Dgn sekali suluh, ak tersuluh satu lembaga terapung antara siling dgn atap. Ia menyerupai manusia wanita yg lengkap berpakaian jubah putih yg kusam

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum semua. Nama panggilan ak Dego, seorang lelaki tulen. Berusia 30-an, ak adalah salah seorang penggemar FS, tapi jenis malas nak karang. Tapi since dah terkurung di rumah sebab C0 VID19 ni, maka ak gagahkan diri jugak utk menaip cerita ak ni. Terima kasih admin sebab sudi memproses cerita ak ni.

Cerita ni berlak dalam pertengahan tahun lepas dan memang terlalu s3ram untuk ak. Ak ni jenis orang yang ego tinggi, dan tak suka tunjuk perasaan ak pada orang lain. Ak pun tak pernah jumpa apa apa entity sebelum ini. Six sense ke apa ke semua takde. Sampai sekarang bila ak teringat balik peristiwa malam tu, mesti meremang bulu roma ak.

Tapi sebelum tu biar ak jelaskan struktur latar belakang supaya semua faham dan boleh membayangkan dengan imaginasi masing masing. Ak tinggal dan bekerja di KL. Dan ak ada beli sebidang tanah kebun dalam 8 tahun lepas berdekatan dengan rumah kampung tua ak, iaitu kira-kira 1km je. Kampung ak ni terletak di sempadan antara Selangor dan Perak, dekat sangat dengan Sungai Bernam.

Biar ak namakan sebagai Kampong Nilam.
Kebun ak ni lebih kurang 2 ekar. Dalam tanah ak ni, ada sebijik rumah 2 pintu (2 rumah dalam satu bangunan, or semi D) yang dimiliki oleh Kak Ana (bukan nama sebenar). Rumah ni terletak lebih kurang 40 meter dari jalan besar. So kalau nak ke rumah kena lalu jalan kebun batu kelikir dari jalan besar. Rumah depan ada 3 bilik, rumah belakang ada 1 bilik. Both rumah dah ada penyewa.

Nak pendekkan cerita, Kak Ana nak jual rumah ni sebab sesak nak pakai duit dan ak rasa macam nak beli, so ak belilah rumah tu. So sekarang ni, tanah kebun ak secara keseluruhannya adalah milik ak termasuk rumah 2 pintu itu. Penyewa depan tu sampai sekarang ak tak tau nama. Dia agak misteri orangnya. Dia tinggal di rumah tu bersama lebih 100 ekor kucing yang dia kutip dari merata tempat. Dan dia pernah bayar sewa sekali je. Lepas tu tak pernah dah. Nak halau tak sampai hati, so ak biar je.

Yang penyewa belakang tu nama dia brader F. Tapi dia keluar dari rumah sewa tu awal tahun lepas. “Saje je tukar angin” dia jawab sambil sengih bila ak tanya kenapa nak keluar. Ak pun tak tanya lanjut. Sejak tu memang rumah belakang takde penyewa. Since rumah belakang tu dah tak ada penyewa, ak pun masuklah ke rumah tu untuk kali pertama sejurus brader F pindah. Rumah tu sangat simple. Ada 2 pintu keluar masuk.

Satu dari tepi dan satu lagi di belakang, menghala ke kabin ak. Dalam rumah tu memang kosong belaka. Ada satu bilik air dan ada satu lagi pintu untuk ke bilik tidur. Selebihnya ruang kosong. Di bahagian siling rumah terdapat 1 lobang yang besar di tengah-tengah rumah yang boleh terus nampak atap. Tak silap ak dulu, rumah ni pernah kena hempap pokok. Tapi tuan rumah cuma betulkan atap, tapi tak betulkan siling. Jadinya terngaga la siling tu.

Oh ya, ak ada buat sebijik kabin di tengah2 kebun ak utk tujuan berehat. Kabin ak ni terletak lebih kurang 30 meter dari rumah 2 pintu tu, dan lebih kurang 70 meter dari jalan besar. Di kebun ak tanam macam2 jenis tanaman, tapi majority adalah pokok durian. Ok, itulah pengenalan jadi ak masuk ke cerita utama.

