Suami xnak penuhi keinginan aku, senyap2 aku layan duda anak 1. Tak sedar, berada sejauh ini

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Salam dan selamat sejahtera. Sedikit latar belakang aku, namaku Zuhayra Nasrin (of course la nama tipu) tapi nanti aku letak makna nama dekat bawah confession ye.

Usia dalam 30 an, status isteri orang, kerjaya baik dan wajah manis jugak lah. Aku dan suami PJJ sejak kahwin kerana masing masing ada komitmen dan tak pernah merancang untuk tinggal bersama kerana beberapa kekangan. Hal ini dah dipersetujui sejak kahwin kerana perkahwinan kami adalah yang kedua bagi kedua dua belah pihak.

Tiada anak tetapi aku ada beberapa anak tiri yang dijaga oleh ibu mereka. Aku akan balik ke rumah suami yang kena merentas negeri pada hujung minggu, begitu juga dia dan kami memang bertoleransi dalam bab ini. Sepanjang tujuh tahun berkahwin, kami tidak dikurniaan zuriat dan sudah puas juga berubat kampong dan rawatan moden tapi belum rezeki dan kami dah redha.

Pada usia perkahwinan masuk tahun ke 3, suami ada masalah kesihatan orang lelaki jadi aktiviti kelamin ini menjadi semakin lama semakin kurang hinggalah sampai jadi bedmates sahaja. Sorang pusing kanan sorang pusing kiri dan ini berlarutan sehingga kini. Semua ini aku pendam sahaja sebab aku pun malas nak fikir dan pernah dibincangkan tapi suami tiada tindakan lanjut.

Bagaimana aku boleh berjumpa dengan kekasih gelap ini?. Walaupun aku PJJ tetapi aku tak pernah merancang untuk ada kekasih gelap atau simpanan sebab memang tiada dalam kamus hidup. Tetapi itulah yang datang sebagai dugaan dan aku melayan sebab aku bosan sepanjang PKP ini.

Aku dan suami memang tidak dapat berjumpa hampir lebih kurang dua bulan sebelum dibenarkan merentas negeri bagi suami isteri yang berlainan negeri. Disebabkan PKP ini, kebosanan aku terisi dengan langganan Netflix dan movies di telegram. Semua channel aku like dan aku tonton untuk isi masa lapang.

Nak dijadikan cerita, satu malam, aku dapat satu mesej daripada nama DR CRANE (nama musuh batman). Rupanya DR CRANE (lepas ni aku pendekkan jadi DC aje ) dapat masuk ke mesej telegram aku kerana dia juga ada dalam salah satu Channel Movies dalam telegram yang aku like.

Semua ini berlaku pada lewat bulan 3 yang lepas. Apa maklumat yang aku dapat ialah DC merupakan duda anak satu lewat 30an, seorang pekerja dalam Industri Perkapalan di Lembah Kelang, dia juga cuti PKP sama seperti aku. Kami text setiap masa sejak dari hari itu.

Pada mulanya banyak maklumat yang aku tipu dia tapi akhirnya aku jujur sahaja sebab dia pun jujur cerita semua tentang diri dia. Siap hantar gambar dan macam macam bukti untuk yakinkan aku untuk terima dia sebagai kawan. Aku tidak sedikit pun sembunyikan maklumat aku tentang aku isteri orang sebab terang terang dalam telegram profile aku ada beberapa gambar aku dan suami.

Dia juga sudah maklum tentang itu. Dan dia kata aku satu satunya orang yang balas chat dia sebab malam itu dia text pada dua orang. Seminggu lepas chat di telegram, dia minta nombor telefon untuk ber whatsapp pula dan dia teringin nak video call (VC) aku. Dan kami mula video call hampir setiap hari dan keadaan ini membuatkan aku rasa tiba tiba bahagia.

