Kesenangan yg disaji oleh ayahku hanyalah lakonan semata sehinggalah berita ibuku dimadukn terungkai.

Assalamualaikum semua. Kisah ni ak nak share pasal family ak. Bukan nak bukak aib sapa2. Tapi untuk saling mengingati. Kisah ni lebih tentang kehidupan family ak especially ayah ak.

Ok family ak ni dulu pernah susah. Pernah senang dan kembali susah dalam tempoh boleh dikatakan singkat jugak. Kehidupan susah yang ak ingat mula pada tahun 1994-2001. Masa tu umur ak dalam 7 sampai 13 tahun. Susah dia yang ak perasan sampai ayah ak otw nak hantar ak ke sekolah kereta dia kena tarik. Depan mata ak. Kereta wira color coklat.

Ayah ak kena tipu dengan kawan dia dalam berniaga. Dengar2 dari mak ak dalam puluh ribu ke ratus ribu jugak. Tapi masa tu ayah ak jaga mak ak baik. Cantik je. Flow rezeki still ada. Oh ye mak ak kerja kerajaan. Ayah ak business sendiri. Pada tahun 2002-2007. Masa ni memang rasa kesenangan. Apa yang ak dengan abg ak mintak mesti dapat. Oh ak dua beradik je.

Beza ak dengan abg ak setahun je. Masa tu abg ak nak computer terus dapat. Ak cakap minggu depan ak ada competition bola. Hari sabtu terus bangun tidur ada boot bola depan mata. Baju raya tempah saja. Tak beli siap. Langsir tempah. And sampai satu masa ayah ak dapat project juta2. Masa tu tahun 2005 ak form 5. Bagi ak hp nokia daun. Masa tu top g1la nokia daun. Ayah ak beli kereta mercedes.

Beli rumah semi d 300k. Belikan mak ak honda city. Hantar abg dengan mak ak pi umrah. Tahun 2006 mak ayah ak pi haji. Abg ak masuk uni swasta. Ak pun uni swasta. Zaman college ayah ak belikan ak kereta. Macam2 lagi la. Tapi rupanya semua tu wayang untuk kaburkan mata kitorang je.

Tahun 2004 atau 2005 ayah ak kahwin lain dengan business partner dia. Kitorang taktau langsung. Semua yang dia bagi kat family just untuk kaburkan mata kitorang je. Dia kahwin senyap2. Yang ak ingat tahun 2002 atau 2003 kitorang ada buat open house. Ayah ak bawak perempuan tu datang.

Perempuan tu siap bawak mak dia lagi. Kitorang pelik tapi biarkan je. Business partner kan. Masa tu diorang tak kahwin lagi. And pada 2006 masa parents ak nak pi haji. Mlm tengah packing barang tiba2 mak ak dapat text dari business partner ayah ak. Dia mintak maaf dan mintak doakan dia masa kat mekah nanti.

Mak ak pelik. No hp dia sama dengan no ho ayah ak. Beza pangkal no je. Ayah ak 012 dia 017. No belakang semua sama. Masa tu mak ak dah tak sedap hati. Tapi dia taknak fikir bukan2 sebab dah nak buat ibadah kan. Masa ayah ak pergi haji ak ada buat tahi sikit la. Memang salah ak. Kereta yang ayah ak bagi masa tu, perodua kenari boleh bantai accident.

Masa tu sehari sebelum raya haji. Ayah ak ni banyak penjilat dia a.k.a orang dipercayai la. Diorang la settlekan kes ak masa ayah ak buat haji tu, termasuk la si business partner ayah ak ni. Bini kedua ayah ak a.k.a. Perempuan durj4na. Nak dijadikan cerita. 2005 sampai 2007 tahun kemewahan kitorang. Dan tahun 2008 tiba lah saat paling susah dan getir dalam kehidupan kami sekeluarga.

Business ayah ak drop. Hutang ah long. Office ayah ak kena simbah cat. Rumah ak kena serang. Tahu sapa hadap semua tu? Ak, abg ak dan mak ak yang hadap. Ayah ak? Menikus sorokkan diri. Satu hari lepas ak jumpa ah long2 ni pi settlekan hutang. Oh ak settlekan hutang ayah ak dengan pinjam duit org ye. Ak pi pinjam. Mak ak pun pi pinjam.

Duit sedara mara dan kawan2. Masa otw balik rumah lepas settlekan hutang tu ak tengah drive. Sampai traffic light ak nampak ayah ak tengah text. And ak nampak perkataan ‘i love you’ , ak tau tu bukan untuk mak ak. Sebab ayah ak takkan text mak ak macam tu. So ak decide. Lepas settle semua masalah ni ak nak soal ayah ak.

Last2 dua tiga hari lepas tu mak ak nangis teresak2. Cakap ayah ak dah kahwin lain. Dia dapat tau dari kawan dia. Meng4muk la mak ak masa tu. Ak dengan abg ak pun sama marah. Mak ak nak lari rumah. Nak angkut kitorang dua beradik keluar and mak ak nak cerai.

Tapi mak ak ni bukan jenis ikut hati. Dia akan berfikir dan dia cekal. Dia kata kalau dia lari ayah ak mungkin akan sakit atau buat apa2 yang tak boleh diterima akal. So kitorang decide kita stay dengan ayah sampai settle masalah ni. Baik tak mak ak? Dia wanita yang cekal dan tabah. Hutang semua mak ak yang tanggung.

