Diam2 minta tolg jiran ahmoy beli UPT. Hamil anak ke 7, aku tekad. Suami xmemahami, aku dah letih

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Foto sekadar hiasan. Aku nak buat confession mengenai sesuatu yang aku lakukan 3 tahun lepas. Aku tau aku akan dik3cam, mungkin ada insan baik hati yang akan bagi kata nasihat, ada insan yang kesian akan doakan yang baik2.

Tapi aku redha kalau dik3cam. Sebab apa aku dah buat memang berd0sa tapi aku terpaksa. Confession aku buat sebab v!ral ada sorang ust cakap anak ramai bukti kelakian dan kesuburan wanita. Aku tak setuju sangat.

Aku buat perkenalan dulu supaya kalian dapat menghakimi aku secara keseluruhan. Aku sorang wanita berumur pertengahan 30 an dan beranak 6. Aku dah masuk 8 tahun kahwin. Maksudnya aku beranak 1 tahun sekali.

Dulu aku kerja. Gaji boleh tahan la. Aku dulu sekolah asrama, belajar sampai degree. Dapat anak kedua, suami aku suruh aku berhenti kerja jaga anak. Sebab bayaran pengasuh mahal, katanya. Dia suruh duduk rumah, jaga, susukan anak, banyak dapat jimat duit. Dia mampu. Dia janji akan bagi aku nafkah, apa saja aku nak.

Awal2 memang dia tunaikan janji. Masuk anak keempat, janji mula dilupakan. Bila aku minta duit, macam peminta sedekah. Kena bebel dulu. Baru bagi. Itupun setengah daripada apa yang aku minta. Baju baru? Baju dalam baru? Kasut baru? Dah lama aku tak bau barang baru.

Kulit muka pon menggerutu sebab aku tak ingat bila terkakhir aku buat facial. Dulu masa bergaji aku selalu pergi spa dan facial. Suami aku kerja sendiri. Gaji ikut rezeki. Tak tetap.

Tapi dia memang rajin cari duit. Bawak lori, tolong kawan niaga pasar malam, bazar. Tapi akibatnya keluar kerja sebelum matahari naik. Balik kerja bila dah tenggelam.

Bab jaga anak, dia boleh diharap. Tapi bab tolong buat kerja rumah, dia memang tak sentuh langsung. Semua aku buat sendiri. Tapi dia tak bising kalau baju berlonggok, rumah sepah. Cuma aku yang sakit mata. Jadi aku gagahkan diri buat. Malam-malam kalau suami dah balik, dia layan anak2. Masa tu aku ambil untuk uruskan hal rumah.

Kalau mertua dan ipar, mereka di negeri lain. Mereka tak campur sangat urusan kami sekeluarga. Tapi mereka keluarga besar. Suami ku ada 8 adik beradik. Ibu bapa aku dan men1nggal dunia masa aku ada anak 1. S4kit tua. Mula2 ayah, lepas tu ibu. Aku ada seorang adik laki, dia sekarang ambil Master. Belum kahwin. Kami tak rapat. Biasa-biasa je.

Aku tak pakai apa-apa penghalang kehamilan. Aku mahu. Tapi suami tak izinkan. Dia suka anak ramai. Meriah, katanya. Lagipun dia rajin layan anak. Aku sungguh penat tapi aku bodoh, ikut kata suami membabi buta. Sampailah takdir, aku mengandung anak ke-7. Tepat masa anak ke-enam ku berumur 1 tahun 2 bulan. Aku mengandung lagi. Aku nangis. Aku tak sanggup. Aku letih sangat. Aku baru 30-an tapi aku nampak macam nenek orang. Aku dah beruban.

Aku rayu suamiku supaya bagi aku masa untuk diri aku tapi ayat dia,

“Mak saya dulu boleh je. Besar elok je saya adik beradik. Takde spa takde urut lah orang dulu2”.

