“Terbang Tinggi Tinggi Bro, Aku Tunggu Kau Kat Bawah,” – Ucap Ammar Kpd Issey

Azizul Ammar yang mulai dikenali bersama Titan di samping Issey Fazlisham ada menitiplan sesuatu buat sahabat baiknya itu pencapaiannya dalam seni kini.

Kongsinya menerusi Instagram, dia mempunyai banyak persamaan dengan hos berkenaan dan mulai rapat ketika masing-masing aktif di dalam aktiviti kebudayaan di tempat pengajian.

“Menara berkembar petronas. Kalau satu maka tak lengkap. Begitu juga dengan budak sebelah ni. Sama sama aktif dalam bidang kebudayaan kat U. Bertemu atas jodoh.

“Banyak benda yang kebetulan dengan mamat ni, sama rabun warna, size baju sama, tinggi sama, size kasut sama, birthday plak agak menarik saya 4 hari awal bulan jun dia 4 hari akhir bulan jun.

“Baik gadvh baik gaduh mesti ada. Tak gaduh tak partner lah. Tapi skrg dia dah terbang semakin tinggi, saya nak capai pun svsah. Terbang tinggi tinggi bro, aku tunggu kau kat bawah,” tulisnya.

Lalu menerusi ruangan komen, Issey dilihat turut meninggalkan reaksinya.

“Kita masih terbang level sama. Cuma arah berbeza. Cuma jarang bertembung untuk berkongsi oksigen. InsyaAllah 2020. Doa agar ada peluang untuk kita. Banyak yang sama, nama mak mertua pun sama hahaha,” balas Issey.

Terdahulu, duo Titan ini mulai dikenali selepas terlibat dalam program realiti, Bintang Mencari Bintang musim pertama, lebih tujuh tahun lalu.

Sejak itu keduanya cuba mencari peluang dalam seni.

Ketepi malu hadiri sesi uji bakat
Ammar Titan, 32, mengakui tidak malu turun naik syarikat produksi bagi menjalani sesi uji bakat lakonan dan pengacaraan demi kelangsungan kerjaya.

Katanya, melihat semakin ramai bakat yang lebih menyerlah, membuatkan dia tidak mahu terus berpeluk tubuh mengharapkan tawaran bergolek di depan mata.

“Sebagai suami dan bapa, saya perlu melipatgandakan usaha, apatah lagi bidang seni adalah kerjaya pilihan sendiri.

“Selain tidak berhenti belajar daripada mereka yang lebih berpengalaman, saya juga perlu rajin menjalani uji bakat untuk mengukur sejauh mana kemampuan.

“Sesi itu saya lihat sebagai ruang pembelajaran dan menimba pengalaman. Sama ada terpilih atau sebaliknya, saya tidak kisah mencuba. Saya percaya rezeki tetap ada, asalkan tidak jemu berusaha,” katanya.

Pemilik nama sebenar Azizul Ammar Abu Hassan itu menyerlah selepas menyertai program Bintang Bersama Bintang, seterusnya bersama Hot FM sebagai penyampai radio.

Selepas tiga tahun bersama stesen radio itu, Ammar beralih membina kerjaya seni sepenuh masa bermula 14 Februari lalu.

Ammar berkata, walaupun berdepan cabaran, berkat doa keluarga dan isteri, pelbagai tawaran diterima, sama ada dalam bidang lakonan atau pengacaraan.

Biodata Ammar

Nama Komersial : Azizul Amma, Tarikh Lahir : 4 Jun 1987, Kelahiran : Kota Tinggi Johor, Kerjaya : Pelakon dan Pengacara, Petang AM Krew, Pelawak, Program realiti : Juara Bintang Mencari Bintang 2013 , Qu Puteh Bintang Bersama Bintang 2015

Pada Tahun 2017 tular nama ammar titan kerana kecelvparan beliau mempersenda bapa bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek.

“Anda juga memperlekehkan nama bapa perlumba negara dengan bunyikan suara haiwan dan dari sudut persepsi masyarakat anda menyamakan bapa pelumba tersebut sebagai seekor haiwan.

“Adakah itu cara stesen TV mengajar anda untuk berbuat demikian apabila di kaca TV atau di radio? adakah ini di panggil professional menggunakan lawak bagi sebuah pengh1inaan dan tidak memikirkan sensitiviti rakyat Malaysia?” ujarnya.

Selain itu, Zed berkata, permohonan maaf yang dilakukan oleh stesen televisyen dan pengacara itu sendiri tidak cukup untuk membetulkan imej Watson

komen ntizen

Sbb mulut badan binasa..pas nii hati2 laa ammar sebelum bercakap..sbb awak tu public figure..semoga di permudahkn urusan dn berjaya.

Foto: Instagram Azizul Ammar, Issey