Kau xmau buat, aku buat.. Dgn perut boyot aku hadap semua..Ak redha dpt laki mcm nie..

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum dan Sejahtera semua, Ak Munah. Semestinya bukan nama sebenar. Pinjam sekejap. Pelik kan tajuk coretan ak ni? Suami ak ni bukan jenis pemalas bekerja, pemalas sampai nak harapkan orang. Tapi pemalas dia bila bab isteri dan anak-anak.

Ak dgn suami dah berumah tangga hampir 13 tahun. Lama kan? Sejak dari tahun pertama ak dah hadap perangai pemalas family dia ni. Tahun pertama kahwin, first time berpuasa sama-sama, ajak dia beli juadah kat bazaar yang mana sekangkang kera je dari rumah. Malas katanya. ‘Awak la pegi sendiri.

Ak pulak jenis ‘tak mau buat, ak buat’ jadi dgn perut boyot ak (masa tu tengah mengandung anak sulung), berjalan la sorang-sorang pegi bazaar. Beli juadah untuk ak dgn dia. Dah on the way nak naik rumah, terserempak dia kat lif. ‘Tunggu si ‘A’ dia ajak pi bazaar’.

Walawey, bini ajak kau suruh pegi sendiri? Kawan ajak kau sanggup tunggu di bawah. Time tu ak dah boleh agak macam mana keadaan masa depan ak. Dari haritu, ak dah belajar, ak tak perlu tunggu dia kalau ak nak apa-apa. Ak boleh buat sendiri.

Disebabkan kemalasan suami ak, ak belajar berdikari naik transport sendiri. Masa ni belum ambik lesen lagi, sebab kenderaan yang ada pun moto saja. Dia guna untuk ke tempat kerja. Jadi ak selalunya naik bas ke mana-mana saja ak nak pergi. Checkup anak, hospital, jalan-jalan. Sampai anak ke dua pun ak naik bas. Senang.

Seronok naik bas dgn anak-anak. Diorang happy tengok permandangan. Lagipun murah. RM2.50 dah sampai destinasi. Anak-anak half price. Suami ak? Selagi tak menyusahkan dia, dia OK. Jadi selalunya ak dgn anak-anak boleh rancang nak kemana-mana sesuka hati kami. Duit? Alhamdulillah gaji ak masa tu lebih dari mencukupi untuk ak dgn anak-anak.

‘Kau tinggal je suami macam tu, dia ‘makan luar’ nanti macam mana?’

Isu ‘makan luar’ dari anak pertama ak dah tau dia ada side chick. Maklumlah, suami ak kerja malam. Restoran dan bar. Jadi haruslah ada side chick. Sebab ak kan dah tak fun macam awal-awal dia kenal ak. Ak sibuk dgn anak dan rumah tangga.

Jadi benda ni ak pun naik malas nak g4duh. Bila sampai masa dia sendiri akan berubah. Mana taknya, duit gaji RM4k sebulan. Duit untuk ak dgn anak2 RM500 je. Bil semua dia bayar. Gaji dia habis ke side chick la apa lagi. So dia takde simpanan langsung. Malas nak menyimpan katanya. Ak gaji RM2K je sebulan.

Tapi setengah ak buat simpanan. Sebab bercita-cita nak beli kereta sendiri. Jadi dia pelik macam mana ak boleh bermewah padahal dia macam tak ada apa-apa. Sekarang dia dah tak kerja malam, gaji dah 2K je sebulan. Masih dia pelik macam mana ak yang buat Grab ni boleh survive sampai waktu PKP ni.

Bila ak dah ambik kereta second hand, ak selalu jugak minta tolong dia hantar kami kemana-mana. Macam biasa la alasan dia, ‘Awak boleh pegi sendiri kan, dah ada lesen kan?’.

