Suasana Keadaan Pasar B0r0ng KL kini milik warga tempatan, bebas kuasa pndatang asing

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Minoriti (DPM), Mohd Zulkifli Abdul Fattah memuji tindakan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang berjaya mengusir warga asing di Pasar Borong Selayang.

Berikutan itu, warga tempatan telah mula bekerja di pasar tersebut malah mendapat sambutan warganegara yang menganggur termasuk gelandangan selepas pihak majikan membuat iklan peluang pekerjaan.

“Kami merakamkan penghargaan kepada Annuar dan timbalannya serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mula mengambil tindakan drastik membebaskan Pasar Borong Selayang daripada dibolot warga asing dan mengembalikannya kepada rakyat.

“Dari maklumat yang kami terima, iklan tersebut mendapat sambutan dan membuktikan rakyat tempatan tidak memilih pekerjaan kerana peluang pekerjaan mereka sebenarnya telah dirampas oleh warga asing.

“Warga asing yang pada mulanya bekerja sebagai pekerja am di pasar borong itu berjaya memonopoli kawasan tersebut dalam jangka masa singkat.

“Ini berpunca pemegang lesen mencari jalan mudah menyewakan lot kedai kepada warga asing dan mengaut keuntungan ‘atas angin’,” katanya menerusi laporan Malaysia Gazette.

Menurut Mohd Zulkifli, terdapat samseng menjaga kawasan pasar itu yang mengutip wang perlindungan daripada warga asing bagi memastikan keselamatan mereka.

“Kesannya, seluruh kawasan pasar borong itu dan sekitarnya menjadi penempatan warga asing dan ini semua berlaku disebabkan rasuah.

“Jika warga asing boleh berniaga, berkuasa dan membuka penempatan sendiri di kawasan ini, punca utamanya pasti ada kebenaran dari pihak tertentu.

“Kami ada membuat tinjauan dan mendapati kebanyakan warga asing di kawasan ini adalah pemegang kad UNHCR, selain Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati),” ujarnya.

Sumber : Manzaidi Mohd Amin (Malaysia Gazette)

Komen warganet

Teruskan jalankan tugas penguatkuasa..ni la jalan trbaik membela rakyat sendiri…harap semua pasar ambil warga tempatan berkerja…semua pekerja asing dihantar balik negara asal mereka,melainkan pekerja ada permit dn juga sektor2 yg rakyat malaysia tk blh nk kerja seperti sektor banggunan.

Rakyat tempatan selayang sila jd cctv buat semua. Nampak je ada warga asing mula bekerja di pasar terbabit boleh up dlm group ni supaya peniaga2 disana beringgat utk tidak mudah mengalibabakan lesen atau mengaji warga asing. Biar ia kekal utk penduduk tempatan warganegara malaysia. Nak harapkan penguatkuasa mungkin mereka x 24 jam disana jd kita sebagai rakyat kena gunakan kuasa yg ada.

Kena pantau berterusan. Tokey tokey org msia tak kira bangsa tak mngspa! Janji pkj misti org msia. Penguatkuasa kena buka bilik gerak an Di sana. Dan sprm kena Terowong jugak ni. Jika tgk ada kelibat warga asing bekerja terus ikat.. Tambat. Dan boleh antar balik.

Terima kasih kami ucapkan kepada pihak yang terlibat jika ini benar & harap akan datang tidak ada peniaga dari warga asing. Jika ada, jangan salah kan netizen untuk buat kerja plak. Bukan apa, kami ni dah penat dah dengan janji dari pelbagai pihak ni. Sekali lepas 2 3 minggu bersepah balik muka2 pendatang tu.

sumber nalurikini