Ibu menjerit minta maaf. Dh ada cucu, masih galak dibelakang. Kesian ayah. Kini ibu dibalas

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.
Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku terpanggil nak buat pengakuan kat sini setelah baca kisah adik adik yang mak masing2 currang ngan ayah diorang.

Samalah dengan aku. Bezanya mak korang currang masa korang budak budak. Mak aku currang masa aku dah beranak pinak means mak aku dah bercucu pun. Dah warga emas.

Bukan tuduhan melulu tapi dengan bukti sepasang mata ni perlakuan sumbang diorang. Mesti korang pelik mana aku tau. Aku jumpa video ziina tu dalam handphone aruwah bapak aku, 3 bulan sebelum dia meninggal. Sekarang dah masuk tahun ke 4, aruwah kembali ke alam abadi.

Tahun 2013 masa umur anak aku yang kecik setahun, mak aku kena sakit misteri. Sakit yang tak tau hujung pangkal. Keluar masuk hospital dah macam rumah ke dua tapi doktor masih tak dapat kesan sakit apa. Atas nasihat seorang doktor melayu, dia sarankan untuk berubat cara kampung.

Korang bayangkan azabnya sakit mak aku sampaikan kitorang tak boleh pegang dia. Kulit dia rasa terbakar, perit padahal luaran nampak molek je. Jalan macam orang baru beranak 0peration, tido malam selalu mimpi kena cekik, kalau tersentuh baju dengan kulit mak aku mengerang, belum kitorang peluk or urut lagi.

Aku dengan aruwah ayah lah ke hulur ke hilir mencari tempat berubat. Pantang dengar ada orang pandai berubat semua ceruk kami pergi. Kalau duit tak payah cerita beribu habis. Alhamdulillah lepas 2 tahun berusaha akhirnya mak sembuh sepenuhnya.

Kisah kecurrangan mak bermula disini. Dia minta izin nak ikut rombongan ke langkawi. Aruwah ayah izinkan. Balik dari langkawi mak ada minta aku SMSkan seseorang bagitau dia dah ada kat rumah. Aku tak syak apa2 sebab dia pergi rombongan dengan kawan2 dia, sorang dua tu aku kenal dari kecik (perempuan).

Untuk pengetahuan korang aku tak serumah ngan mak bapak aku. Tapi rumah kitorang tak jauh. Satu hari tu aruwah ayah call, minta kau datang rumah dia. Sampai sampai aku tengok mak bapak aku tengah gaduh besar. Siap nak ke pejabat agama bagai. Aku yang tak tau apa2 minta dua dua bersabar. (Sumpah kalau aku tau sebab apa masa tu jugak aku suruh bapak aku cerraikan mak).

Sebagai langkah nak meredakan keadaan aku hantar mak seminggu ke rumah adik. Sementara aku teman ayah kat rumah. Hari ke 3 dekat rumah, baru ayah buka cerita dia syak mak aku ada skandal tapi dia tak tau dengan siapa. Mengucap panjang aku masatu.

Rupanya anak aku (14 tahun masa tu) tau hal ni. Dia siap rekodkan setiap perbualan telefon mak aku ngan skandal dia (macam cerita spy dekat tv tu). Aruwah ayah minta aku nak dengar rakaman tu, mengucap panjang aku.

Ya Allah, rupanya macam macam mukadimah ziina diorang dah buat dalam kereta. Dan untuk pertama kalinya aku melihat lelaki kesayanganku ini menangis.

Aku minta ayah bersabar, mungkin mak melakukan ini semua sebab salah ayah dulu cuba menduakan dia (bodohkan aku). Kata aruwah ayah. “Aku tolong je pompuan tu, takde buat bukan bukan tapi mak kau, sampai hati…”

Silapnya aku sebagai anak, aku tak pernah berdepan dengan mak bertanyakan dia tentang hal ni. Cuma aku selalu dengan aruwah ayah sound sound mak kalau dia tak sembayang,

“Mak kau ni perasan muda, tak ingat mati”. Haritu, hari Jumaat yang mulia, lepas balik solat jumaat aruwah ayah call aku. Dia tanya aku ambil mak ke? Sebab baju tak bersidai, tak masak, rumah tak siap kemas tapi mak takde. Aruwah ayah kata,

“Mak kau pergi menyundallah tu”.

Astaghfirullah aku cuba sabarkan ayah. Aku call mak first tak angkat, kali kedua baru berjawap dengan termengah mengah. Katanya pergi rumah kawan.

Sorry la korang cerita ni panjang. Hope korang tak boring baca.

3 bulan sebelum aruwah ayah meninggal Allah bagi aku petunjuk, aku tak sengaja terscroll video dalam handphone aruwah. Aku tengok mak aku tengah berziina dengan orang yang aku kenal. Dengan Doktor klinik panel tempat kami. Aku diamkan, aku jadi takut kalau aku ajak bersemuka mak dan ayah mau jadi cerrai berai dan aku dipersalahkan.

Masih terngiang ngiang dekat telinga aku,

“Kalau aku cerraikan mak kau siapa nak bela dia, siapa nak amik dia, ubat dia bukan murah, aku simpan mak kau ni kerana Allah”.

Ya Allah mulianya hati ayah. Selama ini dia tau perbuatan sumbang mak tapi dia pendam. Jangan kata ayah aku dayus ok. Mak aku yang degil tak nak bertaubat. Dia pernah cabar aruwah ayah aku cerraikan dia.

Hari ke 3 aruwah ayah pergi aku bersemuka dengan mak. Aku tanya pasal kecurrangan dia. Mati hidup balik tak mengaku. Lepas aku detailkan video yang aku tengok mak meraung minta ampun. Aku bagitau kita satu family dah tau perbuatan mak. Meluap luap drah aku marahkan mak, carutkan mak.

Lepas habis edah aku tengok mak tak berubah, makin galak sebab dia tinggal sorang kat rumah. Aku tak tau apa dia buat belakang aku. Tapi kuasa Tuhan mengatasi segalanya. Balasan Allah itu pasti dan doa orang orang yang teraniaya pasti makbul.

Buktinya tahun lepas mak aku tiba tiba koma, k0mpikasi buah pinggang, jngkitan kuman dalam air kencing, knser payudara, batu dalam hempedu, str0ke, sakit jantung, atrtis etc. Doa aruwah ayah,

“Mak kau, kalau dia tak bertaubat tak insaf, esok kalau dia sakit lagi teruk daripada ni dia kena”. Makbulkan?. Siapa jaga dia? Akulah sebab adik beradik aku tak nak jaga dia. Semua lepas tangan. Senang cerita semua buang dia. Aku selalu ingatkan mak, doa yang baik baik untuk anak anak, aku selalu ingatkan dia d0sa d0sa dia pada aruwah ayah. Mudah mudahan dia insaf. Dendam? Benci? Semua aku dah buang jauh jauh.

Sebelum ni Allah uji aruwah bapak aku, sekarang Allah uji aku suami isteri. Jaga mak aku dalam masa setahun lebih ni kitorang hampir bercerrai, sebab peel mak aku. Alhamdulillah jodoh kami panjang.

Buat suamiku terima kasih sentiasa menjadi tulang belakangku selama ini. Dan buat emak. Semoga emak benar benar bertaubat akan d0sanya dan ikhlas dengan kami anak menantu.

Yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Kongsikan, semoga menjadi pengajaran dan peringatan buat kita semua.

– Aku bukan pendendam (Bukan nama sebenar) via IIUMC