Kak Mira k0ma.. Along aku kawin lagi.. Layanan along kat isteri kedua sgt sedih.. Sehinggalah Kak Mira sedar ini pula yg tjadi.

Gambar sekadar hiasan.

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

As Salam. Hi, Aku Hanisah. Adik bongsu dari 6 beradik. Yang sulung abg. Yang lain semua kakak. Aku sekadar nak berkongsi cerita, meluah rasa, sebab semua orang dalam family aku decided not to comment anything. (Btw, kalau korang ade tengok drama Hi-bye Mama, kisah yang terjadi dalam family aku lebih kurang macam tu lah-cumanya tak ada h4ntu2 ni. Everyone masih hidup dan tak ada kisah m1stik ye).

Alg aku seorang doctor, hensem, baik, sangat bertanggungjawab. Mid-thirties. Dulunya seorang lelaki yang sangat mesra, peramah, dalam lembut ada tegas dia. Biasalah anak sulung kan. Alg aku dah berkeluarga. Ada isteri, ada anak.
10 tahun lepas, Banglong aku berkahwin dengan Kak Mira. Kak Mira memang dah lama bercinta dengan Alg. Sejak zaman sekolah lagi. Alg aku sayang sangat Kak Mira. Walaupon lambat dapat anak tapi diaorang sangat bahagia.

Tahun 2014 kami dapat berita gembira. Kak Mira mengandung. Alg aku buat kenduri kesyukuran macam kenduri kahwin. Alg aku sangat gembira. Alg aku tatang Kak Mira macam puteri. Satu benda pon tak bagi buat. Hanya fokus dekat baby dalam perut je. Tahun 2015, Kak Mira melahirkan seorang baby perempuan. Arissa. Comel. Sihat. Sempurna sifat. Kehadiran Arissa sangat kami nantikan.

Masa umur Arissa 2 minggu, Kak Mira jatuh tangga dekat kampung parents dia. Kak Mira koma. Lama. Masatu Alg aku ibarat m4ti separuh ny4wa. Sejak tu Alg aku berubah. Kami “hilang” Alg kami. Alg aku jadi pendiam, cakap bila perlu sahaja. Dah tak pernah senyum, gelak apetah lagi. Muka macam orang tak ada perasaan je.

Raya 2016, Alg aku kahwin lagi. Kahwin dengan Alin. Alin ni kire macam dua pupu aku. Masa tu dia baru sangat habis degree. Parents dia nak sangat Alg kahwin dengan Alin. Alg aku pon tak menolak. Perkahwinan Alg dan Alin sangat2 simple. Tak ada kenduri langsung. Sekadar panggil adik beradik rapat, buat makan2. Itu saje.

Alin dan Alg skip honeymoon. Alasannya sebab Alg busy kerja. Alin juga tak banyak meminta, mungkin sebab dia tahu dia bukan pilihan Alg aku. Hubungan diaorang sangat suram. Sekadar tinggal sebumbung, tidur sebilik je. Makcik pakcik aku selalu mengata pasal family Alin nak kikis harta Alg. Tapi Alin langsung tak pernah komen ape2. Tak pernah marah, tak pernah melenting.

Sejak Alin kahwin dengan Alg, hidup dia fokus dekat Alg dan Arissa saja. Diaorang hanya cakap bila perlu sahaja. Mostly pasal hal keperluan Arissa. Tak ada gurau antara diaorang. Tak ada gelak2, usik2. Dua2 hidup macam tak ada perasaan. Tiap kali Alg dan Alin balik raya rumah mak. Alin akan tidur dengan aku dan kakak2.

Tugas Alin lebih kurang macam care taker. Alin akan makesure semua benda lengkap. Bila Alg aku nak mandi, dia akan keluarkan baju, boxer, kain letak siap2 atas katil. Bila Alg aku nak makan, dia akan makesure makanan panas dan hidangkan untuk Alg aku. Walaupon dia muda (beza umur 10 tahun dari Alg) tapi dia sangat cekap buat kerja rumah. Masak pon tiptop.

