Laaa Baru Bangun?” – Terhibur Lecturer Ini Terjah Rumah Pelajar Lewat Masuk Kelas

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Difahamkan mereka semua terlajak tidur kerana sibuk menyiapkan final project masing-masing pada malam sebelumnya.

Bergelar seorang pendidik bukan sahaja memerlukan ilmu dan pengetahuan yang tinggi, tetapi juga sifat sabar dan tenang dalam menghadapi pelbagai dugaan
Lebih-lebih pada masa ini yang mana pelajar-pelajar kini dikatakan semakin manja.

Meskipun begitu, sebagai pendidik, secara tidak langsung mereka juga terlibat dalam pembentukan sahsiah dan akhlak diri para pelajar. Kadangkala digelar ‘ibu bapa kedua’, para pendidik ditugaskan untuk membimbing dan mendidik pelajar-pelajar mereka menjadi manusia yang berguna pada masyarakat kelak.

Berdepan dengan pelajar bermasalah adalah antara cabaran yang terpaksa dihadapi setiap mereka yang bergelar pendidik. Namun begitu, atas dasar tugas serta minat mengajar itu, setiap pendidik harus memikirkan cara yang efektif dalam menanam minat untuk belajar dalam diri pelajar-pelajar mereka.

Lain orang lain caranya untuk mendekati pelajar ketika berada dalam kelas. Begitu juga dengan seorang pensyarah ini yang telah meraih perhatian ramai setelah satu rakaman video tular di media sosial.

Dalam video yang viiral di laman Twitter itu menunjukkan seorang pensyarah lelaki sampai singgah ke rumah sekumpulan pelajar lelakinya yang terlepas masuk kelas kerana terbangun lambat

Rakaman video berdurasi 2 minit 20 saat yang dikongsikan pengguna Twitter @izzulaimanJ atau Izzul itu menunjukkan bagaimana dia dan rakan-rakannya terkejut apabila rumah sewa mereka didatangi oleh pensyarah gara-gara ingin mengejutkan kesemua mereka bersiap untuk ke kelas.

Yang lucunya adalah gelagat pelajar-pelajar lelaki serta komen yang dilontarkan pensyarahnya itu. Bayangkan, sebahagian daripada mereka baru sahaja bangun daripada tidur dan ada juga yang masih bermalas-malasan untuk hadir ke kelas.

Difahamkan mereka semua yang merupakan pelajar dari Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual di Politeknik Muadzam Shah itu tidak cukup tidur kerana sibuk menyiapkan final project masing-masing pada malam sebelumnya.

Dalam penghujung video itu juga dapat dilihat pelajar-pelajar itu akhirnya berjaya sampai ke kelas diikuti dengan gurau senda di antara pensyarah yang dipercayai bernama Encik Reza itu dengan pelajar-pelajarnya.

Lihat video penuh di bawah:

Dalam Twitternya, Izzul turut menyatakan rasa terharunya dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Encik Reza demi memastikan dia dan rakan-rakannya berjaya pada masa akan datang.

Ekoran tularnya video tersebut, ternyata rata-rata warganet yang terhibur melihat gelagat pensyarah itu dan pelajar-pelajarnya

Mereka suka melihat kerapatan hubungan di antara pensyarah itu dengan pelajar-pelajarnya. Ada juga yang bertanyakan perihal pelajar lelaki itu serta yang berkongsikan pengalaman belajar mereka.

Antara komen menarik dari warganet:

Bonding yg baik dgn pensyarah mereka. Btw yg kata tak bersyukur la apa la. Student dlm video tu dah jelaskan yang mereka struggle siapkan final year project. Dan fyp kos mereka tu bukan perkara yg senang. Zaman belajar tak cukup tidur tu benda biasa bila siapkan mcm2 perkara Positif la sikit. Doa yang baik2. Cakap yg baik2. Nampak terlajak tidur sikit je terus kena cakap macamtu. At last mereka datang jugak ke kelas.

Tp kat drama TV3, students life lain plak. Dlm drama tu, students asyik masalah cinta, pastu masuk library x smpi seminit, kuar balik. Tang rumah sewa, dia punye deco rumah sewa mcm istana. Serba serbi lengkap.. Tp dlm video ni..

Kenangan ni kenangan 10 tahun lps ni.. sy dan rakan sy Encik Azrul Rahman dan Ahmad Azlan Shah di gegor kejut bgn tidor.. lintang pukang seorg2 lari… haha

aku masa student kena raging dgn lecturer aku. katil aku kena bawak turun padang sbb byk kain baju atas katil x lipat. tahiii..

sumber says