Bakal mertua aku adalh ayah sndiri. Aku nikah dgn abg tiri. Reaksi ayah buat aku trkejut. Tgh sarat, aku naik turun mhkamh

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum admin dan para pembaca semua. Kisah yang aku nak ceritakan ni berkaitan aku dan suami aku.

Tapi sekarang ni, dia bukan suami aku. Bermakna kami sudah bercerrai. Aku namakan suami aku sebagai Shu. Aku berkenalan dengan Shu ni waktu zaman U dulu. Kitorang ambil course yang sama dan start rapat bila aku dan Shu satu grup untuk projek yang course kitorang ambil ni. Dalam 4 ahli grup ni, Shu lah paling rapat dengan aku.

Mula mula tak pun, tapi lama lama bila borak borak je terus jadi rapat. Bila dah rapat, aku pun start percaya dengan dia. Aku banyak cerita masalah aku kat dia. Dia pun cerita masalah dia kat aku. Kitorang banyak keserasian sebenarnya. And satu hari dia confess kat aku yang dia suka aku.

Aku pun suka dia actually dalam senyap tapi tak berani nak confess. Dan kami pun mula bercinta. Kerisauan mula melanda apabila Shu mengajak aku berkahwin. Kenapa aku risau? Sebab aku takda ayah! Bukan bermakna ayah aku dah men1nggal tapi dia dah kahwin lain and start tak tinggal dengan ibu dan aku seawal umur aku 7 tahun.

Aku taknak ayah aku jadi wali aku. Aku taknak!. Aku malu dengan Shu yang aku ada Ayah macam tu. Ayah kahwin dengan ibu pun bukan sebab cinta tapi sebab pilihan keluarga. Yang Ayah cinta tu hanyalah ibu tiri aku. Ayah dapat berkahwin dengan ibu tiri aku bila nenek aku (ibu ayah aku) men1nggal.

Ibu tiri aku pun satu, sanggup bercerrai dengan laki dia sebabkan ayah aku. Laki dia tu kaya kot!. Terbukti cinta itu buta. So, ibu tiri aku ada 4 orang anak hasil perkahwinan dengan laki lama dia. Anak dia semua lelaki. Dahlah, naik meluat aku cerita pasal ibu tiri aku tu. Ayah aku ada lah jugak balik rumah ibu aku dan aku.

Eh, lupa nak cakap, aku tiada adik beradik lain. Aku anak tunggal. Biasa anak tunggal ni diberi lebih perhatian tapi aku sebaliknya. Berbalik kepada cerita tadi, ayah aku balik rumah tu pun bukan sebab apa tapi datang untuk maki maki ibu aku. Kalau bini kedua dia tu tak puas hati dengan ibu aku, habis tangan kaki naik.

Pernahlah satu hari tu, aku nak ambil air kat dapur tapi tak perasan ada ayah aku yang tengah terajang ibu aku kat dapur tu. Dengan tiba tiba nya dia tarik rambut aku pastu dia hentak hentak kepala aku kat bucu tangga. Sakit! Bocor kepala aku. Aku dahlah perempuan.

Ayah aku tu kalau tak puas terajang ibu aku, apa yang lalu kat depan mata dia lepas tu, mesti jadi mngsa. Kucing aku pun pernah sekali kena. Ada ke patut dia pegi rendam kucing aku dalam baldi. Manusia tak puas, haiwan pun boleh! Tapi layanan yang ayah aku bagi kat belah ibu tiri aku tu cukup berbeza.

As expected, memang ibu tiri dan abang abang aku dapat layanan istimewa bak kerabat diraja. Makan sedap sedap. Sorang dari 4 abang tiri aku dapat pergi sekolah international. Fuyooh! Baiknya bapak diorang kan? Aku tahu pun sebab cousin belah ayah aku yang cerita. Dia pernah datang raya rumah ayah aku dan ibu tiri aku tu.

Dia cakap untunglah dapat ayah macamtu. Okay. Masalah bermula apabila aku dan Shu nak mengikatkan tali pertunangan. Ibu ayah Shu excited kot nak jumpa bakal menantu dia ni. Al maklumlah Shu ni anak sulung. Shu pun ajak lah aku datang jumpa Family dia. Shu bawak aku pegi rumah dia guna kereta dia. Memang segar mata aku dari start berangkat tadi.

Biasa aku ni kalau naik kereta je mesti tido. Tapi kali ni lain macam. Berdebar nak jumpa bakal mertua. Tapi yang pelik nya, jalan pergi rumah Shu ni agak familiar lah. Hmm, aku pun tak berapa ingat jalan ni nak kemana.

Sampai sampai je, SAH! Ni rumah ayah aku dan ibu tiri aku. Aku tepuk bahu Shu. “Awak, kenapa awak bawak saya pergi sini?”. Aku dah risau lain macam. “Lah, ni lah rumah saya. Kata nak jumpa bakal mertua awak?”. Excited betul Shu. Sedangkan aku? Rasa nak lari je tinggalkan Shu.

