Angin sejuk bertiup masuk, spontan ak brpusing, ternmpk momok yg sama tengah terapung di udara di luar balkoni, bergentangan.

Ak mnyewa sebuah apartmen di Pulau Pinang atau dengan lebih tepat lagi di sebelah tanah besar. Di apartmen ini, ak tinggal bersama empat org lagi housemate. Sblm ini kami mnyewa di sebuah rumah flat tidak berapa jauh dari apartmen sekarang. Namun apabila mengetahui terdapat sebuah apartmen yg mana kadar sewanya hampir setara dengan rumah flat tersebut, kami mengambil keputusan untuk berpindah.

Ini disebbkan apartmen ini masih baru siap mungkin tak sampai satu tahun. Pastinya lebih bersih dan terjaga. Kami mula mnyewa di apartmen ini pada awal bulan Januari 2020. Pemiliknya merupakan seorg pemastautin tetap yg tinggal di Perak. Semasa kami mula masuk, masih banyak unit yg belum org tinggal. Mgkin hanya setengah daripada keseluruhan unit yg berpenghuni.

Apartmen ini setinggi 14 tingkat dan mempunyai dua blok. Setiap tingkat mempunyai enam unit rumah. Kami mnyewa di tingkat tujuh. Di tingkat tujuh ini, hanya tiga unit yg berpenghuni. Jiran sebelah kanan rumah ak merupakan pasangan berbangsa Cina berumur mungkin awal 30-an.

Mereka hanya tinggal berdua. Manakala seunit yg berada di hujung sekali dihuni oleh sekumpulan pekerja perempuan. Mgkin seramai enam atau tujuh org. Empat org housemate ak yg lain bekerja sekali dalam satu company yg sama. Cuma ak seorg saja yg bekerja di company lain iaitu ak bekerja di sebuah pasaraya dan bertugas di IT department.

Pada bulan pertama kami mnyewa, tiada sebarang perkara pelik yg berlak. Cuma kalau balik lewat mlm akan terasa sedikit sunyi sebab penghuni masih kurang. Kadang-kadang tu terasa juga seram sebab naik lif sorg-sorg. Namun bermula sekitar pertengahan bulan Februari 2020, sesekali akan terjadi perkara yg pelik. Tidak kerap, tapi membuatkan kami kadang-kadang tertanya-tanya dan bingung.

Mula-mula sekali yg terjadi adalah remote TV. Seminggu ada dalam dua kali akan hilang. Selalunya bila bangun pagi, nak buka TV mesti cari remote tak jumpa. Bergaduh kejap sesama kami siapa yg last tengok TV mlm tadi. Ak tuduh kau, kau tuduh ak. Lepas tu kena buang masa cari di merata tempat. Akhir sekali jumpa di dalam kasut, di luar balkoni, di atas suis utama rumah dan yg paling tak boleh brain dalam mesin basuh. Nasib baik tak kena basuh sekali dengan baju. Tak pasal-pasal kena beli remote baru.

Lepas tu kunci kereta atau motosikal disorokkan. Dalam rumah ni hanya ak dan seorg lagi housemate ak yg ada kereta. Nak dijadikan cerita, masa kelam-kabut dorg nak pergi kerja, kunci kereta dorg tak jumpa. Di pintu masuk, ada rak kunci yg mana kami semua akan gantung kunci kat situ. Mudah untuk ambil dan tak hilang. Berpeluh juga dorg mencari merata tempat sambil menyumpah seranah. Siap tuduh ak nak prank dorg. Jadahnya ak nak prank org pagi-pagi pergi kerja. Dengan ak sekali berpeluh juga pagi tu dok tolong mencari kunci.

Akhir sekali terpaksa dorg pinjam kereta ak. Ak pula pinjam motosikal dorg untuk pergi kerja. Dah balik kerja, elok pula kunci kereta dorg tergantung di rak kunci. Remote TV hilang kira okay lagilah. Bolehlah kata nak prank kawan-kawan. Ni bila dah melibatkan hal kerja, memang tak sedaplah. Seminggu lepas tu, kunci kereta ak pula hilang. Masa tu ak syif petang, sorg-sorg berlecak ketiak mencari kunci. Tak jumpa-jumpa juga dan ak sekali lagi kena pinjam motosikal housemate ak ke tempat kerja. Dah la hujan. Baju hujan pun tak ada. Hangin je ak.

