Manis Habis. Tulis Nmbor Hp Atas Kertas, Cikgu Azlan Kongsi Cerita ‘Tackle’ Elly Mazlein

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Pasangan mempelai Elly Mazlein dan Mohamad Azlan sah bergelar suami isteri pada 18 Januari 2020 dengan majlis bertemakan Bagai Bulan Di Pagar Bintang yang telah diadakan di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur.

Hampir setahun pelakon dan pengacara Elly Mazlein merahsiakan identiti suaminya itu. Malah, netizen juga tertanya-tanya bagaimana Elly Mazlein dapat berkenalan dengan seorang guru geografi berusia 29 tahun itu? Apa yang membuatkan pelakon ini terbuka hati untuk terima Cikgu Azlan dalam hidupnya?

Elly Mazlein juga menjawab dakwaan ‘sembunyikan’ bakal suami dari muncul di mana-mana majlis mahupun memuatnaik wajah Cikgu Azlan di media sosial.

Sebenarnya bukan Kak Lina nak menyorok. Tak manis untuk heboh-hebohkan, cukup Kak Lina beritahu peminat. Sebab peminat selalu doakan Kak Lina bertemu jodoh dan Alhamdulillah bertemu jodoh, dan kami pun berkenalan. Cuma Kak Lina nak beritahu ke peminat yang Kak Lina ada someone supaya peminat Kak Lina tak risau sangat.

Lagipun cikgu tak biasa. Dia perlukan masa, takkan Kak Lina nak paksa cikgu. Cuma Kak Lina masukkan dalam IG tu untuk beritahu ke peminat yang Kak Lina sedang kenal sekarang ini.

Sebab saya sangat berbangga bersuamikan seorang cikgu. Sebab kita semua ini belajar di sekolah dengan cikgu. So, pekerjaan sebagai pendidik tu membuatkan saya bangga berkahwin dengan seorang cikgu.

Cikgu Azlan turut berkongsi detik-detik perkenalan awal dia untuk mendekati Elly Mazlein di sebuah majlis aqiqah rakannya. Bermula dengan bibit menulis nombor telefon di atas sekeping kertas, maka terjalin sebuah cinta hingga ke jinjang pelamin.

Perkenalan kami semasa majlis aqiqah kawan saya. Kebetulan isteri kepada kawan saya itu berkawan dengan Elly Mazlein. Kat situ saya macam kenal dengan wajah Elly Mazlein. Kemudian, saya cuba memberanikan diri, lagipun saya pun minat dia.

Sebab cikgu tak ada name card. So saya beranikan diri tulis nombor telefon atas kertas kosong dan bagi ke dia. Saya tunggu dengan penuh kesabaran untuk dia mesej saya. Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan.

Sebenarnya ambil masa juga. Kalau saya tunggu pun memang dia takkan mesej. Saya tak putus asa, saya call kawan saya itu, then kawan saya call Elly dan dia dah tahu dan lepas dari tu dah start kita mesej dan berhubung. Alhamdullillah, bila dah cakap di telefon macam kita dah kenal lama. Hampir 2-3 jam kita bercakap, dari situ kami mula serius.

Elly Mazlein turut memberi respon terhadap netizen yang sering mempersoalkan perbezaan umur antara Elly dan cikgu Azlan. Pelakon ini juga tidak kisah sekiranya ada mulut yang masih mempersoalkan ketentuan Tuhan ini.

Cikgu Azlan juga tidak kisah dan masih mengizinkan Elly Mazlein untuk terus giat dalam dunia hiburan. Dia juga tidak menghalang sekiranya itu adalah sumber cari rezeki buat isterinya.

Kepada netizen, Kak Lina sayang korang dan ini jodoh Kak Lina dengan cikgu Azlan, 29 tahun dik. Kau ada?

Kami mengucapkan tahniah buat pasangan sama cantik sama padan ini yang telah selamat diijabkabulkan pada 18 Januari 2020 di Dewan Merdeka, PWTC Kuala Lumpur.

Selepas berteka teki selama ini, akhirnya Elly Mazlein atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom selamat bergelar isteri kepada cikgu Geografi. Majlis yang diadakan di PWTC itu bertemakan ala-ala kayangan di bulan gitu. Cantik sungguh!

Namun apa yang menarik perhatian kami adalah kek Kak Lina yang sememangnya lain dari yang lain. Bukan sahaja unik, malah pembuat kek ini patut diberi pujian kerana mampu membuat kek ala-ala kayangan juga.

Jika diimbas kembalik dahulu kek hari jadi Neelofa pernah viral kerana harganya. Kali ini kami tak tahu harga kek Kak Lina Pom Pom. Mungkin boleh cecah puluhan ribu ringgit. Kek ini dihasilkan oleh seorang pembuat kek yang cukup terkenal dan tidak asing lagi dalam dunia ini iaitu Chef Zam dari Mad About Cake’.

Apa yang membuatkan ramai terpegun adalah hiasan dalaman kek itu sendiri yang ‘hidup’. Siap ada air mata air ala-ala kayangan. Konon-konon ada kolam di dalamnya bersama aliran air. Memang sangat kreatif!

Tengoklah hasil kejadian kek ini. Terfikir juga bagaimana usaha pembuat kek ini mampu buat kek another level. Tak hairanlah kalau ramai yang kagum serta tertanya-tanya cara pembuatannya. Menarik sungguh. Apa kata anda?

Komen2 warganet yang berkongsi kegembiraan

Apalah netizn ni… Kalu takde komen yg elok baik diam… Makcik tetap doakan elly mazlein anak n cikgu azlan bahagia di dunia hingga ke jannah… Aminn

kalau dah jodoh tak kn lari kemana semua allah dah tentu kn semuga lin kekal sampai keakhir hayat amiin3

Tahniah kak Lina pom pom..smga kekal hgga ke jannah Amin.. minat dgn kak Lina ni lagi2 drama dia kampong people tu lucu.. dia jdi pengacara pn lucu..

Maybe Kak lina fobia dgn pengalaman dulu. Harap cikgu azlan boleh jaga n bimbing kak lina. Moga kekal ke syurga. Aminn

Tahniah kak lina dan husband moga bahagia hingga ke syurga aamiin. xpe… kerjaya tetap tu…. semoga bebahagia

sumber kisahkini