So ak pun tak pernah harapkan dia. Berdikari. Pegi mana pun hadap. Dari pakai GPS sampai la zaman Waze ak hadap sendiri. So ak sekarang lebih tech savvy dari dia. Dan dari kerja dgn orang sekarang ak dah kerja sendiri. Buat Grab. Buat runner. Masa sendiri.

Sakit nak beranak? Pegi hospital sendiri. Suami busy. Jadi kelebihan sekarang ak lebih tau macam-macam prosedur dan ak lebih kenal ramai orang yang boleh tolong ak dari segi rasmi dan tak rasmi.

Bulan puasa selalunya bulan yang paling mencabar. Ak tak pernah berharap dia nak pegi beli apa-apa pun kat bazaar. Dari 1st year kahwin sampai la sekarang. Alasan dia malas nak bersesak. Tapi nak ak belikan dia tepung pelita la, karipap la, nasi beriyani la, onde-onde la. Duit? Guna duit ak la.

Disebabkan kemalasan dia nak ke bazaar dan nak bagi duit, ak belajar semua resepi makanan yang dia nak. Semua ak dah pro sekarang. Terkadang buat lebih untuk berniaga. Dapat duit sikit. Bertambah simpanan ak. Terkadang tu minta jugak ke kedai belikan bahan, dia tarik muka. Kalau dah gitu baik la ak pegi sendiri. Malas nak melayan.

Dia malas nak hadap apa-apa pun yg melibatkan family ak dan jugak anak-anak dia. Ak pulak malas nak cari g4duh. Ikut suka dia la. Kalau ak atau anak-anak minta tolong memanjang malas. Jadi kami belajar berdikari. Buat semua sendiri.

Kalau kawan-kawan dia yang minta tolong, jam 3 pagi pun sanggup. Mula-mula ak kecik hati jugak. Tapi dah lama ni ak dah redha. Allah pun dah lapangkan hati ak.

Ada kelebihannya ada suami macam ni. Ada hikmahnya suami ak perangai macam ni. Ada macam-macam lagi kemalasan yang ak boleh cerita tapi ak rasa esok pun tak habis. Ak selalu doa supaya dia berubah. Bimbang nanti dia dah meninggal, anak-anak pun malas nak urus sebab perangai malas dia masa anak-anak minta tolong.

Jadi yang mana dapat suami yang lebih kurang macam ak ni. Jangan tengok kekurangan. Tengok kelebihan. Doa yang baik-baik. Sentiasa dekatkan diri dgn Tuhan. Sebab hati ni milik Dia. Lillahi taala. In Sya Allah kita akan sentiasa bersabar. – Isteri yang dah terlampau redha – Munah (Bukan nama sebenar)

komen warganet

Weh munahhh kuat gilaaaa awak nihhhh… hebat laa! Klu ak jadi ko pun ak mcm ko agaknya. Takkan nak menyesal. Tp ak mmg independant pun. Semua benda ak buat dekat rumah. Cumanya ak fikir tu tanggungjwb ak as a anak. Ak x kawin, ak buat utk emakayah ak. Buat utk adik2 ak. Mmg bahagia sbb kita buat ikhlas. Tak harap balasan.

If you can do all of the job and responsibility then why do you need a husband? Suami itu sepatutnya melindungi anda bukan menzalimi. Redha ke? Are you sure? This is very toxic and unhealthy especially for kids. Sorry to said this is so sad to hear bila mana dia rasa diri dia beruntung ada lelaki mcm ni. Haiz.

YaAllah tabahnya…tapi harap2 puan ni didik lah anak lelaki dia (if any) supaya tak jadi mcm ayah nya. Risau juga if dibiarkan, kid will think it is ok to behave that way sampai lah besar dia fikir camtu. Semua isteri yg uruskan. Will be a legacy then. In a bad way.

Buat lelaki, janganlah asbab kemalasan anda menjadikan isteri tu beranggapan banyak hikmahnya.Itu bukan hikmah, itu menyusahkan namanya.Pernah dgnkan haiwan nama biawak. Saya doakan akak sekeluarga bahagia

sumberb:iiumc