“Ukur Baju Di Badn Sndiri” Sharifah Sakinah Tegur Ibu Puteri Balqis Bongkaar Ssuatu

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Baru-baru ini kisah pelakon cilik Puteri Balqis, 13, yang mendakwa beberapa hari kelaparan kerana tidak lagi boleh berlakon setelah ditimpa penyakit misteri mengejutkan ramai pihak.

Ada membuat dakwaan bahawa pemain industri hiburan tidak membantu atau mempedulikan Puteri Balqis sejak sakit. Kini, melalui Berita Harian, pelakon Sharifah Sakinah pula tampil menjelaskan yang ramai pemain industri membantunya sebelum ini. Namun begitu, apa yang menghairankan, kutipan wang yang dibuat serta wang hasil berlakonnya seakan lesap.

Menceritakan kembali usaha yang dilakukannya termasuk beberapa rakan selebriti untuk membantu Balqis, Sakinah juga memberitahu bahawa selepas itu Balqis seakan menjadikan rakan-rakan satu industri seperti musuh.

Memang seronok menjual barang milik Michael Ang, ketika itu, untuk kutipan derma untuk Adik Balqis. Sampai terbaring di kaki lima.

Kegembiraan ada kalanya menuntut pergelutan. Semua orang mempunyai masalah dan ujian datang dengan pelbagai cara.

Menjadi perkara biasa, kalau kawan atau mereka yang kita saya sayang berdepan masalah, kita pasti akan membantu mengurangkan bebannya. Malah, Michael sendiri banyak menghulurkannya tawaran berlakon.

Kami tak mahu membenci dia, tetapi habis semua orang dia jadikan musuh. Saya tak faham. Ikutkan, banyak kutipan derma dan sumbangan yang diberi teman artis kepada keluarganya.

Kalau tak percaya, tanyalah teman artis lain yang pernah terbabit dan berbesar hati membantunya. Tetapi, ke mana duit derma dan wang pendapatan yang diperoleh ketika dia aktif berlakon.

Sakinah juga tidak menjelaskan dengan pasti tetapi kata-katanya yang seterusnya seolah-olah ditujukan kepada ibu Balqis:

Dalam hidup ini, tak kira susah atau senang, soal pembelajaran perlu diutamakan. Hantarlah dia ke sekolah. Tak perlu nak belajar di sekolah yang memerlukan yuran mahal, sebaliknya pergi sahaja ke sekolah pendidikan biasa. Ukur baju di badan sendiri.

Begitu juga hal kesihatan, hantar dan dapatkan rawatan di hospital. Jangan ambil mudah soal ini jika dia benar-benar memerlukan pemerhatian khusus untuk mengubati masalah atau penyakit yang ada.

Sebelum ini, ibu Balqis ketika ditanya apa yang akan dilakukan dengan wang derma RM 100,000 untuk membantu Balqis, ibunya memberitahu akan memasukkan Balqis ke British Council dan mengambil kelas piano.

Namun begitu ia mengundang kritikan warganet yang hairan mengapa Balqis tidak dihantar ke sekolah kerajaan saja kerana wang tersebut sebenarnya didermakan untuk kos perubatan bagi merawat penyakit Balqis seperti yang didakwa. Sebelum ini, Balqis memberitahu dia hanya bersekolah di rumah.

Komen warganet

Kita abaikan je la ank beranak ni..dh ramai yg tlg. Pandai2 la dia pasni nk idup. Jgn sbb dia artis, kita tlg dia melebih2 sdgkan ada lg yg ssh dr dia. Yg sedar dr and harga usaha org lain. Yg sombong bongkak ni, abaikan je. Doa je la agar dia sedar

Dia masih kanak2. Tak kira susah atau senang tapi pendidikan tu penting untuk masa depan dia juga. Sekolah kerajaan tak kurang bagusnya. Dr Amalina yang pandai tu pun bersekolah kerajaan dulunya. Jangan menidakkan hak anak tu dapatkan pendidikan. Kasihan dia. Yang penting dia dapat ilmu.

Ibu balqis ni pun patut terima je laa ape yg org tolong.. Jangan menidakkan rezeki yg Allah bg.. Jgn ego Sgt smpai smua xnk terima.. Kesian kan anak awk tu Sekurang2 nya dapat makan n tempat teduh yg sempurna.. Ni semua nye tolak.. Last2 anak jadi mangsa kne jual buku tepi jalan.