Mak dgn gincu merahnya, “tergamak mak buat abah begini”-maafkn kami abah

Foto sekadar hiasan.

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum semua.. sambungan dari cerita abah aku.. yang mana nk baca episod 1 boleh baca di ruang komen.. Oh panjang cerita kalau hendak dimasukkan semuanya di sini. Saya hubungi adik beradik memberitahu apa yang terjadi, yang abah ditinggalkan sendirian. Tetapi respond masing-masing meny4kitkan hati juga. “Yalah takkan nak tunggu abah selamanya. Mama kenalah keluar beli beras, beli ikan?”

“Yalah… mama bukan tunggol, nak tunggu tak bangun-bangun.” Kesian tiada simpati kepada abah sedangkan abah kan s4kit. Saya minta mereka pulang, dan masing-masing kata, okay2, tetapi tidak seorang pun nampak batang hidung. Saya bercadang untuk membawa abah ke rumah saya tetapi abah menolak. Kata abah biarlah dia di rumahnya dan kata abah, dia mahu m4ti di rumahnya sendiri.

Saya juga susah hati, risau sangat kalau-kalau abah m4ti tidak siapa mengadapnya. Saya beritahu mama, janganlah keluar lama-lama. Mama diam dan menunjukkan dia tidak senang dinasihatkan begitu. Saya pulang ke Kuala Lumpur dengan hati yang kecewa dan berjanji akan ziarah abah lagi, kalau sempat hari minggu sebab cuti pun sudah habis.

3 bulan terakhir sebelum abah pergi meningggalkan kami, sayalah yang selalu berulang alik KL Melaka. Mujurlah tidak jauh sangat, dan dapatlah saya sekeluarga pulang menjengok abah. Adik beradik abah ada juga datang menjengok… mereka datang membawa pelbagai dan jauh daripada apa yang diperkatakan oleh mama tentang mereka. Saya rasa mereka orang baik-baik. Saya mula memikirkan yang selama ini kami semua salah anggap dan percaya seratus peratus mengenai apa yang dikhabar oleh mama mengenai keluarga sebelah abah.

Sebelum abah pergi, Mak Lang ada bercakap dengan saya, “Sal bawalah abah Sal ke rumah Sal, kesian abah kamu.” Kami selalu juga singgah ke sini… tengok abah kamu. Kesian tengok dia. Mama kamu busy sangat, kadang-kadang tiada makanan.” Saya menelan air liur. “Abah kamu selalu sendirian. Dia kata, dia pun tidak tahu ke mana mama kamu pergi.

Kami tidak mahu masuk campur dalam rumah tangganya, dan adik beradik kamu pun membenci kami. Abah kamu adalah cerita sikit-sikit.” Abah men1ngggalkan kami setelah dua bulan koma. Mama seorang yang kering hati, tidak nampak pun dia bersedih sangat abah pergi. Dan ditanya sama ada mama hendak buat kenduri arrw4h, mama minta dibuat di surau sahaja. Beri sahaja duit pada orang surau, dan mereka akan uruskan.

Mana ada pinggan mangkuk hendak kenduri kendarra. Sehari selepas abah pergi, masing-masing sudah pulang ke rumah sendiri. “Akak nak bawa mama ke KL,” kata kakak. “Tunggulah kan tidak baik kalau kita terus kosongkan rumah ini.’ ‘Ya lah, ya lah minggu depan akak balik dan ambil mama, biar dia berehat di rumah akak,”. “Takkan semua hendak balik… kita duduk di sini tiga empat hari lagi,” saya beritahu abang, kakak dan adik-adik, tetapi masing-masing sudah berkemas.

“Kenduri boleh buat di mana-mana, tidak perlu dibuat di sini,” jawab abang. Malam abah men1ngggal hanya saya sekeluarga yang tidak pulang. Dan malam itu saya sekeluarga membuat kenduri tahlil di surau dan memberitahu orang surau yang kami hendak mengadakan kenduri sehingga tiga malam berturut-turut. Suami pun setuju untuk membayai semuanya. Masa mengemas bilik abah saya berjumpa sebuah diari, dan terus saya masukkan ke dalam tas tangan.

Saya tidak ambil apa-apa kecuali diari itu dan tidak pun memberitahu mama yang saya berjumpa dengan diari. Lagipun mama tidak berapa kisah. Masa kami mengemas bilik abah, mama tidak jengok pun, dia di ata, kemas atau tidak rasanya mama tidak mahu ambil tahu. Seminggu kemudian saya diberitahu mama pun sudah dibawa oleh kakak ke rumahnya. Tinggallah rumah abah kosong da, jadi kata abang, siapa yang sudi balik, baliklah. Atau kalau hendak lawat mama, dia di rumah kakak.

