Dh Byk KaIi Minta Bantuan Tapi Tak DiIayan, Wanita Dedah Kisah Sebenar Terjadi Kepada Puteri BaIqis

Kisah sdih pelakon cilik, Puteri BaIqis yang mengalami perubahan kehidupan yang sangat drastik sehingga dia terpaksa ikat perut dan menjual buku tulisannya demi sesuap nasi telah mendapat perhatian ramai.

Hari ini, 12 Januari Puteri BaIqis telah muncul dalam program Bersamamu yang mengorek kisah bagaimana beliau dengan ibunya bergelut untuk menyara kehidupan dengan menjual buku di jalanan.

Siapa sangka individu bernama Hanna Lola Azlan adalah insan yang memberi bantuan kepada Puteri BaIqis dan juga ibunya dengan membiayai kos pengeluaran buku-buku tersebut. Bukan itu sahaja, hasil jualan diberikan sepenuhnya kepada Puteri BaIqis untuk menampung hidup dan rawatan penyakitnya itu.

Terbaru, Hanna Lola atau nama panggilannya Lola telah berkongsi di Facebook beliau tentang kisah perkembangan terkini Puteri BaIqis.

” Harini bangun tidur, buka Whatsapp, mak aiii banyak betul new whatsapp. Terima kasih kerana sudi membantu Puteri BaIqis dengan membeli buku “38Poems of Puteri BaIqis”.

” Tak kurang juga ada yang whatsapp semata-mata nak pertikaikan kenapa as a parents tak jaga kebajikan Aqish. Ada yang marah-marah kenapa Aqish tak sekolah? Habis macam mana masa depan dia? Dan macam-macam lagi perkara yang agak kurang sopan untuk di tanya.

” Maaf saya dan mak Aqish tak reply semua whatsapp tersebut. Sekiranya tak dapat membantu dari segi kewangan dengan membeli buku Aqish sekurang-kurangnya bagi la moral support. Sedih sangat. Tahu nak blame je. Nak cerita pun terlalu panjang story dia.

” Lola sebagai kawan mak Aqish, dah cuba yang terbaik untuk tolong dorang terutama Aqish. Sebelum ni mereka pernah cuba minta bantuan dari beberapa pihak tertentu tapi tidak dilayan. Dorang pun segan sebenarnya asyik minta tolong sana sini, dorang pun ada maruah juga.

” Pernah Lola marah mak Aqish kenapa tak bagitau Lola yang dorang takde duit nak makan, beberapa hari dah tak makan sebab dorang segan dah asyik minta tolong je.

” Bulan puasa pun tiada kenikmatan berbuka puasa seperti yang lain sebab takde duit nak beli makanan. Bukan kerana mom dia taknak keje, tapi tak boleh nak berkerja dengan keadaan Aqish yang macam tu.

” Sampai la 1 hari mak Aqish call Lola, dia jumpa buku nota Aqish ala-ala diary, tapi penuh dengan quotes. Dia bagitau boleh la masukkan quotes ni dalam buku Planner 2020 ko nanti. Lola cakap haaa oke jugak, mesti Aqish suka .

” Tapi bila mak Aqish send gambar-gambar quotes tu di wassup. Lola kata tak sesuai untuk buku planner sebab quotes ni sedih and deep sangat. Ape kata kita buat kan buku Quotes Aqish terus. Since dorang memang takde duit, jadi Lola willing keluarkan modal untuk dorang, keuntungan memang sepenuhnya untuk dorang.

” It takes a month untuk siapkan buku tu, Aqish excited sangat-sangat, tapi since kami jual Online je di IG Aqish ROCKINGBALQIS dan IGPlanner.Ana.Official serta di Shopee, jadi tiada sambutan, semangat Aqish kembali down. Tapi alhamdulillah pada bulan pertama jualan, dorang dapat bayar beberapa hutang dan bil penting.

” Masa Lola buat buku Planner 2020, Aqish send lagi motivated quotes, dengan itu la terhasilnya Planner 2020 No Regrets tu, buku paling last Lola print. Sebab Aqish cakap boleh tarik orang untuk beli 1 set dengan buku Poems tu. Kemudian Aqish and her mom kembali bersemangat, turun KL jual buku di tepi jalan.

” Terima kasih lagi sekali kepada semua yang sudi membantu dengan membeli buku 38Poems of Puteri BaIqis

” Sekiranya anda ingin membantu Aqish, boleh pergi ke link https://plannerana.onpay.my/order/form/38poems. Semoga dengan bantuan korang, dapat bantu mereka ringan kan beban mereka”, akhiri Lola.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : FB Hanna Lola Azlan