Tapi tak pun. Tak sampai hati. Aku cuba sedapkan hati dan berkata, “Mungkin Shu ni anak orang gaji rumah ni kot?”. Sebenarnya nak masuk rumah tu pun rasa jijik. Dan guess what?! Shu tu abang tiri aku guys! Sebab bila masuk rumah tu je, terpacak dah bini kedua ayah aku kat depan pintu sambil cakap,

“Wah! anak sulung mama dah sampai.”. Hati aku macam kena panah tiba tiba. Jantung rasa nak berhenti. Wow, drama betul kisah hidup aku ni kan? Semua berjalan lancar. Aku pulak tak banyak cakap. Asyik fikir je apa nasib aku ni? Jatuh cinta dengan abang tiri? Takkan nak putus macam tu je? Aku sayang Shu!

Oh, apa yang mengejutkan lagi, diorang tak cam pun aku. Ayah aku pun buat macam dia baru first time jumpa aku. Ingat kan pura pura, tapi macam betul yang ayah aku dan ibu tiri aku tu betul betul tak kenal aku. Lepas aku dapat tahu yang Shu ni abang tiri aku. Aku rasa aku benci dia tapi sayang.

Macam mana eh tu? Aku benci dia tapi tak sampai hati nak tipu diri sendiri yang aku cintakan dia. Hmm. Shu tak tahu pun yang aku adik tiri dia. Tapi dia mula tahu bila ayah aku dan ibu tiri aku beria ria nak melawat bakal besan diorang!. Hah kau! Memang habis lah p3rang kat rumah aku.

Aku dah tahu dah benda ni akan terjadi. Aku dah stanby awal awal. Aku saja biarkan diorang berjumpa. Shu? Jatuh terduduk dia. Rasa seronok pulak tengok dia macam tu tapi tak sampai hati pun ada. Mesti dia fikir, macam mana aku boleh jatuh cinta dengan adik tiri sendiri? Tahu kan menyesal? Padan muka!

Tapi apa yang aku fikir tu salah! Malam tu dia text aku dia cakap dia minta maaf. Selama ni, ibu dia dah menyusahkan hidup aku dan ibu aku. Dalam hati aku cakap, MEMANG PUN!. Pastu dia text lagi dia cakap, “Sorry sebab dah rampas ayah awak dari hidup awak dan perasaan saya kat awak tak pernah berubah.

Saya masih sayangkan awak. Awak please jangan tinggalkan saya. Saya demi Allah sayangkan awak! Saya tak kisah awak tu adik tiri ke apa tapi kita mesti kahwin”. Aku menangis. Speechless. Aku menangis g1la g1la sampai pagi esok. Nampak betapa sayang nya dia kat aku. Dia betul betul nak kat aku. Aku ingat lepas dia tahu semua tu, dia mesti benci kat aku.

Tapi tak. Maafkan saya Shu. Saya dah bersangka buruk dengan awak. Keesokannya, aku dapat text lagi dari Shu. Shu cakap ayah setuju bagi kitorang kahwin. Sebabkan aku ingat text semalam yang Shu hantar, aku terus pegi peluk ibu aku sambil nangis gembira.

Walaupun aku tahu bila dah kahwin, sekali sekala mesti kena menghadap ibu tiri aku tu tapi sebab Shu, mungkin aku boleh hadap semua tu. Alhamdulillah, Aku dah Shu bertunang pada Februari 2017 dan kami berkahwin pada bulan Disember tahun yang sama.

Ingatkan Ayah aku ni dah tak bencikan aku. Yelah sebab dia bagi aku kahwin dengan ‘anak sulung’ dia kot. Tapi tak. Ayah aku ni baik bila depan orang ramai or depan Shu je. Bila kitorang berdua je, Ha mulalah tu. Macam macam warning dan saman dia bagi. Sama jugalah dengan ibu tiri aku tu.

Pantang sikit ter’eyecontact’, mesti nak jeling jeling bagai. Fikir mata kau lawa lah?!. Sebenarnya, Ibu aku men1nggal beberapa bulan sebelum tarikh perkahwinan aku. Jadi aku ada Shu je sekarang untuk tempat meluah. Awal tahun 2018, aku dikabarkan berita bahawa aku mengandung beberapa minggu selepas pergi memeriksa di klinik berdekatan.

Aku terus bagitahu Shu bila dia balik kerja. Dia terus peluk aku dan cium dahi aku banyak kali. Tak terlupa pula dengan ucapan terima kasih sambil berlinangan air mata dia. Gembira betul Shu. Aku betul betul ingat tau peristiwa ni dan aku rindu sangat sangat.

Bila sampai je berita ni kat ibu tiri aku. Habis kecoh dia. Dia cakap aku kandung anak orang lain lah. Aku ada laki lain lah. Apa lah. Anak bongsu dia pun sama je ikut perangai mak dia (Adik Shu). Sedap mulut je dia pergi bercerita kat sepupu aku.

