4 tahun usia prkahwinan..kak long dicvrangi dan diusir dari rumh kerana xboleh mngandung..

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Manusia mana yang dapat lari dari didug4 dengan ujian dan cab4ran dalam kehidupan. Tidak kiralah cab4ran dalam kerjaya, keluarga dan juga rumah tangga. Segala dug4an ini akhirnya dapat memat4ngkan kita dan sudah pasti akan ada hikmah yang terbaik di penghujungnya.

Seorang wanita bernama Lisa telah berkongsi kisah kehidupan yang dilalui oleh kak iparnya yang dipanggil Kak Long. Bagi Lisa, Kak Long adalah wanita yang sempurna, wanita syurga.

Bercinta dari zaman belajar.

Nama aku Lisa. Ibu kepada ang cahaya mata berusia setahun setengah. Cerita ni bukan pasal aku. Tapi akak ipar aku. Aku panggil kaklong. Atau sekarang, arw4h kaklong.

2007- abg sulung aku nikah dengan kaklong. Diorang kenal masa sama – sama belajar dekat universiti. Seingat aku kaklong muda setahun daripada abg. majlis diorang grand pasal abg anak sulung mak and arw4h abah sayang betul dekat abg long. Lagipun mak and arw4h abah dah kenal kaklong masa diaorang bercinta lagi.

Hubungan diuji dengan ketiadaan zuriat.

Fast forward, after 4 years kawin diaorang masih belum dikurniakan cahaya mata. Aku start perasan layanan abg dekat kaklong dah brubah. Takde lagi gurau2. Abang dah berani tengking kaklong depan mak and arw4h abah.

Mak perasan pasal ni and selalu nasihat kaklong supaya pergi berubat and cepat dapat baby. Aku tak tahu sangat apa yang kaklong buat sebab masa tu aku masih belajar jauh and dengar2 macam tu je cerita daripada mak.

Mid 2011- dapat berita abg kawin lain. Menangis terduduk kaklong masa tu. Abang bagitau senyap2 dekat mak sebab nak mintak kaklong pindah rumah kami. Dia nak bawak bini baru dia duduk rumah yang dia and kaklong duduk sebelum ni. Kaklong menurut je. Arw4h cakap kat mak takpe dia tak kisah.

Dia bagi peluang dekat abg sebab abg nak sangat anak. Dan dia tak mampu bagi anak dekat abg. Bermulalah hari kaklong pindah duduk rumah kitaorang. Kaklong pesan dekat mak jangan bagitau family dia sebab taknak family dia tahu.
Abang pulak sejak kawin lain sebulan sekali je mai jenguk kaklong tu pun kejap je.

Katanya bini baru dia bunting pelamin and tak boleh tinggal sorang2. Senyum je kaklong. Siap buatkan makanan lagi untuk madu dia. Kuatnya kau kaklong.

Kak Long menjadi sahabat, peneman setia mak.

2012- mak jatuh bilik air and kena str0k. Kaklong buat keputusan ambik cuti 3 bulan sebab nak jaga mak. Dari urusan mandi tukar pampers makan minum mak semua kaklong buat. kami adik beradik duduk jauh. Abang sekadar bagi duit je. Aku masa ni dekat manchester. Tahun ketiga. Sempat balik sekali je waktu raya.

Dari muka mak herot sampai la mak boleh bangun duduk atas kerusi roda sendiri, hanya kaklong yang uruskan. Kami adik beradik hire nurse tapi kaklong cakap tak perlu. Dia boleh jaga. So kami kirim belanja and telefon je setiap hari. Abang? Entahlah. Gembira sangat kot dapat baby sampai lupa mak and isteri.

2014. Mama fully recover. Berkat kaklong jaga and selalu bawak pergi fisio. Oh kalau nak tahu muka mak and kaklong iras sgt. Sampai kalau ada kawan2 mak datang rumah semua ingat kaklong tu anak mak.