Untuk memanfaatkan rumah tersebut, ak tukarkan rumah tu kepada stor barang pertanian. Ak jadikan tempat simpanan baja untuk re-pack kepada packing yang kecil untuk dijual di pasar tani dan online. Ak upahkan adik bongsu ak yang ak panggil Ucu untuk buat semua tu sebab ak hanya balik kebun pada hujung minggu sahaja. Nak dijadikan cerita, pada pertengahan tahun lepas, ak dapat terima banyak order baja, dan stok baja dah semakin kurang. Jadinya ak terpaksa tolong adik ak untuk buat packing untuk jualan di pasar tani keesokan harinya. Lepas ak siap kerja di kebun, ak mandi siap2 di kabin ak, tukar baju dan terus ke rumah sewa belakang tu.

Waktu tu dah nak maghrib. Jadinya, ak borak2 je dulu dengan adik ak sementara tunggu maghrib. Lepas solat maghrib, kami balik rumah mak sekejap untuk makan, solat Isyak, dan terus ke kebun semula untuk sambung kerja packing. Waktu tu dah jam 9.30 malam kalau tak silap. Jalan ke rumah sewa tu mmg agak spooky waktu malam sebab terlalu gelap. Lagipun since jalan batu kelikir, kami terpaksa drive slow dah berhati2 dan elak lubang kiri dan kanan.

Masa sampai tu, lampu rumah depan yang diduduki oleh akak kucing banyak masih terbuka, mungkin dia belum tidor lagi time tu. Ak parking sebelah pintu rumah belakang, keluarkan lampu picit sebab takde lampu luar. Dan bukak pintu rumah belakang dan masuk ke rumah disusuli oleh adik ak.

“Zuuuss …” ak rasa tiupan angin dingin betul2 dalam selangkah ak masuk rumah tersebut. Serentak tu ak kak dan berhenti berjalan serta merta. Adik ak jalan berjalan di belakang ak terlanggar belakang badan ak.

“Peh terkejut ak. Nape ni abang dego?” tanya adik ak.

Ak tak tau nak jawab apa. Ak just ada rasa angin sejuk di muka. Itu sahaja. Tapi tu dah cukup untuk buat ak rasa tak sedap hati. Agak berderau jugak d***h ak masa tu. Tapi ak masih maintain juara depan adik ak. “Takde apa ucu. Ko bukak lampu jap” ak cuba control suara time tu. Sebagai seorang abang, ak tak boleh cepat goyang di depan adik. Kredibiliti kena jaga dalam apa jua keadaan.

Ak cuba lupakan perasaan gemuruh tadi dan terus bersiap untuk kerja. Kami start buat kerja packing baja sambil borak-borak kosong. Kami ada bawak bekal air neskafe dari rumah mak ak dan adik ak buat kerja memang kena ada rokok. Ak pula baru berhenti merokok dari awal tahun sebab ak dah start vape.

Dalam pukul 11 lebih macam tu, adik ak dah start berbunyi “Abg dego, nak mintak 10 ringgit. Nak beli rokok john”. Ahh sudah. Ak perati packing baja masa tu baru ada dalam 50 lebih. Kami target untuk siapkan 100 peket untuk jualan esok. Maknanya, sekarang ni takde masa untuk berhenti. Ak kalau boleh taknak balik lambat sangat for obvious reason.

“Kan ak baru kasi ko sekotak pagi tadi. Takkan dah habis?” ak cuba bagi alasan. Kalau boleh ak taknak dia keluar dan tinggalkan ak sorang2. “lagipun ada ke kedai bukak malam2 buta macam ni?”

Adik ak sengih lagi. Rasa nak kasi kaki pun ada masa tu.

“Kat Warung Mak Awi ada jual” adik ak jawab ringkas.

Walaupun ak rasa tak sedap hati masa tu, ak still hulur jugak duit ke adik ak sambil pesan jangan beli lama sangat. Dalam erti kata lain, ak taknak duduk sorang2 kat dalam rumah ni malam2 buta ni. “Ak pinjam keta tau abang Dego” bagitau adik ak sebelum dia keluar rumah. Pintu memang kitorang biarkan terbuka supaya angin malam boleh masuk.

Now, tinggallah ak seorang dalam rumah tersebut ditemani bunyi cengkerik dan unggas malam. Kipas lama yang sudah berkarat juga mengeluarkan bunyik berkereot yang sangat menjengkelkan. Takpelah asal ada angin. Ak sambung kerja dengan pace yang agak laju.