Bini no 2 dia? Tak tanggung satu apa pun. Lari balik Kampung dia. Dari 2008 sampai sekarang ayah ak merasa susah. Sebab apa? Sebab dia tak jujur. Dia selalu tipu mak ak. Rupanya masa kat Mekah mak ak pernah doa. Kalau ayah ak tak jujur dalam rumah tangga mak ak mintak di berikan kesusah pada dia.

Allah maha kuasa doa mak ak makbul dalam dua tahun. Tahun 2015 ayah ak pernah hilang selama 6 bulan. Dari lepas raya dia kata dia ada kerja terus tak balik rumah. Call tak dapat apa semua. Ak dengan mak ak nekad lepas 3 bulan kita buat report polis. Kenapa lepas 3 bulan? Sebab mak ak still yakin dia hidup lagi. Kitorang report polis. Polis ada follow up tapi lepas dua tiga hari takde dah.

Ak masa tu dah semak kepala. Ak pi cari dia merata. PJ sampai ke port dickson. Last dia kata dia kerja kat port dickson. So ak guna cable ak. Ak mintak kawan ak check kan ic perempuan durjana tu. And dapat lah alamat dia kat kampung. Ak pun apa lagi pi gegar dia kat kampung. Ak bawak mak ak.

Kesian mak ak masa tu. Ak gerak pagi so dalam pukul 9am ak sampai depan rumah perempuan durjana tu. Ak nampak ayah ak tengah rilek basuh kereta depan rumah. Berbulu ak. Ak terus keluar kereta panggil ayah ak keluar. Dia pun dengan gaya bersalah keluar rumah. Ak kecewa masa ni. Dia lari hilang 6 bulan. Sikit minta maaf pun takde. And dia tak de alasan pun kenapa dia hilang 6 bulan.

Masa bincang kat luar rumah tu ak nampak la dua tiga orang duk intai dari dalam rumah perempuan tu. ikut kan hati nak ku amuk kan aje orang dalam rumah tu. tapi mak ak ni suruh ak berzikir dan sabar. So dari tahun 2008 sampai sekarang ayah ak tengah susah. Sebab apa? Sebab dia masih lagi menipu mak ak. Dia kerja jauh dari kitorang. Balik rumah mak ak sebulan 2-3 kali je. Yang lain dia pi mana ak taktau.

Tp apa yang ak perasan sekarang kalau dia takde duit yang tolong dia mak ak, abg ak, dan ak je. Orang belah sana satu apa pun tak bagi kat dia. Ak rasa sekarang ayah ak banyak merempat kat tempat lain buat kerja. Ak dah suruh ayah ak lepaskan orang sana. Dia diam je. Ak cakap lepaskan mak ak.

Dia meng4muk taknak. Tapi apa yang dia nak sebenarnya? Dia dah tak mampu sara dua perempuan. Dia akan jadi tak jujur. Tipu mak ak. Dan dia akan kesempitan rezeki lagi. Dia pun dah tua. Orang sana sesah dia untuk travel sini sana untuk cari duit. Belah sana dia ada dua anak. Lelaki perempuan. Mungkin 10 tahun dan 13 tahun. Ak tak amik port.

Kalu dia duduk dengan mak ak pun dia dah rilek. Makan pakai terjaga. Ak abg ak boleh tanggung. Tak banyak tapi boleh tampung. Tapi dia taknak. Dari pengalaman hidup ni ak amik iktibar. Mak ak cakap. Hargai isteri. Layan isteri. Sayang isteri. Jangan khianat rumah tangga. Akan ak pegang benda ni sampai ak mati.

Alhamdulillah sekarang ak dah kahwin. And ak tak sampai hati nak buat isteri ak macam mana ayah ak buat kat mak ak. InsyaAllah akan ak jaga perkahwinan ni sampai hujung ny4wa.

So pada kawan2 jangan cuba2 khianati isteri dan rumah tangga. Besar akibat dia. – Arman (Bukan nama sebenar)

komen warganet

Rujuk cerita korea tu. Sebijik perangai teh o tu. Dia ibarat parasit. Menempel pada pemberi sumber utama iaitu duit. Dan dia tidak akan rasa bersalah jauh sekali utk minta maaf. Malah diakhirnya dia akan play v1ctim. Sebijik mcm teh o dlm episod 15 kan.

Kenapa ye lelaki dah tua suka cari penyakit hidup macam ni..anak2 pun sebenarnye sedih jugak tgok ayah yg dah tua buat 2 3 keje demi nak sara keluarga ‘sana’..anak2 dah bantu pun,tapi sekejap je da terbelengu balik dengan hutang yg banyak semata2 nak memenuhkan kehendak keluarga baru..

sebenarnya sedih sgt tgok ayah yg dah uzur n tua terpaksa keje macam2 nak menyara keluarga baru,sedangkan kalau tengok kawan-kawan seangkatan,semua dah berehat menikmati duit pencen,mengopi sambil kerap ke masjid.

doa mak awk tu salah. dia doa yg menyusahkan dia n anak2 juga. hati pun xtenang. hidup menderita. lain kali kalau nk doa kesusahan org, makesure kt xda kena mengena dngn hidup dia lg. tp tula. sekali doa buruk kt org, doa tu pun akan berbalik pd kt juga. jgn marah yea. suruh mak awk juga bertaubat. tarik blk doa2 dia dlu. minta Allah ampunkan dosa n permudahkan jln hidup.jgn marah na. ini nasihat ja.

Sumber: iiumc