Layanan Alg aku pada Alin sangat suram. Sangat berbeza dengan layanan Alg pada Kak Mira dulu. Dulu, Alg aku buat semuanya untuk Kak Mira. Alg aku suka mengusik, suka bergurau. Manja dengan Kak Mira. Alg aku selalu buat surprise, selalu ada masa untuk family. Tapi tidak dengan Alin. Diaorang tak benci sesama sendiri, cumanya nampak mcm tak bahagia.

Aku ingat lagi, dulu (sekitar hujung tahun 2016 – musim budak universiti konvo). Aku tanya Alin, bila dia konvo, sebab aku nak ambil cuti. Nak meraikan sama2. Dan dia reply, “minggu lepas”. Bila aku tanya kenapa tak pergi konvo, dia cakap “lupa”. Mustahil sangat Alin lupa hari konvo dia. Alin pelajar cemerlang, degree first class. Tapi dia give up everything sebab dia nak fokus dekat Arissa.

Ataupun, mungkin dia takut kalau Alg aku terpaksa ambil cuti untuk konvo dia. Mungkin dia takut dia membebankan Alg aku. Alin seorang yang sangat thoughtful. Berdikari. Dia akan sedaya upaya buat semua benda sendiri. Cat rumah sendiri. Lampu rosak, dia panjat betulkan sendiri. Paip dripping dia google cara baiki sendiri. Tayar kereta pecah, dia call pomen mintak tolong tukarkan.

Sikit pon dia tak kacau Alg aku. Dia hanya kacau Alg aku bila melibatkan Arissa je. Bila Arissa tak sihat, dia cepat2 call Alg aku, kalau Alg tak angkat, dia akan call mak. Mak akan call Alg dan inform. Kalau Alin tak sihat, dia akan gigihkan diri hantar Arissa balik rumah mak, dan dia pergi hospital sorang2.

Bila dia dah sihat baru dia cerita dekat mak dan aku. Dia taknak Arissa jangkit. Dia sayang sangat dekat Arissa. Arissa pon rapat sangat dengan Alin. Muka Arissa ni hampir seiras macam muka Alin, walaupon bukan anak kandung Alin. Manja, bijak, cantik, dan mudah terhibur. Sikit2 cari Alin.

Raya tahun lepas, Alg dan Alin macam mesra lebih sikit. Dah nampak macam boleh senyum sikit. Masa dekat dapur, aku pernah dengar mak tegur Alin sebab Alin makan morning after pill. Mak suruh Alin stop makan ubat apa2. Mak suruh Alin mengandung. Mak cakap anak ni pengerat hubungan. Mak cakap, kalau ada anak dengan Alin, mungkin Alg aku akan berubah jadi macam dulu balik.

Tapi, Alin ni senyum je. Dia cakap, Arissa sorang pon dah cukup kot. Alg aku sayang Arissa sangat. Semua orang nampak benda tu. Sayang yang tak berbelah bahagi. Arissa ni dunia Alg aku. Alin cakap Alg aku baik, tak pernah marah dia, semua cukup. Makan, pakai, tempat tinggal selesa. Cukup untuk Alin.

Tapi, jujur aku katakan. Hubungan diaorang sekadar suami dan isteri, dulu tak nampak sayang dalam hubungan. Sekarang baru nampak macam ade sayang sikit, macam baru nak start. Tapi tak semesra macam Alg dengan Kak Mira dulu. Alin sangat pandai pendam perasaan. Tapi tak pernah sekali pon dia burukkan Alg aku.

Hujung tahun lepas, Kak Mira sedar dari koma. Almost 5 tahun dia koma, dan sekarang dia dah sedar kembali. Semua orang terkejut. Alg aku ambil cuti lama, sebab nak luangkan masa dengan Kak Mira. Alg hantar Alin dan Arissa balik rumah mak, dan Alg aku bawak Kak Mira balik rumah diaorang. Kadang2 Alg balik rumah mak. Rindu Alin , rindu Arissa agaknya.

