Aku dimadukan atas keizinan aku. Aku sangka aku redha, tp ini yg suami balas dlm diam2.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Saya wanita berumur pertengahan 30-an, sudah berkahwin lebih kurang lima tahun dan mempunyai dua orang anak.

Saya kahwin agak lewat. Suami saya muda 3 tahun daripada saya. Kami tak bercinta sebelum kahwin. Saya memilih dia kerana kesungguhan dia untuk memiliki saya selain daripada sebab-sebab wajib yang lain seperti solat, family dan pekerjaan tetap walau tahap SPM (dia ada degree). Saya banyak buat hal sebenarnya sebelum kahwin. Yelah, sebab hati tak betul-betul suka kan.

Salah sikit saja saya minta putus. Dia buat saya terasa, saya terus bergegas nak balik, hingga dia kemalangan terlanggar lori lepas kami berjumpa. Katanya (lepas tu) sebab dia tak boleh fokus memandu sebab risau saya marahkan dia. Saya ignore semua message dia hingga dia terpaksa telefon ayah saya, bagitahu yang kami ada masalah.

Ayah saya yang pujuk saya, untuk terima dia semula sebab ayah saya kata dia macam nak menangis ketika cerita pasal saya tak hiraukan dia walaupun ketika dia sent gambar dia kemalangan. Suami saya bukanlah citarasa saya dari segi fizikal. Badannya besar, tinggi. Selalu cakap nak diet, tapi susah sebab dia suka makan.

Kulit sawo matang, kulit biasa lelaki melayu tapi manis tu tetap ada. Suka pakai kain pelekat dan baju melayu ke mana-mana. Sebab dressing dia macam orang tua, selalu orang sangka yang saya lebih muda daripada dia. Saya ceritakan semua ni ada sebabnya. Dua tahun lepas, berlaku hal yang tak disangka dalam rumah tangga kami.

Ketika saya berada di rumah keluarga suami, ibu bapa mertua menyebut yang sebelum suami saya berkahwin dengan saya, suami pernah nak dijodohkan dengan anak sepupu suami. Masa tu suami saya baru frust, kira dia setuju je. Lepas suami jumpa saya, dia berubah fikiran dan rancangan tu batal macam tu je.

Tapi selepas anak saudara mak mertua saya jatuh s4kit (terminal illn3ss), dia menuntut janji tu semula. Katanya nak ada orang yang jaga anak dia lepas dia men1nggal. Perempuan tersebut, sepupu suami tu saya namakan dia Yuna. Yuna ni anak perempuan tunggal dan bongsu. 3 orang abang dia dah berkahwin dan duduk jauh.

Mak si Yuna dah men1nggal lama juga, sejak Yuna sekolah rendah. Bapak Yuna ni anak saudara mak mertua saya. Mertua saya ni anak bongsu. Anak saudara dia tu anak sulung kakak dia yang sulung. Salasilah tu berbelit sikit tapi boleh dikatakan keluarga jauh juga. Suami saya kata, sejak dah besar, diorang jarang jumpa. Kecil-kecil dulu selalu juga.

Keluarga mertua tak paksa, lagi-lagi kalau saya tak boleh terima p0ligami. Tapi mereka cadangkan kami sama-sama pergi negeri jiran untuk melawat bapak si Yuna yang s4kit ni. 2 jam perjalanan je. Waktu tu saya sebenarnya tak tahu nak rasa apa. Dalam hati saya, saya confident yang suami terlalu sayangkan saya dan anak2.

Dia tak kan buat apa-apa keputusan yang membelakangi saya. Suami saya ni suka bergurau dan bercakap. Apa-apa yang jadi kat tempat kerja pun dia cerita. Nak buat apa-apa pun dia akan cakap. So takkan keputusan sebesar ni dia nak buat sorang-sorang kan. Dalam rumah tangga kami, saya yang selalu lebih matang daripada suami. Dia pun selalu cakap, dia banyak belajar daripada saya.

Masa jumpa keluarga si Yuna ni kali pertama, memang langsung takde sebut pasal kahwin. Cuma saya perasan bapak Yuna ni macam hint sesuatu bila dia kata takut Yuna ni tinggal sorang-sorang lepas dia takde. Yuna ni muka budak-budak dan badan dia kecil, nampak macam baru sekolah menengah padahal sedang belajar di IPT.

Tengok dia berborak dengan suami pun nampak macam abang adik. Takde gedik-gedik cover ayu semua tu. Suami saya siap usik dia pasal boyfriend lagi. Dia panggil suami saya abang. Beza dorang dalam 9 tahun. Panjang sangat nak cerita. Tapi cut the story short, lepas jumpa family Yuna, saya yang minta suami saya untuk terima Yuna.

