Sepanjg tempoh prcintaan bf ku yg kini suami ku pantang tgok ak bernfsu kata nya, tapi bila sudah berkahwin

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Ak berumur awal 30an dan sudah berkahwin. Kisah ak sebelum kahwin sama seperti confession diatas, mengenai gadis yang kehilangan maruah sebelum berkahwin.

Gadis yang pada mata kasarnya bukan lah perempuan social, bukanlah perempuan s3ksi, bukan lah perempuan yang bergaul bebas dengan lelaki. Cuma masalah nya, mempunyai bf.

Zaman sekolah ak langsung tak terdedah dengan cinta kerana dihalang oleh family ak untuk bercinta sama sekali. Dari zaman sekolah bukanlah kebiasaan ak untuk bercampur bertepuk tampar dengan lelaki.

Tp segalanya berubah dialam universiti. Jauh dari keluarga. Hmm. Pertamanya, bercinta. Terlalu sekejap kemudian bersetuju naik motor dengan bf ak. Masa first time naik motor dengan lelaki tu ak dah rasa cukup berd0sa.

Bayangkan betapa ak tak pernah terdedah dengan perkara sebegitu. Kemudian berdating naik kereta. Ya seperti orang lain. Perkara paling memudaratkan bermula apabila berduaan dalam kereta. Tak perlulah ak cerita panjang kejadian nya.

Tapi sewaktu itu ak sangat benci dengan perkara itu. Ak benci dengan diri sendiri yang kotor. Tapi yang b0dohnya, ak tak pernah menolak bila bf menyentuhku dan melakkan mksiat. Kami bukan tahap checkin setiap kali berjumpa. Cukup didalam kereta.

Sewaktu itu, bukan ak yang akan meminta tapi bf ku yang sentiasa memulakan dan ak sentiasa merelakan! B0dohnya perempuan ni kan. Dia tahu salah tapi dia tak cakap NO!

Perkara ini berlarutan sepanjang kami study, hidup dengan mksiat. Bukan ak tak cuba nak stop, solat taubat, tapi tak dapat kerjasama dr bf. Dia sentiasa mahukan nya. Bayangkan masa tu memang dia kata dia bern4fsu tengok ak. Bende h4ram kan.

Masuk alam pekerjaan, perbuatan terkutuk itu semakin berkurangan kerana kami berjauhan tetapi tetap dilakkan melalui video call. Lama kelamaan, ak mahu move on. Ak mahu berubah tinggalkan hubungan sia2 ini.

Ak solat taubat, solat istikharah, ak pernah berniat nak discuss dengan bf untuk akhirkan hubungan. Ak masih ingat, pada hari itu, belum sempat ak berbicara, dia menyatakan hajat dulu tentang fasa hubungan kami. Mahu hantar keluarga nya untuk masuk meminang.

Jadi ak kira masa tu mungkin itu petunjuk Allah membuka jalan kami ke arah hubungan yang halal.

Setelah bertahun2 tahun bercinta, kami bernikah. Ya disini cabaran ak bermula wahai pembaca sekalian. Ak sememangnya bersyukur kerana ak berjaya menghalalkan hubungan kami dari berterusan melakkan d0sa.

Dengan lelaki yang pertama menyentuhku, melakkan mksiat terhadapku dan pernah terlanjur (bukan rutin to having s3x setiap kali berdating dulu but still dosa besar buat mksiat).

Bayangkan sepanjang tempoh percintaan bf ku yang kini suami ku pantang tengok ak bernafsu kata nya, tapi bila dah kahwin, ak jarang disentuh suamiku! Sedangkan masa tu baru berkahwin tak sampai 3 bulan ak dah jarang disentuh.

Kalau nak bersama pun ak yang kena minta itupun dapat la sebulan sekali. Sekarang dah 3 4 tahun ni lagi lah payah nak bersama.

Allah.. ini lah dugaan ak. Kami tersangat2 jarang mengadakan hubungan suami isteri. Pernah sampai 7 bulan dia tak sentuh ak. Dah penat ak suarakan isu ini.

Pelik bukan. Masa bercinta kemain seronok buat mksiat. Bila dah halal, tak mahu disentuhnya pula. Buat bini macam kain buruk. Tipu lah ak tak rasa terhina. Ak minta pun dia tak mahu. Alasannya penat, penat bekerja.

Bila ak persoalkan zaman bercinta, dia kata zaman bercinta takda komitmen, takde apa nak fikir. Sekarang dah kerja penat fikir duit, fikir anak, fikir masalah rumah dan macam2. Tapi bagi ak itu semua alasan.

Hati ak kuat mengatakan dia takda n4fsu lagi pada ak. Kata orang, ak ni dah luak kena sentuh. Apa yang ak boleh kata, suami ak ni sayang dekat ak, yela kami sama2 first love, agak serasi, dia memang tak berkira dengan ak.

Oh ya tapi suami ak ni boleh tahan banyak kali kantoi macam ada scndal. Tapi tak pernah kantoi terang2. Entah lah dia ni mmg pandai menipu dan ak tak pernah ada bukti yang kukuh. Bukti semuanya sipi2 yang berjaya di’spin’ oleh dia.

Sebab tu ak masih bertahan walaupun ak selalu fikir dia ni jenis cari keseronokan luar. Dah kalau tak sentuh bini, mesti lah makan luar kan. Mungkin dah terbiasa dengan bende haram. Wallahualam.

Jadi nasihat ak pada semua wanita diluar sana, adik2 yang pada mata kasarnya kita ni solat cukup, tahu halal haram tapi tetap melakkan d0sa mksiat kerana tewas dengan lelaki, berhentilah lakkan mksiat. Bertaubat lah. Sangat lah sia2.

Mungkin bg kisah ak, lelaki yang merampas mahkota ak tetap bertanggungjawab terhadap ak tetapi tengok lah ujian perkahwinan kami.

Jaga lah maruah kita. Please la jangan terjebak. Elakkan lah. Lawan lah! Sebab lelaki ni akan bosan bila bende dia dah dapat. Sama ada dia tinggalkan kau seperti confession diatas, atau kalau berkahwin pun, nafsu dia dah hilang dekat kau.

Ak tahu ini mungkin kifarah dari dosa2 kami. Kerana tiang masjid yang didirikan tidak kukuh. Doakan rumahtangga ak kuat dan mendapat redha Allah. Ak tak pernah behenti berdoa demi kesejahteraan rumatangga ak kini dan mohon suamiku berubah.

– Insan Hina (Bukan nama sebenar)

komen warganet

Semoga dipermudahkan urusan kakak..Ini pun ujian hidup juga..Bertabahlah dan usaha sehabis baik untuk betul2 berubah & didoakan agar suami akak jgk diberikan hidayah oleh Allah SWT.

If we find sweetness in haram, Allah will take the sweetness away from halal.
It’s okay sis.. sama-sama taubat and banyak berdoa. Pasal your marriage and husband, mintak petunjuk dengan Allah, Dia je boleh tolong kita.

Kadang ak pelik.. Orang yang buat mksiat sebelum kawen, yang jenis urban kan boleh aje layan isteri macam biasa walaupun diorang pernah buat mksiat sebelum kahwin.. Pelik kan tetiba dah kawen takde nak sentuh isteri dah.. Ak rasa suami tu tak cinta isteri dia tapi takt nak bagitahu sebab banyak benda dah lalui bersama.. Better la kot cari kebahagiaan lain. Ape2 pun awak berhak dapat nafkah batin secukupnya walaupun awak pend0sa sebelum ini.

sumber iium