Aku str3ss. Aku rindu kawan2 aku yang sekarang dah lost contact. Aku takde orang nak luah. Aku pernah juga luah aku penat kepada suami. Aku minta dia ingat janji2 dia masa aku berhenti kerja. Dia tuduh aku tak bersyukur. Tak bersyukur dia masih lagi setia, balik rumah setiap malam walaupun selepas penat seharian kerja. Dia kata aku tak reti berterima kasih sebab muka aku tak pernah senyum.

Aku sedih. Aku bagitahu, aku penat. Senyum pun tak larat. Bukan aku tak bersyukur. Tapi tolong la. Aku penat. Dia diam je. Setiap kali lepas gaduh, dia akan diam. Takde penambahbaikan. Naikkan sikit duit rumah pon dia tak buat. Dia tak bagi aku uruskan duit. Barang dapur, dia beli. Yuran tadika anak, dia bayar. Pampers, dia beli.

Aku tak ada duit. Aku buat sedikit online bisnes, jadi agent doorship, hasil tu aku buat main kutu, dan simpan sikit2. Aku mengandung anak ke 7. Aku menangis melihat urine test yang aku curi-curi suruh jiran ahmoi aku beli. Aku kira2 bila last peri0d, maksudnya baru mengandung 5 minggu.

Aku tiba-tiba jadi moody sangat. Dengan anak2 aku jadi garang sangat. Dengan suami aku dah pandai gaduh lempar barang. Aku tak bagitau aku mengandung. Aku tak bagitau sesiapa aku mengandung.

Hari2 aku lompat bintang, naik turun tangga, tak makan, supaya badan aku lemah dan tak mampu mengandungkan anak ini. Aku jadi benci dengan semua orang. Termasuk diri aku. Aku pernah menangis pkul 2 pagi diluar rumah sambil pkul-pkul perut. Selepas 2 minggu. Aku tak tahan. Aku tengok duit simpanan aku ada 3 ribu. Aku simpan diam diam hasil doorship, kutu. Dengan duit tu aku beli baju dalam baru, spender baru, aku jimat2.

Satu hari, aku tekad. Aku nak gugurkan kandungan ini. Aku ada jiran cina yang sosial. Aku panggil dia ahmoi. Aku tahu sebab dia selalu bawa laki lain lain balik rumah. Dia je manusia yang berborak dengan aku di taman ni. Wanita wanita lain semua jenis membawang. Aku taknak kisah hidup aku jadi bahan bawang mereka.

Aku beranikan diri tanya dia pernah gugurkan kandungan tak. Dia tanya kenapa tanya soalan pelik. Aku terus terduduk depan dia, nangis macam orang tak siuman. Aku meraung-raung cakap aku dah taknak anak. Aku tak larat. Aku penat. Suami aku tak faham. Tau nak anak banyak tapi semua aku yang buat. Dia pujuk aku. Dia bagi aku satu alamat. Dia kesian tengok aku menangis. Dia kata dia tolong.

Aku guna duit simpanan aku upah satu bibik harian untuk seminggu. Kebetulan suami aku ada job bawa lori ke kelantan. Katanya tak balik 2-3 hari. Lepas tu aku dengan ahmoi pergi klinik tu. Aku berdebar, tapi aku tekad.

Doktor tu scan, ada janin berusia 7 minggu, dia pon bagitau prosedur (aku taknak cerita details) apa dia akan buat. Dan harga. Harga tu aku mampu bayar jadi aku setuju je.

Cukuplah kalian tahu aku menangis teruk sambil minta maaf semasa prosedur. Aku cakap aku tak mampu. Ayah dia tak menolong. Aku penat, aku str3ss. Semua selesai. Suami aku balik, aku cakap aku peri0d pain. Bibik tu aku pakat dengan dia tipu suami aku cakap tu bibik jiran, bercuti tak bawa bibik. Bagi pinjam seminggu.

Suami aku diam je. Tapi dia tak selesa ada bibik kat rumah. Dia keluar dengan kawan pergi memancing (ni sebab dia taknak upahkan aku bibik. Dia tak selesa ada orang asing dalam rumah).