Mungkin kerana saya kesian tengok ayah Yuna yang terlantar masa tu. Saya takut kalau saya menghalang, apa-apa jadi nanti family suami akan blame saya. Lagipun suami saya dah terlanjur berjanji kan. Dia mungkir pun sebab saya. Selain daripada tu, jauh di sudut hati saya rasa suami saya dan Yuna memang tak ada apa-apa perasaan pun.

Yuna tu muda, lincah, pakaian trend ala-ala K-pop yang tutup aurat tu. Mesti dia nak lelaki yang sebaya. Yang handsome, ala-ala K-Pop ke. Bukan macam suami saya. Med Soc pun tak ada, game tak main, shopping mall tak suka pergi. Kalau berjalan pun untuk cari tempat makan je biasanya. Saya dapat rasa dia setuju pun untuk puaskan hati ayah dia je.

Memang saya nampak Yuna ni manja sangat dengan ayah dia masa saya datang hari tu. Masa akad nikah, saya ada di situ menyaksikan pernikahan mereka yang boleh tahan meriah. Malam tu suami tidur di bilik dengan saya. Rumah family Yuna rumah kampung, ada banyak bilik. Saya diberi bilik sendiri untuk saya dan anak-anak. Menurut suami, lepas ni tak akan ada apa yang berubah.

Yuna tetap akan tinggal di rumah dengan ayah dia sebab dia masih belajar dan ayah dia sakit. Dia ulang alik rumah ke IPT. Suami saya tetap akan tinggal dengan saya macam biasa. Tiada giliran. Saya pernah dengar family suami sebut macam nikah gantung. Kira suami tak wajib lagi bagi nafkah sebab masih tak tinggal bersama dan isteri tak wajib menjalankan tanggungjawab sebagai isteri sebab masih belajar.

Di waktu cuti sekolah, kami sekeluarga termasuk anak-anak akan ke rumah family Yuna. Saya suka je balik sana sebab suasana kampung. Anak-anak suka kejar ayam, kambing, panjat pokok. Kadang-kadang musim buah ayah Yuna akan telefon ajak makan buah. Ada juga balik bila ada kenduri family belah suami. Saudara suami saya ni banyak yang duduk satu negeri dan dekat-dekat je.

Suami saya pun bila berborak dengan Yuna, tak pernah lagi diorang borak berdua. Mesti akan libatkan saya sekali walaupun saya lebih banyak mendengar je. Suami saya dengan Yuna ni dua-dua jenis rajin bercakap, so kalau berborak tu kecoh rasanya. Yuna pun suka layan anak-anak saya. Suka bawa berjalan, belikan macam–macam.

Dalam fikiran saya, bermadu tu tak la seteruk mana. Oh ya, selain family suami, takde orang lain yang tahu tentang perkahwinan baru suami ni. Kalau saya balik rumah family Yuna, saya akan sebut balik kampung belah suami. Mak ayah mertua saya duduk di bandar dan masih bekerja. Kalau balik kampung biasanya mereka akan balik ke rumah kakak sulung mak (kira nenek Yuna).

So sekarang rumah family Yuna yang dah jadi kampung baru suami saya. Dan Yuna pun bila suami ada dia akan pakai tudung, berlengan panjang macam ada orang asing dalam rumah. Bila lepas solat sama-sama pun Yuna tak akan salam tangan suami saya. Semua nampak ok sehinggalah ketika saya balik ke rumah family Yuna, saya perasan perubahan bentuk badan Yuna.

Nampak lebih tembam. Pakai baju pun yang kembang-kembang. Mulanya saya tak syak apa-apa hingga ketika saya nampak Yuna baring dalam bilik. Anak saya buka pintu luas-luas sebab nak masuk masa tu. Ya, nampak bentuk perut Yuna. Kalau orang boncit pun, bila baring perut akan leper. Tapi perut Yuna tak leper walau baby bump tu Nampak tak besar mana.

Waktu tu saya dah syak dia mengandung. B0dhnya saya ketika itu, seketika saya ingatkan yang Yuna tu mengandung anak luar nikah. Saya seolah lupa yang Yuna adalah isteri suami saya yang sah. Saya tak tahu bila mereka bersama. Saya sangat pasti suami tak pernah balik ke sana sendiri tanpa saya. Mungkin ketika tidur di bilik saya, malam-malam dia menyelinap masuk ke bilik Yuna.

Dan Yuna membenarkannya. Ketika ni saya tiba-tiba rasa sangat marah. Saya rasa diketepikan. Macam suami buat benda salah senyap-senyap belakang saya. Ketika orang lain berada di luar rumah, saya menyelinap masuk ke bilik Yuna. Saya jumpa buku pink. Tertera nama suami saya di situ. Yuna mengandung dah 29 minggu ketika tu.