Abang sejak ada baby aku tak ingat berapa kali dia bawak ‘anak’ dia datang rumah mak. Bini baru dia asal datang rumah je selalu buat muka. Panas la, anak merengek la, tak selesa la. Tak pernah nak berbaik dengan kaklong. Padahal kaklong bila tahu madu dia nak datang macam – macam dia masakkan. Anak abg dengan bini baru dia tu pun kaklong sayang betul.

Kak long wanita yang tabah.

Selalu belikan mainan. Tapi kena bagi sorok – sorok dan cakap mak belikan sebab nanti bini baru dia marah. Pernah sekali kaklong dukung anak abg sebab teringin tapi kena tengking dengan bini muda. Dia cakap kaklong nak ced3rakan anak dia. Karut.

Aku kenal kaklong.

Cepat – cepat abg dengan bini dia tu kemas barang balik. Waktu tu raya. Berderai air mata kaklong minta maaf. Mama waktu tu dah marah cakap dekat abg balik la rumah kau cepat. Aku ingat ada cucu boleh buat gembira, tapi tak. Aku silap. Kau balik la. Dan aku ingat tu la raya paling sedih untuk family aku.

2020- Semalam lama aku tunggu mak. Kurus dia. Makan taknak. Minum air kosong je. Rindu kaklong katanya. Kalau kaklong ada mesti petang2 selalu borak sama2. Pastu maghrib sama2. Mengaji. Mama cakap ramadhan kali ni takkan sama dah. Sampai bila2. Kaklong dah pergi bulan 2 haritu.

Sebelum tu kaklong selalu cakap kat mak dia lenguh2 badan. Munt4h dan tak selera makan. Mama cakap mungkin dia penat. Mama suruh rehat banyak2. Lepas raya nanti mak ajak berjalan pergi langkawi (masa ni belum umum pkp).

Akhirnya Kak Long mengandung.

Hari rabu, kaklong jatuh bilik air. Mama call abg banyak kali. Tak angkat. Mama call aku sebab aku duduk satu taman dengan mak. Gegas aku datang rumah and call ambulans. Sampai hospitaI doktor cakap dar4h kaklong terlalu rendah. Tapi kandungan dia ok.

Aku dan mak waktu tu dengar macam tak percaya. Mama tanya kaklong betul ke dia mengandung. Kaklong cakap ya. Tapi dia takut nak bgtau sebab dia taknak susahkan abg. Plus kandungan masih baru. Dia taknak excited sangat.

Mama bila dapat tahu punya la happy. Call abg banyak kali. Sekali je angkat. Abang kata sabtu nanti datang rumah. Kaklong kena tahan hospitaI malam tu. Aku dengan mak teman. Tengah malam tiba2 kaklong demam kuat. Nafas dia turun naik. Dia panggil mak. Nak cakap dengan mak. Aku tak dengar apa yang klong cakap.

Tapi mak menangis dan aku cuma dengar mak suruh kaklong sabar. Ayah kandung dengan adik beradik klong ada datang melawat kaklong hari khamis. Gembira betul semua orang dengan berita kaklong mengandung. Semua orang ada. Kecuali abg.

Tuhan lebih sayangkan Kak Long.

Petang khamis, around 7.30 malam masa kaklong nak ambik wuduk, dia jatuh lagi sekali. Dan kali ni, hanya mak and adik bongsu kaklong yang ada temankan kaklong. Pukul 7.50 mak call aku meraung cakap kaklong dah takde. Aku kaku. Tak percaya.

Alhamdulillah pagi jumaat jenaz4h kaklong dan baby selamat disem4dikan. Urusan mandi dan kafan semua urus di hospitaI. Masa abg datang, mak tak bagi pun abg sentuh jenaz4h kaklong.

Untuk cium masa last tu pun mak kata tak redha kalau abg sentuh jenaz4h kaklong. Cepat je urusan akhir kaklong atas dunia ni. Semalam jugak mak bukak cerita. Mama tunjuk cincin rantai gelang pemberian kaklong dekat mak sepanjang hayat dia.

