Dato Hattan selar Aliff Syukri buat duit atas kisah Puteri Balqis.

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini.

PENYANYI Datuk Hattan meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan usahawa kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang menemuramah pelakon Puteri Balqis untuk kandungan laman Youtubenya.

Hattan, 56, berpendapat, Aliff hanya menggunakan kisah kehidupan Puteri Balqis yang sedang hangat diperkatakan untuk meraih perhatian sehingga menjejaskan kehidupan kanak-kanak itu.

Malah, penyanyi lagu Gadis Jolobu ini meminta Aliff berhenti menganggu Balqis, 13, dan ibunya, Norashikin Mohd Aziz.

Hattan meluahkan rasa kurang senang melihat video temu bual Aliff dengan Puteri Balqis.

“Agak merimaskan apabila YouTuber terkemuka cuba ambil kesempatan pada kisah adik Balqis… Kalau nak buat duit pun, janganlah sibuk nak korek cerita Balqis itu.

“Tanya soalan yang bukan-bukan. Dia budak-budak la. Boleh tak, tak payah sibuk dengan kehidupan Balqis tu. Biarlah dia dan ibunya hidup dengan tenang.

“Dia nak buat apa dengan duit dia, dia punya fasal la… yang pergi sibuk-sibuk buat apa, rimas,” tulisnya menerusi laman Facebook.

Status yang dimuat naik dipercayai ditujukan kepada Aliff memandangkan video temuramah dengan Puteri Balqis tular baru-baru ini.

Menerusi rakaman video bersama Aliff ada bertanyakan tentang apa yang akan dilakukan Puteri Balqis jika diberikan wang berjumlah RM100,000.

Agak merimaskan apabila YouTuber terkemuka cuba ambil kesempatan pada kisah adik Balqis. Puteri Balqis berkata, salah satu perancangannya adalah untuk melabur dalam pelaburan tukaran wang asing atau Forex dan jawapan itu telah mengundang k3caman netizn.

Rata-rata netizn kurang bersetuju dengan rancangan Balqis memandangkan dana yang diperolehi itu sepatutnya digunakan untuk tujuan perubatan dan pendidikan.

Selepas mendapat pelbagai kritikan dan kecaman, Puteri Balqis membuat keputusan untuk memadam akaun Instagramnya.

Dalam pada itu, Hattan memberitahu dia menyokong semua pihak yang menggunakan platform YouTube untuk menyebarkan sesuatu bahan atau cerita yang positif.

Bagaimanapun, Hattan tidak bersetuju apabila menjadikan kenyataan atau kehidupan peribadi orang lain untuk kandungan Youtube mereka.

“Saya dapati semua orang ada saluran YouTube, TV sendirilah kononnya. Saya sokong siapa yang buat saluran YouTube dengan bahan-bahan cerita yang bagus.

“Tetapi ada yang buat main tangkap muat saja. Buat saluran yang berfaedah macam Asfar Badrul kalau tak silap. Namanya boleh membantu dan membuat pahala untuk kita,” katanya.

Puteri Balqis ‘hilangkan diri’, tutup akaun Instagram selepas tular video mengaku mahu main Forex guna wang sumbangan.

Netizen terkejut Balqis menyatakan hasrat mahu sertai pelaburan Forex.

KEHILANGAN akaun Instagram pelakon cilik, Puteri Balqis sejak Isnin mengundang persoalan dan kebimbangan peminatnya.

Akaun tersebut tidak dapat dicapai oleh pengikut dan dipercayai dinyahaktifkan setelah tular rakaman Balqis menyuarakan hasrat dan perancangan untuk melabur dalam pelaburan tukaran wang asing atau Forex.

Menerusi rakaman video bersama Datuk Seri Aliff Syukri, usahawan kosmetik itu ada bertanyakan Balqis apa yang akan dilakukannya jika diberikan wang berjumlah RM100,000.

Balqis memberitahu salah satu perancangannya adalah untuk melabur dalam pasaran Forex. “Kalau dapat RM100,000, Puteri nak buat apa?,” tanya Aliff.

Akaun Instagram Puteri Balqis tidak dapat dicapai pada Isnin.

“Duit tu ada yang Puteri nak simpan, ada yang nak disedekahkan dan untuk Forex. Kami suka graf,” jawab Balqis.

Kenyataannya itu mengejutkan netizn dan menjadi perbualan hangat netizen di laman Twitter kerana pada usia 13 tahun, Balqis sudah memikirkan mengenai dunia pelaburan.

Rata-ratanya kurang bersetuju dengan cadangan Balqis itu memandangkan dana yang diperolehi itu sepatutnya digunakan untuk tujuan perubatan dan pendidikan.

Kisah pend3ritaan hidup Balqis mendapat perhatian banyak pihak.

Kritiikan netizn itu dipercayai menjadi punca Puteri Balqis menyahaktif akaun Instagram miliknya yang kini memiliki lebih 500,000 pengikut.

Pada 12 Januari lalu, kisah kesempitan hidup Puteri Balqis dan ibunya, Norashikin Mohd Aziz menarik perhatian netizn apabila dipaparkan dalam program Bersamamu (TV3).

Kisah pend3ritaan mereka mengundang sebak penonton kerana masing-masing tidak menyangka bintang yang popular di mata masyarakat itu berdepan kehidupan sukar.

komen warganet

da jd isu plak..sal balqis..point die sng je..nak tlg..tlg..da tlg bia ikhlas allah plak bt kje die..samada nak bg hamba die phala or sebalik nya..nie x..da bg jd isu..ungkit sana sini..tau la mak die nak jge anak die mcm na..nie smue nak jd hakim..smua nak jd sapa plg hebat..plg bgs..suda2 la tu..sesama islam nie..malu

Takde saling sokong menyokong… Nak selar, nak kecam sesama…yg menyelar tu, ada bantu ke… Btw… Sudah2lah cerita balkis dan ibunya… Ramai lagi yg genuine memerlukan, yg sgt susah,yg tekun ke sekolah dlm kesempitan hidup, yg tidak pun impikan utk main forex, utk ke sekolah swasta, utk belajar piano, tetapi yg sgt menghargai bantuan dan asal dpt bersekolah dan kelangsungan hidup…ada yg ibu mereka bertungkus lumus buat kuih utk jualan, dan ada kanak2 ini tolong jual di stesen lrt bila habis waktu sekolah, ada kanak2 yg jual serai, ada kanak2 di kuantan yg bantu jual kuih ibu ditepi jln, dari ptg balik sekah sehingga mlm… Mereka sgt susah, hidup dlm kesempitan…

Sumber: mstar