Anak ‘Pergi’ disebbkn Influenza B, Ibu Sesal Beri Ubat masuk Punggung, dedah akibatnya

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Mungkin ramai yang tidak tahu, penggunaan ubat masuk punggung untuk meredakan demam adalah merb4haya dan mempunyai risiko yang tersendiri. Ibu bapa hendaklah mendapatkan nasihat doktor bagi jumlah dos yang sesuai untuk anak.

Seperti perkongsian wanita ini di Facebook, dia mendakwa anaknya adalah salah seorang m4ngsa kemat1an influ3nza yang berlaku pada 2018. Pada ketika itu, dia memberikan ubat jenis Voren untuk menurunkan suhu badan yang panas tanpa membawa anak ke klinik terlebih dahulu.

Tak pernah tak sayang. Maafkan mama kalau gagal menjaga Mu’adz, sebelum arw4h pergi, petang tu dia beria-ria ajak main, pegang pipi mama cakap meow2 tapi mama sibuk tengok tv, b0dohnya mama masa tu, mama tak sedar tu tanda-tanda awk nak tinggalkan mama selama-lamanya

Hari ini 23/1/2020 sekiranya arwh masih ada, genaplah umurnya 4 tahun. Hari ini aku cerita sikit macam mana arwh pergi meninggalkan kami, dia salah seorang mngsa influ3nza. Yang pasti kami suami isteri tak tahu dimana arwh dapat jangk1tan (tapi kami ada ke airport hantar family pergi umrah)

Influ3nza ni cepat merebak dan kena cepat dapatkan rawatan. Jangan jadi macam aku kerana sibuk oncall anak demam lambat dapatkan rawatan. Pada 11/11/18, 3am arwah dah start demam dan aku bagi supp VOREN alhamdulillahhh demam kebah, pada pukul 7pm pada hari sama arwh demam lagi, supp VOREN diberi lagi.

Tapi demam tak turun, aku buat tepid sponging (mandi berjelum) tapi masih tak kebah (dalam masa sama dilema nak gi klinik untuk rawatan sebab aku oncall tak tahu nak pass kat sape, inilah keputusan paling bodoh sekali yang pernah aku buat).

Pukul 10pm anak dah start menggigil demam 40.4 darjah, arwh masih boleh senyum. Nak tak nak redah je ke klinik swasta. Sampai sana alhamdulillahhh tak ada patient, masuk jumpa doktor (yang ni part paling aku nak marah sampai nak s4man doktor nih). Doktor cuma amek temperature tanpa sentuh anak aku, ckp tanya demam bila, tak check pernafasan ke apa, cek tekak pon tak, dia cakap demam biasa sebab aku dah bagi supp VOREN.

Doktor tak bagi ubat dah, katanya balik jelum je. Balik dari klinik dengan tanpa ubat aku tak sedap hati direct ke HTAA. Otw ke hospital anak aku macam dah drowsiness dah, pastu dia start s4wan. Aku dalam kereta rasa lama sangat perjalanan nak sampai ke hospital. Sampai ke hospital terus masuk red zone.

Arwh masih drowsy lagi, doktor bagi supp valium dengan supp paracetamol dan on oksigen high flow mask. Dalam masa sama kena mandi berjelum. Anak aku dah menggigil. Team peads dah datang dan suruh admit. Otw nak naik anak sawan lagi, iv valium diberi lagi.

Lebih kurang pukul 1am ada kat atas kena temu ramah dengn HO, anak aku tidur (kurang sikit risau, tapi sebenarnya masa tu la anak aku dah start nak brain de4th). Aku tukar shif dengan papa dia jaga arwh. Si abg tak boleh naik, jadi aku decide untuk balik memandangkan abg penat nak tidur (masa tu aku terlalu mengantuk, tak tahulah kenapa).

Lebih kurang pukul 3am papa dia call guna telefon hospital katanya anak kr1tikal dah buat CPR. Aku menggigil, tinggalkan abgnya pada kakak Balqis.
Sampai di wad, anak aku ditolak ke picu. Wayar berselirat di seluruh tubuh arwh. Aku tanya suami aku kenapa jadi makin teruk? Suami aku ckp Dr suh lap badan anak pastu anak berak banyak sangat.

