8tahun kenal, tiba2 dpt call dr wanita..“knp awak blok saya lepas apa kita buat mlm tadi”.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamu’alaikum kepada sahabat2 pembaca sekalian.. Diharap semuanya sihat2 selalu dan sentiasa dalam limpahan rahmat Allah selalu.

Izinkan aku berkongsi cerita. Nama aku Mell. Umur aku 29. Aku berasal dari selatan dan bekerja di wilayah persekutuan. Aku bercinta dengan Man (bukan nama sebenar) sejak zaman universiti sampai masing-masing dapat bekerja tetap. Kalau dikira, 8 tahun. Susah senang aku dengan dia, hanya Allah yang tahu.

Tapi selama 8 tahun tu, ujian dia susahnya nak aku cakap. Aku selalu pesan dekat hati aku, kalau kita sabar, pasti besar ganjarannya. Family kitaorang tahu pasal hubungan kami. Yela bertahun kawan takkan aku nak sembunyikan. Man baik. Dia selalu ada bila aku memerlukan. Tapi disebalik kebaikan dia, dia baran.

Satu yang paling aku tak jangka, dia kaki perempuan. Kisah ni bermula bila kami berpisah. Dia bekerja di Kuala Lumpur, aku pula pula ke kampung sudah tamat pengajian. Tak lama, setahun. Tapi merubah segalanya. Man bekerja sebagai ejen insurans. 3 bulan pertama bekerja dia masih ok. Tapi selepas tu, dia mula berubah.

Jarang contact aku, masa tu bukan zaman whatssap. Mesej pun payah. Bila aku call dia angin, katanya sibuk. Takpe lah, aku faham. Aku selalu tak sedap hati tapi aku fikir tak apalah mungkin perasaan aku je. Aku abaikan. Lama aku abaikan rasa tak sedap hati tu, dan aku tetap bertahan walaupun Man layan aku nak tak nak.

Aku ajak jumpa, alasan dia sama, sibuk. Takpelah aku sabar. Aku sayang Man. Dan aku tahu dia pun sayang aku. Alhamdullilah, setahun berlalu. Aku dapat kerja sebagai penjawat awam. Di wilayah persekutuan. Man pula dah dapat kerja lain juga. Aku ingat lagi masa dapat kerja tu, seronoknya rasa. Yela dapat dekat dengan Man.

Bolehlah merancang untuk berkahwin. Tapi masa ni lah merubah segalanya. Aku ingat lagi saat tu aku keluar jumpa Man. Sarapan pagi. Lama dah tak jumpa ni. Tapi masa Man jemput aku tu muka dia penat. Aku tanya dia kata tak cukup tidur. Tapi rasa pukul 11 malam tadi dia ws bagitahu aku dia mengantuk. Takpelah, aku abaikan.

Masa pergi isi minyak, handphone Man tinggal dekat seat. Tiba-tiba ada call. Nombor public. Masa aku angkat, tiba-tiba perempuan tu terus cakap “kenapa awak block saya lepas apa kita buat malam tadi?” Aku terdiam. Aku tanya ni siapa. Dia kata nama dia Sofea. Aku kata aku ni kakak Man. Nanti aku suruh Man call semula.

Perempuan tu pun letak. Tapi aku tak sedap hati, aku bukak handphone Man. Selama ni aku tak pernah usik, tapi kalini, Allah hancurnya hati aku… Aku bukak semua apps media sosial yang Man ada. Zaman tu tengah famous “wechat”. Man kaki perempuan. Kaki tidur dengan macam-macam perempuan.

Dan perempuan yang call tadi tu, janda anak 1 baru berkenalan dua hari. Dan semalam tu Man baru je selesai buat hubungan dengan dia. Tapi Man block dia, biasalah dah dapat apa dia nak. Patutlah muka dia penat. Patutlah pukul 5:30 am call aku kata lapar sangat. Mengigil tangan aku. Tapi aku diam. Aku buat macam tak ada apa.

Walaupun masa tu perasaan aku ranap, hancur, musnah. Balik tu aku donwload apps wechat dan bukak akaun Man dekat handphone aku. Terkedu. Aku sangat terkedu. Tak sangka Man khianati aku. Aku sedih. Aku rasa lost. Aku contact perempuan tu, aku tanya dari a sampai z. Dia cerita dekat aku semuanya.

Allah.. sampainya hati Man buat aku macam ni. Aku jumpa Man, aku bagitahu perkara ni. Aku ingatkan dia mengaku dia salah, tapi tak. Dia pvkul aku. Dia lempang aku. Dia kata aku kongkong dia. Aku tanya apa salah aku, dia diam. Dia kata dia nak bersendirian seketika. Masa tu aku rasa macam tergantung, dahlah dia kecewakan aku.

