Nasi dan susu basi mak bg abah mkn, aku phm kenapa mak nak sgt “abah pergi” cepat.

Foto sekadar hiasan.

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Aku menulis ini kerana teringatkan abah. Abah yang sudah lama pergi namun dalam jaga dan tidurku selalu terkenangkan abah. Rasa berd0sa, dan bersalah kepada abah tidak pernah padam. “Abah ampun d0sa2 kami anakmu, dan isteri mu, juga.” Kami enam beradik, empat lelaki dan dua perempuan.

Di mana salahnya abah, keenam-enam anaknya ‘benci’ kepadanya. Maaf perkataan benci barangkali keterlaluan sikit tetapi ya, beginilah, kami seolah menyalahkan abah atas apa juga perkara yang berlaku kepada kami. Kalau mama lambat hidang makanan di meja, kami salahkan abah kerana tidak ke pasar atau tiada apa yang hendak dimasak, jadi bagaimana bisa mama hidangkan makanan? Dan kami beri alasan, yang mama terpaksa mengeluarkan duit simpanannya untuk membeli barangan dapur, sebab abah gagal membelinya.

Ya apa sahaja yang kami rasa tidak kena, kami akan salahkan abah. Barangakali sudah dididik daripada kecil oleh mama dan menanamkan kebencian kami kepada abah. “Abah kamu kedekutlah, abah kamu tidak sayg anak2 dan melebihkan ibunya dan adik beradiknya. Daripada kecil sehingga dewasa itulah yang mama sebut, dan banyak cerita2 seperti adik beradik abah b0mohkan mama, sebab itu mama selalu sakit, dan adik beradik abah kikis duit abah dan sebagainya bagi menambahkan kebencian kami kepada abah dan saudarra maranya.

Abah seorg guru, guru lepasan maktab sahaja. Abah juga seorg yang strict bila tiba hal-hal sekolah. Dia mahu memastikan kami semua mendapat A dalam semua mata pelajaran, membuat kami memang tertekan. Balik dari sekolah soalan pertama, ada homework dan kami tahu apa yang patut dibuat seterusnya. Salin baju, makan, tolg mama di dapur, lelaki perempuan pun kita basuh pinggan dan mengemas. Kemudian solat dan buat kerja sekolah.

Jam lima setengah barulah boleh keluar ke padang. TV, dih4ramkan kepada kami, nampaknya yang menonton hanyalah mama. Bagi mata pelajaran yang kami kurang mahir, abah sediakan guru tuisyen. Abg dan akak masuk asrama, kata mama eloklah bagi mengurangkan tanggungan mereka. Mama pula asyik komplain abah kedekut.

Kata mama abah itu bukan tidak berduit, dia tanggung bukan sahaja ibu ayahnya tetapi adik beradik dan anak2 saudarranya. Itu sebb kami hidup melarat (daripada kaca mata mama). Mama selalu kata dia tidak dibelikan baju, dibelikan lipstik dan sebagainya, dan kerana dia tidak dibelikan baju, adik beradiknya lah yang terpaksa belikan mama baju.

Kesian mama, dianak tirikan. Kesian mama, suami hanya memperkayakan adik beradiknya dan membiarkan anak isterinya hidup melarat dan dalam kemiskinan, dan nak tukar baju pun kena minta daripada adik beradiknya. Semua cerita-cerita mama memburuk-burukkan abah membuat kami semakin hari semakin kami menyampah dgn abah. Dalam diam berdoa biarlah abah m4ti sahaja supaya hidup kami lebih senang.

Tambahan bila abah menegur kami kerana keputusan peperiksaan rendah, dan tidak mendapat A, sudah tentulah kami mahukan abah m4ti sahaja. Kata mama kalau abah m4ti, hidup kami lebih senang. Mama boleh dapat pencen dan anak-anak bolehlah senang sikit hidup,” itu kata mama. Maknanya juga mama pun suka kalau abah m4ti sahaja supaya semua masalah selesai. Bila sy mengingatkan balik cara abah menegur kami, tidak pula abah bersuara tinggi.