Lepas kunci kereta ak hilang dan dijumpai elok tergantung di rak kunci, mlm keesokan harinya waktu makan di luar kami pakat berborak yg rumah tu ada something. Seorg housemate ak mula buka cerita yg di bilik yg dia duduk seorg, dia selalu terdengar bunyi ketukan di dinding.

Selalunya dia akan terjaga sekitar jam dua atau tiga pagi akibat ketukan tu. Tilam yg dia tidur betul-betul tepi dinding yg berkongsi dengan rumah sebelah. Ketukan tu macam org tumbuk dinding daripada rumah sebelah. Tiga kali ketukan. Senyap. Tiga kali ketukan. Senyap. Begitulah berulang-ulang sampai dia tertidur semula. Yang jadi masalahnya rumah sebelah tu mana ada penghuni.

Malam tu juga bila balik dari gerai makan, kami sekodeng rumah sebelah. Memang sah tak ada org tinggal. Dengan lantai nak masuk rumah pun berhabuk dan penuh tahi cicak. Rumah atas kami juga tiada penghuni. Cuma rumah bawah menyala lampu ruang tamu menunjukkan ada org tinggal. Kami menyedapkan hati bahawa org rumah bawah suka bergendang jam tiga pagi. Tak mampu menghilangkan keresahan, tapi kami terpaksa buat2 cool.

Akhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Pertama tiba. Ini merupakan permulaan hidup ak yg diselubungi misteri. Terkurung bersama mambang tak diundang selama hampir dua bulan. Ada banyak gangguan cuma ak pilih beberapa gangguan yg dirasa lebih pelik dan menyeramkan. Apabila PKP diumumkan, empat org housemate ak mengambil keputusan untuk lari pulang ke kampung halaman masing-masing. Dorg work from home. Kampung kami semua tak jauh pun, tak sampai sejam.

Ak pula kena kerja macam biasa sebab termasuk dalam essential service. Cuma waktu kerja berubah sedikit kerana pasaraya dibuka dan ditutup awal. Setiap minggu akan berselang syif pagi dan syif petang. Manakala ada hari yg ak bekerja syif penuh kerana penggiliran cuti staf department ak. Sblm dorg balik, masing-masing dok mengusik yg ak akan tinggal dengan momok. Tersenyum kelat je lah ak. Siap mencadangkan ak tinggal je kat pasaraya tu. Jangan balik rumah sampai PKP berakhir.

Sepjg tinggal di apartmen ini, tak pernah seorg pun daripada kami bermlm berseorgan. Kalau ada yg balik kampung, mesti sekurang-kurangnya dua org yg tinggal di sini. Malam pertama ak tinggal berseorgan, tiada apa yg pelik. Ak tidur awal. Tapi keadaan apartmen memang menjadi semakin sunyi sebab ramai penghuni yg dah lari balik ke kampung. Orang dah larang balik, tetap berdegil nak balik. Tak ikut saranan kerajaan betul.

Malam kedua ak mula diganggu. Ak syif petang dan tiba di rumah sekitar waktu senja. Masa ak tengah nak mengunci grill rumah, terdengar bunyi tapak kaki berlari laju dari arah hujung iaitu bermula dari rumah geng perempuan mnyewa menuju ke arah rumah ak dan terus senyap bila menghampiri rumah ak. Ak terfikir mungkin ada kecemasan menyebabkan ak membuka kembali grill dan menjenguk keluar. Langsung tak ada apa-apa. Ak membuat kesimpulan mungkin bunyi itu dari tingkat lain. Tapi berdasarkan bunyi tapak kaki yg sangat jelas dan dekat, ak rasa macam betul-betul ada org berlari di koridor tingkat ak.

Malam itu ketika betul-betul ak dah lalok nak tidur, ak diganggu dengan beberapa siri ketukan dari tingkat atas. Bunyi macam diketuk dengan hujung kayu mop. Macam tu la lebih kurang bunyinya. Ak tak terfikir sangat pasal momok ke apa sebab dah mengantuk sangat. Ak tekup telinga dengan bantal dan tidur. Bunyi ketukan ini boleh dikata hampir setiap mlm akan berlak. Tak kira waktu. Kadang-kadang awal. Kadang-kadang tengah tidur awal pagi sampai membuatkan ak terjaga.

