Nak sgt Kawin dgn bujang tua kaya. Masuk hari ke 2 dh kena. Bila balik, Abg ipar mnangis. kak ipar meraung.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Namaku Trisha cukup panggil Sha.

Aku yatim piatu sejak kecil dan membesar dibawah jagaan kakak aku. Aku berasal dari Singapura. Tapi bila ibu bapa aku men1nggal dunia, kakak dan abang ipar ambil aku tinggal dengan mereka di Johor Bahru. Kisah aku ni agak panjang harap korang tak kisah baca.

Kisah tragis aku bermula bila aku mengenali Bakar seorang bujang tua ketika aku berusia awal 20 tahun. Aku dikenalkan oleh Bakar melalui kawan sekerja aku sewaktu kami datang beraya dirumahnya dulu. Aku ni berwajah biasa tapi berkulit putih bertubuh genit dan peramah. Ye aku suka berbual dan kalau berjumpa kawan baru, aku yang over peramah.

Macam tu juga aku layan Bakar pada hari pertama kami kenal. Selang seminggu masa bekerja kawan aku yang kami bertandang beraya dirumahnya beritahu, yang dia pass nombor phone aku pada Bakar. Ah sudah, aku cakap. Patutla setiap pagi ada WhatsApp beruang say good morning dari nombor phone tak aku kenali.

Rupanya Bakar ni suka kat aku. Kawan aku cakap Bakar ni bujang tua yang kaya banyak kebun sawit di Kulai dan Senai. Dia juga pemilik dusun dusun durian di Tangkak dan sesetengah kawasan di Muar. Aku mula rasa bagus juga layan untung untung ditabur dengan duit. Buat abang angkat jek, kawin tak payah.

Aku mula berani layan Bakar, dating kami yang pertama di Skudai Parade. Tak best pun sebab ku dating dengar bujang tua usia 45 tahun. Ajak tengok wayang tak nak, ajak makan mcd pun tak nak alasan tak biasa. Last last pegi makan kat warung area Larkin. Tapi bestnya setiap kali dating Bakar hulur duit belanja dalam handbag aku.

Buat belanja sayang katanya. Paling sikit RM200. Paling banyak RM400 ke RM500. Pernah paling banyak RM1000, Bakar cakap baru lepas jual durian. Korang rase umur 20 tahun dapat seribu ontok ontok mau tak hepi dan gembira. Dalam masa yang sama aku berkawan dan jatuh cinta pula dengan senior sekolah aku Ikmal.

Ikmal ni bertugas di Sarawak sebagai jurutera penerbangan. Jadi kami jarang jumpa dan dating bila Ikmal balik bercuti di Johor. Alhamdulillah percaya tak sepanjang 3 tahun aku bercinta dengan Ikmal langsung tak pernah kantoi dengan Bakar. Tapi Ikmal pelik aku cuma kerani tapi duit sentiasa banyak, Ikmal mula syak.

Sebab takut hilang Ikmal, aku mula jauhkan diri dari Bakar. Kakak aku mula tahu hubungan aku dengan Bakar. Sebab Bakar tanpa pengetahuan aku, Bakar directly jumpa abang ipar aku dan cerita segala hubungan kami selama ni. Rupanya selama ni Bakar tahu hubungan aku dengan Ikmal cuma dia perhatikan saja.

Kakak aku mengamuk habis sebab dia memang la tak approve si Bakar ni jadi adik ipar dia. Abang ipar ku? Cool saja dan keep nasihat aku. Dia insan paling aku sayang sebab dia protect ku lebih dari anak anak dia sendiri sampai ku panggil dia Abah sama macam anak anak dia.

Hari raya ketiga tahun tersebut Bakar masuk meminang aku. Entah apa kerasukan aku menangis nangis nak kahwin dengan Bakar, padahal aku dah berjanji sehidup semati dengan Ikmal. Ikmal dapat tahu kisah aku dengan Bakar, Hari raya ketiga tahun tersebut Bakar masuk meminang aku. Entah apa kerasukan aku menangis nangis nak kahwin dengan Bakar, padahal aku dah berjanji sehidup semati dengan Ikmal. Aku umur 23 tahun dan Bakar umur 48 tahun. Aku sayang Ikmal lebih sebab aku kenal Ikmal dari zaman sekolah tapi selepas sekolah baru kami bercinta. Kakak aku orang yang paling sedih, aku mengamuk ngamuk nak kahwin dengan Bakar.

Kakak dan abang ipar bawa aku berubat dengan ustaz tapi sihat aku cuma sekejap. Aku juga yang cari Bakar balik. Aku pun tak tahu kenapa aku nak carik Bakar balik. Aku ugut kakak dan abang ipar aku untuk kahwin kan aku dengan Bakar. Diorang dah pasrah dan aku dinikahkan dengan Bakar dalam majlis yang sederhana.

Tapi kerana sayangkan aku, abang ipar aku sanggup berhutang kahwin kan aku. Ikmal dapat tahu dan kami putus dan dia terus terbang ke Australia. Aku rasa aku paling bahagia waktu tu. Keluarga Bakar terima aku dengan baik dan mulalah mimpi ngeri aku. Bakar lelaki yang aku sanjung aku puja cinta mula menampar aku 2 hari lepas kami bernikah.