Cuma sebab kebencian itu sudah ditanam, suara yang sederhana pun dirasakan nyaring dan menyakitkan. Bila abah ajak kami pergi ke surau untuk bersolat jemaah kami geram dan mengutuk dalam hati. Walaupun kami pergi, terutama yang lelaki, tetapi dgn hati yang marah dan tidak happy. Kalau abah balik lewat dari sekolah, kami rasa macam beraya sebab tiada siapa yang hendak suruh solat.

Sekali fikir mama tidak pula hendak marah kalau kami tinggal solat, dan kerana itu kami syng mama. Kerana mama sporting dan tidak menekankan kami untuk belajar dan belajar dan bersolat. Namun fikir balik, sebenarnya mama seorang yang garang. Mama memukul kami kalau kami bergaduh sesama adik beradik atau tidak mahu membantunya membuat kerja dapur.

Anak lelaki ke anak perempuan mama suruh buat semua kerja; basuh pinggan, menyapu, masak dan sebagainya, malah masa dekat periksa pun kami terpaksa membuat kerja rumah. Kurang sikit kerja kalau abah di rumah, sebab mama macam hendak tunjukkan kepada abah yang dia penat bekerja, dan anak-anak tahu makan sahaja dan belajar, sebab itu yang abah mahu kami buat.

Dua adik bongsu selalu juga menjadi m4ngsa mama, sebab kalau salah mama akan pkul dan warrning kami, jangan sesiapa beritahu abah, sebab nanti abah akan tanya mama dan sebagainya. Jadi abah pun tidak berapa tahu apa yang sebenarnya terjadi di kala dia tidak ada rumah, sebab bila dia di rumah, mama dgn mulut manis akan menyuruh kami belajar.

Apa pun kami terus tidak menyalahkan mama, dan sifat kepura-puraan mama kami tidak nampak langsung sebenarnya. Pendekkan cerita kerana ketegasan abah dalam mata pelajaran anak-anaknya, seorang demi seorang berjaya ke menara gading. Mana tidaknya, tidak cukup dgn ilmu di sekolah, sudah sy katakan, abah menghantar kami tuisyen.

Tuisyen persendirian terutama waktu-waktu peperiksaan, abah hire the best tuition teacher and i must say sehingga kami semua mendapat keputusan cemerlang.
Walaupun sudah masuk universiti, kami sebenarnya tidak pernah berasa yang kerana abahlah kami ini berjaya. Malah kami selalu marah abah kerana lambat memasukkan wang ke bank, dan selalu minta abah duit, kadang-kadang mama yang paksa kami minta duit daripada abah, dan kalau abah tidak beri, mulalah kami menuduh yang bukan-bukan.

Pernah satu hari sy sendiri dgn marahnya menempelak abah, dan mengatakan yang abah melebihkan adik beradiknya dan anak-anak saudarra dan sebab itulah kata sy kami ini hidup melarat. Abah terdiam dan walaupun sy kurang ajar, tidak pula abah menyepak sy. Cuma selepas beberapa minit, katanya, “Kau orang tidak pernah faham. Satu hari anak-anak abah akan faham.” Sempat lagi sy menjawab, “Yalah abah, satu hari itu bila kami sudah besar dan bekerja, masa itu kami tidak perlu lagi duit abah. Berilah banyak-banyak kepada mereka.”

Lepas sy cakap itu, abah sedikit meninggikan suara. “Jaga mulut kamu, dgn orang tua jangan biadap.” Sy teringat selepas itu sy mendengar suara mama yang tinggi di bilik. Mungkin mereka berg4duh, tetapi yang sy dengar hanya suara mama. Dan sy pula yang happy sebab sudah bantu mama untuk melepaskan perasaannya selama ini. Sy kasihan mama yang mendapat suami kedekut dan suami yang tidak syngkan rumah tangganya sendiri.

