“Alahai, Bayi siapa pulak yg aku gendong ni”. Jam 12 malam, ada ‘baby’ nak tumpang mnyusu

Gambar sekadar hiasan. Mak-mak terutamanya yang menyusukan bayi. Ada cerita seram sis nak kongsi. Baru saja terjadi sebentar tadi.

Begini ceritanya. Pada dua malam ini termasuk hari ini, sis rasa baby menyusu kuat dari kebiasaan. Sis masih belum syak apa apa.

Semalam mula jam 12 hingga subuh, baby menyusu tak henti henti. Tapi sisi tak hairanlah dengan perubahan baby sebab dalam hati kata mungkin air susu berkurangan dan baby kurang kenyang.

Tapi entah kenapa bila baby bangun jam 12 tengah malam tadi menyusu kuat sangat. Nak lepas pun dia tak nak sampai menangis nangis. Sis pun bangunkan kakaknya suruh tengokkan sekejap, nak pergi ke tandas dan ambil air untuk minum.

Sambil minum, sis pun bagilah dengan baby air dalam gelas, mana tahu dia boleh kenyang minum air. Tapi dia tak mahu. Sis pun suruh kakaknya ambil botol susu.

Niat nak bagi baby menyusu di botol supaya hilang haus. Kesian juga kan, mana tahu air susu badan ini tak mencukupi. Tapi kakak dia tak jumpa botol. Jadi, niat nak bagi menyusu guna botol tak jadi.

Tiba tiba pula rasa lain macam dengan gaya baby ini. Mak mak memang cepat perasan dengan perubahan anak sendiri, kan naluri seorang ibu.

Terasa nak dengar ayat ayat ruqyah, jadi sisi pun capailah handphone, buka ayat ruqyah (utuk tidurkan bayi). Jadi, baby pun sambung lagi menyusu dengan gaya posisi baring.

Sakit puting dibuatnya. Mak mak je yang faham bab bab ini, lebih lebih lagi yang susukan anak sepenuhnya.

Sampai setengah ayat ruqyah itu dipasang, baby pun terlelap dan mulutnya sudah melepaskan putingnya. Terus sis lega. Dalam hati, bolehlah sambung tidur.

Mata sis pun sudah nak terlelap. Ayat ruqyah tadi pun sis tak sedar sebab senyap dah. Mungkin dah habis dan handphone auto off.

Tiba tiba baby menangis. Sis pun dengan separuh mata terbuka dan samar samar. Bilik memang dah gelap, sis tak biasa tidur dengan lampu hidup. Adalah juga cahaya masuk sikit dari luar tingkap.

Sis pun gendonglah baby dalam keadaan sis masih baring. Angkat satu tangan, tapi lepas angkat tu dalam keadaan samar samar, baby menangis nangis macam nak susu lagi. Sis toleh sebelah, tengok di tilam ada lagi baby yang sama.

Alamak??!! Baby siapa pula yang aku gendong ni?! Memang dah rasa seram di situ (badan masih dalam keadaan posisi baring). Badan sis pun tiba tiba tak boleh bergerak, seperti ada yang menahan dan badan terasa lemah sangat. Nak bangun, tetapi tak dapat. ‘Baby’ yang digendong pun macam tak nak dilepaskan.

Walaupun bilik itu gelap, sis masih nampak. ‘Baby’ ada dua di dalam bilik. Dalam hati ini berzikir tak henti henti. Posisi masih baring pegang ‘baby’ tu sebelah pula ada lagi lembaga hitam duduk di depan sis.

‘Baby’ yang menyamar serupa baby sis yang menangis nangis. Sis nak lepaskan tetapi tak dapat. Badan pula lemah sangat. Allah saja yang tahu perasaan sis pada masa itu.

Zikir punya zikir, akhirnya ‘baby’ dan lembaga hitam yang ada di depan terus lenyap! Cepat cepat sis tengok anak yang dari tadi tidur nyenyak tanpa mengetahui ibunya sedang berhempas pulas menghadapi situasi mencemaskan. Syukur.

Sekarang jam 3 pagi. Menyempat lagi sis menaip kisah ini. Bukan apa, mata tak dapat lelap gara gara kejadian itu. Alhamdulillah semua okey sudah. Baby pun masih tidur nenyak. Sis nak cuba tidur dulu.

Pesan sis, bila bagi susu anak terutamanya yang menyusu badan, bacalah doa dulu sebelum susukan anak. Bimbang terjadi perkara yang tidak diingini. Ada pula yang menumpang menyusu. Mujur cepat-cepat tersedar. Kalau mak mak rasa perangai baby kamu ganjil, kemungkinan ada sesuatu yang mengikuti.

Semoga bermanfaat kepada mak-mak dan berjaga jagalah.

