Dulu2 rakan aku layan semuanya, xpilih pun. Bila dh kawin, aku rasakn mcm kena pulau.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Aku taktau macam mana nak buat. Aku ni surirumah. Bukan asal dari negeri aku menetap ni.

Hari hari, mengadap anak anak. Anak pulak lasak. Kadang otak aku tepu.
Weekend je dapat jalan jalan. Tu pun pergi rumah mertua dan ipar ipar yang berdekatan. Takkan tiap tiap minggu gi rumah ipar kan? Ipar pun nak rest. Mertua pun nak rest. Pergi mall? Suami cakap takda keperluan.

Kadang takat lepak makan. Balik. Balik mengadap anak anak lagi. Suami sangat membantu jaga anak dan kerja rumah sepanjang kawin. Confession ni bukan mengenai suami aku. Suami aku berperanan besar jaga anak dan urus rumah tangga sepanjang perkahwinan kami.

Dan dah berikan yang terbaik buat kami sekeluarga. Kami banyak bekerjasama dalam hal urusan rumah dan anak anak. Confession ini mengenai aku. Aku seorang surirumah yang berpelajaran walau tak tinggi. Pernah bekerja professional sebelum ada anak.

Berhenti sebab company terakhir bankrap dan gagal mencari kerja lain sehinggalah suami aku cakap, duduk rumah jaga anak jer lah. So inilah kehidupan aku. Orang cakap makin tua makin kita hilang kawan. Kan? Yang ada makin kecil. Hanya ada yang betul betul berkualiti. Untuk aku pulak. Bukan makin kecil.

Hilang terus. Tak nampak rupa. Aku sebagai surirumah memang tak ada new circle of friend. Tambahan pula aku menetap di negeri yang jauh dari negeri kelahiranku. Aku mulanya ingat ini punca. Tapi lama kelamaan, balik kampung pun aku terperap di rumah.

Jumpa sorang je kawan baik dari sekolah menengah, aku namakan dia F. Balik rumah kat sini, whatsapp dengan F jugak. Post story whatsapp F je respond. Post kat fb dan ig, F je yang like atau komen. Aku mula terfikir. Mana kawan lain. Aku selalu je like komen respond mana mana post dorang.

Tapi bila aku post atau apa apa. Takda yang muncul. Melainkan F dan keluarga aku. Aku kerap respond pada story rakan2 aku. Tapi last last aku dibluetickkan je. Annoying sangat ke aku ni? Aku respond biasa2 je takde la merepek meraban.

Kalau aku meraban kawan tak reply takde hal. Ni contoh baru jadi minggu lepas. Aku nampak kawan baik masa degree dulu post whatsapp story dia berada berdekatan area rumahku. Aku tahu dia bukan tinggal di kawasan aku, aku pun respond. Aku tanya lama mana stay sini? Cuti ke? Ada rezeki jom la jumpa.

Dia bluetick je aku. Aku anggap dia busy. Pastu dia post gambar dia di taman berdekatan rumahku. Aku komen la. Di ignorenya aku sampai sekarang. Dia dok berbalas komen di gambar lain. Aku pujuk diri aku. Tak apa la. At least aku cuba tak putuskan persahabatan ni.

Kitaorang takda gaduh pun. Rakan baik lain? Ada je. Kadang post throwback gambar lama sama2 dorang. Aku tak di includekan. Padahal masa bergaduh sama2 dorang dulu, pakat call aku mengadu. Last last aku jugak kena pinggir. Aku mesej jugak dorang.

Tanya pendapat apa2 ke. Aku luahkan perasaan aku str3ss ke. Apa ke kan. Tapi last last diam macam tu je dorang. Hilang macam tu je. Aku mula jadi terkecil hati. Sebab. Kalau dorang ada masalah, call atau whatsapp aku, aku mesti reply and dengar, and comfortkan dorang if needed.

Masa aku? Hmm.. Mula mula aku fikir dorang busy. Tapi bila kerap jadi, aku mula kecil hati. Maybe korang ingat aku ni clingy. Mesej tiap hari. Demi Allah aku mesej dorang kadang2 je. Cuma nak tali persahabatan tu tak putus. Tu je. Kadang dua tiga minggu sekali.