Nampak macam syaitannirrajim dah berjaya kan? Perbualan kami memang merangkumi semua topik dan selalunya akulah yang banyak cakap dan dia dengar sahaja. Jika dia berminat topik itu, dia pulak yang bercakap macam cikgu ajar anak murid. Dia sangat pandai ambil hati, bayangkan setiap text aku dia respon walaupun hanya perkataan ‘oh iyeke’.

Kalau kena gaya dia akan bagi pendapat dan pandangan dia. Bila dia mula berkerja sebab beberapa industri sudah mulakan aktiviti masa itu, dia akan VC aku sepanjang dia pergi dan balik kerja hanya untuk berborak dan tengok aku. Dia akan text aku apabila dia buka mata setiap pagi.

Sepanjang kerja kalau busy dia akan text bagitau ada kerja. Dan malam bila nak tidur dia akan kol berborak sekejap sebelum ucapan manis selamat malam untuk aku. Kalau text mesej ini antara aku dan dia rasanya dah boleh buat novel satu naskah dah banyaknya. Bayangkan semua ini berlaku dalam tempoh PKP yang selama 96 hari itu sehingga kini.

Hidup aku rasa macam remaja 17 tahun yang baru nak bercinta dan diberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang. Oh ya… dia sudah mula panggil aku sayang selepas dua bulan kenal dan dia minta izin untuk itu. Sweet kan, ke gatal? Dan aku rasa aku memang sudah mula sayang pada DC ini kerana karektor dia dan semua layanan yang dia berikan pada aku.

Entah kenapa aku merelakan semua ini sebab aku rasa sangat bahagia dilayan seperti itu. Aku seperti tamak tidak mahu melepaskan kebahagiaan yang aku dapat ini. Semua ini aku tak pernah dapat daripada suami walaupun masa bercinta, awal perkahwinan apatah lagi sekarang.

Kisah ‘kehidupan suami isteri’ aku juga dia tahu kerana aku pernah meluahkannya apabila dia bertanya selepas beberapa minggu kenal. Dia siap cakap yang dia menjangkakan seperti itu sebab aku seolah olah dahagakan perhatian lelaki. Dia kata jika aku dan dia ada jodoh, dia sanggup tunggu aku.

Cuma dia mahukan aku fikir betul betul sebab apa aku sayang dia. Dia kata dia tak nak dipergunakan dan dia juga tak nak aku anggap dia ambil kesempatan di atas apa yang berlaku dalam rumahtangga aku. Sehingga kini aku belum pasti inikah yang aku nak.

Seminggu sebelum raya aku mohon kebenaran untuk merentas negeri kerana masa itu dibolehkan. Jadi aku pulang ke rumah suami untuk menyambut perayaan. Aku duduk di sana sehingga hari raya keeempat dan sepanjang tempoh itu DC ini bersabar kerana dia tak mahu aku kantoi dan dia kata dia tak nak susahkan aku kalau terkantoi.

Biarlah dia beralah dalam dua minggu itu. Aku tanya tak cemburu ke aku dengan suami sepanjang tempoh raya tu. Dia kata dia sangat cemburu sehingga nak aje kol tapi dia fikirkan aku akan dapat masalah kalau dia kol aku semasa aku bersama suami. Tapi aku yang tak boleh tahan perasaan kerana aku yang curi curi mesej dan kol dia jika keadaan free.

Dia akan kata yang dia sangat rindukan aku dan dia memang tertunggu aku mesej atau kol dia. Kami nampak macam seperti tak boleh dipisahkan pulak. Memang langsung tak sama dengan suami aku yang biasa seminggu pun pernah lupa nak kol aku sampai aku rasa macam tak de suami. Tunggu aku mesej dia baru dia ingat dia ada bini di negeri lain yang terkontang kanting sorang diri.

Selepas PKP ini, kami ada merancang untuk bertemu empat mata dan dia mengajak aku ke tempat dia sebab dia tak nak jumpa aku di tempat aku kerana mungkin ada mata yang memerhati. Ini yang membuat aku serba salah dan aku juga mahu berjumpa dengannya. Sejujurnya aku memang mahu berjumpa dengannya tapi aku takut.

jika aku berjumpa dia, aku akan semakin giilakan dia. Giilakah aku ni? Daripada VC setiap hari ini, aku boleh katakan dia seorang yang charming, good looking, mamak look dan smart sangat orangnya. Kalau dia nak VC aku, dia akan pastikan dia dah mandi, dah siap smart. Dia kata dia tak suka penampilan yang selekeh.

