Aku Jia. Masa belajar digelar wanita ‘misai’. Lelaki buat aku jd posmen je. Bila dh kerja ramai yg contact balik.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua, tujuan perkongsian ini hanyalah luahan rasa selama menjadi perempuan yang tak cantik.

Untuk pengetahuan semua, nama aku Najihah tapi orang panggil Jia. Sejak lahir aku dikurniakan rambut lebat sampai mama sayang nak cukur botak kepala aku time baby, jadi aku membesar dengan rambut yang lebat dan hitam pekat. Masa zaman tadika dulu aku rasa takde issue langsung pun pasal muka buruk, badan gemok, budak pendek.

Kira semua orang ikhlas berkawan sesama sendiri. Ahhhh rindu zaman kecil. Bila umur aku 9 tahun, bulu-bulu halus mula tumbuh dan jelas kelihatan di sekitar muka, atas dan bawah bibir. Masa ni dah terbiasa bila kawan-kawan lelaki panggil aku “Misai” atau “Misai’e = nama Mak sin chan”.

Tipu la kalau aku rasa tak terganggu sampaikan hari-hari rasa taknak pergi sekolah sebab segan kena ejek tapi hadap je lah nak cerita dekat mama papa pun mesti diorang rasa tu perkara remeh. Oleh sebab kerap jadi bahan ejeken, jadi aku memang menjauhkan diri dari kawan-kawan lelaki, self confidence of course merudum jauh ke dasar bumi.

Namun pada penghujung darjah 4, ayah aku mendapat tawaran bertukar ke Selangor dan secara tak langsung aku pun mestilah kena tukar sekolah kan?. Gembira betul masa tu sebab fikir nanti dekat sekolah baru mesti takde orang ejek lagi. Excited sungguh nak pindah memang taknak fikir dah pasal kawan-kawan dekat sini.

So, nak dijadikan cerita bila pindah ke sekolah baru aku dapat masuk kelas paling cemerlang, alhamdullilah kawan-kawan pun kurang mengejek rupa paras aku tapi tak bermakna ia terhenti disitu. Bila aku start join sukan dan aktiviti persatuan secara tak langsung bercampur dengan kawan-kawan dari semua kelas.

Jadi dari situ kawan-kawan lelaki yang nakal, kelas hujung start ejek aku dengan nama panggilan yang sama. Kali ini nama Jia dah macam tak wujud sebab diorang keep calling me “Misai”. Sumpah segan sangat everytime kena panggil camtu, dah la time tu tak pandai lagi nak wax sendiri or buat dekat kedai.

And again, tak sabar nak habis sekolah, nak pindah jauh-jauh tak nak jumpa kawan sekolah rendah. Alhamdulillah lepas UPSR dapat masuk SBPI, kali ni aku mengamalkan konsep “lantak ko lah” dengan orang yang nak ejek aku pun. Dari rumah aku dah siap-siap mindset takde kawan lelaki pun insyaAllah boleh survive jugak?

Dan aku pon sedar diri bahawasanya selagi bulu-bulu dekat muka aku ni wujud memang orang akan mengata sebab orang tak cantik possibility kena face shaming memang tinggi. To be honest, selaku perempuan yang tak cantik ketika sekolah, memang jarang kawan lelaki yang ikhlas nak kawan dengan kau, tapi ada jugak kawan lelaki yang ikhlas.

Begitu juga dengan kawan perempuan, ada yang ikhlas dan seronok untuk berkawan namun ada juga yang kelihatan ikhlas tetapi masih mempersendakan rupa paras seseorang. Tapi sebab dah kebal dan lali aku tutup je la mata sebab matlamat aku nak belajar dan cemerlang exam. Hal kawan tak nak kawan ni jatuh no 2-3-4.

Yang kelakar bila aku berkawan dengan orang yang cantik, ada sahaja lelaki yang suka menjadikan aku sebagai posmen untuk kawan-kawan aku tapi pleaselah semat dalam kepala otak bahawasanya orang tak cantik ni tak semestinya bodoh, kau nak mengorat gunalah effort sendiri kan?

