Radio tiba2 trpadam dan kereta kami bersengguk. Ak toleh ke belakg, kereta Zainal masih sayup terlihat.

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Salam Ramadan kpd semua pembaca FS. Nama ak Zaff dan ak nak bercerita pngalaman s3ram sewaktu melalui jln dari Raub ke Rawang melalui jln Bukit Fraser. Kejadian ini berlak pada 2019 sewaktu ak bersama 5 lagi kawan ingin balik ke Rawang dari Kuantan. Kami menaiki 2 buah kereta, kereta 1 dinaiki ak (co-driver), Dolah (driver) dan Saleh (penumpang). Kereta 2 dinaiki Zainal (driver), Abidin (co-driver) dan Hasan (penumpang). Semestinya semua itu bukan nama sebenar mereka.

Kami bertolak agak lewat dari Kuantan, lebih kurang 5.30 petang dan berdasarkan Waze, ada kesesakan teruk bermula dari tol Gombak bersambung ke tol Bentong. Kami mengambil keputusan untuk melalui jln Gombak lama. Malgnya setelah separuh jln, kami diberitahu jln itu ditutup dan kami patah balik ke bandar Bentong. Jam menunjukkan pukul 8 malam dan kami berbincang sama ada untuk melalui lebuhraya yg masih sesak itu atau jln Bukit Fraser.

Kami tak pernah melalui jln tersebut sebelum ini, tapi berdasarkan Waze, jln itu tidak sesak Cuma agak jauh berbanding jln biasa. Dolah dan Saleh bersetuju untuk melalui jln Bukit Fraser tapi Abidin agak keberatan kerana ingin berbincang dengan Zainal yg masih di tandas. Akhirnya ak, Dolah dan Saleh gerak dahulu dan mereka akan menyusul kemudian. Dalam 15 minit, kami mendapat isyarat high beam dari kereta belakang menandakan mereka sudah di belakang.

Jalan agak gelap apabila memasuki kawasan Raub dan bermula la episod jln berbengkang-bengkok. Langsung tiada lampu jln hanya kereta kami sahaja melalui jln itu. Radio hanya memainkan alunan surah Al-Quran. Gangguan prtama terjadi ketika kami sampai di simpang untuk masuk ke Bukit Fraser. Di sebelah kiri ak perasan ada banglo putih terbiar. Radio tiba-tiba terpadam dan kereta kami bersengguk. Aku melihat di belakang, kereta Zainal masih sayup terlihat. Setelah beberapa minit, radio kembali menyala dan enjin berfungsi seperti biasa.

Saleh di belakang tetiba meminta earphone, bisiknya kepada ak sebab ade terdengar nama dia dipanggil. Muka Dolah pun tidak keruan tapi masih diam membisu. Aku agak pelik kerana jarak kereta Zainal agak jauh biarpun kami memandu perlahan. Gangguan kedua bermula apabila ada pokok tumbang yg telah menutup separuh laluan itu. Dolah berhenti dan bunyikan hon untuk memberi isyarat sekiranya ada kereta di hadapan. Bunyi hon kami bersahut, maknanya ada kereta di hadapan.

Untuk pengetahuan, pokok yg tumbang ni besar, tak nampak apa yg ada di depan.
Kami hanya menunggu kereta di depan tadi untuk lalu. Namun setelah beberapa minit, masih tiada kereta. Dolah hon sekali lagi dan masih bersahut, kami masih menunggu. Tiba-tiba Saleh tegur dari belakang, “Jalan jek Dolah”. Kereta Zainal baru sampai di situ dan kami melintasi pokok tumbang tu. Apa yg mengejutkan, tiada kereta pun di situ, hanya kereta kami.

Selepas gangguan kedua, Dolah memandu agak laju dan kereta Zainal kembali tertinggal di belakang. Tidak lama lepas tu, kereta kami seperti dirempuh sesuatu dari belah ak duduk. Dolah brek tetapi berhenti di depan sedikit dari tempat berlanggar tadi. Aku tengok side mirror, langsung tiada binatg yg menggelupur. Lagipun mustahil ada binatg dari belah ak sebab hanya bukit yg ada, bukan kawasan lapang. Kereta Zainal pun sampai dan terus berhenti di belakang kami tanpa berhenti di tempat berlak perlggaran tadi.

Kami meneruskan perjlnan dengan muka yg pucat dan Saleh kini duduk di depan, bersempit lah kami berdua di tempat duduk depan tu. Setelah beberapa lama melalui jln gelap, akhirnya kami sampai di stesen minyak sebelum bandar Rawang. Lega tak terkata. Kami sampai situ lebih kurang pukul 12 lebih dan hanya kami yg berada di situ selain pekerja stesen minyak tu.