Reaksi warganet

Nur Ainul –
Biasa terjadi. Saya rasa menyusu anak tapi cara dia menyusu tu dalam keadaan bertinggung. Buka lampu hanset terkejut ada budak penuh selut. Anak tido nyenyak hujung tengah peluk kaki sya.. Saya terkejut dua kali seolah mimpi jaga mimpi.

Arna Edna –
Saya pernah kena. Tersedar dari tido, punya tersentak, terkejut tengok muka bby saya berubah macam buruk sangat2. Dalam gelap samar2 gitu. Sebelum tu nampak macam tangan makhluk ape ntah wrna hitam, dari luar tingkap. Cuba capai benda kat dalam rumah.

Mengucap panjang saya. Memang masa tu bby saya asyik nangis, nak menyusu je smpai ke pagi. Smpai sekarang tak tau ape benda tapi mak penah cite tapak rumah kami tu ada ‘benda’. Wallahualam.

Siti Norain –
Mak saya pernah cite , masa dia kecik adik bongsu dia menangis kuat dibuaian masa tu da malam buta mak saya masih bangun. Nenek mamai2 bangun duduk sambil buai maksu.

Tiba tiba ada suara dari luar pangil nama nenek ” sah ..ohh sah .. “.

Mak saya cepat2 bangun nak buka pintu, terus nenek panggil mak kata, ” jangan buka “.

Tak lama lepastu dia panggil lagi sekali tapi kali ni suara dia betul betul depan pintu rumah. Nenek saya terus baca ayat qursi kuat kuat sambil pujuk maksu. Benda tu terus mencarut di luar rmh ” bodo .. siall!! ” sambil brlalu pergi .

Roszita Rohani –
Dalam pantang sampai habis pantang aku dengan suami terpaksa berkorban tido dalam keadaan lampu bilik terang benderang. Takde nye nk tido dalam gelap. Selepas pantang baru tutup lampu bilik tapi guna lampu tido sisi katil. Kerana bimbang menda2 macam nii lah

Nurul Hazwani Zakaria –
Mintak suami dear start azan slow je dari kanan penjuru rumah, dari pintu masuk. Ikut setiap penjuru rumah belah kanan tadi, berakhir di pintu masuk tadi penjuru belah kiri. Masuk bilik ya. Skip tandas.

Tutup pintu. Maghrib tutup. Rugyah ayat alquran sentiasa buka. Nie ustaz ajar. sis buat macam nie jugak. Bila masuk hotel2 dan homestay. Insyallah tiade gangguan. Cuma klo kat hotel jangan kasi mereka kemas. Kalau tak , kena repeat semula. Azan slow je setiap penjuru.

Ida Syahidah –
Sama macam saya. Saya pun pernah terkena macamm sis jugak. Waktu lahirkan anak ke 2 anak saya pernah admit kat wad baby hrpz2.

So hari ke 4 anak saya admit barula saya dapat tinggal di mac bersama dengan baby saya. Dalam kul 2 3 pagi lah masa tu saya masih sedar lagi.

Sedangkan mac tu penuh dengan ibu2 lain jugak. Lepastu bilik mac tu pun cerah sebab staff hanya tutup sebahagian lampu je. Nak dijadikn citer, saya lepas mnyusu anak saya terus letakkan baby saya dalam cot baby. Lpastu nak lelapkn mata untuk rehat.

Dalam keadaan sedar tak sedar rasa macam jiran sebelah katil tu meraung macam kna histeria. Perasanla jugak ada staffbnurse pergi kat hujung katil tu. Saya pun dalam keadaan mamai malaslah peduli apa yang terjadi sebab rasa macam letih dan mengantok sangat.

Tiba2 saya terasa ada lembaga datang tindih saya pastu main angkat2 bahagian kaki katil. Masatu saya memang dah sedar tapi nak bsuara tak boleh, rasa macam berat sangat mulut ni. Pastu siap ada ‘baby’ satu lagi sedang menyusu susu badan saya.

Sedangkan saya terang2 nampk baby saya sedang tido lena dalam cot baby. Lepas baca ayat2 ruqyah dalam hati, baca punye baca barula lembaga tu tak kacau dan ‘baby’ kat sebelah saya tu hilang.

Alhamdulillah esoknye baby saya boleh discaj. Kalau tak rase tak sanggup dah nak duduk dekat mac tu untuk semalaman lagi. Inila salah satu pngalamn berhantu yang tak boleh saya lupakan.

Sumber: Kisah Rumah Tangga

Kisah diatas pertama kali dikongsikan di laman FB KRT pada bulan Oktober 2019. Tidak dapat kami pastikan samada ianya adalah kisah yang benar berlaku ataupun rekaan semata mata.