Tidak Mampu Beli Beg Sekolah, Ayah Anyam Tali Rafia Utk Dijadikn Beg Sekolah Anak

Setiap kali musim persekolahan bermula, ibu bapa akan sedaya upaya menyediakan kelengkapan persekolahan yang sempurna untuk anak-anak mereka. Tidak kurang juga, para penjual dan sale seperti ‘Back To School’ rancak diadakan seperti sebelum persekolahan bermula.

Setiap ibu bapa di dunia ini mesti mahukan yang terbaik buat anaknya. Namun kadangkala kekangan kewangan menyebabkan mereka tidak dapat membeli barangan anak seperti yang mereka mahukan. Seperti kisah yang berlaku kepada seorang pelajar lelaki ini.

Seorang murid lelaki pergi ke sekolah dengan menggunakan beg yang diperbuat daripada tali rafia. Kisah yang berlaku diKemboja ini menjadi viral apabila gambar murid tersebut dikongsikan di media social.

Bapa kepada murid tersebut bapa menganyam tali rafia untuk menjadi sebuah beg sekolah untuk kegunaan anaknya. Beg bertali rafia tersebut dianyam oleh bapa kepada kanak-kanak lelaki tersebut kerana masalah kewangan dan tidak mampu membelikannya beg sekolah yang sebenar.

Kisah itu mencuri perhatian ramai pengguna laman sosial Facebook apabila ia dikongsi oleh seorang pengguna laman facebook itu dengan akaun nama Sophous Suon.

Muat naik itu turut disertakan dengan beberapa keping gambar menunjukkan beg sekolah berkenaan yang dilihat diperbuat menggunakan anyaman tali rafia biru.

Kreatif bapa kanak-kanak ini kan.

key chain digunakan bagi keserian beg sekolah

Selain itu, beg berkenaan juga dilengkapi dua tali hitam serta kancing yang dijadikan sebagai penutup beg berkenaan.  Malah, beg tersebut juga kelihatan kukuh untuk membawa beberapa buku sekolah.

Sudak pasti usaha bapa murid untuk menganyam beg tali rafia ini mengambil masa yang lama.

Setakat ini, perkongsian tersebut mendapat lebih dari enam ribu perkongsian di laman berkenaan.

Sementara itu di negara kita pula, baru-baru ini tular mengenai seorang bapa pelajar mengkritik larangan penggunaan beg laptop/jenama elektrik yang di sekolah anaknya.

komen ntizen

Mga Allah dtgkan seseorg hamba nya baik membantu mu anak….in syaa Allah..

Semoga hasrat org tua mu n impian org tua mu mndapat brkah dri allah swt…

kreatif..bisa mendatangkan rejeki mudah”an dpt ordern tas dri bahan rafia