Aku menangis tapi redha saja. Fikir aku orang kahwin memang macam ni. Bdoh apa aku ni pun tak tahulah. Baru aku tahu Bakar ni panas baran orangnya, sampai dia jirus nenek (orang yang besarkan dia, ibunya dah mennggal dunia dari dia kecil) dengan sebaldi air hanya sebab nenek tu minta segelas air.

Nenek ni dah mula nyanyuk dan kadang kala dia pun lupa siapa aku. Lepas kahwin aku mula jauhkan diri dari kakak aku sebab dia tak suka Bakar kan. Kiranya aku pr0voke kakak aku la. Aku pun tak tahu kenapa aku buat kakak dan abang ipar aku macam tu. Tapi abang ipar aku tetap datang rumah mertua jenguk aku dan kadang kala bawak makanan kesukaan aku.

2 bulan lepas kahwin aku hamil, happy tak terkira aku. Jodoh kandungan aku tak panjang aku ggur ketika kandungan aku cecah 3 bulan. Bakar? Aku minta dia bawa ke hospital tapi diherdik, “Ko ingat aku doktor ke? Pandai pandai kau la jadi orang perempuan”. Aku menangis mula ingat kakak aku tapi aku malu dan takut nak beritahu.

Dalam keadaan s4kit kegguran aku tetap bangun pukul 5 pagi bersihkan nenek dan sediakan sarapan Bakar. Bakar tak terima bila pagi takda sarapan atas meja. Dia pernah baling aku dengan pinggan kaca. Untung aku pandai elak. 2 hari lepas ggur aku rase bisa satu badan, terasa nak mti pun ada. Aku terbaring seorang dalam bilik. Bakar tinggal aku pergi kerja seperti biasa.

Aku menangis terbayang kenapa nasib aku macam ini. Aku terfikir sia sia aku mti mengalah. Aku bangun kuat kan badan dan bawak motor tuju hospital. Jarak rumah dan hospital 21km. Aku ditahan di wad. Aku telefon beritahu Bakar dan dia datang cuma bawa kain baju dan surat nikah tunjuk bukti yang dia suami aku yang sah.

Sebotol air mineral pun takda dia belikan waima biskut tiger pack kecik pun takda. Tengah malam aku menangis sebab lapar nurse bertugas yang hulur biskut, milo secawan dan sepotong kuih. 3 hari aku ditahan wad, Bakar tak datang pun. Hari keluar wad aku telefon dia suruh bayar bil. Dia datang bayar bil dan catar teksi aku balik rumah.

Di rumah tiada istilah pantang, aku tetap buat kerja macam biasa. Buat kerja rumah sambil menangis kenang nasib diri, kenang hilang baby. Lepas 3 minggu kegguran aku mula rasa something. Kejap nak ketawa kejap nak menangis. Kebetulan kakak ipar aku datang menjenguk dari utara dia tenguk keadaan aku dan beritahu yang aku meroyan.

Dia yang rawat aku dan ikhtiar cara kampung untuk aku kembali pulih. Sebab dia pun tahu Bakar tak kan peduli aku dek kerana baran dia. Kakak aku? Awal awal aku da beritahu abang ipar jangan beritahu dia alasan aku tak nak dia risau. Padahal aku berlagak ego.

Bila aku da sihat, Bakar mula mengarah aku buat itu ini. Aku yang setia ni buat demi syurga dibawah tapak kaki Bakar. Macam biasa bila ada yang tak kene di rumah aku la punching bag Bakar. Aku tahan sakit tapi aku redha sebab dah mula sayang kan Bakar.

Suatu hari kawan baik Bakar datang rumah lepak. Namanya Sarip. Entah macam mana Sarip terlepas cakap, “Kalau aku tak tolong Bakar bdohkan ko kat Kahang dulu mesti ko tak kahwin dengan dia”. Aku terdiam, Sarip tersedar apa dia cakap dan cepat cepat keluar ke laman rumah.

Lepas dia cakap aku terus teringatkan kakak dan abang ipar aku. Aku ingat janji aku dengan Ikmal. Kenapa aku kahwin dengan si Bakar ni?. Segalanya macam tersedar dari tidur yang panjang. Malam tu aku tenung Bakar yang tidur nyenyak, aku menangis sepuas hati.

Entah dari mana datang semangat aku perlu bangkit aku susun strategi baik untuk keluar dari perkahwinan giila ini. Aku tak fikir apa, aku cari gaduh dengan Bakar dan dia yang baru balik kerja hinggap penumbuk di tepi mata kanan dan lengan kanan.

Berbekas lebam hitam ungu, aku terus buat report di balai polis. Bakar mula takut dan dia terus tabur duit berkepok berikat depan mata aku. Aku balik dari report polis terus ambil baju dan dalam gelap malam aku redah bermotor ke rumah kakak aku.

