negeri. Sebab dapat tawaran kat sana, jadi sangat jarang berjumpa. Sebulan mungkin sekali atau 2 kali je berjumpa. Isteri duduk dirumah ibu bapanya.

Asalnya ikut aku di perak, tapi lepas dapat tawaran dia dapat balik negeri dia dan sekolah tak jauh dari rumah keluarga dia. Makin lama kami kurang bertegur sama ada call atau mesej, semua bermula dari aku dulu. Kalau aku tak tanya, isteri memang takde nak mesej. Kerja aku pun sibuk, ada shift, kadang tak sempat nak call atau mesej.

Tapi bagi aku saling bertanyalah, baru adil. Maaf agak peribadi, secara jujur dalam tempoh perkahwinan aku belum pernah bersama dengan isteri. Aku tak tahu nak cerita kat siapa, boleh bayang macam mana ketahanan aku? Isteri depan mata boleh tengok je. Asal berjumpa tengah cuti, asal nak cakap penat, cakap ngantok.

Sebab tu belum ada anak. Ada yang pernah cakap kenapa tak ikut isteri pindah sekali kan lagi mudah kawalan. Aku bukan taknak, tapi alhamdulillah rezeki aku kerja kat sini gaji hampir 5k. Kalau ikutkan dia tak payah kerja pun boleh, cukup sangat nak sara. Aku bukan tak pernah applykan sekolah area sini, dapat dah pun.

Tapi isteri yang taknak. Yelah sana dekat dengan rumah dia. Cerita ni berlarutan sampailah beberapa bulan lepas aku balik. Allah nak tunjuk kat aku, isteri aku lupa log out fb dia kat laptop. Aku buka dan sangat terkejut. Aku ambil jugak hp dia (waktu dia tidur) dan aku buka (mujur aku pernah nampak dia taip password).

Dalam tu bukti semua kekusutan aku terjawab. Rupanya isteri aku ni songsang, Allah.. aku sangat terkejut. Mengucap panjang aku, aku tengok gambar, video, whatsapp, sangat menj1jikkan. Aku tak sangka dia macam tu, dan aku check balik kat fb dia. Sebenarnya benda ni dah berlarutan 2,3 tahun sebelum aku kawin dengan dia lagi.

Aku terfikir, adakah dia berkahwin sebab dia nak tutup aib, atau keluarga paksa sebab dah tahu rahsia anak, tapi mngsanya siapa? AKU. Positifnya aku fikir Allah nak uji aku, tapi ujian sangat berat, dalam syarikat aku sebagai eksekutif ramai kenalan, aku ada keluarga besar, aku fikirkan apakah kesan selepas ni.

Aku pegang hp dia, memang ikutkan aku langsung tak pernah pegang hp dia, sebab dia tak bagi. Kalau tidur dia letak bawah bantal. Tapi malam tu, dia cas hp dan letak sebelah laptop kat ruang tamu. Aku cuba kawal marah, waktu tu ibu dan ayah dia dah tidur, aku seorang diri kat ruang tamu, isteri aku dah tidur kat bilik.

Esok paginya lepas sarapan, aku panggil dia masuk bilik dan sekali lagi aku cuba kawal marah supaya ibu dan ayah dia tak dengar. Aku mintak penjelasan dia, hampir 2 jam aku dengar dan membalas. Selama ni yang aku anggap isteri yang baik, solat malam tak tinggal, tapi ini perbuatan dia belakang aku.

Pagi tulah terbongkar semua, dia dah mula tinggi suara, marahkan aku, salahkan aku. Seolah olah, aku membuka aib dan pekong dia. Tapi aku tak tahu macam mana, aku tak marah kat dia, aku bagi peluang kat dia. Dengan harapan isteri aku berubah dan menyesal perbuatan dia tu. Cikgu agama apakah begitu ? Silap hari bulan anak murid jadi mngsa.

Aku walaupun bukan ust tapi aku tahu basic agama. Aku tahu mana haram mana halal, patutlah makin tak bertanggungjawab. Selama ni fokus dia dekat kawan songsang dia tu. Dan lagi sadis, kawan dia pun baru berkahwin. Kesian suami dia sama macam aku nanti.

Dan aku ada terbaca, golongan sonsang terutamanya perempuan ada lah yang paling susah sekali nak kesan. Elok berjubah, elok bertudung labuh, tapi disebalik tu kita tak tahu. Mungkin ni ujian aku, sekarang aku buntu tak tahu nak buat apa. Lepas kisah tu, aku buat biasa depan family dia. Aku balik ke perak semula pun macam biasa.

Family dia dan family aku belum tahu kisah ni. Aku yang rasa tertekan, stress, kerja aku tak boleh nak fokus. Dah 2 bulan aku tak balik, aku duduk tak berurus kat rumah sewa. Dalam 2 bulan ni dekat 7 hari aku dah cuti. Tapi aku tengok kehidupan dia normal je, macam langsung tak bersalah.