Masa berlalu, masing-masing sudah pun bekerja, dan kami sebenarnya tidak melayan abah. Dapat duit gaji kami hanya beri kepada mama, kerana mamalah yang pada fikiran kami telah berkorban selamanya. Mamalah yang layak dibalas budinya, sedangkan abah pada kami menyusahkan hidup kami. Abah jatuh s4kit. Okaylah kalau ada masa terluang kami balik ke rumah abah. Masa itu kami sudah masing-masing bekerja, abang dan kakak pun sudah berkahwin.

Teringat pula masa mereka berkahwin, majlisnya sederhana sahaja. Kata mama, abah tidak mahu mengeluarkan belanja jadi mamalah yang terpaksa berhutang dgn adik beradiknya untuk menampung sebahagian daripada duit kenduri. Ya lah walaupun sederhana tetapi ribu-ribu juga, dan lagipun abang dan kakak baru bekerja.

Manalah mereka ada duit. Atas sebab itu abang dan kak Yan m4rah sangat abah, dan mereka jarang pulang menziarahi abah. Begitu juga masa sy yang kahwin. Sy lambat kahwin kerana simpan duit, dan sy belanja sendiri perkahwinan sy. Adik-adik pun begitu, abah kata mama tidak berbelanja banyak masa kami kahwin. Kata mama, dia terpaksa minta tolong adik beradiknya, untuk mengahwinkan anaknya.

Masa abah s4kit, anak-anak jarang menjengok, Mereka kata mereka sibuk. Tetapi bila mama s4kit, kesemuanya pulang serentak dan berhari-hari ambil cuti. Begitulah macam mana kami semua melayani mama dan bukan sahaja tidak melayan abah, rasa sedih pun tidak bila mengetahui abah s4kit. Satu perkara lagi, mama pun tidak beberapa galak kami pulang menziarahi abah. Kata mama, abah sengaja buat-buat s4kit dan hendakkan perhatian anak-anak, Kata mama, abah tidak malu, kedekut dgn anak tetapi minta perhatian anak-anak.”

Lama abah s4kit, dan keadaan abah bertambah teruk. Abah terpaksa dipindahkan ke bilik bawah, sebab abah tidak lagi mampu turun naik tangga. Tetapi abah sahaja yang tinggal di bilik bawah sementara mama di atas. Kata mama dia malas hendak membawa barang keperluannya turun dan tidak suka bilik bawah yang kecil dan bilik airnya pun kecil. Peny4kit abah tidak menampakkan dia akan pulih malah keadaan abah bertambah teruk.

Abah juga kata mama tidak mahu makan ubat, tetapi bila sy tengok ubat pun tiada, mungkin mama tidak pergi mengambil ubat untuknya, dan tidak membawanya ke hospital untuk rawatan. Sesekali sy balik dan melihat keadaan abah dan mahu membawanya ke hospital ditegak mama, “Tak apa, pergi hospital pun buat apa, abah kamu bukannya hendak makan ubat, penat kita sahaja.” Abah kuat semangat, dia sendiri pun tidak mengharapkan banyak daripada kami dan isterinya barangkali.

Dia sendiri ke bilik air dgn kerusi rodanya tanpa minta dibantu. Ada sekali sy mahu bantu, kata mama, tidak perlu biar abah buat sendiri sebab kata mama kalau kami tiada, siapa pula yang boleh menolong? “Biar dia sendiri uruskan dirinya sendiri.” Satu hari sy pulang ke kampong. Tidak pula memberitahu mama yang sy akan pulang. Sesampainya ke rumah, sy tidak nampak kereta, mungkin mama keluar membeli barang2.