Kakak aku meraung, abang ipar aku menangis tengok keadaan aku. Abang ipar aku yang tolong aku uruskan percerraian kami. Hakim sahkan percerraian kami tapi tanpa aku sedar ada nyawa hidup dalam rahim aku berusia 2 bulan. Demi kandungan aku supaya tak membesar tak beribu bapa macam aku, aku rujuk dengan Bakar.

Kakak aku tak terima keputusan aku, abang ipar aku redha aku balik ke sisi Bakar. Baik Bakar cuma 2 ke 3 bulan sahaja. Sekali lagi aku dipukul sampai ggur. Doktor sahkan kandungan aku terlalu lemah untuk diselamatkan apatah lagi jarak kegguran yang pertama dengan kedua tak sampai setahun.

Bakar? Macam biasa ada aku kisah? Aku rasa cukuplah kali ini, aku nekad kali ini untuk keluar dari hidup Bakar. Oh ya demi sayang aku keluarkan semua duit simpanan, epf akaun kedua, duit sawit tinggalan orang tua tiap bulan hulur pada Bakar.

Sepatah kata kakak aku, aku dibdoh habis habisan. Sampai aku jual direct selling semua duit untung aku hulur Bakar. Aku tetap pergi direct selling naik motor buruk. Kesian aku bdoh tak simpan, kata budak budak sekarang. Korang doakan ya aku dalam perjuangan mohon fasakh dari Bakar.

Kenapa aku mohon fasakh? Sebab aku jumpa benda pelik pelik kat rumah macam bahan pujaan movie Thailand. Solat? Jauh dari hidup Bakar. Aku mengaji pun kene ejek tak tahu malu jiran dengar baca merangkak dan berlagak menunjuk. Ini antara sebab aku benci dengan dia.

Sebab dia buang agama jauh dari diri dia. Macam mana malaikat rahmat nak datang rahmati rumahtangga kami? Maaf kalau korang bosan dan kecam tapi jadikan kisah aku teladan ya. Mohon doa kalian aku kuat dan bangkit keluar dari perkahwinan ini. – Trisha (Bukan nama sebenar).

Reaksi warganet

Cpangaok Zaman – Dah kenapa rujuk balik? Ramai je ibu tunggal ada dalam Malaysia ni ha. Apa yang nak dimalukan bila jadi ibu tunggal? Ada je anak anak berjaya yang datang dari keluarga ibu atau bapa tunggal.

Lagi lagi awak ada kakak dan abang ipar yang penyayang macam tu. Keluar lah dari situ. Buat apa nak tunggu lagi. Nanti ada anak lagi sangkut lagi. Last sampai mereput dalam rumah Bakar tu…

Nur Maslinda Nordin – Mula kenal Bakar pun niat dah tak betul , sebab dia kaya. Kan.. Moga moga menjadi peringatan adik adik yg lain. Kalau nak kawen perbetulkan lah niat kerana Allah .

Nu Ha – Maaf bagi saya what u give u get back. Melayan dua laki dalam 1 masa mengharapkan Bakar tabur duit untuk hidup mewah cara mudah. Bukan nak back up Bakar tapi rasanya Bakar buat gitu sebab dendam rasa dipermainkn. Tolong lah jangan main main perasaan orang ni, takut bila bdendam dibomohnya kita.

SherZ Azman – Orang dah tabur duit kau pergi berkencan dengan lelaki lain. Memang mendapatlah. Tak de orang dik dalam dunia ni yang bagi kau kesenangan tanpa balasan kecuali parents dan family kau. The rest, they want something from you.

Niat kau awal awal pun nak buat bank je dengan Bakar kan? Memang kena bakar lah kau. Nasihat aku, kau pergi pejabat agama. Past is past. Mulakan hidup baru dan jangan gunakan orang untuk kesenangan kau lagi.

Ann Abdul Wahab – Semoga adik ni kuat melalui ujian ni. Jangan hirau apa orang kata. Get out now and get out fast. Kita tak kan dapat lari dari melaku kan kesilapan. Semoga kesilapan adik menjadikan adik kuat. Semoga kesilapan ni juga jadi pengajaran.

Orang yang kutuk tu mungkin tak pernah silap dalam hidup mereka. A sinner judging other sinner’s for a different sin’s. Its ok dik. Hidup kita di duga dgn bermacam macam kebodohan. Get up and keep walking.

Naema Salam – Laki baik untuk perempuan baik yea dik. Awak awal awal dah salah. Sebab niat awak nak dia semata mata untuk duit. Dia tau awak ada bf lain. Of course dalam hati ada dendam. Duit aku kau mau, aku kau taknak. Bertaubat, minta maaf pada Allah. Bercerrai dan bina hidup baru.

Moga jadi pengajaran. Allah dah bagi banyak peluang. Tapi semua awak sia sia kan. Abang ipar pun dah tolong banyak sangat. Belajar bersyukur. Lepas ni kalau dah cerrai, jangan pulak nak balik kat Bakar tu, walau ada baby skali lagi dalam perut tu, takda nya kebulur jadi ibu tunggal dik…

Sumber IIUMC