Mak xsuka kak ipar, kak ipar post ape2 kat socmed ak bgtau mak. Muka mak berubah, aku puas sgt.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum, terima kasih admin sebab siarkan luahan hati aku dan tolong rahsiakan identiti aku.

Nama aku Hani (bukan nama sebenar) berumur 27 tahun. Seperti yang korang baca tajuk tertera, mesti korang fikir aku seorang yang jahat. Ye aku mengaku, aku jahat… cemburu. Tapi itu dulu, sekarang aku sikit sikit berubah ke arah kebaikan

Cerita aku bermula dengan abang No 2 aku yg aku gelar sebagai Naim mula mendirikan rumah tangga. Akak ipar aku cantik, ada master, lemah lembut, sedikit pendiam tapi ramah, pembersih dan rajin. Mula mula akak ipar aku ni ok tapi nampak la sedikit kekok bila masuk ke dalam keluarga baru, cakap pun tak banyak tapi bukan sombong ye.

Sentiasa senyum. Aku ok je dengan akak ipar aku ni tapi bukan bagi mak aku. Buat pengetahuan korang, mak aku ni cerewet, level maksimum. Tak mahu mengalah dan fikir sentiasa betul. Bagi mak aku, cara dia je betul dan orang kena ikut cara dia.

Tak boleh dimarah, malah kalau ayah aku marah mak aku atas sebab sebab tertentu, mak aku akan lepaskan kemarahan geram dia kepada anak anak. Aku sebagai anak dah lali, kalau aku rimas, aku keluar rumah termasuk abang, kakak dan adik aku.

Kakak ipar aku ni yang aku nampak dia jenis berterus terang dan dan sebab sifat terus terang dia lah mak aku tak boleh terima. Insiden bermula akak ipar aku ajak kemas rumah sebab banyak barang dan bersepah. Kakak ipar aku cakap dekat kakak aku seorang lagi tapi mak aku terdengar.

Bagi mak aku, kakak ipar aku macam sindirlah. Mak aku tak boleh terima dan cop dia kurang ajar. Tapi hmmmm bagi aku memang betul pun. Rumah aku bukan takat bersepah, nak pijak lantai pun geli. Buat pengetahuan semua, kami adik beradik dah biasa hidup dalam keadaan macam tu.

Mak tak suka barang teralih jadi kami tak kemas rumah. Tunggu raya baru kemas. Setahun sekali la kan? aku bukan nak burukkan mak aku tapi manusia tidak ada yang sempurna kan. Tiap kali akak ipar aku datang rumah, mak aku masam muka, tak bercakap, tak tengok muka akak ipar aku sebab terasa dengan dia.

Aku rasa kakak ipar aku perasan tapi dia senyap je tak layan. Apa yang kakak ipar aku buat memang semua tak kena dimata mak aku. Kakak ipar aku tak ada dirumah, sebakul sumpah untuk dia mak aku hadiahkan. Kami tadah je telinga. Bila mak aku macam tu aku..

Tah la aku pun terikut sekali benci kat kakak ipar aku. Tak tahu kenapa. Jahatkan aku? Padahal kakak ipar aku layan aku elok. Bila aku dah tak tahan bebelan mak aku, aku str3ss, aku WhatsApp kakak ipar aku, cakap macam macam.

Akak ipar baca dan respon ok je siap emoji senyum. Apa yang kakak ipar aku post di media sosial, aku sampaikan pada mak aku cakap dia habiskan duit abang aku pergi sini sana, macam2 aku buat. Bila mak aku berubah muka, aku rasa puas. Puas sangat.

Jahatkan aku? Kerja jahat aku setahun lamanya, setahun tu juga akak ipar aku bersabar. Datang rumah berlagak macam tiada apa yang jadi. Senyum siap bawa buah atau makanan lagi. Abang kandung aku? Dia macam tak tahu apa apa. Aku syak kakak ipar aku pandai simpan rahsia. Bijak kan dia.

Bila aku kahwin, Allah balas sebijik dengan apa yang aku buat dekat akak ipar aku dulu. Adik ipar semua tak hormat aku. Lelaki aku pulak rajin herdik aku sebab benda yang remeh. Dia panas baran rupanya, aku baru tahu lepas kahwin dengan dia,hempas barang, menjerit tak tentu pasal, nafkah tak diberi alasan sebab aku bekerja.

Mak mertua aku? Langsung tak kisah pasal aku. Tiap malam aku menangis seorang seorang. Lagi lagi dalam bilik air atau dalam tandas. Di tempat kerja aku berlakon jadi seorang yang happy. Aku menyesal.. Menyesal yang teramat. Mak aku pulak dapat peny4kit strok sebelah badan kiri.

