Jaguh Negara, Dr Hisham Kongsikn 4 Keping Gambar Waktu Muda Semasa Menuntut Di UKM.

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

PUTRAJAYA: Walaupun sudah mnyandang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah tidak melupakan Universiti Kebangsaan Malaysia sbg tempat pengajiannya. Dlm sidang media harian perkembangan terkini C0V19 di sini, hari ini, beliau sempat menzahirkan ucapan sambutan Jubli Emas UKM.

“Sebelum meneruskan sesi soalan, saya mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Jubli Emas iaitu ulang tahun UKM ke 50.

“Sebagai graduan kelahirannya, saya berdoa UKM akan terus melahirkan graduan-graduan yang cemerlang dan berdaya saing seperti motto universiti iaitu ‘Mengilhamkan Harapan dan Mencipta Masa Depan’,” katanya.

Dr Noor Hisham, 57, adalah pakar b3dah terlatih berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan daripada UKM pada 1988 dan 1994.

KENYATAAN DG HISHAM TENTANG UKM

As an alumnus of UKM, for both my undergraduate and postgraduate degrees, I have met many extraordinary individuals that have inspired and guided me throughout the years.

One of which is my beloved mentor, Professor Emeritus Dr Freda Andrea Meah.

Prof Meah was the pioneer in Breast and Endocrine Surgery when she started the country’s first breast endocrine unit in 1978 at Universiti Kebangsaan Malaysia.

As the “mother” to many surgeons, she was conferred Professor Emeritus in the year 2011. I am one of her many students, and I have known her since I was a medical student and for more than 37 years.

Thank you to Prof Meah, who is herself an illustrious giant in the field of breast & endocrine surgery.

Dr Noor Hisham antara doktor terbaik di dunia tangani krisis COVID-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dinamakan sebagai antara doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN), berdasarkan kewibawaan beliau menangani krisis C0V19. Menurut laporan CGTN, Dr Noor Hisham adalah antara tiga doktor terulung peringkat global dalam p3rang menentang c0ronav1rus, selain pakar penykit berjngkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield.

Ketiga-tiga mereka dipuji kerana sejak beberapa minggu lalu, mengenengahkan penampilan yang ‘tenang, jelas dan meyakinkan’ bagi menyalurkan maklumat serta fakta kepada orang ramai mengenai pendemik ini. Menurut CGTN, mereka bukan menteri Kabinet, namun berjaya muncul sebagai ‘wajah’ negara masing-masing dalam memrangi wab4k C0V19, malah ada yang menggelar mereka ‘pujaan hati, rock star dan hero negara’ di media.

“Di tengah pandemik global yang tidak pernah dialami sebelum ini, ketika kerajaan di serata dunia kadang kala lambat bertindak atau memperkenalkan langkah yang mengelirukan serta menghantar mesej bercelaru, Dr Fauci, Dr Bloomfield dan Dr Hisham menjadi suara yang bermakna, menenangkan dan meyakinkan,” lapor CGTN.

Dr Noor Hisham, 57, memegang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013, dan dianggap ‘wajah yang memberi keyakinan’ oleh rakyat Malaysia kerana memberikan maklumat terkini mengenai COv19 di media sosial, berlandaskan rumusan berasaskan fakta dan statistik. Beliau sentiasa mengemas kini maklumat kepada umum menerusi media sosial sehingga lewat malam, jauh melepasi waktu kerja rasmi.

CGTN berkata penampilan berprofil rendah dan bersahaja menjadi daya tarikan Dr Noor Hisham manakala Bloomfield disifatkan sebagai kakitangan awam paling secocok bagi menyempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Dr Noor Hisham, yang berkelulusan ijazah Sarjana dalam Surgeri dan Sarjana Muda Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), menyertai sektor awam sebagai pegawai perubatan pada Ogos 1988.

Beliau kemudian memilih bidang kepakaran dalam surgeri endokrin dan menjalani latihan di pelbagai universiti termasuk di Adelaide dan Sydney, Australia selain menerbitkan artikel dalam jurnal antarabangsa dan tempatan serta menulis kandungan buku teks berhubung surgeri endokrin.

Dr Fauci, 79, pula dilaporkan bekerja hampir 16 hingga 18 jam sehari sejak beberapa minggu lalu sehingga orang ramai mula bimbang bila beliau tidak kelihatan ketika sidang media harian di Rumah Putih.

Bloomfield juga menerima pujian kerana ketelitian dan maklum balas yang jelas ketika bercakap kepada media, dengan ramai penduduk New Zealand mencalonkan beliau bagi anugerah ‘Tokoh Negara’.
Malah, peminat Dr Fauci dan Bloomfield turut memulakan laman sosial khusus di media sosial.

Dr Fauci diberi gelaran ‘c0ronav1rus crush’ dan ‘national treasure’ oleh The Atlantic and The New York Times, dengan hampir 15,000 orang menandatangani petisyen a Change.org untuk dicalonkan sebagai People Magazine’s S3xiest Man Alive 2020.

Sementara itu, walaupun peminat Dr Noor Hisham tidak sampai ke tahap itu lagi, mereka mengambil inisiatif mengucapkan terima kasih dan memuji beliau dengan berkata Malaysia amat bernasib baik mendapat beliau.

Sumber : Astro Awani / FB Noor Hisham Abdullah