Masa sahor, isteri cuma sediakn menu smalam, trus aku terajang meja. Dia tahu aku mkn hnya yg bru masak.

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum min, harini ak berbuka sorang2, ak tapau kat luar je, ak pening rumah ak bersepah, singki berantakan, baju ak dah bertimbun. Rumah ak berulat. Ak down sangat. Ceritanya begini min, ak jenis memang tak makan lauk bermalam, ak nak lauk yang baru dimasak. Sebelum semua nu terjadi, masa tu dipagi subuh, masa sahur, isteri ak terlewat bangun sebab anak kami yang sebulan lebih meragam teruk.

Jadi ak tidur bilik sebelah. Puukul 5 ak terbangun isteri ak tengah tidur sedangkan alarm dah bunyi. Ak kejutkan isteri ak cepat untuk masak menu yang ak nak iaitu patin masak tempoyak, dia pun cepat2 bangun untuk siapkan tapi malangnya ikan masih beku jadi memang tak sempat masak. Ceritanya pagi tu Lepas ak siap2 belek whatsap ig fb, ak dah bersedia nak sahur tapi kau baygkan min dia hanya masak nasi goreng dan lauk kari ayam sedangkan kalau lauk bermalam dia je makan, kalau ak memang tak lah.

Ak cakap baik masak megi je kalau macam ni. Jadi isteri ak tergesa gesa masak air untuk rebus megi, bila dah nak dimasak. Rupa rupanya megi dab habis. Ko baygkan lah ak nak makan benda yang tak ada. Sebab terlalu m4rah tanpa sedar ak sedar, ak tendang meja makan sampai terbalik dan lauk pauk yang isteri ak masak bersepah atas lantai.

Dia tak tahu kalau dia derh4ka sebab tidak menyediakan makanan sahur untuk suami, bertapa besar pahala jika dia layan suami dengan baik. Tapi kenapa dia taknak manfaatkan semua tu di bulan ramadhan yang mulia ini? Lepas tu isteri ak menangis sekuat kuatnya. Dia cakap ak tak hargai dia, ak m4rah sangat masa tu, ak masuk bilik sebelah dan tidur.

Ak puasa tanpa sahur. Saat ak masih m4rah, dia hitunglah dosanya pada ak, bila ak bangun tidur, rumah masih bersepah dengan kari ayam, nasi goreng, kuali, semua tak basuh, lantai kotor kesan tumpah makana sedangkan isteri ak seorang yang pembersih, habuk sikit pun tak ada, baju pingang mangkuk semua bersih2 belaka. Kenapa tiba2 jadi macam ni?

Dalam keadaan ak masih m4rah. Ak cari dia dan anak dalam bilik, tapi mereka dah tak ada, ak cari kemana2 tak ada. Lepastu ak tejumpa satu nota dia atas meja yang berbunyi begini. “Abg ayg dah cukup sabar dengan abg, selama ni abg tak hargai ayg, ayg dah cuba terbaik untuk rumah tangga kita, sejak ayg mengandung dan lahirkan anak, abg dah taknak tidur sama2, abg taknak sentuh ayg, tapi ayg sedar dan faham.

Mgkin ayg dah gemuk, dah tak cantik. Jadi ayg tak layak dengan abg. Ayang minta maaf, sebab ayg lupa keluarkan ikan tu awal2 untuk di cairkan kerana masa ayg nak keluarkan tiba2 anak menangis dan lepastu ayg terus terlupa. Terima kasih sebab sebab selama ni abg sudi bersama2 dengan ayg walaupun dalam masa yang singkat sebab abg dah janji akan bersama ayg seumur hidup.

Tapi ayg sedar kalau ayg tak layak untuk abg”. Tentang perempuan yang abg kenal tu, ayg dah tahu dah lama, walaupun abg sembuyikan tapi naluri seorang isteri tak pernah salah, ayg dah siasat. Dari pregnent lagi ayg dah tahu abg ada bersama dengan janda anak. Tak apalah bang. Abg jandakan lah ayg demi janda. Tak guna dah ayg cuba yang terbaik sebab ayg tetap salah tetap jijik dimata abg.

Semoga perempuan tu dapat bahagiakan abg, jaga makan minum abg, potong kuku abg, urut badan abg, hidang semua makanan kesukaan abg. Dan ayg akan besarkan anak kita. Lepas habis pantang.
Ayg akan ke makamah tuntut cerai. Ayg nak abg bahagia.

Ayg dah tak nak menyusahkan abg. selamat tinggal abg. Ayg pergi dulu.” Lepas baca nota isteri ak lagi ak down sangat min. Pasal janda tu, ya memang betul ak ada berkenalan dengan janda masa bini ak awal2 pregnen tapi ak kenal buat sekadar main2 je min.

Ak bukan serious nak janda tu. Ak nak isteri ak sampai akhir hayat kami. Ak bukan taknak sentuh dia, tapi sejak di pregnent badan dia mengelebar dan mengerutu. Ak suruh dia jaga badan tapi masih tetap macam tu. Ak memang nak bersama dia sampai akhir hayat ak. Sejak dia tak ada rumah ak berantakan. Ak dah tak tahu nak buat apa.

Call mak mertua tapi mereka kata isteri ak tak ada. Ak risau sangat sebab isteri ak masih berpantang. Ak call tak dapat. Whatsap chat semua tak dapat.

Apa perlu ak buat min, perlu ke buat report isteri ak hilang. Ak buntu nak cari dia kat mana lagi. Kawan2 dia semua tak tahu. Ak risaukan anak kecil ak. Tolong ak min. Isteri ak ada dalam krt ni. Ak harap sangat dia baca dan balik lah kepangkuan ak. Ak down sangat.

komen warganet

ya allah..baik cari bibik je senang..nk mkn apa sruh bibik masak..nk rumah sntiasa kemas biar bibik buat smua..mmng padan la kena tinggal

syukur la ade nasi goreng ngn kari ayam.. klu biskut kering.. dia sepak umah dia terus…ko ingat ko raja.. isteri dlm pantang dihamba2kan.. derhaka la sangat konon.. ko TT yg x amanah nk jaga anak org.. elok la lari istri tu dri idup ngn Lelaki yg hareeee… Astaghfirrullah…

besau ego ko ni mat s3tan sdg bergelak ketawa berpesta berdansa dlm diri ko kerana berjaya membuat ego ko membuak buak ape ko dpt dgn sepak meja smpai terbalik rezki di bln ramadhan ? besar punya batu kepala ada duduk tambi.

YA ampun, nama je islam, buat malu kepada yg tidak Bergama islam. Hidayah allah sudah bagi dgn lahir dlm islam dan di pilih utk sujud kepada allah sebagai HAMBA TAPI SAYANG ilmu agama ke laut… lain kali kalu nak kahwin tu isi ilmu agama MANTAP di dada dan dalam otak BUKAN ISI DENGAN NAFSU…

maaf… menyibuk kejap… saygi isteri selagi isteri masih sayg n hargai isteri walau sekecil kuman isteri tk kisah sebenarnye… please laa hargai isteri sebelum isteri tawar hati dari segalanye… saat itu kau menyesal pn tk kn berguna… jgn salahkn isteri sajer dlm hal ini… hidup bertolak ansur kn lagi baik…. hanya Allah yg tahu hati seorg isteri bila dpt tahu suaminye main kayu tiga atau ada org ketiga dlm rumahtangganye… so… fikir2kn la sebaik mgkn… hati seorg isteri….

Sumber : macam2 ada via edisiharian