“Papa dan mama men1nggal pergi kerja” – Pening kepala Cikgu Dengar Jwpnn Murid Tahun 1

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini.

”Papa dan mama men1nggal pergi kerja” – Pening kepala Cikgu Dengar Jawapan Murid Tahun 1 itu. “TERUS aku rasa nak panjat tiang bendera tadi” Demikian kata guru Matematik Sekolah Kebangsaan (SK) 1 Gombak, Mohd Fadli Salleh apabila mendapat jawapan daripada seorang murid Tahun Satu.

Mari kita ikuti kisah yang diceritakan oleh cikgu ini di akaun facebooknya. Hari ini Kak Aziah datang ke sekolah sampaikan hadiah dan juga kiriman sumbangan kawan-kawan dia untuk Dana Kita.

Yang kelakarnya, lepas aku dapat sekotak pensel warna ni aku terus bergerak ke kelas tahun 1. Aku ketuk pintu, minta izin guru semasa dan bertanya,

“Siapa anak yatim?”

Sunyi sepi satu kelas.

“Awak tahu tak anak yatim tu apa?”

Sekelas geleng kepala.

“Oh, okey. Cikgu tukar soalan. Siapa yang ayah atau mak dia dah men1nggal?”

Seorang murid angkat tangan. Murid lain terkebil-kebil.

“Oh, ayah awak dah men1nggal ke?”

Dia angguk kepala.

“Habis tu awak tinggal dengan siapa? Dengan mak? Ke dengan nenek?”

“Saya tinggal dengan pengasuh. Papa dan mama men1nggal pergi kerja.”

Terus aku rasa nak panjat tiang bendera tadi. Guru perempuan yang ada dalam kelas gelak sambil tutup mulut dah. Murid lain yang awalnya terkebil-kebil pakat mula angkat tangan,

“Cikgu. Ayah saya men1nggal juga.”

“Saya pun. Mama men1nggal dekat nenek baru pergi kerja,” sahut yang lain.

“Sudah. Sudah. Cikgu tak nak agih la kat kelas awak hari ni. Nanti hari lain cikgu datang. Cikgu check senarai nama dengan guru kelas lah. Tak boleh harap kat awak ni. Tak faham apa.”

Terus aku berlalu pergi cari anak yatim dan murid dari keluarga berc3rai di tahun 2 dan 3 untuk agih warna, buku doodle dan lebihan Calips tempoh hari.

Tak boleh tanya murid tahun satu awal tahun begini. Banyak vocab belum mereka kuasai.

Ada ke patut ayah men1nggal kat rumah pengasuh untuk pergi kerja. Hari-hari la mak ayah men1nggal kemudian balik semula.

#MFS – Cerita anak tahun 1 –

komen warganet

Ank aku lak melampau lak ayat beckap umur 2 thun beckp mcm mak nenek org tua punya ayat… kadg2 perkataan tu aku sndri xpna sebut.. pening nk mnjawab soalan cepu cepuk dia ..marah aku lg ade lah mmbebel mcm burit itik..tp ni klau dh tahun 1 ayat masih xle nk seimbang parah jugak

Hahaha..adehhhh dik oiii..naya sungguh noh..anak2 baru nk mula kenal erti sesebuah pkataan dan makna..xpa la cikgu..salah satu dari kenangan nati boleh story kat yg lain..semoga anak2 semua pintar2 dan bjaya dalam hidup

Haduiiiihhh.. yg kelakar meninggal kat rumah pengasuh tu yg tk boleh tahan.. nasib baik aku tk jd cikgu….. Ermmmm pengsan aku pagi2 kalau dngr murid ckp mcm ni hahahahahahahaha…… Ini sebiji anak laki aku seorang kt umah ni….. Bila buat salah di tanya….. Kenapa buat mcm tu….. Di jawabnya tak tau ibu haduiiiihhh nk nangis rasanya…. Tanya lagi adek tau tk itu salah…. Jawab tau ermmmm pening aku..tanya LG habis tu kenapa buat? Tk tau ibu adoiiiii lah nak…Macm ni dalam sebulan rambut ibu terus beruban semua.

Aiyoh cikgu camni perlu ajar balik la murid tahun 1.. kenapa tak guna perkataan “mat1”..mat1 itu bahasa universal.. budak melayu, cina, india semua faham apa itu mat1.. selamatkanlah tiang bendera itu

Sumber: FB Mohd Fadli Salleh