Mlm tu aku beranikn diri. Pertama kali mngawan, xjangka ini yg aku dpt

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Masa zaman remaja, aku sering memberontak sebab selalu dikongkong.

Di rumah ibu bapa kongkong. Di sekolah lagi teruk, asrama penuh. “Patutnya ada TV di asrama, barulah fikiran terbuka”, aku zahirkan rasa tidak puas hati aku kepada rakan aku. Saat ditunggu tunggu akhirnya tiba, aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti yang terletak di pusat bandar.

Aku amat teruja kerana akhirnya aku akan mendapat kebebasan mutlak. Ketika berada di bandar tanpa pengawasan ibu bapa dan guru, aku mencuba segala benda yang aku tak pernah cuba ketika berada di kampung. Tiga benda sahaja aku tak pernah cuba lagi iaitu r0kok, ar4k, dan ddah.

Bila di universiti, mestilah kita nak cari kekasih. Dipendekkan cerita, aku berkenalan dengan seorang gadis. Cantik dan sopan orangnya. Aku membuka langkah berhubung dengan dia sampailah kami pun “couple”. Bila bergelar kekasih, aku sering membawa dia “dating”.

Aku tak pernah fikir nak melakukan maksiiat terkutuk dengan dia masa itu. Maklumlah orang “baik”, solat 5 waktu, puasa sebulan penuh, dan macam macam lagilah. Jadi memang tak berniat langsung nak bermaks1at ketika itu. Akan tetapi, tingkatan perhubungan kami mulai naik ke peringkat lebih tinggi.

Bukan melangsungkan perkahwinan tetapi mula berani bersembang ‘nakal’ di Whatsapp. Wah, aku pun syoklah al maklumlah tak pernah dapat mesej macam tu. Jangankan mesej ‘nakal’, kantoi “couple” pun dipanggil ke bilik disiplin kalau di waktu sekolah aku dulu.

Dengan kebebasan yang aku miliki, tanpa ibu bapa yang melarang, guru guru yang menghalang, aku pun sering mengajak kekasihku itu menonton wayang di waktu malam. Pada suatu malam, aku memberanikan diri untuk mengajaknya mengawan di sebuah hotel bajet.

Itulah hari malang buat diriku. Pertama, proses pers3nyawaan secara haram yang aku lakukan memberi kesan negatif kepada kerohanian aku. Nak beribadah jadi malas. Nak berdoa tak mahu sebab anggap Tuhan dah tak pandang. Bila ada masalah, dah tak mencari Tuhan sebab rasa Tuhan tak layan.

Str3ss seorang diri dan terasa lemas di lautan kegelisahan. Kedua, dosa mengawan tanpa nikah ini juga membuatkan rezeki aku bertambah sempit. Manakan tidak, duit poket yang diberikan ibu dan ayah disalahgunakan untuk check in hotel, belanja kekasih, dan berjoli sana sini.

Selain rezeki berbentuk wang, rezeki masa juga ditarik serta merta. Sehari rasanya seperti seminit sehingga assignment tidak siap, waktu belajar tidak cukup, dan kelas banyak yang ponteng. Semua benda tak sempat. Di samping itu, hidup aku juga jadi kelam kabut dan tak tentu hala.

Walaupun dapat kerja berprestij selepas belajar, str3ss berpanjangan. Duit gaji yang diperolehi walaupun banyak tetap tidak cukup. Nak kahwin tapi tak dapat dapat. Di beri macam macam halangan. Banyak cita cita tergendala, impian tertunda, dan matlamat tak ke mana.

Banyak lagi kesan dan perasaan yang aku nak ceritakan tapi cukuplah ini sahaja. Moga menjadi pengajaran. Aku cerita berdasarkan pengalaman aku dan benda yang aku cakap tadi memang benar benar berlaku. Ada sebab kenapa Allah haramkan benda yang Dia haramkan.

Janganlah persoalkan, ikut sahaja apa Dia suruh. Confirm kau selamat dunia dan akhirat. Aku berpengalaman langgar perintahNya jadi aku tahulah. Doakan taubatku, doaku, dan ibadahku diterima Allah SWT. – X (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Norizan Manaf – Nasihat yang baik. Dia sedar sebab hati dia masih bersih. Masih terbuka pintu keampunan, bertaubat lah dengan bersungguh. Berusaha lah u halalkan kekasih awak tu. Kesian dia, aku sedih bila melibatkan maruah seorang wanita. Sedih bila fikirkan perasaan mak ayah perempuan tu.

Nazieha Li – Cerita yang ringkas tapi mesejnya sampai. Walau kau tak cerita details cara kau berubah tapi syukurlah kerana Allah bagi peluang taubat. InsyaAllah keampunan dan kasih sayang Allah melangit luas. Allah sediakan syurga untuk hamba hamba Nya. Jadi usahalah sehabis daya menempah tiket ke sana.

Ainie Fauzai – Cukuplah. Bayangkanlah kekasih awak tu adalah orang yang terdekat awak. Adik perempuan awak ke. Walaupun kekasih awak tu rela menyerah tapi itu bukan lesen untuk terus berziina. Bayangkan anak perempuan awak dibuat perbuatan yang sama macam awak buat kat kekasih awak.

Noor Afidah Alias – Yaaaa. Tepukan gemuruh untuk confessor lelaki kita. Bukan nak sarcasm, perli, sindir tak de maknanya. Aku duk terpikir mana la confessor lelaki ni. Lelaki tak de masalah ke, tak de kisah silam yang boleh dikongsi ke, alahai bahagianya hidup.

Haaa… Rupanya macam ni.. Alhamdulillah Allah masih sayang, masih diberi kesempatan untuk bertaubat. Semoga semua yang berlaku menjadi jalan anda menuju ke syurga. Jangan putus asa, terus berusaha raih keampunan Allah. Amin.

Adam Rao – Masa aku keja kilang dulu, senior atas aku balun budak praktikal dalam bilik rework. Zaman keja kilang nie budaya balun pompuan nie satu kewajipan nak kata dia tu champion berapa power dia boleh dapat.

Nasib baik aku bukan jenis jahat main anak orang. Jahat belah lain. Karma dengan balasan tu akan mari. Ada salah sorang kaki balun kilang aku, berakhir semua anak dia dapat pompuan. Takda jantan. Mula lah nak teringat dosa silam dia balun anak orang.

Syafina Zul – Pada orang yang redah sebelum masa ni, acik selalu ingatkan,

1. Bertaubat, moga Allah terima taubat kamu.

2. Ingat ziina itu hutang.

3. Suka atau tidak adik perempuan kamu Di zinai oleh orang lain

4. Mohon maaf kepada bapa perempuan tersebut, kerana telah cemarkan maruah keluarga mereka.

Nak maki pun tak guna, benda dah berlaku. Tapi ingat, kita jaga maruah orang, Allah jaga maruah kita. Andai ada benih yang hidup jangan tambah dosa dengan membnuhnya. Berani buat, berani tanggung. Anak ziina tetap suci, yang haram perbuatan bapa bi0loginya Dan ibunya.

Noradila Ismail – Taubat dan kawenlah dengan kekasih awak. Dah kawen baiki diri dengan buat kebaikan. Bimbing diri dan pasangan. Dosa takle padam tapi boleh taubat. Mungkin kena buang rasa malu dan mula berdoa kat Allah supaya pimpin hati ke pangkal jalan. Susah tapi kena terus jalan ke depan.

Sumber IIUMC