Umur 11 aku jd yatim piatu. Makcik pakcik ambil alih jaga aku. Bermula kisah hidup hitam ku.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Bismillah, assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Nama aku Suhana (nama samaran) berumur 24 tahun dan sudah berkahwin dengan seorang anggota tentera.

Aku kehilangan kedua ibubapa ku ketika aku berumur 11 tahun akibat kemlangan jalan raya. Dan setelah itu aku dibesarkan dan dijaga oleh Pak Cik dan Mak Cik aku. Sepanjang tempoh aku tinggal bersama mereka hanya air mata yang menemaniku.

Aku dilayan seperti anak tiri dan pendek kata aku dibesarkan seperti seorang hamba abdi. Aku dibenarkan bersekolah itupun jika aku mencari duit sendiri. Maka setelah tinggal bersama mereka aku bekerja di sebuah kedai runcit di dalam kampung ku.

Bukan aku tidak mendapat duit bantuan dari jabatan jabatan tertentu, aku dapat tetapi semuanya masuk ke dalam poket pakcik dan makcik aku. Sehinggalah aku melangkah ke alam sekolah menengah aku mula belajar menjahit di rumah ketua kampung.

Dengan hasil duit menjahit baju aku dapat menampung perbelanjaan sekolah aku. Mak cik dak pakcik tak pernah belikan aku baju atau kelengkapan sekolah. Semua aku usahakan sendiri. Pak cik dan makcik mempunyai dua orang anak.

Seorang berumur 20 tahun dan seorang lagi sebaya dengan aku. Mereka selalu mengejekku di sekolah. Mereka kata aku anak yatim yang menumpang kasih ibu bapa mereka, tetapi hakikatnya aku tak pernah merasakan kasih sayang dari mereka.

Sehinggalah aku dipaksa berhenti sekolah oleh mak cik aku kerana ketika aku di tingkatan tiga, pak cik dis3rang sakit kencing manis dan terpaksa dipotong kaki. Bermulalah episod deritaku yang seterusnya, sejak menjaga pak cik aku sudah tak boleh menjahit.

Hasil pencarian aku terbantut. Makan minum aku terabai. Bukan mak cik tidak beli lauk, dia beli tetapi mereka sorokkan dari aku. Kadang-kadang kalau aku lapar aku pergi kerumah sahabat baik aku dan menceritakan padanya jadi dapat lah aku sedikit makanan.

Pak cik juga sebenarnya berperangai miang keladi. Dia selalu bercakap kotor dengan aku ketiak makcik tiada di rumah. Sungguh aku takut. Akhirnya ketika aku berumur 18 tahun aku berhijrah ke Langkawi untuk mencari kerja dan di sanalah aku bertemu dengan suami aku sekarang.

Selepas dua tahun di sana aku pulang semua ke kampung. Pak cik dan mak cik seperti biasa melayan aku acuh tak acuh. Sehinggalah aku memberitahu mereka yang aku ingin berkahwin. Mereka melarang sekeras kerasnya. Mereka kata aku tak boleh berkahwin kerana aku perlu menjaga mereka.

Anak mereka yang sulung sudah belajar di Johor. Jadi tiada siapa yang boleh menjaga mereka. Tetapi aku berkeras. Aku tak mahu menderita lagi. Anak mereka yang bongsu menarik rambut aku dan makcik melempang muka aku.

“Itulah degil aku cakap tak payah jadi tak payah lah! ” jerit mak cik. Aku menangis. Aku menelefon suami aku ketika itu dan dia datang ke rumah makcik. Suami bercakap baik baik dan mak cik mula memburukkan aku.

Aku hanya mampu menangis dan mak cik kata aku perlu jaga pakcik yang s4kit sebagai balasan mereka menjaga aku dulu. Tetapi suami aku berkeras. Dia bawa aku keluar dari rumah itu. Semua urusan perkahwinan aku dan keluarga suamiku yang uruskan. Mak cik dan pak cik langsung tidak ambil tahu.

Sehinggalah kami pulang semula ke kampung dan memberikan kad jemputan perkahwinan. Aku sangkakan mereka tidak ingin datang ke majlis kami tapi sangkaan aku meleset, mereka datang dengan wajah yang sukar ditafsirkan.

Mak cik menghampiri aku dan memeluk tubuhku. Dia menangis dan meminta maaf. Aku dengan rela hati memaafkan. Sehinggalah tiga bulan selepas itu aku disahkan hamil mak cik datang bersama anak sulungnya. Suamiku ada di rumah ketika itu, aku menjemput mereka duduk.

Mak cik menjuihkan bibir ketika suami aku melabuhkan punggung di sebelah aku. “Mak cik datang ni nak meminang suami kau untuk Nina.” jatuh jantung aku. Suami aku mengerutkan dahi. Tanda tidak mengerti. Suami aku menanyakan maksud makcik yang sebenar.