Mama tak mintak, tapi kaklong bagi. Mama kata, mak sendiri tak mampu nak jadi menantu sebaik kaklong. Tak berhenti mak menangis tiap kali teringat dekat kaklong. Mama tak berhenti saIahkan diri sendiri sebab mak selalu cakap dekat kaklong nak cucu masa awal2 kaklong kawin dengan abg dulu. Sampai kaklong str3ss.

Tapi lepas mak kena str0k, mak cakap ada sebab Tuhan belum kurniakan baby untuk kaklong. Mama cakap sebab mulut mak jugak kot Tuhan lambat bagi zuriat dekat aku. Macam aku pun lepas 3 tahun kawin baru dapat anak.

Mama pesan dekat aku, soal zuriat jangan sesekali kita nk pertikaikan. Kena sabar. Kena doa banyak – banyak dekat tuhan. Ada anak belum tentu boleh bawak ke syurga. Tak ada anak belum tentu dia tak sempurna. Dan kaklong dah buktikan benda ni.

Ujian buat Abang

Macam abg sendiri, lepas ada anak pun bukan tenang hidup dia. Bini baru kuat meIawan. Selalu datang ser4ng kaklong. Hidup berhutang. Kena buang kerja.

And the best part is, actually anak abg yang sulung tu bukan anak abg. Bini dia tu dah mengandung dulu sebelum nikah dengan abg. Anak ke 2 baru betul anak abg. Patutlah takde iras langsung dengan muka abg. Kulit pun warna lain. Aku tahu pun sebab mak cerita.

Sekarang ni mak duduk dengan aku. Makin kurus. Tiap hari belek gmbar arw4h abah dengan kaklong. makan taknak. Orang sebaik tu siapa je tak rindu. Abang aku sekarang ni entahlah. Aku malas nak ambik tahu. Mama pun nak taknak jumpa dia.

Last sekali mak jumpa dia mak cakap, anak sendiri belum tentu boleh bawak ke syurga. Mama cakap jangan mintak maaf dengan mak, minta maaf dengan kaklong. Bertahun kaklong pendam dan makan hati dengan abg.

Dan mak cerita malam sebelum kaklong pergi dia pesan jangan bagi abg tengok muka dia atau sentuh dia kalau apa2 jadi dekat dia. Patutlah mak tak bagi abg tengok jenaz4h masa dekat hospitaI.

Kak Long, Maafkan Lisa.

Kaklong, lisa minta maaf kalau selama ni banyak susahkan kaklong sebab jaga mak dengan arw4h abah. Lisa yakin, kaklong ada di tempat yang sangat baik sekarang. Nanti lisa bawa mak pergi ‘rumah baru’ kaklong. Terima kasih kaklong sebab jadi kakak yang sangat baik untuk lisa adik beradik dan menantu syurga untuk mak abah.

Habis sudah urusan kaklong disini. Jangan risau. Lisa jaga mak. Semoga dikuatkan hati para wanita yang sedang berusaha mendapatkan zuriat. Ingat, ada anak belum tentu bawak kita ke syurga. Sesungguhnya orang yang sabar baIasannya sebaik – baik tempat di sisi yang ESA. Tolong sedekahkan Al-fatihah untuk arw4h kaklong aku.

– Ibu lisa (Bukan nama sebenar)

Sesungguhnya perkongsian yang dibuat ini boleh dijadikan satu pengajaran untuk semua pasangan di luar sana. Hargailah pasangan yang sentiasa susah dan senang bersama, jgn menyesal di kemudian hari, rindu pada yang sudah pergi.

Semoga Lisa sekeluarga dan juga mak terus kuat dan redha atas pemergian Kak Long. Percayalah Kak Long sedang bahagia dan dapat berehat dengan tenang.

sumber selendang biru