Ada satu mlm tu masa ak tengah makan mee segera sambil tengok drama di TV, pintu rumah ak diketuk. Agak bertalu-talu macam tengah kelam-kabut atau suruh buka cepat-cepat. Pelik juga ak sapa yg ketuk mlm-mlm. Tak mungkin jiran Cina sebelah ni sebab dorg pun balik kampung sejak awal PKP hari tu.

Tapi bila ak nak pulas tombol, baru ak terfikir macam mana org tu ketuk sebab jarak antara grill dengan pintu kayu rumah ni cukup jauh membuatkan tangan org tak sampai nak ketuk. Lagipun rumah ni ada loceng buat apa susah-susah ketuk. Ak tak jadi buka. Ak terus ke tingkap dapur untuk menjenguk. Dari arah tingkap dapur ni boleh nampak pintu depan rumah. Tiada siapa. Sunyi je. Meremang bulu roma ak.

Di hari yg lain, ak pulang daripada syif pagi. Lepas makan, ak berehat depan TV dan tertidur sekitar jam empat petang. Ak terjaga kembali ketika pukul tujuh mlm. Keadaan dah samar-samar masa tu. Yang memeranjatkan adalah ak terjaga dalam bilik housemate ak. Padahal tadi ak tidur di ruang tamu. Menggelabah ak bangun buka suis lampu.

Kecoh group Whatsapp rumah ak mlm tu. Semua gelakkan ak sebab kena alih tempat tidur. Ada yg menyakat jangan kena alih tidur sampai ke dalam rumah jiran geng perempuan. Kena tangkap khalwat nanti. Hampeh! Ak tengah ketaktan, dorg boleh menyakat ak.

Ada suatu petg, masa tu ak tengah berak. Tiba-tiba terdengar org batuk. Kemudian berdehem beberapa kali. Bunyi tu memang betul di luar pintu tandas je. Menggelupur ak dalam tandas takt nak keluar. Risau bila buka pintu terus kena sergah. Lama ak berkurung sampai naik kebas paha ak. Berpeluh habis badan.

Akhirnya ak buat keputusan nak keluar juga. Sampai bila nak duduk atas jamban . Dengan getah paip di tangan, ak buka pintu laju-laju. Kalau kena sergah akan ak sembur dengan air paip ni. Nasib baik tak ada apa-apa. Terus ak tak mandi hari tu sampai esok pagi. Takt punya pasal. Sejak hari itu, ak berak dan mandi laju-laju. Tak tutup pintu. Fobia habis. Kadang-kadang ak berak siap-siap di pasaraya sebelum pulang ke rumah.

Kalau tak silap masa PKP Fasa 3, momok rumah ni dah pandai main suis. Dah advance. Sejak PKP Fasa 1, mlm2 ak akan buka semua lampu. Lantaklah bil letrik nak melambung, janji ak kurang seram. Tapi sejak momok ni suka main suis, ak dah letih nak ulang-alik buka kembali suis yg ditutup. Mula2 terjadi pada waktu mlm sekitar jam sembilan lebih. Ak tengah layan Facebook di ruang tamu. Tiba-tiba bunyi suis dipetik. Tengok lampu dapur dah padam. Ak mula-mula fikir lampu kalimantang tu dah rosak. Bila check, rupanya suis ditutup. Ak buka kembali.

Kemudian bunyi suis lagi. Kali ni lampu bilik pula terpadam. Terpaksa ak bangun buka kembali.

“Hang dah pandai main suis pulak ye…”

Selamba je ak tegur. Letih la kalau asyik kena bangun ulang-alik nak buka suis. Kemudian TV yg tertutup boleh tiba-tiba terbuka. Siap iklan tengah tunjuk iklan seeram. Melompat ak tutup suis pada extension wire. Dahlah tengah takt, tunjuk pula iklan seram. Terus ak rasa saluran TV patut diharamkan untuk menyian iklan seram pada waktu mlm. Sebabnya sangat tak sesuai ditonton oleh org-org penakt macam ak ni la. Cerita hantu pun tayg siang hari sudahlah. Kau setan ke apa tengok cerita hantu mlm-mlm? Tak takt?