Pintu rumah pun tidak berkunci… sy masuk ke bilik abah, melihatnya dalam keadaan yang sungguh sedih. Abah kurus sangat. Dia tersenyum melihat sy. “Abah dah makan?” Abah menggelengkan kepala. Di tepi katil sy melihat satu bekas, dan isinya nasi tetapi sudah basi… dan air susu juga sudah berbuih-buih, basi. Itu sahaja. Dalam hati berkata, mama ni keluar tidak sediakan dulu makanan abah ke?”

“Abah lapar?” sy bertanya, abah mengganguk.” “Ya Allah, tak kan begini kot?’ ‘Mana mama?” sy menghubungi tetapi talian telefon ditutup. Sy ke dapur, mencari makanan, tetapi apa pun tiada, malah di sink, periuk nasi yang berbuih-buih kerana tidak berbasuh. Pinggan mangkuk yang kering di dalam sink. Nampak macam sudah dua tiga hari ditinggalkan. Sy cepat-cepat mengambil kunci kereta, keluar membeli makanan.

Dan memberi abah… ternyata abah memang lapar, habis dimakannya. Ya Allah abah tidak makan berapa hari ini?” tanya sy. “Abah makan?” jawabnya (tetapi sy tahu abah tipu), tetapi sudah habis. “Mama mana?”. ‘Semalam dia keluar tetapi tidak pulang lagi.” “Semalam?” Maknanya abah sendirian di rumah?” “Abah diam. Kemudian dia minta sy pegang kerusi roda sebab dia nak ke bilik air. “Abah tak larat bangun, subuh dan zuhur tidak solat pun.”

Sehingga jam 10 malam baru mama pulang. Bergaya sungguh mama, dgn rambutnya siap berdandan dan bibirnya merah. Mama terkejut melihat sy. “Mengapa tidak beritahu mama Sal balik, mana anak dan suami Sal?” katanya. Sy diam. Tidak menjawab cakap mama. Sebalik terus duduk di sebelah abah, dan mama terus naik ke atas. Mama tidak turun-turun ke bawah. Tidak pun bertanya sama ada abah sudah makan ke belum.

Abah minta kitab di atas almari. “Kelmarin tu abah hendak baca yasiin tetapi Quran di atas almari dan tidak larat bangun.” Semalaman sy tidak boleh melelapkan mata memikirkan banyak perkara yang selama ini tidak pernah sy fikirkan. Sewaktu abah tidur sy merenung wajahnya, dan melihat abah yang semakin kurus dan tidak bermaya. Sy rasa abah tidak dilayan dgn betul, makan minumnya, ubatnya.

Dan sy mula memikirkan hal mama, ‘eh mama sempat bermesyuarat dan tidak pulang rumah sedangkan abah tenat. Mama sempat bergaya dgn rambutnya siap berdandan dan bibirnya menyala, walhal suaminya di rumah tidak makan. Betul ke mama bermesyuarat. Mama aktif dalam parti politik. Ditinggalkan nasi yang basi dan susu yang sudah berbuih-buih. Apa ni, ya Allah, apa yang telah terjadi pada keluarga ini? Mengapa mama biarkan abah, tidak berubat. Sy chek bekas ubat, kosong… eh ubat abah semuanya sudah habis. masya-Allah.”

Sy menyambung cuti, dan membawa abah ke hospital. Mama diam sahaja, tidak banyak cakap. Tetapi mama pun tidak masak, pagi sehingga ke petang dia di biliknya. Sy pun beli sahaja makanan dan menyuap abah. Dalam hati sy m4rah sangat mama, kerana sy percaya mama memang tidak malayan abah, dan sy percaya mama selalu tinggalkan abah.

Dengan pintu yang tidak berkunci. Mengapa tidak dikunci? Takut kalau orang datang, tidak boleh masuk, dan kadang-kadang mama malas turun dari bilik, siapa yang datang, boleh terus masuk dan jengok abah di biliknya. Nnti sy sambung penulisan apa yg terjadi dekat abah… salam.

sumber duniakini