Of cos la aku rasa dipergunakan sebab kau dah la tak pernah bertegur atau kawan dengan aku tiberrr mintak tolong aku hantar surat. Perkara ni bukan kawan-kawan je buat tau, cikgu bujang dan sudah berbini pun sama naik menggatal macam ni.

Tapi cikgu dia tak bagi surat, dia pandai lepas waktu prep tu panggil aku suruh pas makanan/ coklat/ bekal isteri buat dekat kawan aku. See? Orang yang buat baik dengan aku semua ada makna. Habis SPM, aku apply kolej dekat KL sebab aku rasa kawan-kawan sekolah aku takde yang apply situ.

Alhamdullilah diterima masuk. Bila masuk zaman kolej ni kurang sikit orang face shaming aku maybe sebab dah matang kot? Lagipun kali ni classmate aku ramai perempuan jadi walaupun tak cantik tetap aku selesa. Namun ku sangka panas sampai petang tetapi hujan di tengahari, waktu final semester aku diminta berkolaberasi dengan group lelaki untuk projek akhir.

Projek ni mengandungi 70% praktikal dan kitorang setiap group ada lecturer yang dilantik. Oleh kerana fitrah lelaki suka benda cantik jadi setiap kali discussion kawan-kawan lelaki aku lebih berminat untuk bertanya kawan-kawan perempuan lain selain aku, unless perkara tu complicated takde sape ada solution, baru diorang cakap and mintak tolong aku.

Konsep dia time discussion taknak cakap dengan aku, time buat keje last minute nak submit baru nampak kewujudan aku. Gitu. Sama jugak dengan pensyarah lelaki aku, melalui pemerhatian aku selama aku study everytime ada discussion dalam bilik lecturer, diorang lagi gemar berbual panjang dengan student yang ada rupa, comel dan mesra.

Yang takde rupa macam aku boleh la slow-slow ke belakang tapi no worries walaupun aku tak cantik tapi time study aku perform. Benda-benda praktikal yang kawan lain perlukan kawan lelaki tolong pun alhamdulillah aku boleh buat sendirian sebab kawan lelaki aku pun tak rasa nak offer tenaga kerja diorang dekat aku, while others diorang siap offer sampai tengah malam, bawak kerja ke hostel diorang.

Habis study aku just contact dengan orang yang aku rasa perlu je, kawan lelaki ke pensyarah ke aku just mute sebab tak rasa keperluan nak keep in touch. Rezeki lepas habis study terus dapat kerja. Oh masa study dlu aku ada boyfriend jugak tapi jodoh tak panjang sebab at the end dia realised ramai lagi perempuan yang cantik dari aku.

Lol. So bila start kerja, aku pun buat braces and start pergi salon/ aesthetic spa untuk treatment bulu-bulu aku ni. Tbh, bila ada duit memang semua boleh cantik hehehe. Bila dah cantik sikit aku pun banyak join marathon, hiking so banyak jugak gambar aktiviti aku upload kat facebook.

Starting from there ramai kawan lelaki contact aku balik, yang ejek masa sekolah dulu pun lupa agaknya ejek aku apa?. Bukan tu saja, ada juga kes kawan lelaki aku yang dah nak kawin start contact aku balik menghulurkan salam perkenalan even aku tak pernah lupa orang-orang yang ejek aku.

Paling sedih bila jadi kes macam ni, kawan lama perempuan akan ungkit balik how buruk I was back then, kira aku tak deserved pun if orang berkenan or jatuh hati dekat aku. See, once you buruk selamanya orang ingat tapi bila jadi cantik tak boleh terima kenyataan pulak.

Tapi aku buat pekak je la semua tu sebab hello tak guna duit you all pun nak jadi mcm ni. Aku mengambil konsep move forward, alhamdulillah now dah bersuami pun. Suami aku pun kenal aku lepas gigi dah siap, muka dah licin, badan dah kurus. Kalau kenal time tak cantik dulu memang dia pon tak nak.