Ini memang kredit kat dia la sebab lebih smart dari suami aku. Dia sangat jarang tak reply text aku dan dia cakap kalau dia tak reply tu maksudnya dia dalam 3 keadaan sahaja, sama ada sedang tidur, sedang kerja atau tiada lagi di dunia ini. Sweet nak m4ti ayat ni tau! Sehinngga saat ini, aku rasa 50-50 dengan apa yang berlaku.

seakan tak percaya aku telah berada sejauh ini, aku tak sangka tiba tiba ada lelaki lain dalam kehidupan rumahtangga aku dan aku tak tahu apa aku harus buat sekarang. Perlukah aku mintak cerrai? Suami aku walaupun banyak kekurangan tapi dia masih kategori suami yang baik. Dia tidak memaksa aku tinggal dengan dia sebab dia faham kerja aku.

Dia tidak pernah pukul atau marah yang teruk teruk. Dia berikan banyak kelonggaran dalam aktiviti aktiviti luar yang aku suka buat. Dia beri juga nafkah zahir walaupun culas jugak kadang kadang sebab dia kata aku banyak duit. Entahla, layanan emosi dan layanan batin je la yang dia kurang dan dia tak nak perbetulkan walaupun dah masuk 4 tahun macam ni.

Kekadang aku fikir, laki aku ni fikir aku ni malaikat ke tak de nafsu, mestilah ada tapi kenapa dia selalu abaikan. Kami di rumah dia, ada bilik sendiri sendiri dan privacy sendiri sebab kadang dia tak mahu aku ganggu tidur dia. Pelikkan tapi benar. Itulah kehidupan suami isteri yang aku hadapi 7 tahun ini.

Aku tidak kisah dikecam sebab tajuk pun memang mintak kena kecam, cuma aku harap nanti dalam banyak banyak komen, adalah sikit petunjuk untuk aku mulakan langkah ke depan atau patah balik dan apa justifikasi dalam komen anda semua. Insya Allah aku akan warasi semua komen dan akan buat sebaik baiknya supaya tiada siapa siapa terluka dalam keadaan yang aku tak sengajakan ini.

Terima kasih semua. Doakan aku ye. Aku yang Buntu..

Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih pihak IIUMC menyiarkan kisah aku dan terima kasih semua yang komen sama ada yang baik atau pun yang kecam. Kecaman kecaman anda memang menusuk hati, lekat di sana sebagai ingatan bahawa ada dosa yang perlu aku leraikan.

Nasihat nasihat juga menjadi satu jentikan di lubuk hati bahawa masih ramai yang sayangkan aku walaupun tak kenal dan mendoakan rumah tangga aku selamat. Semoga doa doa ini menjadi asbab untuk aku tekad selamatkan perkahwinan ini. Terima kasih semua.

Kenapa aku menulis di sini hari ini, sebab aku rasa kecaman yang diberikan menjadi satu titik tolak untuk aku jelaskan ada perkara yang kamu semua tidak tahu sebab tidak sebantal dengan aku tapi kamu judge yang kamu seolah olah tahu semua. Aku tak marah, tapi terkilan sebab bila aku katakan yang ini perkahwinan aku yang kedua.

seolah aku bercerrai kali pertama tu salah aku dan aku seolah olah suka cerrai berai n. Please la, tiada perempuan yang kahwin nak bercerrai ni sebab memang sangat kekok kalau jadi janda ni. Kau nak bersosial dengan masyarakat, nak bekerja dengan golongan lelaki dan sebab isteri isteru orang ni pandang kita macam kita nak terkam laki dia.