Yang jaga mak aku tahu siapa? Kakak ipar yang selalu jadi bahan umpatan. Dari mak aku bangun tidur sampai mak aku masuk tidur, kakak ipar aku yang settle kan. Dia sanggup berhenti kerja sebab nak jaga mak aku, dia anak yatim piatu dan ada abang di luar negara.

Hebatkan balasan yang aku dapat..kalau aku boleh putar waktu, aku nak kembali di masa lalu. Ubah apa yang aku dah lakukan. – Hani (Bukan nama sebenar)

reaksi warganet

farah lyana – Byk pengajaran kisah ni. Indahnya bila kakak iparmu bersabar… Bagusnya dia tak demotivated lgsung. Berapa byk pahala atas kesabaran dia kita tak tahu.. Jangan sesekali lupa doa org teraniaya mudah maqbul. Hidup dgn ego, sombong tak ke mana..

Sbg muslim, usaha hidup dgn kesedaran iman & amal ibadah.. kena sentiasa bertaubat sbb kita pendosa, tiada yg sempurna.. Usaha perbaiki solat, jaga mulut lagi2 perempuan muda ke tua ke same je.. Selalunya perempuan yg suka sakitkn hati perempuan juga. Sgt2 rugi bila aniaya org kt muka bumi ni sbb perjalanan sebenar kita bermula selepas kita meninggalkan dunia sementara ni.

Macam kisah ni di dunia lagi Dia nak bagi confessor sedar, belajar dari kesilapan, cuci dosa. Ingatan buat diri yang mudah alpa & mudah demotivated.. Thanks confessor.. gi la mintak mahap dgn semua if belum rs tenang juga. You can do it! Allah syg awk.

Suhaida laili – Kifarah Allah itu pasti. Mohonla maaf pd kakak ipar anda. Saya lahir adik-beradik semua laki tp mak saya pesan, jangan masuk campur hal mereka, jgn jadi batu api or compare kakak ipar. Alhamdulillah, semua kakak ipar okay.

Kdg ada je benda yg menjengkelkan tapi x perlu la kita jadi tukang hasut (cos tiada manusia yg sempurna). Kalau mereka berjaya, kita tumpang gembira. Hrp klu kawen, dpt ipar & mertua yg menyenangkan.

Nurazilah samad – dik.. doa org yg traniaya itu sntiasa trmakbul… mgkin ap yg awk bt dulu tu, berbalik pd awk spya ia menjadi pengajaran bg awk.. minta mf dgn akak ipar awk, mak awk, abg awk.. senang crita keluarga awk.. inshaallah allah mudahkn..

bila baca rse geram, aku igt dkt sinetron je ada.. rupanya kau wujud dik.. tp versi nya mgkin lain sikit.. eh, brdrama pulak.. oklah bai

Olien Noor – Haha.. tahniah la. Perangai mcm hanat. Mungkin berkat doa org teraniaya. Ko mana tau kak ipar ko mengadu apa depan Allah.. walaupun tu mak ko, x semestinya ko kena sokong semua perbuatan dia. Salah tetap salah.

Betul la tu dia nak tolong kemas. Naksentap kenapa? Aku perasan org jenis pemalas mengemas ni mmg x boleh org tegur uma dia bersepah. Gamak dia duduk dlm tempat kotor2, busuk2 tu. Kalau dgn aku, sebelum ko maki aku sebakul sbb kemas Uma ko, aku dulu membebel busuk,kotor,pemalas sambil mengemas. Lepas ni kalau aku ada jgn la tunjuk perangai pengotor pemalas tu.

Cik asyikin – Mcm drama pkol 7pm
Watak ko antog0nis si jahat yg sume org geram rase nk tumbokk tu..haha
Kifarah tu beb, itam btl hati…
Bgs la kalo dh insaf, ni lah hrga yg perlu ko byr utk kesalahan ko..tu bru donia..blm kt mahsyar esk..isy2
Cuma 1 la aq nk nasihat, dh ko x bhgia dgn family in law ko tu.

g lah duduk jaga mak ko yg sakit tu, bkpe la kakak ipar ko lak yg ssh2 kne jaga mak ko. Tu la ladang pahala ko taw x..saham akhirat ko, patot ko rebut pluang ni. Jaga mak ko smpai akhir hayt dia.. Ni ko pass plak lg kt kak ipar ko.
Dia dh kne naya lama..sabau lama..pahala dh byk..

Sumber IIUM