Takda laa semua story post dorang aku menempek. Aku pun tau la orang rimas. So makin lama aku makin sunyi. Aku post apa apa takda rakan rakan nak tanya khabar. Kalau sesama dorang? Hmm. Ramai je lah. Aku sumpah tak tahu mana silap. Sepanjang berkawan, kami tak pernah gaduh. Dorang yang gaduh ada la.

Aku selalunya jadi peneutral keadaan sebab aku boleh masuk mana mana puak yang ada. Entahlah. Normal ke ye? Aku bukan g1la like kt socmed. Bukan jugak gila perhatian. Aku cuma kadang nak mesej dengan rakan baik aku. Aku tau lama kelamaan. Rakan kita pasti akan ada new circle of friend.

Tapi takkan tu bermaksud kita kena lupakan rakan lama? Lain la rakan tu hilangkan diri ke apa ke. Ni aku ni. Ada wujud. Tak pernah tukar nombor. Aku just nak kadang2 tu ada rakan sembang pasal makeup ke. Skincare ke. Throwback kisah lama ke. Aku takda siapa siapa nak contact untuk semua tu.

Takkan nak cerita dengan suami. Boleh la. Tapi bukan dia faham sangat. Anak anak? Kecik lagi. Macam mana rasa ada rakan eh? Aku dah lupa. Kadang aku kecik hati dengan suami aku. Aku nak call someone. Tapi aku scroll je nombor contact dalam fon.

Takda sorang pun yang aku rasa aku boleh call. Nak call F? Dia belum kawin. Aku kadang happy beli skincare baru berkesan kat kulit. Nak share dengan rakan2. Tapi… Lupa.. Aku takda rakan2 sahabat handai segala tu.. Aku jeles orang ada kawan. Kerja dapat new friends.

Masih in contact dgn rakan2 lama. Even dah kahwin ada anak. Aku ada F je. Tu pun lately. Aku rasa segan kacau F sebab dia pun asyik post lepak dengan rakan2 baru dia. Tapi still aku keep in touch dengan dia. Aku sayang rakan2 aku. Dorang bisnes? Aku beli tak mintak diskaun.

Dorang share pasal bisnes dorang? Aku rt atau share. Macam rakan aku sorang ni, dulu dia tak kerja. Dia teringin handbag. Dok cerita dengan aku beg tu lawa. So aku dapat gaji. Aku belikan pos ke dia. Buat surprise. Ni masa aku kerja dulu la. Rakan aku teringin nak makan sandwich v1ral dulu.

Kebetulan hq dia dekat rumah aku. Aku belikan hantar ke dia. Aku taktau la. Aku jenis appreciate rakan2 aku. Aku suka kalau tengok dorang happy. Aku tak harapkan balasan. Birthday aku dorang tak wish pun aku tak kecil hati. Tapi tulah. Benda tu semua tak menjamin persahabatan berkekalan.

Aku banyak muhasabah diri. Aku bukan jenis rakan yang clingy. Aku bukan jenis yang buat masalah dengan dorang. Aku jenis yang kalau dorang cari aku make sure aku ada. Aku taktau kat mana silapnya. Ya aku ada anak anak dan suami. Hidup jaga anak anak dan suami je la kan??

Tapi aku manusia biasa. Nak juga ada rakan perempuan. Boleh borak mengopi lepak, me time ke. Tak dapat jumpa, call atau whatsapp pun boleh. Aku hilang semua tu. Aku rasa sunyi. Tak ni bukan sunyi sebab duduk sorang2. Susah aku nak explain. Memang hati aku rasa sunyi..

Aku banyakkan mengaji kalau aku terasa sunyi.. Aku harap.. One day aku tak ada. Rakan2 aku masih sudi sedekahkan Al-Fatihah buat aku. Aku rasa kalau aku m4ti.. Takda rakan yang nak datang. Aku sekarang banyak ke rumah mertua aku dan bantu beliau buat kerja rumah sejak mertua aku tiba tiba kena serangan jantung bulan lepas.

Aku risau dorang tu. Jadi aku ke sana bantu apa patut. Aku harap, dengan bantuan aku, dorang tak terbeban buat kerja berat sangat. Aku jugak start melukis balik dan bercadang nak buat IG khas untuk lukisan aku. Dan aku jugak dah mula self love. Beli skincare bagus bagus.

Losyen badan, scrub, semua la. Aku nak cuba pulun online bisnes aku. Sebenarnya aku manusia yang bahagia cuma ada kelompongan dalam hati aku. Iaitu seperti confession aku di atas.. Akhir kata. Aku cuma nak luahkan apa aku rasa..