Bila keadaan dah okay, Alg bawak Kak Mira ziarah rumah mak. Masa dekat rumah mak, Alin banyak sibukkan diri dekat dapur. Masa Kak Mira nampak Alin, kami semua diam, tunggu Alg aku kenalkan Alin dekat Kak Mira sendiri. Tapi Alin ni sangat pandai jaga hati orang sekeliling.

Before Alg aku sempat cakap apa2. Alin bukak mulut, dia kata dua pupu kitorang. Tengah menganggur sekarang, so tumpang duduk rumah mak aku jap. Tbh, masa tu, tak ada seorang pon yang bukak mulut. Alg aku pon diam je. Mak aku langsung tak cakap apa2. Malam tu, Kakngah aku masuk bilik, dia tanya Alin, kenapa tak biarkan Alg terus terang je. Dan Ain cakap dia paham Alg aku mesti rasa bersalah.

Alin sangat tenang, dia senyum, dan dia cakap, Alg aku sayang Kak Mira sangat2. Dia kadang2 jeles dengan Kak Mira, dalam koma pon masih ada family dan suami yang setia tunggu. Now, Kak Mira dah bangun, Alin cakap dia taknak kacau Alg aku dengan Kak Mira. Dia cakap, Alg aku banyak tolong family dia. Dia hargai sangat jasa Alg aku.

Dia cakap, dia nak permudahkan urusan Alg aku. Dia takkan susahkan Alg aku. Kami adik beradik tak berani nak masuk campur hal rumah tangga diaorang. Masing2 hanya mampu cakap dalam bilik saje. Awal tahun ni, Kak Mira datang rumah mak. Dia datang sorang je. Masa ni Kak Mira dah kuat sikit, dah boleh jalan macam biasa. Dia s3rang Alin.

Perampas katanya. Alin sikit pon tak melawan. Kena tolak, kena tampar, kena m4ki. Kami cuba leraikan tapi perempuan kalau dah marah, semua dia libas. Arissa pon jadi takut. Arissa lari peluk Alin. Pastu panggil “Mama2”. Kak Mira jadi bertambah marah, dia panggil kami semua penipu, dia cuba pijak Alin.

Aku tak ingat ape aku buat masa tu, yang aku sedar aku tolak Kak Mira sampai jatuh dan aku nampak mak dah terkulai baring peluk Alin, Kakngah peluk mak, protect mak dari kena libas. Cepat2 aku call Alg suruh balik. Malam tu, kami semua duduk dalam bilik mak. Semua tak larat. Kakjang aku dan Kakteh aku balik rumah mak sebab nak jaga kami. Takut kalau jadi apa2.

Semua diam membisu. Tiba2 Arissa pergi baring dekat perut Alin, dia cakap. “Baby tidur mama”. Masatu mak aku cepat2 pegang perut Alin. Mak aku menangis teresak2. Kami semua terkejut. Tapi Alin sangat tenang, dia duduk dan dia cakap, “korang tolong jangan bagi tahu Alg ye”. Alin dah mintak c3rai dekat Alg tapi Alg aku langsung tak respon. Mungkin sebab Alg aku busy dengan Kak Mira.

Before PKP, Alg aku ada balik rumah mak. Tapi Alin langsung tak keluar bilik. Alg sembang dengan mak. Mak tanya Alg pasal Alin mintak c3rai. Alg aku diam seribu bahasa. Langsung tak respon. Mak aku tanya lagi, tekan2 Alg aku. Sampai Alg aku cakap. “Dia mengandung mak. Dia isteri Abang, Abang tahu”. Alin fikir Alg aku tak tahu dia mengandung, tapi sebenarnya Alg aku tahu.

Mak aku jadi marah dekat Alg sampai mak cakap Alg tak sayang Alin langsung. Tapi Alg aku tenang, langsung tak melenting, Alg cakap, “kalau tak sayang, Abang tak sentuh dia mak”. Mak aku terdiam. Alg aku makan nasik macam biasa, dia naik bilik nak tengok Alin. Tapi Alin tak bukak pintu. Alg aku cium Arissa lepas tu dia balik. Sejak tu Alg aku tak pernah singgah rumah mak sebab dah start PKP.

