YDP Agong Titah Muhyiddin Layak Dilantik Mjadi PM Dan Ini Nasihat Baginda Kpd Ahli Parlimen Lain

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah tiba di bangunan Parlimen jam 9.55 pagi bagi menghadiri Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas hari ini.

Seri Paduka menyampaikan Titah Diraja Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen yang juga sesi Parlimen kali pertama kerajaan Perikatan Nasional yang membentuk kerajaan Mac lalu.

Tiada perbahasan seperti biasa pada sidang kali ini dan dipinda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Pada 13 Mei lalu Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof memaklumkan tiada persidangan selepas Titah Diraja bagi sesi ini.

Ia berikutan w4bak C0 VID-19 yang melanda negara yang masih belum reda sepenuhnya.

Muhyiddin Yasin layak dilantik jadi PM

Dalam titah Seri Paduka tersebut, baginda bertitah Tan Sri Muhyiddin Yassin layak dilantik sebagai Perdana Menteri kerana mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, baginda yakin Muhyiddin akan membawa negara mendaki persada kejayaan. Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat, hari ini.

Peringatan Al Sultan kepada Ahli Parlimen.

Baginda bertitah, kemelut politik negara pada Februari lalu tidak boleh dibiarkan berlarutan dan berpanjangan tanpa ada penghujung.

Selain itu, baginda yakin kerajaan akan terus berusaha meminimumkan kesan buruk C0 VlD-19 kepada rakyat dan negara, pastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat terjamin.

Al- Sultan turut mengingatkan Ahli Parlimen supaya jangan menyeret negara ke kancah politik sewaktu berdepan CO VlD-19. Dalam pada itu, baginda turut bertitah, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan akan terus dipertahankan, namun penganut agama lain bebas amalkan agama mereka secara aman.

Baginda sudah menggalas amanah dengan telus dan seadil-adilnya.

Menurut baginda Al Sultan lagi, beliau sudah menggalas amanah dengan telus dan seadil-adilnya dalam urusan pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kelapan.

Titah Seri Paduka, sejurus selepas peletakkan jawatan Dr Mahathir Mohamad, baginda telah mengadakan pertemuan dengan semua ahli parlimen pada 25 dan 26 Februari untuk menilai sokongan dan kepercayaan setiap daripada mereka.

” Sesungguhnya beta sudah menggalas amanah dengan telus dan seadil-adilnya selaras dengan konsep Raja Berpelembagaan dan demokrasi berparlimen yang menjadi tunjang amalan negara kita.

” Pada masa sama, beta menghargai kematangan dan kerjasama semua Ahli Dewan dan rakyat yang memainkan peranan dengan penuh berhemah dan beretika sehingga membolehkan beta menggalas amanah ini,” titahnya.

Seri Paduka bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan mesyuarat parlimen ke-14 di Dewan Rakyat, hari ini.

komen warganet

Mudah2an kekal hendak nya. Sama2 kita berdoa.semuga pm kita .sihat.dan negeri kita selamat.

Terima kasih Tuanku, rakyat pun dah semakin jemu dgn permainan politik murahan ni. Semoga dikekalkan menerajui malaysia,ya Allah berikan kesihatan yg baik utk TSMY..Aamiin.

Alhamdulillah ….kerana Allah menghadirkan insan2 yg mulia untuk menjaga negara ku malaysia semoga ALLAH melindungi Tuanku dan PM malaysia yg kelapan..aamiin…aamiin…aamiin

Agong dh interview setiap seorang dahulu tanpa dipengaruhi mana2 pihak. So, terima ajelah…Sesungguhnya beta sudah menggalas amanah dengan telus dan seadil-adilnya selaras dengan konsep Raja Berpelembagaan dan demokrasi berparlimen yang menjadi tunjang amalan negara kita. DAULAT TUANKU

sumber limau ais