Aku tahu mungkin ramai yang akan kata TAK M4TI LA TAKDE KAWAN. BATAK LIKE LA DIA NI. HIDUP JAGA SUAMI ANAK2 JE TAK CUKUP KE?? Dan yang sewaktu dengannya. Aku mintak maaf. Ya memang tak mati takda kawan. Aku tau tu. Aku tak batak like. Aku cuma nak rakan rakan aku ingat aku. Macam mana aku ingat dorang… Syokkan ada rakan2? – Kiko (Bukan nama sebenar)

komen warganet

Rosna esa – Saya tak pernah ada bff sejak zaman budak kot rasanya. Tapi saya kawan je dgn semua org cuma tak sampai tahap bff la so bila kes org tak respond komen kita kat fb atau ig atau biarkan wassap kita bluetick je saya tak kisah sangat pun sbb dah terbiasa lone ranger.

Asalkan ada family yg supportive & sayang saya sudahlah. Pernah jugak kawan lama contact tu pun sebab nak pinjam duit padahal kat fb bukan main lagi post dia macam ramai je sahabat sejati dia hihihi…

Tapi saya bekerjaya la. So tak terasa sangat apa yang confessor rasa sbb sentiasa sibuk dan dikelilingi ramai orang setiap hari. Sedikit sebanyak saya paham jugak la apa yang confessor rasa. Sesekali memang teringin jugak nak lepak2 dengan kawan sembang2 makan2 kan

Saidatul halim – Mak saya selalu cakap kita orang perempuan ni bila dah kahwin selalunya begitulah kitarannya. Berjanji kawan sehidup sem4ti masa bujang tapi bila masing2 dah berkahwin, ada anak dan komitmen semakin bertambah memang kabur lah segala janji ‘takkan putus kawan’ tu.

Bukan bergaduh pun cuma masing2 ada urusan hakiki yg mengikat. Saya faham apa awak rasa. Sangat faham. Jalan terbaik, kecilkan circle. Jaga hati sendiri dulu. Saya sendiri tak kisah dah kawan tak ramai mana.

Yg tinggal sekarang ni betul2 yg saya rasa selesa, kenal saya macam mana dan bertahan dengan apa adanya saya. Hargai kawan yg masih ingat kita. Usah peduli usah dihitung dengan yg tak sudi.

Ummi Nour – Assalamualaikum dik, anggap lah kami di sini kwn2 adik. Cerita dulu masa bujang, sekolah, mengenal dewasa itu mungkin telah pudar dlm pengamatan masing2. Anggap lah mereka tu telah jadi org baru. Tumpukan pd kehidupan yg mendatang, cari hobi yg mencorak kehidupan yg lebih indah.

Cari seramai kwn tapi satu ketika kita akan sendirian juga. Baru ni saya terbaca di fb sorg Ustazah.. Menurut pakar perubatan, terdapat 360 sendi dalam badan manusia. Sendi yang paling KUAT adalah SENDI-rian. Ini versi optimist.

Ahmad muzani – Biasalah tu, nature manusia untuk socialize dengan other human beings. Kawan ni bukan boleh paksa, kalau diorg dah move on kau pun paham2 sendiri jela. Kadang2 kalau dah lama tak contact mmg awkward sikit walaupun dulu kita pernah sebantal dgn diorang.

Jangan blame diri sendiri, kita pun kena move on. Aku suggest kau cari la hobi baru macam berzumba ke. Join kelas zumba pastu kau buat lah kawan baru. At least lepas kelas zumba boleh lepak minum2 pun dah ok.

Keluarga irfan – Saya dah 9 tahun kawin dan seorang surirumah memang tiada kawan .. Kehidupan saya cuma ada suami dan anak2.. Teman berborak saya suami, anak2, kadang² dengan anak2 buah yang dah dewasa dan mak mertua sebab diorang dekat dengan saya..

Kadang2 rasa rindu juga dengan kawan2 tapi saya faham situasi saya ramai anak tak boleh nak jumpa, situasi kawan2 saya mungkin mereka sibuk.. Tapi mereka tetap dalam doa saya semoga semuanya baik2 dan bahagia saja.. Bila time birthday kawna yang pernah kita rapat saya akan wish “even kita jauh awak tetap di dalam ingatan saya dan doa saya sahabat..”

Sumber IIUM