Kihkihkih takpelah tu la nama dia jodoh. Sebab tu aku sensitive bila orang face or body shaming orang lain, sakit betul perasaan tu. Kita kena pegang kata-kata ni “harini mungkin kita rasa paling diatas tapi tak mustahil esok kita jatuh ke bawah sebab bumi ni bergerak dan Allah tu tak pernah tidur”.

Kepada yang sering diejek kerana tak cantik tu, bersabarlah dan please sayang diri sendiri banyak-banyak, Jaga dan hiasi diri tu cantik-cantik dan hargai diri korang sebaiknya dengan amal dan kebaikan sebab mungkin kita tak cantik dkt mata manusia tapi kita cantik dekat mata Allah :). Sekian, salam sayang dari Jia. – Najiha Alias (Bukan nama sebenar)

reaksi wrganet

Echa azira – Memang tak di nafikan orang yang cantik ni lebih di beri perhatian. Tengok insta famous yang cantik2 ni senang je dari segala segi. Kadang2 jeles jugak. Dengan bermodal kan rupa.

Ada orang cakap , tu adibah noor tu elok je famous. Bagi i 2% je yang bernasib baik . Yang lain boleh kira semua kene ada pakej rupa dulu, bakat kemudian. Jadi kalau kita tak cantik, cuba untuk cantik kan diri. Kalau badan berisi, pergi gym dan jaga pemakanan.

Kalau tak cantik, belajar makeup. Serius penampilan ni boleh di ubah, kalau kita tau cara2 nya. Ramai je yang dulu buruk tapi sekarang cantik yang penting usaha. Pemakaian pun penting jugak. Kalau umur baru 20an, elakkan dressup macam makcik2.

Hamiatie ramli – Ingat lagi masa zaman sekolah, org kutuk hidung aku kemek. Aku sensitif sgt weh pasal hidung. Sebab aku tak mancung. Ada aritu kelas sains. Belajar Pasal bentuk muka tak silap. Aku keluar kelas pi lepak kat koperasi sebab aku tau mesti akan sentuh bab hidung.

Aku tak suka bila ianya jadi bahan ejekan. Baik aku blah awal.bBila masuk kolej dan U aku antara student yg rupa tak berapa nak ada. , But its ok. Aku dah boleh move on.

Nor marini ibrahim – Adik, first of all adik kena buuli bukan kerana tak cantik tetapi kerana tak confident…tiada keyakinan pada diri sendiri..please terapkan setiap manusia itu unik tak sama antara satu sama lain… Cantik… Tak semestinya nasibnya akan baik dan duduk di atas macam kayangan sentiasa…

bersyukur n proud for your self…kalau kita tidak menghargai diri sendiri sapa lagi nak hargai kita..adik membiarkan ruang2 untuk orang berkata..dan kata2 mereka memakan diri sendiri…lain kali kalau ada orang kata kat u depan2.. confront dengan dia secara bangganya pada diri sendiri..

” apa hal kau nak kata kat aku, buruk baiknya aku bukan kau yang tentukan..” gerenti that person tergamam beruk.. apa yang kak nak kata adalah.. stand for your self.. kata2 manusia tidak mendatangkan mudarat kecuali kita sendiri yang benarkan…

Fifi ahmad – Been there…tak cantik, comot, selekeh, kena pulau but i survived wpun effect kat emosi sampai skrg…skrg aku x bole tgk budak kena pulau, mesti aku nangis n mrh budak2 yg pulau budak lain kalau aku ternampak depan mata aku…sbb benda ni effect dia seumur hidup wpun kita da moved on.

parutnya tetap ada n now anak aku pulak menurun hari2 pegi sekolah comel, blk comot nauzzubillah Tp aku pesan siap2, kalau kwn xnak kwn xpe, cari kwn lain…tp so far aku tgk level konfiden anak aku ni tinggi tak mcm aku dulu.

Sumber IIUM