lepas ibu jatuh sakit, aku korban xkerja jaga mak. Ayah dan abg langsung xpeduli.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalammualaikum , hai semua. Terima kasih admin andai sudi post cerita sy ni.

Pertama sekali biarlah sy perkenalkan diri sikit ye. Aku Aira (bkn nama sebenar) aku duduk di tgh bandaraya kL. Aku ada 5 org adik beradik. 3 abang (alang je belum kahwin), seorang adik perempuan (masih belajar) dan seorang adk lelaki (dah kerja). Ini cerita tentang keluarga aku.

Aku seorang pelajar lepasan diploma and baru je grad dalam 15 bulan lepas mcm tu. Masa ak masih study lagi mak kesihatan mak aku jatuh merundum. Satu ujian yg sangat besar buat kelurga aku bermula disini. 3 minggu sebelum aku habis belajar mak aku masuk hospital kL. Masa tu adk perempuan and adk lelaki aku bergilir gilir jaga tiap tiap malam dan siang.

Mak aku berkerusi roda kaki dah tak kuat lagi kadang2 kalau dia baring atas katil nak bangun sendiri pon susah. Mak aku baru je pencen sebelum dia admit, pencen atas pilihan sendiri sebab kesihatan tak mengizinkan. Dah 3 tahun pencen. Lepas ak habis je belajar, aku lah amik tugas jaga mak aku sepenuh masa.

Adk perempuan aku dah start sem baru dan yg lain keje mcm biasa. Masa ni mak aku kerap keluar masuk hospital. Yg alang dan adk laki aku mirul dtg melawat mak aku hari2 lepas habis keje. Tp along dan angah ak yg da kahwin ni hanya datang hujung minggu . Aku tak berkira tp mak aku yg sedih sebab mak aku rindu abang2 aku. Mak aku selalu menangis.

Selepas 3 bulan selalu keluar masuk hospital keadaan mak makin stabil walaupun masih berkerusi roda. Aku lah yg jaga mak, bawak mak ke toilet mandi ambil air wuduk angkat mak bangku khas solat. Aku lah yang bawa mak aku bila ada appoinment kat hospital dan diaisis 3 kali seminggu.

Aku tak kisah galas semua tanggungjawab ni demi mak aku. Kadang2 aku cepat tertekan dan menangis tanpa org tahu. Hanya orang yg pernah jaga org sakit 24jam faham ape aku rasa. Aku redha. Tapi jujur aku sangat terasa hati dgn sikap adk bdk ak. Abang2 aku yg dah berkahwin tu berapa kali je datang jenguk mak aku padahal dekat je rumah.

Bila aku tegur ckp datang lah jenguk mak selalu. Along dan angah ckp kau ape tahu kau belum kahwin. Ya Allah aku memberontak dalam hati. Habis kalau ak kahwin aku kena perangai mcm korang jugak ke. Konon sebab dah ade keluarga sendiri kena fokus lebih . Wehhh mak tu syurga korang kot.

Mak tu menagis sebab rindu dan terasa hati anak jarang jenguk sebab dia sakit. Bila buka insta story, status whatsapp or fb story. Post dari kakak2 ipar aku dan abang aku keluar pergi shopping, pergi makan dekat je dgn kawasan rumah mak. Tak terdetik ke nak singgah. Tak kan sikit pon tak de mak dlm ingatan korang.

Kau post gambar makanan makan berdua dengan bini kau abang. Aku menangis, sebab kau bahagiakan isteri kau tanpa kau tahu mak terasa hati juga tengok kau post dlm fb. abang sampai hati kau letak semua dekat bahu aku hanya kerana aku ambil keputusan tak kerja demi mak.

Dekaat aku abang. Dekat aku tempat mak luah semua sedih dia. Dah lah abah tak reti balik rumah 3 bulan setengah senyap macam tu je .apa lagi yg kami usaha utk abah balik tapi alasan abah banyak keje.abah hilangkan diri bila mak sakit. Abah tak nak amik tahu lagi tentang kami.

Pedih rasa bila hilang seorang ketua keluarga. Hati aku bagaikan kosong di satu sudut tu . perit terima hakikat abah tak sudi pulang jalankan tanggungjawab abah sebagai seorang suami kepada mak. Bila keluar beli barang terjumpa satu family riang ade abah dia.

Tersentap sebab terlalu berharap dapat mcm tu. Aku konvo adik aku sorg je dtg tengok aku. mak sakit susah dtg. Abah langsung tak amik tahu. Keluar dewan tenguk family org lain lengkap. Terguris skejap hati aku .mak cakap mak minta maaf mak tak dpt dtg tenguk anak mak atas pentas mak tk berdaya mcm dulu.

Ya Allah berjurai air mata aku dlm hati. hanya mampu menangis dalam hati. aku tak boleh menangis depan mak aku , nanti mak aku tak kuat bila tenguk aku menangis. Cukup lah sampai sini takut korang bosan baca. Aku redha semua ketentuan Allah. Buat korang yg sedang jaga orang sakit. Ketahuilah jangan korang risau soal kewangan.