Beberapa hari sebelum mula bulan puasa, ketika ini gangguan makin mengusutkan otak dan akal fikiran ak. Hari itu dan keesokan harinya merupakan off day ak. Sepanjang hari melepak je di rumah. Kejap dalam bilik, kejap tergolek di ruang tamu, kejap duduk depan koridor rumah tunggu gadis2 jiran balik kerja.

Malam tu dah agak lewat, tengah ak sedap tengok saluran RTM sebab RTM tak ada iklan seram tiba2 sliding door di balkoni bergegar macam ada sesuatu yg melanggar atau menampar. Sliding door tu memang tiap-tiap mlm ak buka untuk bagi angin masuk. Ak check langsung tak ada angin yg bertiup dan tak ada burung atau apa yg melanggar. Bila ak berpusing kembali nak masuk ke ruang tamu, tiba-tiba lampu dapur terpadam. Sekali imbas ak nampak bayg-bayg putih yg samar berdiri menunduk dengan rambut panjang di ruangan dapur. Sekejap je terus hilang.

Menggeletar terus lutut ak masa tu. Nak berdiri pun dah goyg. Ak capai telefon terus call housemate ak. Sambil nak nangis ak minta dia teman ak buka lampu dapur. Walaupun terasa macam b0doh minta teman dari jauh, sekurang-kurangnya ak tak rasa sunyi sangat dengar suara org lain. Cepat-cepat ak buka lampu dapur dan kemudian berlari tidur di ruang tamu. Itulah first encounter ak dengan momok dalam rumah ini. Berjantina betina rupanya.

Sejak awal gangguan hari tu, bukan ak tak nak tumpang tidur rumah staf office ak yg lain. Masalahnya dorg semua dah berkahwin. Dah senior. Ak paling junior dalam department ak. Seganlah nak minta tumpang dengan alasan ada hantu dalam rumah. Jatuh saham ak. Dua hari sebelum puasa, ak kena ganggu waktu tidur. Ak tidur di ruang tamu dengan lampu semua terbuka. Tiba-tiba ak rasa macam org mencuit lengan ak. Macam mak-mak kejut bangun tidur. Berkali-kali cuit sampai ak terjaga.

Bila ak buka mata, rumah bergelap. Semua lampu dah tertutup. Tiba2 bunyi ketawa seakan mengilai. Sekali sahaja mengilai, bunyi sayup-sayup dari arah sliding door balkoni. Pintu balkoni tu memang ak tak tutup sebab nak bagi angin sejuk bertiup masuk. Spontan ak berpusing, ternmpk momok yg sama tengah terapung di udara di luar balkoni. Bergentangan. Sekejap saja dia tunjuk rupa terus menghilang macam terbang ke atas. Mata ak terus rasa berpusing dan pandangan rasa macam nak makin gelap. Rasa nak pengsan.

Menggeletar seluruh tubuh ak. Badan dah mula berpeluh. Jantung berdegup sangat laju. Nak nafas pun terasa tak lepas. Terus ak mengerekot tidur sambil tutup kepala dengan bantal. Segala doa yg terlintas terkumat-kamit ak baca. Esoknya badan ak terasa lesu. Rasa hilang semangat. Kerja pun rasa lembik tak bermaya. Balik dari kerja, ak singgah di pondok guard. Dengan mata yg bergenang ak cerita kat guard warga Nepal tentang rumah ak yg ada hantu.

“Kalau abang takt, mlm abang tidur sini guard pondok. Saya bolih timan. Kawan saya pun bolih timan abang. Sikarang abang tulis number telefon saya. Kalau takt, abang call sama saya satu kali. Saya tirus naik atas. Abang jangan takt abang. Kalau abang lagi takt, itu hantu lagi ada kuat kasi kacau kita.”

Bila difikirkan, ada betulnya apa yg guard Nepal tu cakap. Kalau kita makin takt, makin seronok hantu tu nak kacau. Makin menjadi-jadi pula sejak ak jadi semakin takt sekarang. Ak cuba kuatkan semangat. Ak berharap sangat PKP tidak dilanjutkan ke Fasa 4 supaya housemate ak segera balik ke sini. Sejak momok tu dah tunjuk rupa dia, ak rasa sangat gelisah tiap kali pulang ke rumah.