Yelah, badan dia kecil kan, lagi kelahiran anak pertama, sebab tu tak ketara sangat. Saya diamkan perkara ni. Saya nak tengok sampai bila suami saya nak berahsia. Dan selepas itu, bermulalah ujian hidup berp0ligami yang sebenar bagi saya. Suami masih lagi seperti dulu. Dari zahirnya nampak tiada apa yang berubah.

Masih lagi ringan tangan membantu saya di rumah, rajin melayan anak-anak. Masih lagi menjadi imam solat saya. Tapi saya yang berubah. Saya tak boleh tengok dia pegang handphone di rumah, saya akan rasa seolah-olah dia sedang message dengan Yuna. Tak boleh nampak dia senyum, saya akan terbayang seolah-olah dia sedang angau tentang Yuna.

Malah ketika bersama pun saya masih rasa dikhianati terbayang saat dia bersama dengan Yuna. Ketika Yuna voicecall dengan anak-anak saya, saya rasa benci sangat tengok muka dia. Saya anggap Yuna macam adik, tapi Yuna dah tik4m saya daripada belakang. Entahlah.

Kami masing-masing tak pernah berbincang pasal ni. Mungkin hanya saya yang rasa mereka tak pernah ada perasaan. Mungkin saya sendiri yang terlalu yakin dengan kasih sayang suami pada saya. Setiap kali ketika nak pujuk saya, suami akan sebut macam mana susah dia nak dapatkan saya dulu.

Mungkin saya terlalu memandang rendah pada suami saya sehingga saya rasa tak mungkin ada perempuan lain yang nak kan suami saya. Saya terlupa kuasa sweet talker seorang lelaki. Saya pernah baca whatsApp suami dengan Yuna. Ayat-ayat biasa je, macam ‘ayah panggil balik’ atau ‘minta doakan nak exam.’ Tapi di sebalik tu saya tak tahu la.

Mungkin mereka prefer by call. Mungkin suami saya dah padam msg2 sweet yg lain. Hati saya s4kit sangat. Api cemburu dalam dada ni macam nak pecah dibuatnya. Terbayang apa yang tak boleh dengan saya, mesti ok dengan Yuna. Contoh suami saya suka masuk racing amatur. Sebelum kahwin dia aktif dengan group kereta. Tapi lepas kahwin, dia slowdown buat semua tu.

Saya memang tak menghalang, tapi tak juga menyokong. Kalau dia ajak ikut geng kereta dia, jarang saya nak ikut. Saya jenis introvert. Dan sebab saya tak ikut dia tak akan pergi. Dia selalu cakap dia tak boleh jauh dengan saya dan anak2. Sama juga kadang2 bila ada cuti sehari je, suami suka ajak jalan tempat yang jauh2 untuk cari makan.

Saya malas nak jalan jauh2 semata-mata nak makan. Saya bukan suka makan tempat2 vral sangat ni sebab bagi saya selalunya hype je lebih. Tapi Yuna muda, jenis extrovert, lincah. Mesti Yuna boleh ikut rentak dia. Mungkin dia rasa dia boleh dapat penghormatan yang lebih sebagai seorang suami dengan Yuna yang lebih muda daripada dia berbanding saya.

Panjang sangat dah saya menulis ni. Tapi sebab saya malas nak sambung2 lagi, saya pendekkan je. Sekarang Yuna sedang dalam pantang. Akhirnya suami dapat anak perempuan yang dia nak sangat. Suami saya berterus terang yang Yuna mengandung bila dia nak balik negeri family Yuna sebab Yuna nak bersalin.

Waktu tu dia nampak kalut sangat kemas-kemas barang, so saya pun tak bertanya apa-apa. Dia pun macam tak kesahkan perasaan saya masa tu, excited nak sambut baby baru agaknya. Sejak PKP ni, suami saya dah tak kerja. Retrenchment.

Dia kerja sendiri dengan kemahiran yang dia ada. Sekarang dia ada banyak masa lapang berbanding saya yang susah dapat cuti ni. Hampir setiap minggu dia akan berulang alik ke rumah family Yuna walau tanpa saya. Saya pernah ikut sekali je. Pertama kali saya rasa diketepikan bila suami saya dan Yuna sama-sama bercakap pasal anak mereka.

Dan pertama kali saya dan anak-anak tidur sendiri bila suami tidur di bilik Yuna. Saya cuba rasionalkan diri yang saya tak patut cemburu. Yelah dulu waktu saya pantang, suami juga sanggup ulang alik rumah mak saya dan tempat kerja dia setiap hari. Bukan dekat, lebih sejam sehala. Tapi sekarang dia jumpa baby baru dia hanya di hujung minggu je.

