Filipine ‘halau’ pulang 500 pelancong China dari Wuhan.

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.
Hampir 500 pelancong Wuhan (China) yang tiba di Kalibo Aklan, Filipina, akan dihantar pulang ke negara asal, minggu ini.

Pengarah Eksekutif Lembaga Penerbangan Awam, Carmelo Arcilla berkata, dua syarikat penerbangan Royal Air Charter dan Pan Pasific Airline akan menghantar pulang pelancong terbabit ke Wuhan dalam tiga penerbangan khas bermula Jumaat, Sabtu dan Isnin.

Pesawat berkenaan juga akan kembali ke Kalibo tanpa membawa penumpang. Dalam tempoh menunggu dihantar pulang ke negara asal, tiada seorang pun pelancong yang dikuarantin kerana tiada yang menunjukkan tanda-tanda mereka mengalami simptom koronav1rus.

Sementara itu, Senator Risa Hontiveros berkata, pihak berkuasa Filipina sepatutnya mempertimbangkan untuk mengenakan larangan perjalanan selama sebulan untuk sesiapa sahaja yang datang dari Wuhan bagi mengelakkan penyebaran penyakit itu ke Filipina.

Sumber: CNN Philippines via the reporter

Tiada rancangan untuk larang Pelancong China masuk Malaysia, tetapi perlu jalani saringan ketat – PM

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tiada rancangan untuk melarang pelancong China memasuki negara ini buat masa ini susulan merebaknya wabak koronav!rus di Wuhan, China.

Buat masa sekarang, kerajaan hanya akan menjalankan saringan ke atas penumpang dan pelancong yang tiba di negara ini, katanya.

“Jangan halang mereka. Kita akan periksa mereka (pelancong), dengan memeriksa (mereka) ia akan membolehkan kita mengesan (sebarang tanda virus itu) pada peringkat awal,” katanya pada persidangan akhbar selepas menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di sini, hari ini.

Hari ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan tiga daripada lapan warga China yang dikuar4ntin di Johor Bahru positif koronav!rus, atau disebut juga Wuhan koronav!rus.

Ketiga-tiga pes4kit itu, yang diasingkan dan dirawat di Hospital Sungai Buloh, adalah keluarga rapat kepada seorang lelaki warga China berumur 66 tahun dari Wuhan, yang tiba di Singapura pada 20 Jan dan disahkan pada 23 Jan sebagai kes pertama Singapura dengan individu yang sah positif mengalami v!rus itu.

komen warganet

xpe.. jemput smua pelancong dr china dtg malaysia.. bentang red carpet pastu kuarantin smua dlm rmh menteri smua.. setel.. negara lain smua da sekat pelancong dr china msk negara dorg..tp negara kte mgalu alu kan lg dorg.. malaysia!! isu influenza polio pun xabis lagi.. nie tmbh lg isu..ko nk tgu kami jd zombie dulu ke otak mne otak..

Org cakap negara Filipina miskin tetapi mereka berani halau pelancong China .negara Filipina lebih sayang rkyat sndri bukan mcm negara Malaysia .pak menteri lebih sayang rkyat China dari rkyat sndri ..btul2 penakut pak menteri Malaysia ..

Aku sokong kerajaan Filipina…dorang mengambil pendekatan mencegah lebih baik dari rawat..Tapi kat malaysia…mai le datang…boleh makan2…minum2…tak mau balik pun takpe..

Pepatah ade sebut MENCEGAH lebih baik dari merawat..cara diorng nie betul sb nk mencegah tp ade tempat tu cegah pn xnk rawat pn blm tentu mampu sb tu nk alu alukan lagi dtg kononnye melawat sb tkot xde yg melawat lau blh jemput nk g jemput barangkali..lau merebak pn lantak jelh asalkan dtg melawat blh famous blh terkenal di mata dunia..punggah la byk2 bwk dtg melawat risau ekonomi jatuh tp xpikir lau merebak hbs lg jahaman ekonomi..ce teka tempat mana ka itu

Sumber: Bernama via the reporter