Namun, PKP tetap dilanjut ke Fasa 4. Ak pasrah. Dalam bulan puasa ini ada lagi beberapa siri gangguan yg lain. Antaranya ketika ak berjalan di koridor, ak nampak bayg hitam laju masuk ke rumah jiran ak. Bunyi ketukan tetap berterusan. Suis lampu tetap terpadam sendiri. Nama ak dipanggil pun beberapa kali terjadi.

Cerita pasal nama ak dipanggil ni memang cukup menyramkan. Nada suara tu halus dan mendayu-dayu. Sayup-sayup macam angin lalu. Sekejap bunyi jelas, sekejap macam jauh putus-putus. Debarnya jangan pernah cakap. Nasib baik ak tak pernah menyahut panggilan tu.

Momok betina itu juga beberapa kali menunjukkan rupanya. Selalunya sewaktu ak terjaga tidur di tengah mlm. Modus operandi dia sama je. Tunjuk sekejap, terus menghilang. Siap hilai tawa sayup-sayup. Kalau ak mengaji atau baca Yasin terutama pada mlm Jumaat, tengah mlmnya mesti makin kuat dan rancak bunyi ketukan. Macam marah.

Pernah dua kali semasa ak sedang solat Isyak, mata ak pandang tempat sujud, tapi dari ekor mata ak dapat melihat momok betina tu berlegar di luar tingkap bilik. Lepas tu terus ak solat betul-betul depan dinding. Namun ak dapat rasakan macam ada mata yg memandang ak. Mgkin perasaan ak sahaja, atau mungkin juga memang betul-betul ada yg memandang.

Guard Nepal pun tiap-tiap mlm dia akan meronda di tingkat ak. Sblm datang dorg akan call dulu, kemudian dorg akan bertanya khabar ak. Ak ada ajak dorg tidur rumah ak. Tapi dorg tolak. Takt bos marah. Kawan ak kat sini sekarang dorg je la. Kalau ak balik kerja, ak akan lepak dulu sekejap kat pondok guard dengan jarak selamat satu meter atau lebih. Sesekali kalau ak beli juadah berbuka puasa, ak akan bungkus air atau kuih untuk dorg sekali.

Ak dah minta housemate jumpa ustaz untuk dapatkan air penawar dan tanya apa-apa langkah yg patut kami buat nanti untuk “cuci” rumah ni. Rumah ni dah teruk sangat gangguannya. Doakan ak dapat bertahan harungi PKP ni sampai housemate ak balik semula…

**Nota: Terima kasih kepada sahabat penyumbang isi cerita ini. Terus tabah!

-TAMAT- sumber fiksyen syasha

komen netizen

ada kee ustaz yg betul2 boleh ubat untk org yg sakit kita sndri tktahu kenapa? nk kata mental pun takk, nk kata gangguan wallallahualam. cuma mntk kalau betul ada, boleh dm saya tak. saya akan personal cerita.

Tkt.7.. biasa level dia tu
Saya pnh mnyewa apartmen tkt 9.. ha mcm2..Saya duk sorg2 je. Bilik ade 3. Tgh mlm menyambal weh tumbuk lesung. Adehh.. tabur2 guli.. krekk krekk krekkk.. memula tu ak ignore je. Tapi lama2 makin menjadi2 plak. Satu mlm tu ak nak tdo, esok keje pagi. Main guli krekk krekk krekkk.. haish tak boleh jadi ni. Ak tertanya2 memang org atas main guli ke memlm hampir setiap hari. Ak pun bersuara, “lepas ak baca bismillah kau senyap bermakna kau memang syaitan… Auzubillahi minasy SYAITHOOOOOOONN NIRRAJIMMMM.. Bismillahirrahman nirrahim…” Terus senyap, takdak bunyi guli apa dah. Takda menyambal tengah2 mlm. Kantoi lettew. Sah bukan org. Lepas tu tiap2 mlm ak pon lena tido mat1.

Pkpb ni boleh dah kot panggil ustaz tengok-tengok apa yg patut. Kira berani tu duduk rumah sorg2, kalau ak..lagi rela cabut drpd dok sorg2.

Jin nak kacau xkira tone bln puasa pn xda cuti..bru dua hari lps ada anjing liar dpn rmh duk myalak main bkejar dpn rmh pkl 3 pg..esk pg elok setompok lebam duk tang peha mai mn xtau bulat elok ja