Dia tak mintak maaf, dia biarkan aku sikit pun tak ada rasa bersalah. Aku? Asyik cari dia. Setiap kali solat, mesti doa aku panjang. Aku tak kuat.. 8 tahun aku setia, 8 tahun aku percayakan dia. Sampainya hati dia kecewakan aku. Sebulan berlalu, aku fikir dia berubah. Okaylah mungkin aku akan bagi dia peluang kedua.

Tapi aku silap, dia tak berubah. Malah dia salahkan aku kata aku kongkong dia. Dan dia mengaku sekarang dia sedang mengenali seseorang. Sekali lagi aku down.. kalini aku nekad. Tak apalah, mungkin aku terlalu berharap. Dia tinggalkan aku tanpa sebarang berita. Tergantung.. aku sedih. Murung.

Susut badan aku. Menangis. S4kitnya aku rasa dikhianati. Aku cuba untuk move on. Bukan mudah. Aku fobia, Bila aku teringat je mesti aku nangis. Perasaan aku s4kit. Sebab Man tak macam tu bila dengan aku. Aku tak percaya itu Man. Mudahnya dia berubah… 8 tahun tu banyaknya kenangan bersama.

Dari susah sampai senang. Kemana aku pergi aku nampak Man. Hari lahir dia. Aku simpan semua kenangan. Susahnya aku nak lupakan. Bila aku bukak ig story kawan-kawan dia, mesti ada dia. Senyum gembira sedangkan aku sedang menderita. Tak apalah Man. Aku cuba move on. Family aku dengan kawan-kawan je kekuatan aku.

Setahun aku ambil masa, kadang-kadang menangis juga. Jauh sudut hati rindunya dekat Man. Lelaki pertama yang aku kenal apa itu cinta. Akhirnya aku terima kenyataan. Man memang buang aku. Aku pun tukar doa aku. Aku tak nak sebut tentang Man. Cumanya aku doa, semoga jodoh aku selepas ini seorang lelaki yang baik.

Yang boleh bimbing aku. Aku ingat lagi masa tu waktu hari raya, aku nangis masa salam mak aku. Aku kata, “emak doakan adik dapat jodoh yang ikhlas & baik”. Itulah kali terakhir aku menangis hanya kerana lelaki bernama Man. Setahun lebih selepas tu, aku kahwin. Dengan lelaki yang kadang aku rasa tak layak pun.

Suami aku baik. Baik sangat. Rajin solat, tak pernah sekali pun tinggi suara dekat aku. Suami aku matang. Baiknya Allah. Aku kenal dia tak lama, nak kata jodoh keluarga pun tak juga. Entahlah perkenalan tu sangat dipermudahkan. 3 bulan kenal, tunang terus nikah. Bahagia? Alhamdullilah walaupun kitaorang pjj.

Tipulah tak bermasam muka, tapi dia boleh handle aku. Man? Masih lagi dengan perangai lamanya. Dia meng4muk masa aku nak kahwin. Dia kata aku g1la sebab tak tunggu dia. Tapi aku abaikan. Aku tetap move on. Bahagia bersama suami tercinta. Sesungguhnya Allah tau mana yang lebih baik untukmu.

Belajarlah mengerti bahwa sesuatu yang baik tidak akan Allah izinkan pergi kecuali Allah gantikan dengan yang lebih baik. Terima kasih Allah. Doakan aku dan suami dikurniakan zuriat, aku dapat pindah ikut suami aku dan bahagia sampai jannah. – Mell (Bukan nama sebenar)

reaksi warganet

Az-zakwanul – Elok tu mell, ALLAH dah tunjukkan laki tu dah buat apa.jgn dah tunjuk pun ko yg masih suci nk jugak dengan dia, tu terang2 buat b0doh dengan petunjuk ALLAH bagi. Jgn jadi mcm sesetengah mngsa yg dah sampai mengandung, lahirkan anak pun bapaknya tak nak mengaku lepas tu boleh nikah dengan perempuan lain.

Hinggakan keluarga jaga dosa bapak pelaku yg terang2 ada 3 tanda mun4fik yg orang mun4fik ni tempatnya neraka jahannam.perempuan lain tu nk ibu kpd anak tak sah taraf tu move on, cuba ko cakap kat anak tu to move on.b0doh ke nak anak tu move on??anak tu akan tanya kenapa bin abdullah, anak tu akan tanya mana kubur bapaknya, anak tu tetap bertanya siapa bapaknya.

syukur anak dibela hingga besar, jangan sebabkan stigma masyarakat & tiada hukuman r3jam pada bapa penz1na tak bertanggungjawab tu anak tak berdosa dibnuh.jadi laki penz1na ni mudah hidup aman dengan istidraj.moga lawyer2 syarie & non syarie serta undang-undang negara backup si ibu & anak tak sah taraf.