Kenapa aku bercerrai?. Aku kahwin muda lepas graduate dengan lelaki sebaya pilihan sendiri. Aku pernah pregnant dua kali dan kedua duanya gugur sebab rahim aku tak kuat. Moga aku dapat jumpa anak anak syurga aku di sana nanti. Aku bercerrai selepas enam tahun aku bersabar dengan sikap ex yang ambil g4nja pada mulanya.

Lepas tu ambil sy4bu sampai lupa tanggungjawab dia. Kemuncaknya aku kantoikan dia tidur dengan perempuan lain di atas katil kami semasa aku sambung belajar di negeri yang berlainan. Korang belum pernah rasa ujian sehebat ini kan?. Aku dah lalui macam macam dalam perkahwinan sebelum ini.

Jadi kalau setakat suami sekarang ni tak mampu bagi nafkah zahir dan batin, aku boleh sabar sebab dia berkali kali lebih baik daripada ex aku dulu. Aku menjanda selama tiga tahun, umur pun belum masuk 30 lagi masa tu. Aku rasa best sangat menjanda sebab hilang semua str3ss yang aku hadap selama 6 tahun perkahwinan.

Aku selesa dengan hidup menjanda, aku punyai kerjaya yang baik dan aku dah selamat dari perkahwinan yang t0ksik. Macam orang kata, “Lelaki kalau berduit, dia nak pasang banyak perempuan tapi kalau perempuan berduit, dia tak perlu lelaki langsung”.

Tapi sebagai janda muda ditempat kerja, kita akan jadi tumpuan mata nakal lelaki dan terdedah dengan macam macam fitnah. Salah satu bos aku pernah try masuk jarum dan aku rasa kalau lama lama boleh cair jugak dengan laki orang ni jadi aku mula mencari jodoh untuk cepat cepat kahwin.

Aku jumpa suami sekarang ni daripada website cari jodoh. Jodoh kat website ni memang bersepah kau boleh klik apa sahaja kategori yang kau nak, asal mana, kerja bidang apa, umur berapa, status apa dan sebagainya. Pendekkan cerita, aku kenal suami bulan 10, jumpa keluarga masing masing bulan 12, bertunang bulan 1 dan bernikah bulan 6 tahun berikutnya.

Maka kami baru sambut anniversary yang ke 7 beberapa hari yang lepas. Memang kami tak bercinta pun sebab aku dan suami masuk website tu memang untuk pasangan hidup dan selepas perbincangan arah tuju lepas kahwin, dua pihak bersetuju untuk PJJ. Of course la sebelum decide nikah tu, aku dah selidik dia betul betul.

Dia memang seperti yang aku doakan setiap kali solat, suami yang baik walaupun kadang kadang aku rasa macam kahwin contract aje.

Kenapa perkahwinan kedua aku masih belum pregnant?. Selepas setahun kahwin, aku sudah buat pemeriksaan suami isteri di hospital swasta untuk cepat tahu apa puncanya. Dugaan lagi bila salah satu 0vary bengkak dan salur Fallopio aku sempit.

Suami aku semuanya OK. Kalau buat pembedahan akan merisikokan bahagian bahagian lain dan kebolehjayaan tu rendah. Its ok, ada Allah beri lebih dan ada Allah tarik, aku redha dengan semua ini. Make it worst, lepas tiga tahun kahwin, suami pula dah kurang produktif.

Maka impian ini aku sematkan dalam hati sahaja. Banyak kesedihan dalam hidup aku ni tapi aku rasa beruntung sebab Allah bagi banyak kejayaan dalam kerjaya. Duit bukan masalah, nak makan apa sahaja boleh dapat. Nak beli apa kehendak boleh sendiri tunaikan. Nak melancong mana pun boleh pergi dan suami selalu izinkan kalau dia tak ikut.

Baiklah aku nak cerita sedikit kebaikan yang aku dapat dari kemunculan KEKASIH GELAP PKP ni. Selama empat tahun, nfsu untuk bersama dengan suami kurang sebab aku tahu apa kesudahannya, kecewa tepi bucu katil buat sakit hati aje kan. Tapi selepas kenal DC ni, aku rasa nfsu tu kembali hangat dan aku cuba salurkan kemesraan tu kat suami.