Seingat ak, dalam lebih kurang 10 minit lebih kurang.. tiba-tiba ak terdengar benda jatuh di luar rumah, dekat area ak biasa parking kereta. “Berdebuuuukkkkkk” Bunyinya macam buah kelapa yang berat jatuh ke tanah. Serentak dengan tu tangan ak yang sedang menimbang baja terhenti seraya menoleh ke pintu luar. Gelap. Ak tak nampak apa-apa.

D***h ak dah gemuruh g1la masa tu. Ak dapat rasakan d***h mengalir rushing dari arah leher melalui telinga dan terus ke otak. Ak cuba husnuzon. Mungkin kucing kot. Atau monyet. Untuk menyedapkan hati, ak pun mengambil lampu suluh di atas meja, jalan slow-slow ke arah pintu rumah yang terbuka luas. Sampai di muka pintu ak suluh di luar rumah. Ak peratikan segenap penjuru luar rumah, bawah pokok-pokok, tepi jalan. Dan ak tak nampak sebarang objek yang tak sepatutnya. Semua dalam keadaan normal.

“Fuuuhhhhh” Ak tarik nafas lega. Jantung yang dari tadi bergetap laju dan kembali dalam keadaan hampir normal. Ak time tu haraap sangat yang jangan ada benda kacau ak, dan harap sangat adik ak supaya balik cepat sikit. Bukan jauh sangat warung mak awi. 5 minit je dah siap sebenarnya kalau setakat nak beli rokok.

Ak pun menutup pintu dan kembali ke meja kerja ak sambil membaca ayatul kursi. Belum sempat ak duduk semula, tiba-tiba ak dengar bunyik berdentum lagi. Kali ni bunyiknya datang dari atas bumbung.

Berderau lagi d***h ak. Kalini ak dapat rasakan bulu roma tangan ak dah berdiri tegak macam nak nyanyi lagu negarak. Jantung punya dah macam drummer metallica. Langsung tak sync. Ak dapat dengar bunyik degupan jantung sendiri masa tu. “dup dap dup dap”

Dengan lampu picit yang masih di tangan, ak berjalan ke arah siling yang terbuka tu dengan perlahan-lahan. Bila dah hampir sampai, ak pun menyuluh ke arah lubang tersebut. Dan itulah antara decision making yang paling b0doh pernah ak lakkan sepanjang hidup ak…

Dengan sekali suluh, ak terus tersuluh satu lembaga terapung antara siling dengan atap. Lembaga tu agak menyerupai manusia perempuan yang lengkap berpakaian jubah putih yang kusam warnanya. Berambut panjang dan tak ada muka. Muka ada, tapi ak tak nampak mata hidung dan mulut. Lembaga tu terapung dengan ada sikit pergerakan atas bawah, seolah-olah bola yang terapung atas permukaan laut.

Dan lembaga tu ‘memandang’ ke arah depan, seolah-olah tak menghiraukan ak yang menyuluhnya dari bawah. Ak memang dah goyang habis dah time tu. Ayatul kursi yang ak baca tadi dah habis berterabur bercampur baur dengan doa qunut. Kepala lutut ak dah start longlai. Tangan dah tak steady mcm biasa. Ak nampak sendiri yang lampu suluhan ak kearah lembaga tu bergoyang teruk.

Dengan kekuatan yang masih tinggal, ak terus menerpa ke pintu untuk keluar secepat mungkin. Ak ingat lagi, selang 2,3 langkah ak terjatuh sebab lutut dah longlai habis. Ak terus merangkak laju-laju ke arah pintu. Ak langgar je kerusi, guni baja dan apa2 benda yang menghalang ak untuk keluar selamatkan diri. Sesampai ak di pintu, dan dalam keadaan merangkak dan gelabah, ak cuba sentap handle sekuat hati sampai patah handle pintu.

Dan malang bagiku, pintu masih tertutup dan handle pintu berada di tangan ak. Ak ingat lagi fikir bodohnya lah ak ni. Ak cuba kumpulkan kekuatan yang ada untuk berdiri di tingkap nako bersebelahan pintu. Dengan tangan masih berpaut di grill tingkap, ak cuba jerit “tolongggg” sekuat hati. Malangnya suara ak tersekat di kerongkong.

