“Sgt Terharu Bila Tiba-Tiba Nmpak Kelibat Akim, Rasa Nak Gugur Air Mata” Elly Mazlein Kongsi Cerita Ttg Akim

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein tampil mendedahkan keperibadian vokalis kumpulan Akim & The Majistret, Akim Ahmad.

Sepatutnya, Akim mengadakan persembahan di majlis pernikahan Elly yang berlangsung pada Sabtu lalu.

“Thank you Akim Ahmad. Ada cerita sebenarnya.. Sangat tersentuh bila tiba-tiba nampak Akim datang.. Masa tu tetamu dah balik .. Suami dan kakak Lina tengah buat photoshoot.

“Sebenarnya Akim antara yang buat persembahan di malam nikah kami dan kebetulan pula hari yang sama Akim terlibat dengan showcase AJL.

Tambah Elly, majlis pernikahannya berlangsung pada tarikh yang sama Akim meraikan sambutan hari lahir.

“Kami bersalaman dan ambil gambar.. Akim ucapkan tahniah buat suami dan kepom.. Kakak Lina pula, nyanyi lagu Happy Birthday buat Akim… Kalau nak tau birthday Akim sama date dengan date wedding Kakak Lina.

“Selesai bersalam dan akhir sekali Akim hulurkan hadiah sampul putih buat kami.. Buat susah-susah je Akim.. Apa-apapun suami dan Kakak Lina doakan semoga Allah permudahkan urusanmu Akim,” tulisnya.

Tambah Elly, Akim dan isteri, penyanyi Stacy merupakan pasangan selebriti yang berbudi bahasa dan menghormati orang lain.

“Cuma nak bagi tau, Akim dan Stacy sangat baik.. Berbudi bahasa, hormat orang apabila berbicara.. Moga kebahagiaan milik kamu berdua dan family.. Untung mengenali kamu berdua..

“Jaga diri @akimahmad @stacyanam Insya-Allah kita jumpa nanti.. Kakak sayang kamu berdua dik,” tulis Elly lagi.

Elly selamat menamatkan zaman ibu tunggal dengan seorang guru, Mohammad Azlan pada 18 Januari lalu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Artikel berkaitan: ”Saya Tak Kisah Orang Kata Dia Gedik Ke Apa…”- Suami Terpikat Kerana Kelembutan Elly Mazlein

Suami kepada penyanyi dan pelakon Elly Mazlein, Mohammad Azlan Che Noh akui terpikat dengan pasangannya kerana kelembutannya.

Malah, Azlan atau dikenali dengan panggilan Papa Awan Nano berkata dia bertuah kerana memiliki Elly.

“Kelembutannya buat saya tertarik. Dalam televisyen orang hanya lihat karakter dia berbeza dari sebenar sebab itu saya tak kisah kalau orang nak kata dia gedik ke apa.

“Alhamdulilah saya bertuah memilikinya kerana kelembutan yang ada pada dirinya,” katanya selepas diijabkabulkan semalam.

Sementara itu, Azlan yang juga merupakan seorang guru itu memberitahu dia tidak menghalang Elly untuk meneruskan kerjayanya sebagai pelakon selepas ini.

“Kami sudah berbincang dan saya amat memahami dengan kerjayanya sebagai pelakon.

“Saya yakin dan percaya dia tahu menjaga batasnya sebagai seorang isteri kepada saya. Malah sebelum ini pun dia sudah mampu menjaga batas dirinya,” katanya lagi.

Pasangan ini merancang untuk mendapatkan zuriat secepat mungkin serta bakal berbulan madu ke London pada Mac ini.

Terdahulu, Azlan mengikat tali pertunangan dengan Elly pada 17 Disember tahun lalu.

Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi sebelum bergelar ibu tunggal selama tiga tahun.

Komen waeganet

Istilah gedik sebenarnya adalah bila seorg wanita tu pntg nmpk jantan. Mulalah jd gatal. Lembik lutut dan sebagainya. Elly mazlein x mcmtu. Dia dgn kawan2 perempuan pn mmg mcmtu. Sama ja layanan. So kt mn istilah gedik utk elly.. X ader kan.. Zmn skrg ada pd zahir mmg x gedik, tp d blkg subhanallah.. Menggoda org mmg x tahu malu. Tu br gedik murahan.

Selamat pengantin baru Elly….. awak juga berhak utk bahagia… jgn menoleh kebelakang … terus kedepan mencari kebahagiaan yg hakiki disamping Allah anak suami dan bapa.

Pernah jumpa dgn beliau di jamuan teh semperna hari keputeraan sultan johor very humble kak lina kita lemah lembutnya buat yg memandang mesti akan cair redup taniah cikgu tahniah kak lina tilljannah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

sumber kisahkini