Kami menunggu Zainal and the gang tapi selepas 5 minit whatsapp masih tidak berbalas. Aku telefon Abidin:

Aku: kau katne?
Abidin: Nak sampai umah dah. Ka?
Aku: Umah? lajunya? Kan kau kat belakang tadi?
Abidin: Belakang mane? Aku lalu highway, kan dah bagitau kau tadi.
Aku: Ah kampit betei

Terkedu bila Abidin kata macam tu, ak letak telefon dan ajak Dolah dan Saleh gerak. Sebelum gerak tu ak perasan seorang pekerja tu nak ke tandas, tiba-tiba lari lintang pukang bila tengok kami. Meremang bulu roma. Takde dah nak tanya, faham-faham sendiri lah. Baca 3 Qul pastu teruskan perjlnan ke mamak berdekatan.

Sampai di mamak, ak periksa telefon, mesej Abidin baru sampai mengatakan Zainal taknak ikut jln tu sebab gelap dan mereka sanggup tempuh kesesakan. Saleh membuka cerita, macam-macam bunyi dia dengar kat belakang. Sepanjang perjlnan tu nama dia dipanggil, kadang-kadang sayu, kadang-kadang macam marah. Semasa kat pokok besar tumbang tu, dia terdengar suara mengilai. Sebab tu dia suruh jln je.

Namun topik yg paling hangat adalah hanya kami yg melalui jln tu pada malam tersebut. Belakang kami tu bukan lah kereta Zainal, sebab tu jaraknya agak jauh dan kadang-kadang sahaja timbulnya. Setelah lama lepak di mamak, kami pun gerak balik ke rumah tapi singgah di 7E dulu untuk kepastian kalu2 ada yg mengikut. Babir ngat nok ngikut ke orang.

Seminggu juga kami bertiga dibahan sebab nak elak ksesakan punya pasal. Apa pun, itulah kali pertama dan terakhir ak akan lalu jln tu. Aku bersyukur sebab kami selamat sampai ke destinasi. Mende-mende pun, kala lepaih ni jeng lagi, kawe tempuh jekla. Takdok doh nok lalu jln pelik-pelik ni. Serik doh kawe. Terima kasih kerana sudi membaca kisah ak. Kalau pembaca ok dengan tulisan ak ni, ak akan share lagi pengalaman lain pula. Sekiannn

komen warganet

2019 sy krja di bukit fraser, tinggal dekat kebun strawberry jln nk pergi ke air terjun jeriau..3 bulan dok situ..pkl 9 mlm dh sunyi xde orang..agak2 bosan sy turun pg kuala kubu baharu naik moto, malam pkl 12,1 baru naik blk bkt fraser…alhamdulillah xpnh jd pape pon.. Binatang bnyk la sy jumpa terutamanya b**i.

ak 1st time naik moto ke fraser hill sorang2 waktu mlm..berenti isi minyak kat shell pekan kuala kubu tak silap, masa tu pukul 11malam.adik pam tu tanya..abg nak pi mana. bila ak jawab fraser hill dia tanya dgn sapa. ak jawab sorang. dia terkejut. ak ingat pasai pa..rupa2nya..MasyaAllah gelap gelita…ak ingat jln ke fraser cerah mcm genting. sampai kat gate tu tggu member ak sampai dgn kereta dekat 1 jam. Tercongok ak sorang2 kat tgh utan tu bawah tiang lampu sbil sedut nusantara. Tak naik dah sorang2 tgh2 malam.

Dari KKB ke Raub indah pemandangan alam semulajadi, thn 1990 ziarah sepupu yg sekolah di MRSM Raub Naik Moto, tahun 2000 ada urusan kerja di Kelantan ikut jln tu & terbaru thn 2018 blk dr mkn durian dr Bentong.sy tggl di Rawang.
Semua pjlnan itu di siang hr tp tetap sunyi .

Sama kes la tahun lepas, hntr adik ke uitm raub, dr bentong ke tol genting sempah jem truk sbb ada eksiden, nk stay raub kebetulan angah kne keje esoknya, smpai raub dlm pkl 8… dh selesai hntr adik smua, nk grk balik pkl 10 dh.. tgok kt google maps masih lg merah pekat jem nya, jd bermula la buat keputusan yg kurg bijak utk lalu jln lama KKB tu..

Allahu, s3ram dia…rs sepanjang perjlnan thn nafas, jln bengkak bengkok,melalui hutan buluh dn keadaan mcm pusing2 pd tmpt yg sama… tiada kenderaan lain waktu kami lalu, dlm kereta semua perempuan! Along, sy, angah dan sorg lg adik prempuan… sepanjang perjlnan x putus2 mulut along baca surah2…, setiap kali lalu penanda brapa kilometer lg ke arah Kuala Lumpur hati jd x tng…spnjg perjlnan rs diperhatikan, gelap likat suasana…

alhamdulillah smpai bndr KKB pkl 12 tghmlm, bila nmpk org mncing kt jambatan sblm masuk bndr tu lega nya tu hanya Allah je la yg tau… seminggu rs mcm demam lps lalu jln tu… penykit yg dicari sendiri… tp itula, kalau x..xdela pengalamn adventure kami adik beradik…hahaha…

Sumber : fiksyenshasha.com/submit