Membaca diari abah membuat saya tidak henti menangis. Rupanya abah mgeluarkan segala isi hatinya di dalam diarinya. Dia bercerita bagaimana dia mahu melihat anak-anaknya berjaya dan hidup senang. Dia bercerita bagaimana dia amat kecewa kerana isteri dan anak-anaknya tidak mempedulikan dia. Dia tahu anak-anaknya telah dir4cun jiwa mereka oleh ibu mereka sendiri. Dia bercerita betapa dia kecewa dengan tindakan mama yang menghasut kami semua membenci ibu bapanya yaitu nenek kami sendiri, sehingga mereka m4ti pun mama tidak pergi.

Dia kecewa dibusukkan dengan cerita yang bukan-bukan… mengenai adik beradiknya. Dia mencatatkan perbelanjaan bulanan, untuk semuanya dengan gajinya yang sebanyak tu… baru saya sedar gaji abah kecil dan malah tidak cukup dengan perbelanjaannya sekolah kami. Rupanya apa yang dikatakan mama selama ini tidak benar. Adik beradik abahlah yang selalu membantu abah… abah selalu minta bantuan kewangan daripada nenek semasa mereka masih hidup dan bila kedua nenek men1ngggal, abah menjual bahagiannya itu, iaitu tanahnya kepada adiknya supaya wang itu dapat digunakan untuk menampong perbelanjaan kami.

Duit pencennya tidak cukup, masa itu saya dan adik masih di universiti, malah dalam sebuah catatan ada mengenangkan bagaimana saya menempelak abah tentang peristiwa yang saya ceritakan. Dan rupanya bukan saya seorang, abang dan kakak pun telah bersemuka dengan abah akan hal yang sama. Yang saya paling sedih adalah tentang perangai mama sendiri yang abah diamkan. Abah tahu mama joli di luar, dan duit abah, mama banyak belanjakan untuk dirinya sendiri.

Abah seorang pemerhatikan… dia tahu mama belanja sebahagian daripada duit dapur yang diberi untuk membeli bajunya, lipstik dan bedak dan beg tangannya. Mama juga ada membeli emas dan semua itu dengan duitnya. Lagipun mama tidak bekerja, dan saya mendapat tahu yang keluarga mama bukan orang senang. Bila abah pergi dan barulah kami adik beradik tahu akan kisah sebenarnya. Tetapi sebagai anak tidaklah kami hendak bersemuka dengan mama, tetapi kami tahu apa yang sebenarnya terjadi.

Diari itu sebagai bukti. Dan pernah kami adik beradik sahaja, keenam kami pulang ke kampong atuk, berjumpa dengan bapa dan mak saudarra yang masih ada, hanya untuk bertanya beberapa hal yang kami tidak berapa jelas. Sedih sangat dengan segalanya tetapi abah sudah tiada untuk kami memohon ampun. Banyak sekali pengorbanan abah kepada kami anak-anaknya. Saya teringat mengemas almari abah. Kasihan pula melihat baju-baju abah, bertampal sana sini.

Betul abah langsung tidak memikirkan untuk dirinya. Bajunya pun buruk belaka, baru kami sedar yang abah bukan kedekut tetapi wangnya tidak kecukupan. Besar manalah gaji guru waktu itu? Saya tidak tahu bagaimana hendak menebus dosa saya dengan abah selain berdoa untuk kesejahteraannya di sana. Saya sempat juga minta ampun kepada abah sebelum abah pergi, tetapi yang lain, semua tidak sempat.

Yang menghadap abah pergipun hanya saya sekeluarga kerana masa abah tenat dan minta mereka pulang pun masing-masing mengambil masa… mereka sampai sesudah abah menghembuskan nafas terakhir. Saat saya menulis ini, mama sakit. Mama selalu juga menyebut nama abah, mungkin mama kesal dengan tindak tanduknya semasa abah masih ada. Mungkin mama juga kesal kerana tidak sempat minta ampun kepada abah. Banyak kemungkinan tetapi biar mama tidak tahu yang kami semua tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Mama bertuah, s4kitnya ada orang yang menjaga, kami membuat jadual untuk menjaga mama, supaya mama tidak tinggal bersendirian sewaktu sakitnya, dan kami melayan kehendak mama. Sesekali hati ini geram juga dengan mama tetapi saya tahu akan dosa dan pahala, dan biarlah kesalahan mama dengan abah, Allah yang Maha Mengetahui. Sebagai anak sekarang menjadi tanggungjawab kami menjaga ibu kami.

sumber duniakini