Seminggu lepas procedur tu, doktor ada suruh datang untuk check betul ke dah takde. Aku angkut semua anak2 dan ahmoi ke klinik. Anak2 aku bising dalam klinik, ahmoi tolong jaga sementara aku check dengan doktor. Doktor kata dah takde. Aku nangis lagi. Dia kata dia faham. Bukan kali pertama ada wanita datang kata tak ready pregnant sebab anak kecik, suami tak menolong, atau tak mampu.

Aku diam je. Dia suruh aku pakai alat pencegah kehamilan. Aku kira-kira duit aku ada lagi. Aku setuju. Aku pakai alat. Doktor kata tahan 5 tahun.

Hal ni berlaku 3 tahun lepas. Sekarang anak2 aku dah besar sikit. Aku pon boleh simpan duit lebih banyak sebab boleh buat lebih banyak kerja. Aku berniaga online. Tak harap suami lagi. Dia tau aku berniaga, lagi lah dia jadi kedekut.

Aku dengan suami dingin. Aku bosan dengan dia. Hubungan kami atas katil je. Aku tak risau lagi sebab dah pakai alat. Dia tak berubah langsung. Masih ditampuk lama. Aku sampai sekarang sedih dengan apa aku buat. Rasa d0sa. Tapi kalau aku tak buat, aku yang meroyan. Aku hari hari minta ampun.

Semoga Allah ampunkan aku. Aku sayang anak2 yang aku ada. Biarlah ayah mereka macam tu. Aku nak didik mereka supaya tak jadi macam ayah mereka. Akhir kata, anak ramai bukan ukuran kelakian atau kesuburan. Tapi tanggungjawab.

Tanggungjawab bukan hanya bagi ‘benih’. Tapi membesarkan, didik, nafkah. Isteri pun manusia. Kami bukan kilang anak. Lepas tu harap semua kami buat semua.

Aku kadang kadang rasa benci dengan suami. Tapi aku sabarkan diri dengan alasan sekurang-kurangnya dia tak pkul aku dan anak2. Tahan je la selagi nyawa dikandung badan.

Aku harap wanita diluar sana lebih bijak. Suami tak izinkan pakai pencegah kehamilan tu, lantakkan. Bukan badan mereka yang penat. Pakai je senyap2.
Harap kalian tolong doakan d0sa aku diampunkan, suami aku berubah, anak2 aku membesar jadi manusia bertanggungjawab.

Reaksi warganet

Zalizah Nasir –Jika puan rasa berdosa, saya percaya Tuhan akan soal suami puan dahulu..

Saya doakan anak-anak puan menjadi anak soleh solehah dan membahagiakan pasangan kelak.

Mawar Blue –Masa saya khursus dengan pejabat agama dulu, kami pernah tanya ustaz soalan apa hukumnya isteri ambil perancang tanpa keizinan suami.

Ustaz tu jawab,

“Tak berdosa isteri ambil jika suami tak sediakan pembantu untuk isteri uruskan rumahtangga. Tapi kalau suami dah sediakan pembantu dan isteri sihat tak ada k0mplikasi, itu baru jatuh berd0sa.

Nil –Puan, masa zaman mak2 kita, mak kita ada masa ‘me time’. Tak percaya?

Pukul 4 petang, yang besar yang kecik berbondong-bondong turun rumah. Main sorok2, main lumpur, masuk longkang tangkap berudu, main kejar2. Tak naik2 sampailah maghrib. Baru kita muncul.

Masa tu, ibu dah siap masak, dah siap kemas, baju ayah nak ke surau dah bergosok. Yang tinggal, cuma kita yang busuk asyem tak mandi lagi.

Lepas tu kita mandi, solat, makan, turun ramai2 pergi mengaji. Yang anak2 lelaki turun ikut ayah ke surau. Sekali lagi, mak kita ada ‘me time’. Dia nak layan drama Hindustan, drama TV2, tak ada kacau sampailah selepas isyak. Yang ada pun adik2 kecik je lah.

