“Slalu Menangis Dlm Bilik Air Seorg Diri”- 5 Tahun Menanti Cahaya Mata, Siti Elizad Dedah

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Penyampai radio Sinar, Siti Elizad akui sedih dan tertekan kerana selepas lima tahun mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Shamsul Baharin Abdul Rahman, mereka masih tidak dikurniakan cahaya mata.

Kata Elizad, rasa sedih itu kadangkala tidak dapat ditanggungnya dan ia perlu diluahkan menerusi tangisan.

“Orang tak tahu sebenarnya saya selalu menangis dalam bilik air seorang diri kerana terlalu sedih memikirkan nasib saya masih belum hamil.

“Saya sedih dan kadang-kadang tertanya juga, kenapa Allah dah bagi semua nikmat dan rezeki kepada saya tetapi rezeki cahaya mata sahaja belum saya nikmati.

“Namun saya bersyukur kerana suami sangat memberikan sokongan padu kepada saya supaya tidak terlalu bersedih dan tertekan memikirkannya,” katanya kepada Gempak.

Elizad yang juga merupakan pengacara Mingguan Wanita itu berkata, ia dugaan besar dan berat buat dirinya kerana keinginan untuk mempunyai zuriat sendiri itu sudah lama diimpikan.

Namun, Elizad berkata dia dan suami bakal menjalani proses IVF untuk langkah terakhir mendapatkan zuriat.

“Sejak tahun lalu sebenarnya kami sudah mula mendapatkan rawatan dan mencuba makan pelbagai ubat tapi hasilnya masih sama.

“Setelah pelbagai usaha dilakukan, kini saya sudah bersedia untuk melakukan proses IVF dalam usaha untuk mendapatkan zuriat,” katanya lagi.

Elizad berkahwin dengan Shamsul pada 11 Januari 2015 yang merupakan duda anak dua.

Mengenai perkembangan kerjaya seninya, Elizad tampil dalam Duo Sinar bersama Hefny Sahad setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 3 petang hingga 7 malam.

Komen warganet

Insyaallah Ada rezeki …jangan putus harap pada Allah …mohon n minta hanya pada Allah. jangan bersedih. mukim tiada.di dunia . Insyaallah Allah ganti yg lebih diakhirat pujuk hati dgn yg indah2 diakhirat, allahuakbar3 …kuat semangat n sabar . Insyaallah berkat kesabaran Ada kemanisan dikemudian hari.

Jgn fikir 5 thn tu masa yg lama..kawan saya masuk 14thn mnunggu..syukur dbukakan hati mereka utk mgambil ank angkat..insyaALLAH mudah2an semuanya dmurahkan rezeki dr apa sudut sekalipun..yg penting jgn stress n down..sentiasa PERCAYA..

Anak ni kerja tuhan.. dia nk bg xnk bg tu kne tnggu.. tp ada manusia yg ambik keje tuhan.. tanya bila nk ada anak.. knapa xbranak.. snang cita kau je jadi tuhan.. sibuk sngat nk tau hal orang.. aku jotos kpala kau baru kau taw..

Saya pun sama…dulu blh dikatakan hari2 menangis… Sampai skrg sudah 15thn masih berharap… Tp apa2 pun saya redha segala ketentuan NYA… Moga ade rezeki buat kita yang senasib suatu hari nnt… INSYAALLAH