Semua ini berlaku semasa aku balik seminggu raya bersama suami. Bagusnya PKP ni sebab stay at home aje kan jadi boleh aku cuba cuba. Adakah boleh berjaya? Masa cuba jaya ini aku suarakan keinginan aku dan aku katakan jangan sampai ada lelaki lain menggoda dan aku tergoda.

Dia gelakkan aku sambil kata kalau nak, carilah yang halal. Aku tanya lagi adakah dia sanggup lepaskan aku kalau aku jumpa orang yang boleh dihalalkan. Dia terdiam dan terus tidur sampai esoknya. Tak berjayalah kan? Hahaha nasib nasib. Esoknya dia bawa aku ke kedai ubat jamu dan farmasi untuk pilihkan ubat ubat dan makanan sampingan untuk kecergasan lelaki.

Selama bertahun tahun ini, tidak pernah dia buat macam ni sebab bila aku suarakan dia akan mengelak dan biarkan macam angin lalu. Adakah sebab semalam dia mimpi aku check in dengan lelaki lain? Kan aku minta dia lepaskan aku sebelum dia tidur semalam. Hahaha tau pun takut bini kena sambar kan!

Tapi alhamdulillah ada juga perubahan positif. Aku rasa kalau DC ni tak muncul, mesti aku juga macam suami jenis dah malas nak fikirkan keperluan batin dan sampai bila bila pun kami tak berubah. Jadi aku decide untuk beri suami peluang untuk perbaiki hubungan.

Aku juga dah tegur dia untuk selalu selalu text aku dan VC setiap hari kalau ada masa free. Kalau dia lupa aku akan mesej ingatkan. Semuanya baru baru ini berlaku dan moga ada sinar bahagia menanti aku. Cuma yang belum aku buat adalah stop chat dengan DC sebab dia masih seperti selalu akan text aku sekerap yang dia mampu.

Bukan mudah nak tepis semua ini, dan bukanlah aku at first place yang mulakan semua ini, aku tidak mencari lelaki ini tetapi dia muncul tiba tiba dalam hidup aku. Jujurnya aku memang sudah tersayang dengan dia dan kalau tanya aku kenapa cepat sangat sayang sebabnya aku rasa sangat dihargai dan diberikan perhatian.

Aku bukanlah naïf sangat untuk serahkan diri pada lelaki yang baru kenal walaupun aku akui aku dahagakan hubungan kelamin suami isteri. Hello, empat tahun pun aku boleh tahan ye, cuma baru baru ni jer macam tak tahan. Betul macam semua orang kata potensi tu ada, tapi insyaAllah aku masih boleh berfikir dengan waras.

Aku juga memang tahu semua yang aku lakukan ini salah dan berdosa besar tapi kenapa aku confess kat sini walaupun diri sendiri dah tahu. Sebabnya aku mahu baca, aku mahu nasihat dan bait bait kata kalian aku harap dapat didik hati aku yang celaru ini. Kalau nak harap diri sendiri nasihat, biasalah hati aku kan tengah berbunga jadi aku akan bias pada perasaan sendiri.

Aku tiada niat untuk confess kali ketiga sebab inilah nukilan aku yang terakhir sebab aku rasa aku sudah pun dapat jawapan yang aku nak dan aku aminkan setiap doa doa yang baik dari kalian.

Maafkan lah aku sebab membuat pengakuan ini di sini. Aku akan cuba sehabis daya untuk selamatkan perkahwinan aku ini. Oh ya maksud nama yang aku pilih ini ZUHAYRA NASRIN adalah bunga atau pertolongan. Aku anggap aku seperti bunga yang perlukan pertolongan dan aku dah dapat. Terima kasih semua. – Zuhayra Nasrin (Bukan nama sebenar)

Sumber IIUMC