Rupanya Nina telah mencintai suami aku. Suami aku menolak secara baik. Dan selepas itu tiada lagi cerita dari mereka. Ada juga aku pulang untuk melawat tetapi mereka tiada di rumah. Aku merancang raya pada tahun ini aku ingin menjahit baju raya untuk mereka empat beranak.

Aku ingin berbaik dan aku sebenarnya tidak berdendam. Aku dengar cerita dari kawan aku di kampung mereka sekarang hidup susah. Ahlong cari mereka kerana Nina meminjam duit ahlong untuk memulakan perniagaan tetapi perniagaan itu hanya bertahan separuh jalan.

Doakan kami dapat bersatu semula dan semoga pakcik dan makcik dapat berubah ke arah yang lebih baik. Sejauh mana jahat pun mereka mereka juga yang menjaga aku walaupun aku terabai tetapi aku tetap sayangkan mereka.

Pengajaran dari cerita aku ini adalah kita tetap harus memaafkan walaupun sebesar mana kesalahan orang terhadap kita. Kerana kita juga hamba Allah yang kerap melakukan dosa. Salam Ramadhan. -Suhana.

reaksi warganet

hanim – Dik Non..hang kata tak mau lupakan jasa mereka..hang dah balas budi dengan tenaga hang. dengan harta anak yatim..dengan bantuan yang patut hang dapat tu dik non oii..sudah sudahlah..

jagalah keluarga kecil yang ada sekarang..berbuat baik pada keluarga mertua kalau nak merasa kasih sayang ibu bapa..pandai pandai la depa sekeluarga tu nak hidup..hang jangan cari penykit la weh.

esok esok bersabit kat anak hang pulak..Suami hang tu esok esok ada pencen..ramai nak menempek..askar pencen awai dan muda..jauh lagi nak hidup.. – anak arwah seorang pesara tentera..

shiela ramli – Nak berbaik dgn mereka x ade masalah, tp plz jgn smpai cari mereka di rumah, awk nk hantar baju raya? Hantar by pos tu pun jgn letak add penuh awk @ no phone awak, nak tolong mereka? Bank in ja duit if awk ade simpan acc bank mereka.

tak perlu cari mereka lagi, jadikan ape yg jd pada diri awak satu pengajaran, hati manusia kita tak bole jangka, silap2 guna cara halus pulak, nauzubillahiminzalik, better berjaga sekarang dari terkena,

plz do take care urself & ur own happiness! Sy bercakap sekadar berdasarkan pengalaman sy, plz do take our comment as a serious matter, jaga diri awak dan semoga awak, suami sentiasa dilindungi oleh Allah swt, aamiin..

Naliza Aliz – Itu lah kifarah yg pakcik dan makcik awk dapat melalui sepupu awk Nina..apa2 pun pastikan nawaitu keluarga itu dalam berbaik dgn awk, mungkin ada tujuan tertentu dan diharapkan awk tidak menjadi bdoh dgn dipijak sekali lagi..

ini lah manusia2 yg parasit untuk tujuan kesenangan hidup mereka dan harap awk tidak tertipu oleh mereka.. bukan niat saya untuk membuat awk syak wasangka tapi lebih kepada langkah berjaga2 ya!

Kerana pisang berbuah lebih dari dua kali dan manusia spt ini juga bole memperbodohkan org berkali2 juga… beringat lah sementara belum terkena … pak cik dan – Baik.tak bertempat. Tak pasal2 dapat madu bernama Nina…naif sungguh, tak yah layan sangatlaa.

dari diseksa dari kecil sampai suami kau pun nak dirampas..kau tak rasa apa2ke…tolong cerdik sikit. Kau ingat ni drama happy ending ke…bajet suci akhirnya bahagia?. Ni realiti dik non…realiti…tak yahlaa nak layan sangat…

kadang2 kena pemting diri sendiri juga utk kebaikan diri… Kena jadi manusia yg berotak cik kak…bukan lembu bodoh yg dah sah sah dari kecil diseksa dan dilayan hina, sampai besar kau pilih jadi bajet suci sebodoh ini.. Sila bijak ye

Nor isna – Itulah akibatnye bl memakan harta ank yatim..akk doakan adik terus kuat. Akk rasa makcik adik tu x kan berdiam diri.adik masih blh berbaik2 dgn family mak cik adik tu tp kena btl2 berhati2.

x mustahil niat diaorg nak suh suami adik tu kawin dgn ank dia akn diungkit semula.org mcm ni dia akn gunakan mcm2 cara utk tunaikan hajat di hati.Semoga adik terus berbahagia bersama suami kerana adik dah cukup menderita.

sumber IIUM