‘Dari Awal To Akhir’ Suami Ini Uruskn Semua Hal Rumah Ketika Isteri Sedg Brpantang. Sweetnya.

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Suaminya membantu menguruskan hal-hal rumah tangga termasuklah menyediakan barangan berpantang isteri, menyiapkan anak-anak, memasak, dan banyak lagi.

Apabila sedang dalam tempoh berpantang, pergerakan si ibu sudah tentu akan terbatas. Makanya tugas seorang suami ketika isteri dalam pantang adalah sangat penting, kerana saat itulah si isteri amat memerlukan suami untuk menjaganya dengan baik.

Iyalah, setelah penat mengandung dan melahirkan anak, si isteri perlu mengambil masa untuk pulih semula sepenuhnya. Jadi, mereka memerlukan bantuan suami untuk membantu menguruskan hal-hal rumah tangga.

Menerusi laman Facebook, seorang wanita telah berkongsikan bagaimana suaminya telah membantu menguruskan semua hal rumah tangga ketika dia sedang berpantang. Betul-betul from A to Z, semua diuruskan si suami!

Menerusi perkongsiannya, wanita yang menggunakan nama Siti Nor Q itu telah menceritakan cara suaminya menguruskan hal-hal rumah tangga termasuklah menyediakan barangan berpantang isteri, menyiapkan anak-anak, memasak, dan banyak lagi.

Ternyata bertuah sungguh wanita yang baru sahaja bersalin anaknya yang keenam itu kerana meskipun memilih untuk berpantang secara sendiri, dia mempunyai seorang suami yang sangat memahami sehinggakan ramai mula melabelkan suaminya sebagai ‘anugerah Allah SWT’.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Ni post bukan nak up laki. Tapi lebih kepada nak cerita balasan yang laki aku buat bila aku beranak ramai bagi dia. Dan boleh juga jadi rujukan untuk pak-pak hat tak tau nak susun jadual nak buat camna bila jaga sendiri isteri dalam pantang.

Pastu masak masakan hat paling simple kat dunia tapi paling sedap bagi seorang isteri sebab dimasak dengan penuh kasih sayang. Ha gitewwww.

Dalam pantang semenjak anak ke 3-6, memang suami mommy yang jaga

Pagi-pagi sebelum dia gi kerja. Dia kejut anak-anak mandi nak pi sekolah. Pastu terus dia pi dapoq rebuih aiq mandian herba, panaskan tungku dan masak makanan pantang untuk mommy. Pukui berapa bangun tu. Hangpa bajet-bajet la sendiri sebab dengan nak solat nak mandi semua na.

Air mandian dah siap rebuih. Dia mai tuang dalam baldi sesiap dalam bilik aiq. Ya la, orang pantang mana leh angkat berat kan. Lagipun dapoq aku ngan bilik nalla berapa km jauh. Kikiki.

Pastu aku pi mandi. Dia siapkan kakak ara nak gi school. Sambil-sambil Dia settlekan balut tungku. Mommy keluaq ja bilik aiq dan dah siap semua. Dia param minyak angin satu badan mommy, pakaikan bengkung. Then baru dia siap nak pi kerja dan hantaq kakak ara sekolah.

Anak-anak hat lain depa uruskan diri sendiri nak pi sekolah pun naik basikal sendiri. Alhamdullillah masing-masing dah pandai berdikari. Dak aura aisyah dan baby Zidane. Satgi dia balik tengahari dia akan mandikan. So sementara tu aku lap-lap je badan baby spray dengan aiq lap ngan kain sementara nak tunggu dia mandi tengahhari ni.

Macam belah pagi, memang mommy free dok atas katil sambil bertungku, sambil up status FB, sambil reply wasap dan mesej, paling dak pun aku lena bila baby lena.

Dak aura aisyah ni bangun lambat. Kadang kul 9 atau 10 baru dia bangun. So dapat la aku lelap sat pagi-pagi. Pastu mommy pam susu. Sambung balik tungku. Mommy bertungku berenti sambung berenti sambung sampai kul 12 tengahari ye sampai tungku tu sejuk. Sebab sayang tungku dok panas dok biaq lagu tu ja.

Pastu bila daddy balik tengahari, dia terus mandikan baby Zidane dan kakak Aisyah. Yeayy… Wangi dah semua orang. Terus dia gi amik kakak ara nak balik sekolah, bagi makan. Basuh baju dan dia sambung buat kerja rumah.

Pastu mai dok temenung tepi mommy. Bila mommy tanya pikiaq apa. Dia kata. Pikiaq nak masak apa malam ni dan esok. Ha baru tau no. Cmna aku dok pikiaq selama ni. Kikikiki. Tak masak lagi pun awai dah dok pikiaq nak masak apa kan.

Tengahari tu dia balik waktu dia lunch. Pastu kul 2:30 petang dia pi kerja balik la. Tinggal la daku dengan anak-anak lagi kat rumah. Tapi takpa la. Semua kerja dah settle. Makan dah, anak-anak pun dah makan dah mandi dah pi sekolah kafa. So apalagi. Mommy sambung la buat biz online dan rest.

Time ni la nak rest banyak pun. Time aku tak pantang. Memang tak lekat kat rumah la. Ke sana ke sini aku pi. Pos barang la, amik barang la jumpa orang la.

Kalau ada barang customer yang nak kena pos. Lepas dia balik kerja petang tu dia akan pi pos. Mommy wrap sesiap semua. Syukur ada j&t yang buka sampai kul 7 malam.

Apapun. Terima kasih daddy sebab menjadi suami perfect 9/10. Tapi kan, camna bagus pun u jaga i, 100 hari tetap 100hari u posa na. No diskaun.

Sampai ada tanya tips apa mommy buat kat daddy. Hat paling best depa tanya apa mendrem mommy kat daddy. Hahahhaa. Nak tau mandrem apa. Mai bayaq sejuta RM baru aku share mandrem tu.

Mak mommy pernah kata, “Adik, susah dapat laki macam laki hang. Hang jaga baik-baik na.” InshaAllah mak. Selagi ada jodoh. Akanku kepit celah ketiakku jaga tatang rapi baik punya.

Alhamdulillah, semoga pasangan ini sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat.
Dan semoga wanita-wanita di luar sana juga dikurniakan suami sebaik ini. Amin!

komen warganet

Alhamdulillah.. klau kenangkn balik susah2 suami masa jga sy pantang nk mengalir air mata.. sebak bila ingt kn balik.. semoga syurga balasan utk mu suami

Alhamdulilah moga semua lelaki kat dunia ni mampu buat sebegini. Tanda perhargaan buat isteri mengandung 9 bulan, berhempas pulas untuk bersalin dan akhir manisnya Allah bagi suami mampu jaga isteri waktu pantang dengan baik insyallah.

Nk jgk jd mcm ni klo company bg cuti pnjng kt suami,, bley jga isteri berpntng.

Untonglh….alhamdulillah…sy ade mak jg dlm pantang..tq.mak..

sumber says ­