Nurliyana razak – I feel u tt.. i was on ur shoes.. org bole ckp apa2 pon sbb xlalui.. cuma tt bernasib baik xsempat kawen.. n i kawen.. sama lebih kurg.. kerja insuran.. pernah kerja dgn bank.. dgn agensi tp tetap dlm bidang insuran.. kenal sblom i dpt keje gov.. n time tu i pon keje bank bahagian insurance.. bila i dpt keje gov.. dia cepat2 ikat dgn ptunangan rasmi.

spnjg i dlm latihan setiap kali dpt outing mmg dia selalu mnjemput.. xpernah miss.. smpai la i hbis latihan.. kena posting d borneo.. n masa tu dia ckp dia da tuka kerja jd broker tanah.. n i yg naif ni pon percaya.. even dlm hati ada rasa keraguan.. dia bcadang utk kwen pd tahun yg sama selepas i tamat latihan.. n a few months before kami kawen.

Dia ckp pyment dia pending smpai January next year.. n mnx tlg i dahulukan duit i utk mjlis kwen dan dia jnji utk ganti.. i pon sbb syg n konon xnk lupa jasa yg dia ada ssh senang sebelum tu.. pon setuju..ni buat loan dan kami kawen.. after kwen dia terus ikot i pergi borneo.. xsampai one month i dpt pnggilan dr polis bgtau dia ada kes tipu dgn pmpn d kedah.

Time tu i malas pk i ckp buat la apa2 pon.. kalau pmpn tu nk kwen dgn dia pon go on.. tp pmpn tu xnk.. pmpn tu nk duit dia balik sbyk 20k++.. after drpd tu i godeh fb i sndiri.. i tgok byk blocking fb pmpn lain yg i xpernah block.. n tgok inbox byk spam dr pmpn.. ada yg marah i etc sbb kacau hubungan dyorg .. then bila i soal husb yg masa tu..

hbis2 dia deny n marah.. bergaduh kami smpai tumbuk2.. n i ckp yg i tau pasal report kes tipu pmpn tu.. n his was shocking.. n nngis2 konon mnx maaf.. dsbb kn time tu i fikir ktorg baru kawen.. so i bg peluang.. n mnx dia balik smnnjg urus dgn pmpn tu kes tipu tu.. after dia settle bincang.. pmpn tu stuju tarik report dan ex husb i byr bulan2..

then husb i balik smula ke borneo.. mniaga utk byr duit tu bulan2.. n opkos ada yg xcukup i tambah.. tp mniaga pon tah pape.. so i suru dia balik smnnjg carik kerja d sana.. n masa tu i pregnant.. dia pon balik smnnjg.. konon carik kerja.. tp x.. dia carik pmpuan .. long short story.. kantoi masa i dlm pantang d kg dia..

dlm pantang byk i stalk socmed dia n kantoi mcm2 n after hbis pantang i balik borneo n dia ikot.. dia still dgn xda pkerjaan n xmnjalankan komitmen dia sbgai ketua keluarga.. anak i baru 5m i file kn penc3raian.. then anak i 6m kami bc3rai.. skrg da 4 tahun.. sesen pon nafkah anak xpernah bg.. dan hutang2 i pon dia xprnah bayar..

tp da kwen lain.. myb bini dia yg skrg bole tnggung biawak hdop n kaki pmpn.. who’s know .. n i pon da kawen lain.. syukur dpt suami yg sentiasa ringan tulang n syg ank i mcm ank sndiri..

Dyana Md Noor – Pelik jgak dik…8 tahun awk kwn dia,bila awk tau dia kaki prpn n kaki tido dgn segala betina,boleh lg awk merayu2 tunggu dia..awk dh nampak aib dia terbentang dpn mata,awk boleh lg mengharapkan dia ..

Sbb tu pd adik2 yg baca atau tgh bercinta,ingat,dlm doa kita mohon smoga dijodohkan dgn insan yg baik utk kita dan keluarga kita…bukan kita mohon 1 nama sbb kita dh syg gila kat org tu…alhamdullilah awk djodohkan dgn suami yg baik…mohon hubungan ini kekal shingga ke akhir hayat yer dik…

sumber iium