Tiba-tiba ak perasan luar rumah ada samar2 cahaya lampu kereta. Ak tau adik ak dah belok ke jalan kebun, tapi mungkin dalam 30 saat lagi baru sampai depan pintu. Ak dah taknak tunggu barang sesaat pun dalam rumah tu.

Dalam pada ak cuba mintak tolong tu, ak sempat dengan bunyik berdentum di dalam rumah. “TUUBBBB”. Ak tau berdasarkan logik, benda tu dah masuk rumah, dan berada beberapa meter je di belakang ak. Tapi ak tak berani langsung nak toleh kebelakang. Ak ketuk pintu kuat2 guna tangan kiri, sambil tangan kanan ak menyuluh keluar tingkap laju2. Ak harap sangat adik ak nampak cahaya lampu picit ak, ataupun dengar ketukan pintu ataupun kedua-duanya sekali dan mempercepatkan kereta.

“TUBBBB” ak dengar bunyik tu lagi. Kalini lagi dekat. Ak dah pejam mata sekuat hati. Ak dah pasrah apa nak jadi pun jadila.

Tiba-tiba ak dengar ada orang cuba buka pintu dari luar. Dan pintu terbuka sikit. Tak cakap banyak, ak sentap pintu, dan merangkak keluar. Ak nampak akak kucing di muka pintu memandang ke arah ak. dia mengelak sikit untuk beri laluan ak keluar.

Sampai ak di luar rumah, akak tu tutup pintu rumah semula. “awak ok ke dik?” dia tanya. Ak belum ada tenaga untuk bersuara. Nafas ak masih tercungap-cungap. Ak cuma boleh angguk laju-laju menandakan ak ok.

Masa tu adik ak baru je sampai. Dia menerpa keluar kereta yang enginenya masih On, dan meluru ke arah ak.

“Bang Dego, ada apa? Ko ok tak?” sambil cuba memapah ak bangun. Ak masih menggigil masa tu, tapi dapat juga bangun. Dan ak terus mengajak Ucu balik rumah. Ucu mengangguk dan memapah ak masuk kereta, dan drive meninggalkan rumah tersebut. Ak terlupa terus pasal akak kucing.

Sampai rumah mak ak, ak dah ok sikit. Ak basuh muka, dan ambil wuduk untuk tenangkan diri. Rupanya, adik ak tapau megi goreng sekali tadi masa beli rokok, patutla lambat. Dia sengih2 sambil mintak maaf.

Lepas ak cerita apa yang ak jumpa tadi, muka dia tak nampak berkerut pun. Rileks je. Rupanya Ucu cerita, dia pun selalu kena. Tapi dia selalu di kacau dengan ‘bunyian’ dan ‘barang bergerak sendiri’. Benda tu tak jelmakan diri depan dia. Dan Ucu cerita, akak kucing sebelah tu pun selalu kena, jadi dia dah tak heran sangat.

Mulai hari itu, ak memang langsung tak jejakkan kaki ke rumah tu waktu malam. Waktu siang pun kalau adik ak ada sahaja. Memang tobat ak taknak jumpa lagi. Dan ak langsung tak mintak pernah duit sewa dari akak kucing sebagai tanda terima kasih tolong bukakkan pintu malam tu. Ko dudukla rumah tu kak.

Sekian kisah yang berlak pada ak. Mohon maaf kalau ada kekurangan.

komen warganet

Klu da biasa terjadi maknanya penyewa rumah tu cabut kerana selalu diganggu… tak leh tahan apa nak tunggu lagi,amik kesempatan berundur…bagi lah alasan nak tukar angin. Apa2 pun best jugak citer nie…pengalaman mengajar seseorang kearah kepercayaan wujudnya makhluk selain diri kita sendiri

Hahaha..part last lawak..duduk lah kau kat situ akak kucing..mmg hati kental akak tu dok srg2..moga melimpah rezekimu bang dego

Rezeki akk kucing dapat duduk free bersama kucing 2nya .. Dan baik buat penulis sbb rasanya tak de yg tahan duduk rumah tu dari dibiarkan kosong lagi teruk gangguan

Upah orang baiki siling bocor tu. Bersihkan dulu dalam rumah tersebut. Pastu buat kenduri doa selamat panggil anak2 tahfiz baca doa dan ajak mengaji Alquran hingga tamat 30 juz. Semoga berasap entiti tu.

sumber: fiksyenshasha