‘Dpt surat cinta JPJ disebbkn anak kat belakang tak pakai car seat’ – Tak bagi anak pakai car seat boleh did3nda

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini.

Heboh di media sosial notis peringatan yang diterima seorang wanita di mana anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menasihatinya untuk menggunakan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak sekiranya membawa penumpang kanak-kanak.

Peraturan itu termaktub dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar) (Pindaan) 2019 di mana penumpang kanak-kanak perlu ditempatkan di Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak.

Jika peraturan itu tidak dipatuhi, pemandu boleh dikompaun tidak melebihi RM300 atau boleh did4kwa di mahk4mah dan jika disabit kes4lahan boleh did3nda tidak melebihi RM2,000 atau dipen jara selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

Bagaimanapun, pada fasa perlaksanaan peraturan itu bagi tempoh 6 bulan pertama, JPJ hanya memberikan notis peringatan dan didikan. Selepas tamat tempoh itu, maka tindakan sebenar akan dikenakan terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan tersebut.

Netizn menerima baik usaha kerajaan meningkatkan keselamatan penumpang kanak-kanak, tetapi yang masih menjadi perdebatan terutamanya di kalangan ibu bapa adalah, bagaimana sekiranya sesebuah keluarga itu mempunyai anak yang ramai dan memiliki kereta kecil, adalah mustahil untuk menyediakan kerusi keselamatan itu.

“Dapat surat cinta dari abang JPJ. Bila JPJ buat roadblock, kau kena tahan. Sebab anak kau belakang tak pakai carseat. Anak tiga orang oi, takkan tiga carseat belakang penuh?

“Nasiblah surat 4maran je. Bulan 6 berkuatkuasa carseat untuk bayi 0-12 tahun kena pakai juga,” tulis wanita yang menerima notis tersebut.

Sehingga ke hari ini, pihak berkenaan masih belum memberi respon mengenai kebimbangan yang diutarakan oleh golongan ibu bapa. Bukannya mereka tidak mahu mematuhi peraturan atau memberikan alasan, tetapi pihak kerajaan perlu mengambil kira akan kemampuan mereka yang terhad.

komen warganet

Patut bang jpj sponsor la kami car seat..xpon jpj buat jualan mur mur kat kami..sebab ape tau..kalau beli sendiri takut x kena dengan spec..maklumlah kedai kadang2 suka tipu..macam tinted la..kedai kate lulus jpj..skali lalu je kt roadblock bang jpj..sangkut pulak..

Undang undang malaysia lebih kepada menghvkum daripada menyelesaikan.. Beza dengan thailand.. Even aku stay 5 hari je dan kat pattani je.. Dah boleh nampak betapa jauh terkehadapan dengan negara kita

La ni kalau yg anak 2 3 org mcm mana penyelesaian dia… Takkan nak boh 2 3 carseat.. Sedangkan pakai kereta kancil iswara saga ja… Undang2 kalau org senang ok la.. Kalau org susah mcm x sesuai ja…. Berat pada org x berkemampuan… M4buk yg berleluasa pejam mata ja.. Harap cepat bungkuih la

Sibuk dgn carseat ja , patutnya xpyh wajibkan sampai nak saman bagai.. Hak mak pak budak2 tu sdri nak bg pakai ka xmau.. Hat byk kes mabuk langgaq org sampai matii tu xmau pulak tegaskan…

Apa kata anda?

Sumber: Facebook