Sejak PKP ni, Alg mula whatsapp aku, tanya pasal Alin. Kadang2 pukul 2-3 pagi, dia tanya kalau Alin ada mengidam apa2. Alg aku selalu bagi tips jaga kandungan, dia suruh aku forward dekat Alin. Sampai satu tahap aku naik rimas. Aku suruh Alg whatsapp Alin personal. Tapi Alg buat tak tahu je. Dah kena block agaknye.

Alg bankin duit beribu dekat aku, dia suruh aku beli bantal orang mengandung. Dia suruh aku order katil baru, yang besar sebab Alin selalu tidur atas toto je. Kalau Alin mengidam apa2, dia mintak aku usahakan, cari sampai dapat. Sebab Alg aku dah dewasa, so duit bukan halangan.

Tiap kali Alg video call dengan Arissa mesti dia akan tanya Arissa, “mama mana?”, “sayang mama jap”. Pastu Arissa pon terkedek2 laa cari si Alin sebab nak cium. Setiap soalan Alg tanya Arissa, mesti akan berkait dengan Alin. Kami suka kalau Alg dengan Kak Mira, sebab Alg aku jadi diri dia semula. Happy je. Dan kami jugak sangat suka kalau Alg dengan Alin.

Makan pakai terjaga. Arissa sayang betul dekat Alin. Tbh, Alg sayang dekat Alin. Cumanya dia tak reti tunjuk. Mungkin sebab Alin bukan pilihan dia. Lagipon Kak Mira dah sihat. Mesti susah untuk Alg aku buat keputusan. Alin rela berpisah, Kak Mira pula tak sudi di dua kan. Tapi Banglong aku sayang dua2.

Alg aku lelaki yang sangat baik. Kak Mira perempuan yang baik. Alin jugak perempuan yang baik. Aku harap lepas habis PKP ni, ada sinar bahagia untuk dia orang semua.

Banyak lagi aku nak cerita sebenarnya especially pasal Arissa dengan Kak Mira. Tapi post ni pon dah cukup panjang, so aku skip jelah pasal Arissa ni. Aku harap readers dapat doakan kesejahteraan family aku. Semoga semua baik2 saja.

Stay home, stay safe everyone. Sekadar meluah.

komen warganet

Tiga2 tak bersalah dlm situasi ni..takdir Allah…ujian buat alg,Mira ,alin..xde lain yg blh buat selain dekatkn dri dgn Allah..bangun solat Malam..mintak petunjuk Dari Allah..Hanya Allah jek yg boleh balikkn Hati manusia Dari benci ke sayang…Dan saling tidak mengalahkan antara 1 Sama lain. Moga semua baik2 sahaja buat Kamu sekeluarga.

Speechless. Hati yg baik tidak patut dilukai. Jgn biarkan dia pergi. Sekali peram simpan kecewa dlm hati, dia tidak akan akan menoleh lagi. Selalu prm yg lembut hatinya keras. Hrp abg awak bijak sebagai ketua keluarga. Jgn sia2kan hidup sesiapapun.

I think sejak kahwin Alin mesti dah prepare for the worse..Dia tahu risiko kahwin dengan suami org..Bukan mudah untuk perempuan hidup dengan lelaki yg terang2x syg wanita lain..Pada pendapat i,,Alin sedaya upaya tangkas perasaannya pada suami..Rasa syg tak berani nak luah,,simpan sendiri..She did almost everything,,alone..Dia memang dah prepare hati dia untuk melepaskan dan dilepaskan.

Sme nme ank buah sy arissa.. Nti cte la lg psl arissa dgn kak mira tu.. Nk tau hihi.. Sy hrp hngn mereka ber3 baik2 je lps ni.. Sgguh lau kte d tmpt kak mira kte sndri xleh terima hakikat ni tp sbg manusia.. Sbg hamba.. Kte berbalik pd Allah.. Harap sgt kak mira blh terima alin.. Semoga y baik2 sje buat kamu sekeluarga – Hanisah (Bukan nama sebenar)

sumber :iiumc