‘Hantaran mas kahwin seutas rantai emas’ dgn Skali lafaz, Elly Mazlein sah brgelar isteri kpd ‘Abe’ Azlan

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Genap sebulan mengikat tali pertunangan, akhirnya Elly Mazlein,39 dan pasangan selamat dinikahkan sendiri oleh bapanya, Syed Hanafi bin Syed Abdullah.

Anggun menggenakan sepersalinan busana berona putih, Elly atau mesra disapa Kak Lina sah bergelar isteri kepada Muhamad Azlan bin Che Nuh, 29 dengan sekali lafaz.

Menerima mas kahwin seutas rantai emas berharga RM1,800 , Kak Lina dan Azlan terlihat lega dan gembira diatas pernikahan mereka yang berjalan dengan lancar.

Majlis berinai diadakan semalam
Terdahulu, Kak Lina telah membuat majlis berinai disamping memperkenalkan kepada media wajah dan identiti suaminya yang berasal dari Kelantan.

Majlis yang bertemakan Cik Siti Wan Kembang itu diadakan penuh meriah dan dihadiri kira-kira 150 tetamu yang terdiri daripada keluarga, teman rapat dan rakan media.

Sebelum ini, Elly mengikat tali pertunangan dengan Azlan pada 17 Disember tahun lalu.

Gimik Azlan masuk ke dewan dengan lengkap berbusana seperti seorang raja sambil mendukung anak perempuan Kak Lina benar-benar mengundang teruja semua pihak.

Majlis pernikahan yang berlangsung diadakan pada malam ini bertemakan “Malam Bulan Di Pagar Bintang” terlihat cukup eksklusif menerusi muat naik di Instagram pelakon utama Kampung People ini. Selamat pengantin baru Elly Mazlein dan Azlan! Sumber : Iamellymazlein

Artikel berkaitan: Kondo hadiah tunang Elly Mazlein

Penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein, tidak dapat menyembunyikan perasaan terharu apabila menerima hadiah sebuah kondominium daripada bakal suami menjelang hari pertunangan mereka.

Dia yang berkongsi kegembiraan itu dalam satu rakaman yang dimuat naik menerusi akaun Instagram, memaklumkan bakal suaminya turut memberikan sejumlah wang untuk membeli kelengkapan sebagai persediaan hari bahagia mereka.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 39, ketika dihubungi BH Online berkata, dia masih belum membuat keputusan sama ada mahu mendiami kediaman itu atau sebaliknya.

Namun, dia dan bakal suaminya yang hanya diperkenalkan sebagai Azlan, 29, sudah merancang untuk terlebih dahulu menghiasi kondominium tiga bilik itu.

“Alhamdulillah, bakal suami berusaha membelikan rumah hasil titik peluhnya bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Saya berharap kemanisan ini akan berpanjangan.

“Saya cukup terharu melihat kesungguhan bakal suami, terutama layanan baiknya terhadap saya dan anak, Putri Sara Sefhia. Dia menjadikan saya wanita paling bahagia dengan kehadirannya.

“Saya tidak memilih siapa bakal suami, asalkan dia dapat memenangi hati anak, bapa dan ahli keluarga yang lain. Itu sudah cukup menggembirakan hati saya.

“Paling penting, dia menyayangi saya dan anak dengan sepenuh jiwa, bertanggungjawab dan mempunyai kerjaya tetap. Pada mata saya, bakal suami insan yang terlalu hebat,” katanya yang mengenali jejaka berasal dari Kelantan itu sejak Ogos tahun lalu.

Ditanya mengenai tarikh pertunangan mereka, penyanyi lagu Bakawali itu berkata, perkara itu akan diumum menerusi saluran YouTube, Dunia Elly Mazlein dalam masa terdekat.

“Mengikut perancangan, majlis itu akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sedikit masa lagi,” kata pengacara program Mentor Milenia 2019 itu.

Sempena meraikan majlis pertunangannya, Elly turut mengambil peluang berkongsi rezeki dengan 20 peminat bertuah yang mengikuti saluran YouTube miliknya.

“Wang tunai RM200 untuk setiap seorang itu adalah cara saya berkongsi rezeki dengan peminat. Mereka yang ingin memenangi wang tunai itu perlu mengikuti saluran YouTube saya.

“Pada mulanya, saya merancang memberikan wang tunai kepada lima peminat bertuah, namun apabila ada rezeki lebih dan ramai yang berhasrat membeli kelengkapan sekolah, saya tambah kepada 20 pemenang,” katanya.

Elly sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia tiga tahun. Mereka bagaimanapun, berpisah pada 15 Oktober 2015.

Komen warganet

Aku harap perkahwinan dia yg ni dia xtido bukak mata, Xberckp Lain2 topik masa pillow talk, Tak masak asam pedas Hari2

Mona ( elly mazlyn) berhak utk mendapat kebahagian setelah dikecewakan dgn perkahwinan yg lalu. Semuga pernikahan ini berkekalan hingga ke akhirnya. Selamat berbahagia dgn suami baru

Muka syuben kak lina pompom ade iras muka ex aku ble snyum congrates mona..u deserve bahagia…smoga kekal hgga jannah

Tahniah elly dan suami.. Sepadan sgt.. Respect sb sentiasa bawa ank di atas pelamin.. Moga kekal bhgia hingga akhir hayat