Kesempitan dan terdesak beli makanan, pelajar kolej ‘pinjam’ duit tabung masjid RM7.85

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini.

Kisah yang ingin dikongsikan ini sebenarnya pernah tular beberapa tahun yang lalu. Ia bukan sahaja mendapat perhatian netizn, malah beberapa pihak turut terpanggil untuk membantu.

Akibat desakan hidup, seorang penuntut sebuah kolej telah ‘mencuri’ duit di dalam tabung yang dipercayai tabung masjid milik kolej berkenaan berjumlah RM7.85.

Apa yang membuat ramai berasa sebak adalah, individu terbabit telah meninggalkan nota mengambil duit berkenaan akibat kelaparan selepas beberapa hari tidak makan, malah berjanji akan memulangkannya semula.

“Assalamualaikum semua, saya pinjam duit tabung masjid RM7.85. Maaf saya dah tiga hari tak makan sebab saya tiada duit. Insyaallah dalam masa terdekat saya akan ganti balik.

“Saya salah seorang penuntut kolej ini, terima kasih. Semoga Allah merahmati anda semua. Doakan saya kuat.” tulis individu terbabit.

Rata-rata netizen berasa cukup terkesan dengan keperitan hidup yang dialami penuntut terbabit, malah ada yang tidak menjangka apa yang berlaku itu benar-benar terjadi dalam masyarakat kita.

Seorang individu, ‎Mohd Fadli Salleh‎ telah tampil berkongsi pengalaman serupa yang terjadi kepadanya ketika bergelar mahasiswa yang telah membuka mata orang ramai.

Hinanya rasa bila xberduit..

Kisah kesempitan duit pasti ramai yg melaluikan? Tambah2 zaman tengah belajar dulu. Saya dulu2 zaman belajar pernah beberapa kering terus duit di poket. Roomate pun sama jugak. Maka meloponglah kami berdua mengenang perut yg berkeroncong minta diisi.

Pergi ketuk bilik sebelah, mengenangkan member2 sebelah org ada2. Mintak pinjam duit, bukan banyak pun. Rm10 jer nak buat beli makanan. Tapi kena tolak mentah2. Masa tu rasa terhina sangat2. Terus set dalam hati, sampai mati pun aku takkan cari kau untuk pinjam duit!

Balik ke bilik,gotong royong dengan roomate, angkat tilam,buka laci, cari bawah katil kot2 ada syiling2 yg jatuh. Jumpa beberapa keping, kalau jumpa syiling yg besar (50 sen) rasa gembira yg amat. Total yg jumpa ada la dekat rm3. Pergi kedai mamak beli sebungkus nasi lauk sardin,nasi lebih,balik bilik kongsi berdua.

Selamat untuk tghari tu,masih ada beberapa hari sebelum masuk elaun. Hari2 seterusnya kami survive dgn makan tebu dan minum air jer.. Nasib baik warden asrama tanam tebu kat bawah, boleh kami yg xberduit ni tumpang rembat bila kelaparan.

Kejadian yg sama berulang berkali2 sepanjang zaman kami belajar. Meminjam dengan kawan sebelah? Tidak sesekali! Cukuplah sekali rasa terhina itu terpalit dimuka ini.

Cikgu2 mesti banyak pengalaman kesempitan wang kan? Namun setakat ni xpernah lagi sy ambik duit masjid, tapi budak ni bagus. Jujur dan ambil hanya untuk lepas makan minum jer.

Wang bukan buleh bawa m4ti pun, tapi kalau tanpa wang terasa amat hinanya diri meraih simpati orang..

Diharapkan perkongsian ini dapat membuka mata kita semua supaya sentiasa cakna terhadap masyarakat sekeliling dengan sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

komen warganet

Kena kaji balik penuntut di universiti samada mampu atau tidak. Walaupn ada pinjaman, tp cukup ke pinjaman tu utk tampung semua keperluan tiap2 bulan dgn yuran pengajian dan sewa hostel lg. Moga adik ni tabah.

Masjid ada duit byk tapi x tahu nk urus.. Adyik simpan di bank dj.. Kenapa tak buat tabung utk bantu org yg terdesak dan kelaparan seperti yg di buat oleh gereja.. Jika ada seseorang keputusan bekalan dpt pelajar ini, bolehlah bantu.. kedian org melayu kita, ada institut masjid tak membantu masyarakat yg daif

Mmg betul dye ckp.rse trhina xde duit. sebb tu trdesak cmtu.klau nk tggu duit jtuh dri langit mmg smpai kiamat xkn blaku. manusia d zmn jdi HAMBA duit

Ramai jgk org pandai yg x sambung belajar sbb kesempitan wang. Negara kaya, tapi dikebas ahli politik yg korup.

sumber kotakmedia trade