Tapi, Shu tidak percaya dengan mudah. Dia lagi percaya dengan aku. Ibu tiri aku tu takde bukti pun nak tuduh aku macam tu. Sampai satu hari, Hari yang menghancurkan hidup aku, dan selepas hari itu, aku rasa lebih baik aku mti. Aku terdengar perbualan ayah aku dan Shu. Ayah aku cakap buat apa nak simpan aku lama lama.

Dia kan mengandung anak orang lain. Shu cuma diam je. Aku apa lagi, berlari masuk bilik. Pintu aku tutup kuat kuat. Lepas tu, boleh pulak adik bongsu Shu dari luar menjerit, “KAU SIAPA NAK ROSAKKAN PINTU RUMAH ORANG?”.

Lepas dengar je, aku duduk kat atas katil sambil tutup muka aku. Air mata turun perlahan lahan. Bila aku dah reda sikit, Shu pulak masuk bilik. Aku menangis balik. Kali ni, air mata turun betul betul deras. Shu terkejut dan terus pergi duduk sebelah aku.

“Yang, kenapa ni?” Sambil tepuk tepuk belakang aku. “Kalau abang nak cerraikan saya, takpe, cerraikanlah jelah. Tu yang ibu suka. Syurga dibawah tapak kaki ibu Shu. Saya ni bukan siapa siapa.” Aku boleh bayang riak muka Shu macam mana.

“Tunggu apa lagi, cerraikanlah saya!” Sambil tutup muka tu, aku boleh dengar suara Shu tersedu sedu. Aku yakin dia tengah menangis. And Yes!. Dia betul betul cerraikan aku. Aku membeku. Walaupun aku yang suruh dia lepaskan aku tapi aku sendiri yang terkejut. Aku betul betul blank time tu.

Aku takde siapa siapa kecuali Shu. Aku tak berkerja. Apa dah jadi ni? Ke mimpi je?. Malam tu juga aku kemas kemas barang aku nak balik rumah aruwah ibu aku. Shu tengok je perlakuan aku dan tak cakap apa. Aku balik naik uber. Aku rasa malam tu akan menjadi malam kemenangan bagi siapa yang benci aku dalam rumah tu. Takpe, aku redha.

Aku naik turun makhamah dengan perut yang sedang membesar. Kalau kat makhamah, aku try mengelak daripada berselisih dengan Shu. Alhamdulillah. Urusan pencerraian semua berjalan dengan lancar dan beberapa bulan lepas tu aku bersalin ditemani ibu saudara belah aruwah ibu.

Tahun 2020. Anakku sudah mencecah 2 tahun. Membesar dengan riangnya. Aku masih janda sampai sekarang. Khabar Shu pun sudah lama tidak dengar. Berkat pertolongan ibu saudaraku, aku sudah mendapatkan pekerjaan. Ketika aku sedang bekerja, Ibu saudaraku yang menolong aku menjagakan anakku.

Mesti pembaca tertanya tanya, dimanakah alasan yang jelas untuk Shu mencerraikan aku? Jawapannya, Shu bukan anak derhaka. Syurga Shu dibawah kaki ibu. Selagi ibunya masih hidup, dia kena hargai. Sekian dan Assalamualaikum.

Reaksi warganet

Elyn Melinda – Kalau cerita ni benar, baguslah bercerrai dengan Shu dia bukan suami yang baik. Dia gagal protect wife dia sendiri. Kalau cerita ni rekaan, ambiklah pengajaran kalau dari awal dah orang tak suka sampai bila bila pun orang tak suka.

Pelita Hidup – Bagi saya dugaan hidup setiap orang tak sama. Mungkin benar cerita ni. In case saya cuma nk cakap, orang yang bersabar Allah akan permudahkan urusannya dan pasti akan ada hikmah disebaliknya yang kadang kadang kita sendiri tidak jangkan.

Buat keluarganya dan ayahnya what u give, u will get back. Tidak pada anak anak mungkin pada cucu pula. Allah maha adil. Memang syurga anak lelaki pada ibunya. Namun jika ibunya mengajarkan atau meminta sesuatu yang tidak disukai Allah maka tidak perlu si anak taat dan pastinya tidak berdosa..

Kameena Ismail – Aduiii salah faham aku sekejap. Rupanya anak isteri kedua bapa dia. Isteri kedua bapa confessor itu janda. Apa apa pun taat dan patuh itu berbeza. Cari la pasangan hidup yang arif tentang ilmu agama. InshaAllah pasangan kita mampu membimbing kita kearah yang lebih baik.

Eijue Mohd Amin – Lelaki yang bercerrai sebab mak/ayah yang suruh baik jadi ***DAN je lagi bagus. Kahwin sangat tapi tak boleh jadi ketua keluarga. Biarkan orang ketiga masuk campur. DAYUS.

Tanyalah ustaz mana sekalipun. Wajib dengar cakap mak ayah kalau dorang suruh benda baik baik. Kalau suruh benda tak baik (salah satunya bercerrai) tak perlu ikut pun. Tak dosa pun, kalau hal rumahtangga pun mak ayah boleh masuk campur baik jangan kawen. Duk je bawah tiak mak ko sampai kiamat. Hmm

Sumber – Mia (Bukan nama sebenar) via IIUMC