Aku follow je status whatsapp dia, fb dia, macam takde apa apa yang berlaku. Tapi beberapa hari lepas, dia whatsapp aku, mintak aku lepaskan dia. Lagi bertambah stress aku, memang aku rasa dia langsung takde perasaan kat aku selama ni.

Aku fikirkan majlis dia yang lalu, majlis aku yang lalu, usaha ibu ayah dia, mak ayah aku, aku rasa kalau keluarga masing masing tahu agaknya aku yang dipersalahkan. Tapi bukti ada aku simpan, sempat aku snap mana yang penting kat hp aku. Dan kalau takde bukti, aku tak rasa keluarga dia boleh terima.

Sebab dia keluarga yang baik baik. Kebanyakan adik beradik dia mengajar agama, jadi kalau aku balik hujung bulan ni, akan ada konflik terbesar yang akan jadi. Aku tak tahu apa perlu buat sekarang, nak berhadapan dengan keluarga, kawan kawan, staff syarikat.

Kalau jadi berpisah, aku rasa macam aku buat satu kesalahan paling besar dalam hidup, track record aku dah buruk, aku menyumbang angka pencerraian. Aku rasa tu dulu cerita aku. Tak mampu nak taip dalam sedih ni, suami menangis, kalau rasa kahwin boleh datang mudharat pada diri dan orang lain, lebih baik jangan berkahwin, sudahnya masing masing dalam kesusahan.

Reaksi warganet

Noor Izrain –Pada pandangan saya, baik en bpisah. Orang songsang ni kalau nak berubah, bila ada kesedaran sendiri. Tak jalan dengan bantuan atau nasihat orang lain. Apatah lagi dengan keadaan PJJ.

Dia bukannya anak anak yang boleh dikawal dan dipantau. Buat apa en hanya dapat jasadnya sedangkn hatinya bukan milik en. Buang masa je. Baik cari isteri lain yang boleh beri kebahagiaan.

En akan ketinggalan banyak fasa fasa manis dalam membina rumah tangga jika menunggu dia berubah termasuk memiliki anak. Jangan buang masa, sampai bila nak hadap benda ni.

Nanie Arifin –Selalu baca suami yang songsang. Ni isteri pulak. Ya Allah. Takut pula. Apa pun, awak buat lah keputusan yg terbaik untuk diri awak. Tak perlu fikirkan orang lain fikir apa. Awak juga berhak untuk bahagia..

Sha Mohamad –Cuba bimbing dia balik ke jalan yang benar. Slow slow. Bincang baik baik, bawak pergi bercuti berdua untuk berbincang dengan tenang. Pikir solution terbaik. Kalau memang sudah tak bolih dibimbing dan dia masih berdegil, bwak pergi pejabat agama untuk sesi kaunseling.

Orang macam ni perlukn bimbingan. Kalau awak cerraikn dia adakah masalah ini akan selesai? adakah dia akan kmbali kepada fitrah? Mestilah tak, entah entah jadi makin teruk. Cuba dlu untuk fix antara awak bdua dan bwak ke pejabat agama.

Kalau memang dah tak boleh sangat, baik lepaskan daripada awak sndiri nanti sama sama menanggung dosa songsang dia. Doakan untuk dia stiap masa. Untuk diberikan hidayah.

Non Mal –Dia seorang guru agama. Seorang ustazah mustahil dia tak tahu hukum hakam. Saya cadangkan awak cerraikan isteri awak tanpa beritahu aib dia pada sesiapa. Cukup lah awak simpan aib isteri awak sorang sorang. Dayus lah hukumnya awak tak lepaskan dia sebabb perkahwinan awak semakin buat isteri awak semakin berdosa.

Orang songsang ni takkan berubah sekelip mata. Perasaan tu takkan pernah hilang. Let her go. Simpan aib dia. Berpisah cara baik. Buat apa bersama kalau dalam hubungan t0ksik takde kasih sayang lagipon awak tak sentuh dia. Allahu.

Intan Shafariza –Nak simpan buat apa isteri macam tu. Lepaskan dia. Tunjuk segala bukti pada keluarga. Confessor tak perlu str3ss. Semua masalah berpunca dari dia. Lepaskan dia insyaAllah hilanglah segala masalah. Bina hidup baru. Cari orang Perak. Dekat dengan confessor. Hurrmm. Nasib baik saya di Melaka, hahah. Ok just kidding.

Sungguh berat bukan dugaan yang Man hadapi ini. Semoga keputusan yang dipilihnya nanti tepat. Moga dipermudahkan urusannya. Apa pula kata anda.

Sumber – Man (Bukan nama sebenar) via iiumc