Sekarang? Anak main depan rumah pun kita bimbang. Nak hantar kelas mengaji? Kena kita hantar kita ambil. Kadang kadang ada yang sanggup tunggu sebab bimbang. Bimbang, sekarang macam2 kisah. Jangan banding dulu dengan sekarang. Dulu lain. Sekarang lain.

Semoga puan tabah. Jangan bersedih. Move forward!

Norizan Mamat –Salam, Hmmm.. Makcik wanita bekerjaya. Masa belum ada anak, lama kami TTC (Trying To Conceive), makcik harap dapat baby. Melihat orang ada anak kecil kecil, rasa sangat seronok.

Tup, Allah bagi. Selepas 7 tahun berusaha, dapat anak, bahagia sangat. Tambahan lagi comel (perasan sungguh !)

Lepas tu, seronok jika dapat lagi anak. Wah wah wah. 2 tahun lepas tu, dapat lagi anak. Dah 3 anak makcik. Penat gila.

Lepas tu, anak kecil 5 bulan, tau tau mengandung lagi. Huhuhu…

Penat g!la. 3 orang anak semua masih menyusu botol. Somi tak bantu langsung malam malam kut nak buat susu. Pening nya makcik morning sickness nih. Rasa macam nak hantuk kepala kat dinding. Sakit !

One day, somi makcik cakap sebiji macam somi confessor cakap bila makcik ngadu letih, “Orang lain boleh jer bela anak 10 orang !”. Ewah ewah ewah ! Dah la malam malam tak bantu.

Pagi tu bila makcik sakit kepala, minta dia bantu buat susu anak, dia boleh cakap,

“siapa suruh mengandung !”

Ewah ewah ewah… Berdesing telinga makcik. Pagi tu makcik EL. Somi pergi kerja. Makcik angkut 3 anak semua dalam satu keter. Baby dok kat kaki sebelah pemandu. Si abangnya dok kat seat depan. Makcik letak toto bagi selesa baby baby itu semua. Kakak dok seat belakang.

Makcik sakit sangat sangat kepala. Bawa anak 3 orang, mata terpejam pejam, rasa nak pecah kepala. Suruh si Kakak ambil kain dan basahkan. Lepas tu lap kepala makcik sambil makcik drive, gelong gelong gitu.

Sengsaranya Tuhan saja yang tahu.

Sampai jer umah mak dan ayah makcik, makcik tak cakap apa apa, serah semua anak untuk mereka uruskan, makcik tidor sahaja.

Somi makcik ? Macam orang giler dia call makcik. HP makcik abis bateri… hahaha… tak ada masa nak caj handphone.

Bla bla bla.. Panjang citer, lepas tu dia berubah la jadi baik dan lebih memahami.

Kami pun amik maid. Pedulik kata kata orang pasal MAID yang mungkin ambil somi kita, atau maid jahat bla bla bla. Tawakal jer.

Hidup la kami bahagia sampai sekarang…

TAMAT. Hehehe…

Kesimpulan. Kita sendiri kena bertindak, bukan hanya jadi bodoh dan fikir somi akan berubah gitu saja atau kita sendiri tak usaha untuk perbaiki keadaan. Kan ?

Semoga kita perempuan tetap jadi kuat, sabar, tabah dan CERDIK !

komen warganet selepas membaca

Setiap ank yg dilahirkan kedunia ini Allah sediakan rezeki utknya bila usia sudah senja baru lah Kita Akan menyesal. Pkara yg Kita lakukan sblm ini

Bukan senang nak jaga anak nak didik anak nak membiayai anak , patutnya kenalah bertimbangrasa dan menghormati perasaan isteri juga

Nak ank ramai tp xnk membantu.. Mmg wujud pun suami yg perangai cenggini..

Sumber – Insan berd0sa via IIUMC