“Tidak akan aku mghin@nya di ruang media, aku pilih utk diam hanya kerna Jebat”-Sharnaaz Ahmad

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini.

“Kalau isteriku (masih lagilah) ingin berbicara mengenai suaminya, itu dah tak betul dan kurang manis. Kecuali lelaki berlaku kasar, cur@ng atau d@yus,” luah pelakon Sharnaaz Ahmad mengenai tindakan isterinya, Noor Nabila Mohd Nor yang memberikan kenyataan kepada media di m@hkamah baru-baru ini.

Sharnaaz melalui Instagram Story (IGS) berkata, tindakan kakak kepada pengacara, Neelofa itu adalah salah dan kurang manis. Bagaimanapun, dia tidak akan menghin@ isterinya dalam sebarang ruang media demi anak mereka, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia setahun enam bulan.

“Tidak akan aku menghin@nya di mana-mana ruang media, sebab apa? Satu sebab, Jebat Jayden Ahmad Sharnaaz Ahmad,” katanya.

Menurut Sharnaaz, apa yang berlaku biarlah Allah dan orang terdekat saja tahu.

“Kenapa aku memilih untuk diam dalam isu rumah tangga kerana Jebat, hanya Jebat. Kebenaran tidak seperti yang didambakan. Biar Allah dan orang terdekat saja yang tahu. Tak perlu menjadi sorakan orang lua. Baik buruk suami atau isteri dia tetap pernah menjadi yang teristimewa. Biarkan saja begitu,” katanya.

Terdahulu, pada Khamis lalu, akhbar ini melaporkan Nabila meluahkan rasa terkilan atas keengganan Sharnaaz mencer@ikannya kerana mend@kwa sudah setahun k3s tuntutan tertangguh.

Malah, usahawan itu juga memberitahu, hatinya sudah tawar kerana tidak nampak usaha Sharnaaz memulihkan rumah tangga yang goyah.

Pada 11 September lalu, m@hkamah memerintahkan satu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dibentuk bagi mencari penyelesaian dalam k3s tuntutan cer@i pasangan ini. Bagaimanapun, Sharnaaz pula memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya itu pada 30 September lalu.

Bagi prosiding JKP Sharnaaz melantik rakan baiknya sebagai wakil manakala Noor Nabila melantik bapa tirinya Abdul Halim Khan.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

komen warganet

pemikiran matang…nice

semoga semua dipermudahkan.. kesian kat anak dan harap semua berakhir dengan kebahagiaan.

Apa Kata Anda.. Mohon maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih! Sumber hmetro