Lepas tukar pampers arwh berhenti bernafas, suami angkat dia dan tepuk banyak kali, dan akhirnya bernafas + muntah dar4h. Dr datang dan tolak arwh ke bilik rawatan.

Lepas check Dr keluar dari bilik rawatan Dr beritahu tiada harapan dah sebab arwh internal bleeding dan dah brain de4th (aku dengar brain de4th terus rase luruh jantung. Dengan kata lain anak aku dah tak ada) tapi suami aku suruh Dr selamatkan jugak, jadi Dr buat CPR dan beri bantuan pernafasan ventilator.

Luluh hati aku, aku tahu, aku hanya melihat jasad anak aku, aku tak mampu nak beritahu suami apa sebenarnya berlaku, dia sangat rapat dengan arwh dalam masa sama aku berdoa supaya diberikan keajaiban, kebetulan semua family aku ada di Mekah, aku minta mereka doakan dan solat hajat untuk anak aku.

Hari berganti hari, tapi keadaan arwh masih sama. Pada hari Khamis 15/11/18 Dr putuskan untuk menukar ventilator kepada bantuan pernafasan lain (aku dah lupa nama dia + aku takde kat situ sebab balik umah untuk mandi) dapat panggilan dari suami beritahu arwh dah sangat kr1tikal sampai sana arwh hembuskan nafas terakhir pada pukul 11.05am.Dia pergi dalam keadaan aku keseorangan, semua family tiada untuk uruskan arwh. Mujurlah saudara terdekat ada dan sedia hulurkan bantuan.

Diagnosis arwh semasa meninggl meningoencephlitis. Tapi tu bukan final diagnosis sebab masih ada beberapa test masih pending. Beberapa hari selepas arwh pergi, result swab ETT sampai, ternyata arwh pergi kerana influ3nza B & baru aku tahu pemberian VOREN menyebabkan dia makin teruk (Maafkan mama, mama tak tahu baby kna influ3nza).

Dari dulu lagi arwh guna supp VOREN untuk turunkan suhu badan. Alhamdulillahhh takde pape, tapi hari tersebut (mungkin sudah tertulis aj4lnya) supp VOREN telah buat anak aku brain de4th dan pergi selama-lamanya.

Pesanan aku buat ibu bapa di luar sana, kita tak tahu anak kita demam sebab apa. Untuk keselamatan, gunakan supp paracetamol sahaja (mengikut berat anak dan dos) bagi mengelakkan kejadian yg tidak diingini berlaku.

Sekarang aku sedar, aku belum cukup ilmu, sekadar mendengar pendapat kawan-kawan dalam merawat anak. Kadang-kadang rasa sangat-sangat bersalah pada arwh. Lebih baik jumpa doktor sebelum memberi apa-apa ubatan pada anak.

Pada anak mama Nik Mohamad Mu’adz, maafkan mama tidak menjaga baby dengan baik & tidak menjadi mama yang baik. Mama rindu baby. Hero mama sentiasa berada di dalam hati mama. Jumpa nanti di syurga.

Dan aku, redha dengan pemergian anak tercinta, aku telah di diagnosed dengan depression (MDD), hanya masa mengubati nyaw4ku yang separuh hilang. Alhamdulillahhh aku semakin pulih dari MDD walaupun masih dalam rawatan. Bukan senang menerima hakikat, berat mata memandang, berat sangat bahu ini yang memikul.

Jagalah amanah Allah sebaik-baiknya, curi lah masa untuk bermain-main dengan mereka, jangan sampai satu masa kita menyesal, dan kita tidak dapat mengundurkan masa itu. #NikMohamadMuadz #23/1/16-15/11/18 #Alfatihah #AnakSyurga #influenzaBvictim.

Sumber : Farrah Meklehs

Komen warganet

nielaaa option terakhir kalau nak buat… tuepun atas nasihat doctor.. semoga semua dipermudahkan utk keluarga nie.

sebagai peringatan semua.. jika anak demam bawak terus ke klinik utk kepastian.. jgn pandai2 sbb budak2 nie ragam dia kita xtahu.

semoga semua dipermudahkn urusan.. sangat bersimpati.. semua ketentuan Nya

sumber kisahkini