Tapi saya bukan robot. Perasaan cemburu yang datang bukan ada butang on off. Saya sendiri ters3ksa dengan rasa ni, tapi apa yang saya boleh buat?. Dulu saya selalu bayangkan, bila ayah Yuna men1nggal, hubungan mereka akan berakhir. Tapi kini nampaknya ayah Yuna makin sihat dan seronok dengan baby baru.

Suami saya pula tak mungkin akan membiarkan zuriatnya tak berbapa. Saya bukan jahat sangat doakan orang cepat mati, tapi kalau tengok keadaan ayah dia masa saya melawat dulu, memang nampak macam tu. Dulu Yuna umpama menumpang kasih, kini berkongsi.

Di masa akan datang? Mungkin saya yang akan undur diri. Bukan mudah untuk saya membayangkan hidup tanpa suami sebab selama ni hidup saya segala-galanya berlegar tentang dia. Anak2 pun rapat dengan dia. Tapi api cemburu ini makin hari makin memakan diri saya.

Terus terang saya katakan, dari segi nafkah, suami tak mampu berpoligami. Apatah lagi dengan pendapatannya yang tak tetap sekarang ni. Sebelum ni saya tak kisah berkongsi perbelanjaan sebab saya tahu suami bukannya culas dengan sengaja. Tapi buat masa sekarang, hati saya s4kit bila saya yang perlu berbelanja itu ini.

Saya jadi mengungkit dan berkira, tapi lebih banyak saya simpan sendiri. Cuma kadang-kala saya menyindir yang ‘sekarang kena jimat’ or ‘duit saya cepat habis.’ Lama-lama hati saya yang parah dan saya jadi kurang layan suami. Suami juga tidak lagi rajin bercerita macam dulu Mungkin semua cerita2 dia dah kongsi dengan Yuna. Dia masih lagi menjawab bila saya bertanya.

Masih lagi membantu saya dengan kerja rumah dan anak2, tapi entahlah. Segalanya rasa tak sama macam dulu. Apa yang patut saya buat? Bagaimana nak didik hati untuk redha dengan semua ini? Dan jika sampai bila2 saya masih tak dapat terima semua ni, apakah perlu saya berpisah dengan suami? Atau saya yang perlu meminta Yuna undur diri. Entahlah. Tolong doakan saya. – Aisyu (Bukan nama sebenar)

reaksi warganet

nur arrisa – Sebab tu bukan senang nak berp0ligami baik isteri baik suami.. Melawan perasaan ni mmg susah. Pd sy cemburu tu mmg tak bole dihindarkan.. Apa kata blaja trima. Cbukkan diri.. Dari cerita puan ni.. Suami seorg suami yg baik.. Dia hanya menjalankan amanah yg diberi..

Puan shj berperasaan begitu sbb fokus suami kini tidak lg semata2 utk puan.. Belaja terima sedikit2.. Alihkan perhatian utk perkara2 yg lebih faedah.. Masa akan memulihkan segalanya.

Farizah azmah – yg ‘mungkin’² tu yg kena tepis awal awal.. semua tu hasutan sy4itan utk puan terus bersangka buruk yg akhirnya akan buat puan sendiri letih dan lemas dgn perasaan sendiri..

klu nak tenang, jgn fikir apa yg suami buat dgn yuna yada yada.. just fokus pd suami masa dia ada dgn puan.. time dia xde tu.. enjoy la dgn anak2..ingat ye, suami sedang menjalankan tanggungjawab dia.. disana atau disini.. tiket ke syurga tu tersangat mahal harganya..

sabar atas dunia sekejap aje.. nnt Allah bg pahala berlipat ganda.. dan moga moga dpt masuk syurga yg xde langsung dah perasaan cemburu lg kat sana.. sabar, solat.. Allah ada.. mengadu pada Dia………

Somita loghihat – Klu suami pun dah mula kurang berbual, mungkin tu petanda jg tp puan abaikan. Mungkin jugak suami dah jadi lelaki sebenar bila kawin dgn yuna sbb selama ni puan dominan dlm semua segi. Bg izin dia jaga yuna pula dan weekends dgn puan sbb dr awal puan dah nafikan hak yuna wlpun mlm nikah…

jangan pulak jatuh tersungkur klu suami tiba2 lepaskan puan dan bukan yuna. MUNGKIN…mungkin sbb sya bukan dlm kasut puan. Soal duit jangan lah berkompromi. Jg diri puan dan anak2 dgn baik. Jgn sesekali lepaskan api cemburu tu pd anak2 pulak. Klu sya tempat puan, mungkin tak se redha puan.

sumber iium