Bagi No Hp Masuk Pasaraya. Akibatnya Wanita Dikacau Warga Asing, Siap Panggil Sayg

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Sudah menjadi satu kewajipan bagi mana-mana individu yang ingin memasuki mana-mana pasaraya perlu mengisi nombor telefon peribadi seperti diarahkan oleh pihak berkuasa. Tujuan ini dilakukan bagi memudahkan pihak berku4sa mengesan seandainya pada hari kita memasuki pasaraya itu ada berlakunya penybaran COV19.

Namun lain halnya yang berlaku kepada seorang individu Nurhas Nhz yang berstatuskan isteri orang yang berkongsi “ketakutan” apabila berterusan diganggu oleh warga asing dipercayai warga Nepal ketika memasuki sebuah Pasaraya bersama suaminya dalam kejadian tiga hari lalu yg mencuri-curi mengambil nombor telefonnya dalam kertas yang mewajibkan kita mengisinya sebelum dibenarkan memasuki pasaraya.

Lebih melampau, bukan saja begitu banyak panggilan dibuat malah siap ada mesej panggilan sayg. Memang melampau la tu. Satu dah la status isteri org dan keduanya tidak hormat dan ketiganya curi-curi ambil nombor telefon. Baca perkongsiannya. Ada ketika memang bahaya juga kalau kita letak nombor telefon. Kena pada orang tidak bertanggungjawab begini, memang menyusahkan jadinya.

Assalamualaikum salam ramadhan

Aku update ini kerana untuk mengingatkan wanita-wanita di luar sana. Aku diganggu oleh warga asing!. Ahad 17/5/2020 lebih kurang jam 5 petang, aku dengan suami pergi pasaraya nie untuk membeli barang dapur. Sebelum masuk, kena cek suhu badan dan isi nama dan nombor HP ( arahan PM pasal isu COV-19) dan aku masuk berjalan asing dengan suami tapi jarak tak jauh la.

Lebih kurang jam 5.40 pm, aku ada terima panggilan dari aplikasi WhatsApp dan aku bercakap hanya 48 saat (aku ada nyatakan gambar) aku tanya dia siapa sebab nombor tak kenal.

Dia cakap nak kenal dengan aku dan dia bagitahu ambil nombor dalam FB. Aku terus mat1kan HP dan bagitahu suami. Suara Nepal. Suami terus cakap mungkin Nepal dekat depan tadi kot (staff pasaraya) dan aku malas nak fikir terus silent HP dan simpan dalam handbag.

Dan banyak kali dia call, video call tapi aku tak layan sebab kebetulan bz sangat-sangat. isnin 18/5/2020 jam lebih kurang 2.17am, dia ada call dan video call lagi dan menyatakan dia ambil nombor aku dekat pasaraya tue. Jadi betullah apa yang suami aku kata tu. Dan malam tu suami aku kerja. Jadi aku terus Whataspp bagitahu suami hal ini. Aku screenshot bagitahu suami.

Ikutkan masa sahur tu terus nak pergi buat report tapi kawan cakap report kena jam 8p pagi ke atas. Jadi tunggulah sampai pagi aku dengan suami buat report. Selepas selesai, aku dengan suami terus pergi pasaraya tue untuk jumpa Manager (tapi aku tunggu dalam kereta sebab takut dan suami tak bagi keluar).

Pihak pasaraya cakap tak ada pekerja nama Ahmad seperti yang dia bagi tahu dalam WhatsApp itu yang namanya Ahmad. Pihak pasaraya minta resit pembelian sebagai bukti yang kami pergi sana. Allahu nasib baik aku simpan lagi resit itu sebab jenis aku suka buang terus resit ( lepas ni kena simpan resit) dan pihak pasaraya berulang kali cakap tak ada staff nama Ahmad.

Okay, jadi suami minta tengok rakaman CCTV untuk pastikan siapa Ahmad. Pihak pasaraya bagi tengok, cuma dia minta kerjasama tak boleh record. Suami dan beberapa orang (kawan suami dan orang pasaraya) tengak rakaman itu. Okay memang bukan staff pasaraya tue dan aku minta maaf kerana buat report mengatakan staff pasaraya tue. Ya lah, sebab masa nak tulis nama tu, pekerja nepal berpakaian pasaraya tue ada dua tiga orang dekat situ.

Suami mengatakan ada dua orang warga asing (tak nampak sangat muka sebab pakai mask) sedang memerhatikan aku dan cuba berjalan tepi aku tapi dia patah balik semula pergi ke meja buku yang isi nama dan nombor HP dan keluarkan HP dia untuk ambil nombor aku!

Dan masa dia start call pada jam 5.39pm (aku tak jawab sebab tak dengar) masa tu dia berhampiran dengan aku! Dan 5.40pm aku jawab panggilan itu pun dia masih berhampiran dengan aku! Dia ikut ke mana aku pergi (dalam pasaraya).

Warga asing ini memang jenis tak takut orang ke? Sebab dia dah nampak aku berdua dengan suami memilih barang tapi masih ikut aku. Dan dia tidak membeli apa-apa barang (tengok melalui rakaman CCTV) cuma hanya ikut dan perhatikan aku. Sampai aku keluar pasaraya tu pun dia masih ikut! Allahu nasib baik suami aku ikut pergi jugak.

Kalau suami aku tak ikut tak tahu apa akan jadi dan kebetulan kereta taka da parking dan kami dapat parking dekat hujung-hujung. Kalau aku seorang, masa tu aku tak dapat bayang apa akan jadi!!
Kepada semua wanita, tolong berhati hati. Ajak la suami atau sesiapa untuk teman kita. Jangan keluar seorang-seorang. Tolong!

Walau pun tekaan kami salah (kami fikir staff pasaraya) tapi si Nepal itu tetap salah! Kau dah curi nombor (isteri orang) dan kau kacau-kacau siap vdeo call bagai untuk apa? Panggil sayang-sayang pula tu. Kau balik la negara asal kau!. Oh ya, surat report tu aku terpaksa tutup sebab dalam report tu aku menyatakan yang staff pasaraya ambil nombor aku tapi . Jaga diri semua ya terutama wanita-wanita.

Oh ya, ada WhatsApp yang dia delete tu sebab dia dah takut kot sebab suami dan beberapa kawan suami call dia. Tapi Alhamdulillah sempat aku screen shoot sebelum dia delete. #Nskselayang #WargaAsing

komen warganet

Terbaik…..dgn mninggal kan nombo phone kita mmberi peluang kpd mereka2 utk di ganggu termasuk scammer2…..bagus2

Guna mysejahtera je. Tesco duk beratur panjang2 sebab nak tulis nama. Kami check in pakai apps terus boleh masuk.

Padan laa.. Ad je no ta kenal.. Hahahahaa.. Baru dapat jawapan nya.. Awk lain kali nk no sy cakap jngan curi2.. Sy oke klau awk oke.. Huhuu

Ya saya di ganggu 18 Perempuan selepas tinggalkn no hp tp semuanya saya tolok tp yang ke 19 ni saya xda kekuatan nak tolak abis c0vid 19

sumber remaja