Rezeki Allah tak pernah henti pada aku. Aku bersyukur sangat. Bila aku tak kuat, selain solat dan baca al quran. aku selalu google hikmah menjaga orang sakit. Aku kembali bersemngat semula. Alhamulillah. Sedikit pesanan Wahai anak lelaki, ketahuilah mak yg pertama sebelum ayah dan isteri korang. Terasa hati mak, menitis air mata mak faham la dimana tempat kamu.

Disaat kamu mahu nikahi gadis itu, siapakah orang pertama yang kamu minta kebenaran dan ajak hantar rombongan merisik ? Mak kamu kan, mengapa bila kamu sudah bernikah hati itu yg kau guris ?. Buat kakak ipar, kak ngah dan kak long, ambil lah peranan jika suami lupa tolonglah ingatkannya. Kerana mak adalah syurga mereka.

Cukup walaupun sekadar telefon tanya khabar. Hati mak dah riang. Buat abah, pulanglah abah sebelum semua peluang tertutup untuk abah. Ketahuilah abah kami ini syurga buat abah. Jika abah sakit, walau ape pon abah dah lakukan pad kami. Aira masih sudi untuk menjaga abah.

Buat korang yang sedang jaga orang sakit. Tabahkan hati kuatkan diri. Orang sakit ni kadang kadang banyak kerenahnya jd hadapi dengan sabar. Besar rahmatnya. Maaf kalau plot cerita aku tak tersusun. Terima kasih sudi baca. Maaf kalau ade silap dari aku .

Mohon tegur. Berharap korang sudi bagi kata kata semangat agar aku kuat untuk semua ni. Kata kata semangat untuk mak aku juga. terima kasih semua. Luahan aira . . – Aira ismail

reaksi warganet

Azzalea Nur – Kisah yg dh jd kebiasaan dlm masyarakat Kita. Selalu anak perempuan yg jd tempat utk pikul tggungjawab yg sepatutnye terletak dibahu anak lelaki. Melebihkan isteri Dr mak sendiri… Tp bila soal harta pusaka, tau pulak nk ikut faraid yg mna bhgian anak lelaki lbh dr ank prmpuan tp soal tggungjawab dicampak ke dlm tong sampah.

Anak perempuan ni selalu berbakti org tua sbb kasih sayang. Tp yg lelaki ingat. Bila ade org lain yg ambil berat. Dorg pun lepas tgn.. kat dunia ni mmg korang terlepas. Tp kat akhirat nnt menjawab la korang atas apa yg korang dh buat atas dunia ni.

Nik atika – Baik hati sangat habis.. lepas dari ni kau bagi ayat mental sikit dekat abg abg ko yg tak berguna tu..contoh kau post di fb lepas tu tag abg ko dgn kak ipar kau tu biar paham bahasa sikit. Dah besar besar tak reti nak jaga mak sendiri. Lepas tu, pada pendapat i, kau keje.

Kau tak keje memang la org tak respek.. dekat fb abg kau tu, kau komen pedas pedas sikit jangan ko makan hati sorg sorg. Contoh, bila dia post makan makan dekat kedai dekat kawasan rumah, ko tulis besar besar MAKAN KEDAI SEDAP SEDAP, DEKAT RUMAH MAK TAPI BALIK TAK RETI BALIK RUMAH MAK. KO NI ANAK MONYET KE ANAK MANUSIA.

Lebih kurang mcm tu..Biar la bergaduh pon lepas tu..pastu lama lama ko buat tp xde kesan jugak, ko hasut mak ko suruh doa bia abg dengan bapak kau tu dpt balasan di dunia terus. Sekian #doneMembawang

Faizal faris – Tanggungjawab anak lelaki ke atas ibunya tak pernah terputus sampai salah satu men1nggal dunia. Perempuan bila dah kahwin, suami jadi nombor 1, sebab syurga isteri dengan suami. Tapi suami tetap syurga bawah ibu macam confessor cakap.

Ini bukan sebab sibuk dengan hal keluarga, tapi sama ada tak berminat nak ambil tahu, jenguk pun sekadar lepas tanggungjawab, ataupun terlalu mengikut cakap isteri. Macam mana seorang lelaki yang dah bertahun-tahun hidup sampai beranak pinak boleh tinggal isteri macam tu is beyond my comprehension.

Akhir zaman ni banyak lelaki sampah tak tahu tanggungjawab. Moga kita dijauhkan dari jadi macam tu…

khadijah muhamad – sedihnya… isteri2 mohon lah tegur2 suami anda berbaktilah pada ibu kandung sewaktu mereka masih ada.. jgn ditenderkan tanggungjawab ini pada orang lain. anak lelaki, anak lelaki dn perempuan kandung yang berhak berbakti sendiri pada ibu kandungnya..

kalau 5 hari dengan isteri, apa salahnya 2 hari cuti jaga ibu diwad pagi hingga petang.. dapat juga adik perempuan rehat….

Sumber IIUM