Kek Kahwin Kak Lina Pom Pom ‘Another Level’ Tarik Perhatian, Siap Ada Kolam Air.

Selepas berteka teki selama ini, akhirnya Elly Mazlein atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom selamat bergelar isteri kepada cikgu Geografi. Majlis yang diadakan di PWTC itu bertemakan ala-ala kayangan di bulan gitu. Cantik sungguh!

Namun apa yang menarik perhatian kami adalah kek Kak Lina yang sememangnya lain dari yang lain. Bukan sahaja unik, malah pembuat kek ini patut diberi pujian kerana mampu membuat kek ala-ala kayangan juga.

Kek luar biasa

Jika diimbas kembalik dahulu kek hari jadi Neelofa pernah viral kerana harganya. Kali ini kami tak tahu harga kek Kak Lina Pom Pom. Mungkin boleh cecah puluhan ribu ringgit. Kek ini dihasilkan oleh seorang pembuat kek yang cukup terkenal dan tidak asing lagi dalam dunia ini iaitu Chef Zam dari Mad About Cake’.

Apa yang membuatkan ramai terpegun adalah hiasan dalaman kek itu sendiri yang ‘hidup’. Siap ada air mata air ala-ala kayangan. Konon-konon ada kolam di dalamnya bersama aliran air. Memang sangat kreatif!

Kagum sungguh!

terpersona

Tengoklah hasil kejadian kek ini. Terfikir juga bagaimana usaha pembuat kek ini mampu buat kek another level. Tak hairanlah kalau ramai yang kagum serta tertanya-tanya cara pembuatannya. Menarik sungguh. Apa kata anda?

Ramai terpegun

kek cantik mcm tu sayang pulak nak makan.. apa2 pon tahniah lagi sekali kak lina..

Elly mazlein pernah diduga hebat. She deserves all the love & attentions. So yg mengata ni mesti hati busuk kan? Kesian.

kalau kek mcm ni tak tahu dah mana satu boleh makan mana satu yg tak boleh makan. silap karang mkn batu yg tak boleh makan, mau tercekik. naya je.. apa pon selamat pengantin baru kak minah selamat. hehe

Bila majlis grand mcm ni smpai kek harga puluhan ribu katanya.. Msti akn ada org persoalkan cikgu azlan ni bnyk harta ke.

Sumber : Mad About Cake via ohbulan